Pesanan Penaja

Tuesday, 11 October 2011

Mazlan, Penghibur R&R Malaysia - Mazlan, Malaysian's R&R Entertainer

          

Pada waktu saya berehat di kawasan R&R Machap Johor, saya kerap mendengar nyanyian di dalam bilik air venue tersebut. En Mazlan Sugiya nama orangnya yang sering menghiburkan pengunjung bilik air berkenaan dan merupakan bekas ahli kugiran zaman 60han. Menurut beliau, bilangan lagu yang dihafalnya mencecah 280 buah. Saya amat tertarik dengan hatibudi manusia ini dan sering meminta beliau meneruskan nyanyiannya. Pada 7 Oktober 2011 pada waktu singgah di R&R berkenaan secara kebetulan pada waktu saya merakam video ini, sekumpulan pelawat yang salah seorang darinya ialah Mr Goh Chok Tong (Mantan Perdana Menteri) dari Singapura memberi maklumbalas "Baguslah tandas di Malaysia mempunyai penghibur" Saya merasakan maklumbalas positif berkenaan mempunyai nilai positif terhadap negara kita. Kredit itu harus ditujukan kepada Penghibur R&R ini seorang penghibur selepas "The Dawn Entertainer - Penghibur Subuh" yang saya rakamkan di hadapan Hentian Pudu Raya tidak lama dulu. Bagi mendapatkan keterangan lanjut sila kunjungi http://sayangmalaysia-sysalq.blogspot.com (less info)


Friday, 23 September 2011

Desperado dan Wakil Mantan Penjajah! Kita Ganyang mereka.


Alah biasalah...bila sesebuah negara mula jadi "molek" maka mantan penjajah redhakan "penubuhan kumpulan pengacau" pulak untuk "slowdown"  atau musnahkan terus kemajuan negara tempat penjajah cari makan dulu-dulu. Lihat saja Iraq, Alqeria, Mesir, Libya, Syria, Kampuchia dan banyak lagi negara yang telah dan akan terus dianiaya.

Penjajah merestui pembangkang untuk menggugat pemerintah sedia ada dan memastikan hegemoni (neo- penjajahan) akan sentiasa terkemaskini. Di negara berkenaan kumpulan pemberontak dibekalkan dengan latihan dan persenjataan. Bila tumbang saja "wakil yang mereka dah mula meluat" maka digantikan dengan wakil baru. Penjajah (syaitan) itu boleh terus menyedut kekayaan sesebuah negara yang ditakluknya dengan pelbagai cara.

Orang Melayu lebih cerdik, mereka gunakan kesempatan yang diberikan untuk memerintah sendiri dengan memastikan rakyat mendapat semaksima mungkin faedahnya. Tak payah ceritalah apa yang Kerajaan dah buat demi memajukan Malaysia tercinta ini - terlalu banyak jasanya.

Lepas tu...timbul manusia penuh skandal yang bercita-cita tinggi dalam politik dan merasakan mereka boleh 'makan' rakan-rakan mereka yang ikhlas berjuang. Pelbagai topeng di pakai - topeng agama, topeng kebajikan, topeng...peh bermacam-macam. Penjajah minat dengan mereka ni..dan mula membuat hubungan intim dengan mereka. Dan penjajah bukan bodoh...mereka akan cari orang yang banyak skandal untuk jadi barua mereka. Kalau suatu hari "Pak Cik - Pak Cik Tua Ganyut gila kuasa" ni nak belot dan menggigit mereka balik ..haa mereka akan diugut dengan pendedahan RAHSIA BESAR mereka. Duit Yahudi masuk macam air dalam akaun masing-masing sampai tak tahu siapa jaga akaun tu..masing-masing buat lawak sana sini - berkelakar bodoh...tipu rakyat sana sini. Siapa tak kenal Mat Sabu tu...tak habis-habis dengan pelbagai Onar yang dilakukan zaman berzaman. Tak habis-habis menyusahkan kaum sendiri.Tapi takpe kata mereka agaknya - mereka ada pelbagai topeng untuk dipakai pada masa-masa berlainan. Boleh terus main tipu-tipu rakyat.

Hei...RAKYAT bukan bodoh! Kamu jangan pandai angan-angan hendak mengalahkan Kerajaan berdaulat ini. kerajaan ini didominasi oleh Muslimin - Amirulmukminin (Raja dan Sultan Pemerintah - Ketua Agama). Memanglah mereka bukannya "perfect" - dan bukan pulak maksum. Mereka ada para pemikir sejak dahulu hingga sekarang.Semua pembangkang yang ditaja oleh mantan penjajah akan menggunakan isu yang sama kepada semua ketua negara yang hendak dianiaya oleh mereka - Isu Rasuah, Nepotisma, Ketelusan...bla bla bla...yang semuanya tidak perlu dibuktikan. Bodoh betul mereka ni!

Itulah dianya - bila Negara dan Kerajaan sudah menjadi "MOLEK", berjaya...maka jangan lupa mesti ada sipendengki dari kalangan mantan penjajah akan hantar syaitan-syaitan mereka ini untuk menghancurkan negara Islam ini. Hampir semua negara Islam diperlakukan sebegini sejak zaman berzaman. Mereka di beri kemudahan kewangan, diperi penasihat malah mana tahu suatu hari nanti (seperti dinegara-negara bergolak di atas) diberi senjata..untuk memusnahkan negara sendiri. Oleh itu sebelum mereka menjahanamkan negara tercinta maka mari kita jahanamkan mereka-mereka ini!

Langkah pertama - perbuatan menentang habis-habisan Perarakan Bersih telah berjaya dijahanamkan sebelum ianya menjadi seperti di England.

Keduanya - Kerajaan harus cekup mereka yang cuba menjahanamkan sistem dan infra negara ini. Siasat dan korek semua kejahatan tersembunyi yang dilakukan oleh puak-puak ini. Sumbat mereka mengikut peruntukan ISA.

Ketiganya - Orang Islam dan paling penting Orang Melayu jangan terpengaruh oleh perbuatan Melayu Khianat itu. Ambil tindakan selayaknya demi "neutralise" kan mereka.

Keempatnya - Jangan sokong semua pertubuhan dan gerakan mereka. 

Mereka ini telah membuart Onar sepanjang zaman. Jelas sekali Orang Melayu yang merugi dari tindakan mereka ini. Mereka sanggup gadai Agama dan maruah demi undi. Ceh...

Baik bebenor Komunis ni....Memperjuangkan Kemerdekaan Konon


'Baik' bebeno komunis ni...di Tartar Rusia malah di seluruh dunia habis agama orang diharamkan. Mesjid diroboh, Quran dan Kitab lama dibakar. Habis semua orang Melayu terutama pemimpin dibunuhnya. Habis askar Melayu dijerangkap samarnya. Syaitan komunis ni dah lama ada malah sebelum Malaya ada, mereka anti agama! Islam dan mana-mana agama memang anti komunis. Kebetulan mereka pulak 'joint' Mat Indera - konon 'memperjuangkan' kemerdekaan - padahal nak tubuh republik komunis. Siapa yang sampai sekarang bercita-cita nak tubuh repulblik di Tanah Air ini - siapa?. Kemudian datang Mat Sabu dan PAS puji-puji pulak mereka ni! Foto di bawah ialah Allahyarham Syed Sulaiman Mohamed (Aruah Datuk ku -  seorang pejuang yang mati di bunuh oleh komunis jahannam!!!)

Pembunuhan Orang Islam Diabaikan!


Nampaknya sejarah pembunuhan Orang Islam oleh Komunis di abaikan saja oleh PAS, sejarah kejayaan 53 tahun pemerintahan UMNO Malaysia dilupakan begitu saja. Segala jasa kerajaan Malaysia diabaikan dan hendak diputarbelitkan hanya kerana beberapa Orang Tua desperado politik yang gila hendak merampas takhta. Kempen pilihanraya begini sangat kotor - mereka merangkanya sejak zaman Namawee lagi. Setiap cubaan gagal sehingga berpuluh-puluh tahun. Jutaan wang ringgit terpaksa dibelanjakan bagi memperbetulkan keadaan. Kamu jangan sangka kamu akan disokong orang! Orang semakin benci dan meluat melihat mereka ini!

Umat Islam Kehilangan Kebebasan Beragama.


Islam adalah Agama Rasmi di Malaysia. Penganut agama lain bebas melaksanakan aktiviti keagamaan - mengikut peruntukan perlembagaan. Persoalannya Penganut Islam pulak yang tidak bebas melaksanakan amalan agamanya di Pulau Pinang. Tidak boleh lagi membaca al Quran menggunakan mikrofon waktu subuh di Pulau Pinang bermakna hilangnya kebebasan yang dinikmati sejak dahulu seperti di negeri-negeri lain! Lim Guan Eng kata tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri (DAP) tapi pada satu masa YB DAP di Selangor menegur penggunaan pembesar suara di sebuah surau sehingga menimbulkan kemarahan Umat Islam. Siapa yang kehilangan kebebasan sebenarnya?

"Air Mata untuk Si dia"


Bubur Lambok. Bubur sinonim dengan ramadhan. Aku teringat Allahyarham Ayahendaku bila menjamah bubur yang enak ini. Sejak kecil aku telah dibudayakan dengannya. Setiap kali Ramadhan aku pasti akan mendapatkannya..bermula dari masjid kampungku sehinggalah ke Masjid Taman Bukit Tiram berhampiran rumah Ibuku ketika berhijrah ke Taman Puteri Wangsa. Bila tinggal di JB aku mendapatkannya di Masjid BBU. Sanggup berbaris. Mungkin kerana kewujudannya telah menjadi sebati dengan diriku maka aku merasa amat ralat apabila gagal mendapatkannya....percaya tak aku pernah menitiskan air mata kerana gagal mendapatkannya dari RTM dan Masjid BBU setelah bekejar ke tempat berkenaan ketika aku merasa rindu betul dengannya...

'CHANGE' - Falsafah dan makna lain.


Makna "Change" pada kebanyakan pemimpin dunia ialah "Keterpaksaan berubah - tidak boleh tidak" - seolah-olah ianya seperti runut filem yang pasti dimainkan mengikut babak. Lepas satu babak ke babak lain secara berterusan tanpa dapat dielakkan. Kita terikut-ikut dengan "media brain storming" dan akhirnya kita terperangkap dalam putaran malang ciptaan Barat. Mereka terus mengajak kita mengikut "Change" sejak dari zaman dulu sehingga ke zaman globalisasi. Maka kita terus jadi 'ayam' untuk terus diperangkap dalam 'reban!' yang akhirnya 'disembelih'.

Dulu - penulis pun terikut-ikut dengan sesetengah saranan pemimpin dan penulis prolifik bahawa "Change" itu memang sifatnya begitu. Tidak boleh tidak ikut trend - jika tidak,  kita dikatakan ketinggalan dan bakal dimamah gergasi konglomerat perniagaan. Bank-bank milik negara "cilik" dikatakan akan ditelan oleh kumpulan wang yang dikuasai oleh entiti 'besar' berkenaan. Akhirnya pemimpin menganjurkan penggabungan bank-bank kecil supaya menjadi lebih besar dan lebih 'kuat'. Rupanya kadang-kadang yang dikatakan besar dengan 'kandungan baru' itu pun boleh dimamah dengan sekaligus.

Penulis terfikir dan ingin kaitkan dengan kes domestik pembeli rumah yang secara kebetulan terbengkalai - pada mulanya masing-masing menjadi marah dan garang untuk melawan pemaju akibat insiden malang itu. Mengambil kesempatan dari kemarahan itu maka suatu kumpulan bertindak ditubuhkan bagi mencapai kesepakatan secara total dan bertindak melalui peguam - namun peguam (peguam belot) ini telah sedia untuk di "ngap!" oleh pemaju sekaligus! Penggabungan entiti untuk sama-sama lebih mudah ditelan. Contoh kedua, pensyarikatan kelihatan baik - beberapa individu menjadi begitu kaya kerana terpilih menjadi peneraju syarikat GLC. Mereka sepatutunya menjadi payung kepada entiti kecil bumiputra. Idea berkenaan datang dari Jepun dan lebih bersifat perniagaan awam. Perniagaan awam bermakna bukan perniagaan milik ahli keluarga. Dikatakan perniagaan kalangan ahli keluarga adalah lapuk dan  tidak semantap perniagaan entiti awam. Namun apa yang didapati ialah kebanyakan syarikat yang bertahan lama ialah syarikat keluarga! Di Amerika umpamanya ada perniagaan berteraskan keluarga yang terus mantap walau telah ditubuhkan sejak 1947 lagi.Syarikat yang berteraskan awam kadangkala tersungkur oleh ketiadaan perasaan "We Feeling" atau tiada integriti. Boleh terlingkup walau pun namanya begitu tersohor sepanjang zaman! Ini tidak termasuk dari kekukuhan syarikat keluarga milik 'pemimpin-pemimpin' besar dunia!

Lebih kurang 20 tahun yang lalu penulis mempertikai tentang kewujudan pelbagai institusi penyiaran swasta yang tumbuh bak cendawan - ini menurut penulis akan menyukarkan kerajaan untuk menyampaikan risalah. Tulisan penulis diterbitkan di dalam satu kolum kecil dalam Berita Harian.  Penentangan berkenaan kelihatan 'melawan' semangat "Change" kerana kelihatan tidak mahu 'kemajuan'. Sekarang ini Kerajaan menjadi 'pening kepala' untuk menyampaikan risalah dan dakwah kerana rakyat tidak menonton siaran kerajaan sebagai contohnya orang Cina di Johor umpamanya menonton program Mandarin dari Singapura. Apabila berpuluh-puluh saluran dengan beribu program yang ada sekarang ini di kaca TV - cuba jawab berapa peratus yang mendengar risalah kerajaan? Adakah itu tidak menyukarkan? ini bermakna kita telah terperangkap di dalam permainan "Change" yang direka oleh pemukanya dari Barat! Apabila pemilik gergasi media ini hendak mencapai maksudnya maka dengan mudah semua media dilaraskan untuk bertindak dalam pelbagai cara.

Adakah "Change" benar-benar tidak dapat dielakkan? Sebenarnya "Change" boleh dielakkan dan malah boleh diundurkan (reverse) - ianya bukan terpaksa dan bukan tertinggal jika tidak mengikut aliran perdana. Aliran perdana yang direka oleh kumpulan elit dunia ialah semata-mata untuk memastikan bahawa 'ayam dalam reban' tadi tidak lari dari 'maize' atau 'perangkap' atau sistem yang telah ditentukan oleh mereka. Buktinya ialah Rasulullah tidak mengikut "Change" cara barat-ala Kerajaan Rom atau Yunani dan baginda telah mewujudkan masyarakat yang amat unik yang begitu lain sistemnya. Korea, Negara Cina, Cuba dan lain-lain boleh tidak mengikut aliran perdana dan terus hidup mengikut cara mereka. Mereka amat berhati-hati dengan perubahan secara semberono - lebih-lebih lagi jika perubahan itu seperti "mengikutnya kerbau yang ditarik hidung." Jadi mereka sebenarnya boleh "reverse" dan boleh lebih laju dari masyarakat yang dikatakan mengikut "trend". Bayangkan jika anda dikatakan melanggar adab di dalam sistem mereka - semua akaun bank anda akan di sekat, dimanupulasi dan dipindahkan. Silap haribulan identiti anda pun boleh dighaibkan dari pangkalan data global. Identiti anda boleh 'dibunuh' begitu sahaja.

Dari sudut operasinya bila kita cuba memberi makna lain terhadap "Change" berkenaan maka hati-hatilah jangan sampai melanggar norma-norma Agama - apatah lagi jika kita sentiasa menerap model-model barat . Terdapat kes dimana segala hukum hakam dilanggari secara semberono. Mencari kekayaan dan hegemoni tanpa mengira hukum itu haram dari perspektif Islam. Contohnya jika Arak itu haram, bersempudal dengan industrinya juga haram - termasuklah membeli atau memegang saham syarikatnya. Jika kita menjadi pemimpin dan ingin terus dikenang kita perlu pastikan pimpinan kepada diri, keluarga dan masyarakat terdekat memang berkesan. Jika tidak,  ianya akan menjadi cacat.   

"The CHANGE within"


Even world wars were triggered by players who have vast amount of money and resources in order to expand their hegemony. When they have conquered any country they spread their wings and siphoned all valuable resources like, oil and other resources including minerals. After controlling the ownership of physical  goods and commodities then they control the price movement, and keep on making money out of it. Therefore, they keep on becoming stronger and powerful while at the same time they keep on creating poor societies who always in need for their money, advice and corporation. What we should be afraid of is that these people actually The One who creates the UN and its infrastructures. What do you expect from them? Helping hand?

The idea "Change starting from within” or we, for me also meant "to have the awareness to the above viscous circle". World has to be united to fight back the agony of being slaved. We must stop living like this whereby they set all culture, perspective, and resources for us to comply. Stop assuming that benchmarking to them is a must. They too soon will financially collapse because of their own system and greediness.

Yes, we can control ourselves parallel to "This Controlled World’s economic phenomena and event like drive smaller car, reduce spending or just be or act like a very simple man or sometime be like a poor people BUT is it fair enough if citizen of the other side of the world buy things so cheap? They can simply printing money out of nothing actually and why not us? Oh no, we can not do that, because we do not have any slave to be pushed and forced to use our money in all trading! And the fact is why these so call the “Third World" or 'underdeveloped nations' keep on stocked under these circumstances? Why they never "becoming or emerging" to be heroes for themselves? Why they only follow suite what their former leader believes?

I believe we all must change our attitude in order to e effective. We must stop undermining our capacities. We must live with our own system and benchmark and immediately get out of their "insincere umbrella"

Wednesday, 11 May 2011

NOTA KEPADA SAHABAT

 "Nota ini penulis catatkan di FB bagi menjawab keresahan hati seorang sahabat mengenai pandangan peribadinya terhadap kerajaan dan PAS."

Jika PAS dan DAP baru belajar berkompromi antara satu sama lain kononnya sejak 10  tahun yang lalu, maka ketahuilah bahawa BN atau Perikatan dahulunya mengamalkan  setiakawan pelbagai kaum sejak barisan itu ditubuhkan lebih dari 50 tahun yang  lalu. Tiada langsung penolakan amalan Islam oleh komponen BN sehingga ke hari ini. Tidak boleh dinafikan bahawa ikatan sebegini telah mengajar dan memberi  pengalaman dan erti mendalam tentang perpaduan, perkongsian, toleransi dan  penerimaan lebih dari yang lain. Kesan dari pengalaman itu mewujudkan keperluan  untuk menegakkan Gagasan 1Malaysia.Gagasan 1Malaysia adalah merupakan budaya yang  telah terlebih dahulu diamalkan dalam  menuju ke arah mewujudkan bangsa Malaysia.

Sahabatku,  "Malaysia tidak didirikan dalam satu hari" tetapi ditegakkan dengan  perjuangan yang penuh jitu yang datangnya dari komitmen penuh seluruh warga yang  prihatin sejak zaman berzaman. Darah yang mengalir oleh kekejaman Jepun dan Komnunis masih lagi sentiasa dalam kenangan. Iannya bukan pakatan yang hanya baru hendak belajar berkawan sejak 10 tahun jelasnya Gagasan 1Malaysia adalah simbolik kepada kewujudan Malaysia itu sendiri.

Tidak payahlah disebut segala-segala maksiat dan rasuah yang telah saya jelaskan  bahawa ianya persoalan individu atau personal. Dan tidak usahlah dikaitkan  sebarang pemimpin parti itu atau ini mengamalkan rasuah. Tuduhan sedemikian adalah tuduhan tradisional yang digunakan seseorang untuk menjatuhkan lawannya tanpa perlu membuktikannya.  Apa yang lebih penting ialah periksalah perlembagaan UMNO dan  BN tidak sekelumit pun frasa yang menyuruh sesiapa ahlinya untuk melakukan  maksiat dan rasuah. Tetapi...

..Tetapi jika sesiapa jua yang sengaja memilih ketuanya dari orang munafik yang penuh  kontroversi yang kes maksiatnya masih terus dibicarakan, yang pula bersekongkol  dengan Yahudi dan ingin menjatuhkan kerajaan Islam yang sah, bergelumang dengan  budaya hedonistik dan mengamalkan cara hidup "gay" sambil mengajak suku sakat  lain yang "amat bertentangan pendirian" untuk akhirnya menggempur kerajaan sah  pilihan rakyat yang mendukung Islam sebagai Agama Rasmi maka dari konteks hukum  hakamnya amatlah jelas.

Apa pula hendak disalahkan kerajaan yang memerintah selama lebih 53 tahun yang telah secara praktiknya meletakkan Islam ditempat teratas. Kerajaan ini ialah kerajaan yang telah berjaya mewujudkan suasana  yang cukup kondusif untuk berkehidupan, kerajaan yang menyelesaikan masalah  kemiskinan tegar, kerajaan yang mengamalkan kaedah Islam dengan menerapkan  institusi Zakat dan Tabung Haji di dalam urusan perekonomian. Kerajaan ini juga  yang mencetuskan sistem perbankan Islamik yang diguna pakai dan menjadi model  bagi banyak negara termasuk negara arab sendiri.Kerajaan yang membantu negara  yang mengalami kesusahan malah berkorban nyawa membela pejuang keamanan di luar  negara! Jika hendak dituliskan kebaikan yang dicurahkan rasanya tidak cukup ruang  facebook ini.

Namun oleh kerana ada manusia hina yang desperado dan bercita-cita untuk menjadi  Perdana Menteri dengan apa cara sekali pun termasuk dengan cara yang tidak  langsung Islamik maka seluruh jentera pembangkang malah seluruh rangkaian jahat  mereka digembeling bukan hanya untuk bertanding dalam pilihanraya malah memburuk  dan cuba menghancurkan integriti negara dan pemimpin yang tercinta.

Setelah berpuluh tahun, setelah berdekad, tidak payah disebut tentang cita-cita  PAS itu menjadi "itu dan ini" iaitu suatu percubaan sepanjang zaman untuk menunjukkan bahawa pemimpin ini adalah 'orang baik-baik'.. Orang ramai masih ingat bagaimana sombong dan  bongkaknya para pemimpin mereka yang menolak apa saja cadangan perpaduan. akan  sentiasa ada muslihat bagi mengekalkan status quo pemimpin lama mereka. Pemimpin  lama lebih mementingkan kedudukan mereka dari meletakkan kepenting Umah di  hadapan mereka. Cuba sebut tahun manakah yang UMNO tidak menawarkan kesatuan  Melayu terutama diantara PAS dan UMNO. Apa yang jelas ialah penolakan demi  penolakan sehingga rakyat sudah bosan.Tidak payahlah  hendak bermuka-muka untuk  berlakun seperti kelihatan baik di mata ramai konon mereka itu pejuang Islam sehingga DAP  yang anti Islam itu pun dikatakan lebih Islamik dari saudara se Islam dalam UMNO. Begitukah cara berfikir orang yang bersimpati dengan PAS?

Jika DAP menang dalam banyak kawasan bandar dan malah jika DAP menakluk negara  ini dan memperlekehkan Orang Melayu dan Fasal 153 maka, Si Desperado Pencacai  budaya "Gay" dan PASlah yang bertanggunjawab. Kami tidak melupakan sejarah buruk  ini.

Berfikirlah wahai sahabat ku....jika tidak kita semua akan merugi.   

Wednesday, 27 April 2011

Menangani Fenomena Rasisme di dalam Politik. MCA dan SUPP harus kreatif!



Elak Rasisme

MCA dan SUPP adalah komponen dalam BN tetapi mereka gagal berfungsi untuk menarik minat dan sokongan dari orang Cina, apa sebab dan misterinya? Hanya mereka yang lebih arif. Semuanya terletak kepada keikhlasan dan agenda sesiapa yang terlibat. Jika tiada keikhlasan dalam berjemaah maka mereka boleh saja menjadi "pagar yang makan padi". Agaknya ada yang berfikiran bahawa jIka selama ini BN sukar ditumbangkan dari luar maka 'menumbangkannya dari dalam' mungkin lebih mudah! BN harus menunjukkan kepekaan terhadap sensitiviti ini.

Sejak dahulu,BN merupakan tulang belakang "Government of The Day (GOTD)" yang sentiasa memperjuangkan kejayaan pembangunan material dan spiritual berasaskan perpaduan dalam suasana kepelbagaian kaum. Jika sebaliknya,  usaha ini gagal diangkat maka masyarakat akan cenderung untuk menjadi rasis akibat ketandusan model ikutan apatah lagi jika terdapat penghasut yang mendapat faedah dari pergelutan kaum.    

Parti berasaskan kaum Cina itu perlu sedar bahawa mereka wajib memainkan peranan penting sebagai pengimbang demi menghidupkan Semangat 1Malaysia yang bersifat
prokemajmukan etnik. Peranan mereka ialah untuk meyakinkan kaum Cina terhadap keikhlasan GOTD dalam memperjuangkan agenda pembangunan berasaskan perpaduan kaum yang menanam sikap toleransi dan penerimaan nilai kemajmukan etnik dan bukannya terikut-ikut dengan cara DAP.

Boleh saja parti berasaskan Kaum Cina itu 'mewujudkan suatu konflik baru' dengan parti UMNO untuk kelihatan 'garang' dalam mepertahankan hak orang Cina dan mendapatsedikit sebanyak undian tambahan namun memenangi hati pengundi Cina dengan kaedah itu dirasakan amat memerbahayakan.Sebagai contohnya baru-baru ini kempen "BoikotUtusan" oleh MCA adalah merupakan suatu 'konflik' terhadap UMNO yang cuba meraih sokongan. Namun kempen berkenaan dilihat sinis oleh kebanyakan orang kerana Utusan tidak dibaca oleh orang Cina sejak dahulu lagi! Kesan negatifnya pula ialah masyarakat cina akan terus menjadi lebih rasis akibat asakan dan tindakan berbau perkauman yang datangnya dari dalam dan luar BN. MCA dan SUPP harus mencari jalan yang lebih kreatif dan membina di dalam menarik lebih ramai penyokong. 

BN ialah barisan organisasi politik yang mendukung Semangat 1Malaysia yang menyemai sikap bukan sahaja sikap toleransi malah bergerak lebih jauh iaitu menuju ke arah penerimaan kepelbagaian etnik seadanya  sebagai cara hidup dinamik. Kemunculan DAP sebagai magnet dalam menarik sokongan Kaum Cina akan mengganggu proses transformasi untuk menerap penghayatan dan amalan 1Malaysia. Ini adalah kerana DAP lebih cenderung untuk menguasai kawasan bandar yang majoriti penduduknya ialah dari kaum cina.  Kempen dan provokasi yang mereka jalankan jelasnya tidak berasaskan konsep perpaduan dalam Gagasan 1Malaysia. Jika fenomena monopoli kaum di bandar terus berlaku maka sesuatu harus dilakukan bagi mengelakkan wujudnya 'pulau-pulau' di atas daratan Malaysia yang dicintai ini. Masyarakat moden amat sensitif dengan penguasaan tunggal sesuatu entiti baik dari segi pemerintahan mahupun dalam sektor swasta. Sebuah negara demoktratik normal sentiasa ada puak pembangkangnya bagi mengelakkan monopoli. Syarikat pembekal tenaga dan komunikasi umpamanya juga tidak harus dibiarkan dikuasai oleh sebuah entiti. Di Amerika, Microsoft pernah disaman kerana amalan monolpoli dalam perisian komputer yang kelihatan mengunci pengguna untuk menggunakan hanya produk mereka sahaja. Pendek kata, monopoli ekonomi dibandar-bandar adalah suatu penyakit yang perlu diubati segera.  


Jika parti komponen berasaskan Kaum Cina berkenaan gagal seiringan dengan parti komponen lain di dalam BN maka kewujudan mereka menjadi tidak bermakna kerana tidak membantu apa-apa. Apa yang menjadi pertikaian nanti ialah bilangan kerusi yang cuba dipohon oleh parti berkenaan bagi memastikan kuota mereka dipenuhi.BN perlu melihat dan menganalisa kembali tentang bagaimanakah untuk memberi kelebihan kepada parti komponen lain yang menunjukkan kesetiaan dan keberkesanan kewujudan mereka sebagai sebahagian dari BN. Setelah beberapa dekad Pilihanraya Umum berlalu maka ramai dari kita yang telah dapat 'membaca' ke mana arah trend perjuangan sesebuah parti komponen dalam BN. 

Tuesday, 15 March 2011

BANGSA UNIVERSAL: SESIAPA SAHAJA BOLEH "MASUK MELAYU"

Melayu - Bangsa Universal!

Salam Sahabat,
Penulis ingin mengajak kita berfikir mengenai persoalan "Masuk Melayu" yang pada pandangan penulis ada kaitannya dengan buku yang dikarang oleh YABhg Tun Mahathir.

Bangsa Melayu ialah sebuah bangsa yang bersifat dinamik kerana sesiapa sahaja boleh menjadi Melayu asalkan dirinya beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan mengamalkan Budaya Melayu. Jika ada orang Rusia umpamanya memeluk Agama Islam dan membudayakan Budaya Melayu serta fasih berbahasa Melayu maka orang berkenaan "menjadi Melayu" atau istilah dahulu kalanya "Masuk Melayu"  Sebab itulah mereka dari keturunan arab dan india sesetengahnya diktiraf sebagai Orang Melayu. Namun, Istilah inilah yang tidak digemari oleh bukan Melayu kerana mereka ingin memastikan kemandirian mereka kekal. Sifat kemelayuan sebenarnya tidak terletak kepada sifat genetik dari kaca mata Perlembagaan Malaysia!

Namun demikian di Johor, Melayu di takrif sebagai Orang yang beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan Berbudaya Melayu dan nenek moyangnya (keturunannya)  berasal dari kepulauan Melayu. Frasa terakhir itu mengaitkan keturuan Melayu dengan sifat genetik.  Agak sukar untuk "Masuk Melayu" di Johor lebih-lebih lagi penentuan ini berkait rapat dengan pengurniaan tanah "Reserve Melayu" di Johor.

Sejak dahulu lagi Mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah cuba melakukan proses 'Masuk Melayu'  kepada ramai bukan Melayu. Mereka memeluk Islam dan dijadikan anak angkat Allahyarham. Usaha begini telah juga dibudayakan oleh keluarga Melayu lain yang menerima anak-anak Orang Cina sebagai anak angkat mereka. Pada masa dahulu perkara sedemikian bukan menjadi isu walau pun mereka ini telah mendapat hak yang sama dengan Orang Melayu.

Jika umpamanya orang bukan Melayu menjadi seperti Dr Ridhuan Tee, maka Orang Melayu secara automatik menganggap mereka  sebagai "darah daging". Kalau kita melihat lebih jauh lagi
kita akan dapati Bangsa Melayu ini dari segi perlembagaan merupakan bangsa yang universal sebab sesiapa sahaja boleh "menjadi melayu" dengan cara memenuhi tiga ciri kemelayuan itu.
Apa yang menjadi isunya di sini ialah ramai yang tidak mahu kehilangan identiti bangsa dan kaum mereka sehingga terlupa bahawa Orang Melayu telah membuka pintu sebegitu luas untuk bersama sebagai ahli keluarga mereka .      

Tuesday, 8 March 2011

Sunday, 6 March 2011

BENAR...TELAHAN SAYA BN MENANG LEBIH MENYERLAH!

 Keputusan Pilihanraya Umum 2008

Nampaknya benar keputusan spara tidak rasmi di war-warkan sebelum jam 8 dan BN memang menang , dan benar juga  undi untuk BN lebih banyak berbanding 2008. Di Merlimau beza - 538 sahaja undian bagi  BN berbanding agakan saya tetapi adalah benar bilangan undian meningkat sebanyak 981 , di Kerdau undi PAS memang merosot dan undi BN meningkat sebanyak  925.
Tahniah kepada seluruh team BN yang telah berjaya memberi keyakinan kepada rakyat untuk kembali menyokong Kerajaan yang penuh berpengalaman ini. Hidup Malaysia

Saturday, 5 March 2011

TAHNIAH - SAYANG MALAYSIA MERASAKAN MEREKA MENANG

Calon BN Kerdau dan Merlimau
Salam Sahabat,

Pilihanraya DUN Merlimau N27 Saya merasakan bahawa PAS akan kehilangan undi yang banyak berbanding 2008, BN akan meraih undi melebihi 6500 dan kemenangan akan di umum sebelum jam 8.00 malam.
Pilihanraya DUN Kerdau N28.
Begitu juga di Kerdau, PAS akan kehilangan undi yang banyak berbanding 2008. BN akan meraih undi melebihi 7800. jangkaan keputusan akan dikeluarkan pada jam sebelum 8.00 malam.

Thursday, 3 March 2011

APA RELEVANNYA TINDAKAN AMERIKA DAN SEKUTU BARATNYA?


Salam sahabat,
Berita Radio Malaysia pagi ini menyiarkan pandangan kontroversi Amerika melalui Hillary Clinton bahawa Iran adalah dalang yang terbabit merancang kemelut revolusi di Timur Tengah termasuk negara kedua terbesar di Utara Afrika itu - Libya. Dalam masa yang sama  Amerika memberi bantuan kewangan secara terus kepada pemberontak yang terdiri dari pemuda-pemuda di Mesir lama sebelum revolusi berkenaan berlaku:
 (rujuk:http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/africaandindianocean/egypt/8289686/Egypt-protests-Americas-secret-backing-for-rebel-leaders-behind-uprising.html#)

Apa yang anihnya ialah Amerika pula berminat untuk menyerang Libya dengan memberi sokongan kepada pemberontak di Libya. Menurut Fiedel Castro mantan Presiden Cuba Amerika dengan rakan Natonya pada bila-bila masa akan menyerang Libya. Rujuk:

http://www.bbc.co.uk/news/world-latin-america-12542002

Perancangan untuk mencetuskan huru-hara dunia ketiga ini telah lama dirancang dan diramalkan seperti apa yang diteorikan oleh Paul Joseph Watson dari media online Prison Planet.com, rujuk:

http://www.prisonplanet.com/articles/april2007/090407bioweapons.htm

Soalnya apa relevannya Amerika dan sekutu Barat terus merancang, memporakperandakan kestabilan negara berkenaan?  Artikel di bawah menunjukkan kepentingannya, sila baca:

"The Libyan economy depends primarily upon revenues from the oil sector, which constitute practically all export earnings and about one-quarter of gross domestic product (GDP). The World Bank defines Libya as an 'Upper Middle Income Economy', along with only seven other African countries.[121] In the early 1980s, Libya was one of the wealthiest countries in the world; its GDP per capita was higher than that of developed countries such as Italy, Singapore, South Korea, Spain and New Zealand.[122]

Today, high oil revenues and a small population give Libya one of the highest GDPs per capita in Africa and have allowed the Libyan state to provide an extensive level of social security, particularly in the fields of housing and education.[123] Many problems still beset Libya's economy however; unemployment is the highest in the region at 21%, according to the latest census figures.[124]

Compared to its neighbors, Libya enjoys a low level of both absolute and relative poverty. Libyan officials in the past six years have carried out economic reforms as part of a broader campaign to reintegrate the country into the global capitalist economy.[125] This effort picked up steam after UN sanctions were lifted in September 2003, and as Libya announced in December 2003 that it would abandon programmes to build weapons of mass destruction.[126] - Wikipedia

Kesimpulan:
Dengan begitu banyak simpanan minyak dan juga ketiadaan senjata yang berkesan untuk mempertahankan diri maka Libya terdedah kepada anasir penaklukan semula. Sekali lagi hasil mahsul negara membangun dirampok tanpa mengira aspek legaliti.

Perkara paling ganjil dan amat menghairankan ialah mengapa semua orang termasuk OIC dan pemimpin veteran Islam seperti mengiakan tindakan negara penakluk itu? Jika mengkritik pun cuma sahaja untuk berbahasa. OIC juga mengikut nada yang sama!

Tuesday, 1 March 2011

PENGAJARAN DARI REVOLUSI BUATAN TERHADAP NEGARA MUSLIMIN

 Penaklukan Semula?

Salam,
Saya melihat bahawa kepimpinan negara majoriti Muslim yang diserang oleh revolusi buatan Israel - Barat memang telah dirancang untuk dijatuhkan sejak sekian lama. Agendanya ialah mematahkan taring negara besar majoriti muslim yang kaya dengan resos terutamanya minyak. Sebagai contoh paip menyambung bahan bakar gas merentasi benua dari Afghanistan itu menuju Eropah telah lama dirancang. Oleh itu perang dan provokasi merupakan pemudahcara atau jalan untuk mendapatkan resos secara paksa sejak dari dulu.

Kekejaman Serbia terhadap muslimin Bosnia berlaku semasa Sukan Olimpik berjalan. Seluruh jagat menonton pelbagai permainan dan olahraga dan terpaku di depan kaca TV. Apatah lagi siaran satelit memancarkan siaran secara langsung yang jelas dan tidak putus-putus.  Kini sedang seluruh jagat terkeliru oleh tindakan segelintir rakyat di negara Timur Tengah 2 loji nuklear Iran dan Syria telah diserang. Serangan terhadap palestin oleh Israel meningkat berlipat kali ganda 'tanpa di sedari' oleh 'masyarakat antarabangsa'. Apa yang trajisnya ialah subjek yang terkena hentaman sepanjang zaman ialah muslimin!

Apabila Ghadafi diserang oleh pemberontak, seluruh dunia mengutuk Ghadafi dengan nada sealiran Amerika dan Barat. Jika dilihat dari satu perspektif,  pemimpin ini pernah di serang oleh jet penceroboh Amerika dan membunuh anaknya di rumahnya sendiri! Ada sesiapa yang 'berbunyi' mengenainya? Sekarang ini Amerika menempatkan bala tenteranya di sisi negara berdaulat itu. Nato sibuk berbincang mengenai kemungkinan tindakan tentera terhadap Ghadafi dan Libya. Adakah semua dunia Islam termasuk OIC akan turut mengkritik pemimpin Islam itu dan membiarkan Barat menyerang dan menakluk sumber tenaga mereka? Jika Libya diserang dan ditakluk siapakah yang bakal menguruskan negara itu? Bila mereka akan keluar dari negara malang itu? Lihat sahaja contohnya seperti Iraq dan Afghanistan.

Pernah berlaku pemberontakan di China dan negara berkenaan tidak memberi peluang kepada mereka yang memberontak itu dengan melanyak tubuh mereka menggunakan kereta - kebal. Logik tindakan pemimpin China itu ialah mereka itu adalah pemberontak yang wajib dihukum bunuh. Pemberontak yang menggunakan tindakan subversif memang menerima hukuman bunuh pada kebanyakan negara malah negara kita juga mempunyai kaedah yang sama. Kerja pembangkang bukannya untuk menumbangkan Kerajaan yang memerintah secara legal tetapi lebih kepada menjadi pengimbang pandangan dalam sesuatu pekara atau isu. Kebanyakan revolusi yang berlaku semuanya melibatkan pembangkang dan desperado yang di biayai oleh agensi antarabangsa yang berkaitan dengan kepentingan barat (rujuk posting terdahulu) di blog dan facebook.

Kini, kita  seolah-olah "mengiakan" saja semua perspektif barat tanpa melihat dan mengkaji apakah sebenarnya yang berlaku atau agenda apakah yang telah dirancang yang akhirnya melibatkan seluruh umat Islam. Akhbar Perdana kita turut menyokong apa yang di katakan oleh Amerika tanpa memikirkan bahawa adakah ianya benar atau manipulasi media pro Israel!

Jika seluruh umat Islam berjaya sekali lagi ditakluk oleh Kuasa Yahudi - Barat samada melalui peperangan atau melalui jalan diplomatik maka tiadalah lagi gunanya kita menceritakan tentang keagungan tamaddun Islam kerana ianya tidak dapat bertahan oleh tindakan musuh-musuh seperti ini.

Friday, 25 February 2011

MUSUH ISLAM DAN MUSUH NEGARA

 Jacob Rothchild

Salam sahabat sekalian, ada bukti yang menunjukkan bahawa Rothchild iaitu seorang penyangak perbankan keturunan yahudi memain peranan di dalam revolusi yang berlaku di Afrika Utara dewasa kini. Si Roothchild ni pulak bersengongkol dengan kumpulan mempromosi demokrasi termasuk Soros untuk jadi alat mereka. Mereka mempromo demokrasi keseluruh dunia dan sejak kebelakangan ini mereka sedang meruntuhkan sistem bank Islam yang wujud dinegara-negara Islam di Afrika itu sambil meruntuhkan Sistem Perbankan Islam. Sila rujuk: http://www.puppet99.com/?p=126  Di Malaysia, semua orang tahu terdapat  wakil Yahudi ini yang sibuk berceramah ke sana-sini mengenai demokrasi di dunia Islam dan pluralisme agama (rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=UFffzwrLQA8&feature=player_embedded) dan ( http://www.youtube.com/watch?v=XoXiDsxbYq8 ). Kerja mereka ialah menghancurkan sistem yang telah dibangunkan oleh negara-negara Islam. Secara tidak langsung mereka datang menjajah kembali kali ini dengan menggunakan kuda-kuda trojan dan kaedah lain. Apa nak kita buat dengan manusia seperti ini? Ada keberanian anda? 

SUATU GERAKAN PERMULAAN PENGUASAAN GOLONGAN ELIT

Zbigniew Kazimierz Brzezinski
 
Zbigniew Kazimierz Brzezinski, mantan personalia keselamatan Amerika di
bawah Jimmy Carter pada 2010 telah mewar-warkan bahawa suatu "Awakening"
akan berlaku yang melibatkan pelajar Universiti di seluruh pelusuk Dunia
Ketiga akibat ketidakpuasan hati terhadap pemerintah yang ada.Beliau
mendakwa ahli PBB yang terdiri dari 190 buah negara mempunyai status
kebolehan yang hampir sama dan bakal gagal menangani revolusi ini. Mungkin
hanya 4 atau 5 negara kuat yag menguasai industri dan kuasa nuklear yang
menjadi Jawatan Kuasa Keselamatan PBB yang mampu mengawal situasi ini.

Media Barat sering menunjukkan dan menterjemah bahawa 'revolusi'yang
sedang berlaku di Tunisia, Mesir, Yaman dan bakal merebak ke Libya itu
dicetuskan oleh golongan 'non religous' yang terdiri dari anak muda yang
tidak puas hati dengan sistem sosial yang ada. 'Masalah' keadilan sosial
mula diungkit dan menjadi sebab utama pemberontakan yang berlarutan
itu.Mereka ini dikatakan menggunakan media perhubungan moden seperti
facebook dan seumpamanya dalam merancang gerakan.

Dalam satu sesi soal-jawab, menurut mantan penasihat pertahanan Amerika
itu, "hanya satu kuasa yang kuat sahaja yang boleh mendominasi kekalutan
ini. Kuasa berkenaan dinamakannya "One World Government". Menurut penulis
frasa sedemikian sebenarnya beriringan dengan gagasan "New World Order"
yang di sebut sejak berpuluh tahun oleh golongan Yahudi yang sangat 'gian'
untuk menguasai dunia sehingga ianya juga tertulis pada duit kertas
Amerika.
Diakhir video ucapannya tertulis hal-hal berkaitan dengan penguasaan Era
Teknotronik di mana setiap 'citizen' ini dikuasai secara peribadi. Semua
fail sensitif berada dalam database mereka dan boleh diakses secara
berautoriti melalui satelit. Untuk ini penulis teringat kepada cita-cita
keluarga Yahudi Rockefellar yang merancang untuk menguasai dunia dengan
menanam cip elektronik halus ke dalam tubuh manusia.Melalui satelit
'citizen of The World' itu di kesan lokasinya. Apabila seseorang indidivdu
cuba menderhaka terhadap pemerintah pada waktu itu maka semua database
yang boleh diakses oleh individu berkenaan disekat malah boleh dipadam
langsung. Jika berlaku demikian maka manusia malang ini tidak akan dapat
menggunakan kemudahan bank melalui sebarang alat termasuk ATM. Dia akan
gagal membuat hubungan komunikasi dengan komuniti kerana aksesnya terhadap
sistem utama disekat.Ini bermakna dirinya telah 'dipadam' dari dunia ini.

Lihat sajalah apabila pergolakan beraku di negara Tunisia dan Mesir ketika
ini semua akses kepada kewangan dan komunikasi disekat malah kenderaan
awam juga turut diberhentikan.Amat sukat untuk menghubungi sesiapa pada
ketika ini.

Nama-nama seperti Ikhwanal Muslimin (Moslem Brotherhood) mula disebut-
sebut sebagai pencetus revolusi di Mesi maka Amerika dan pihak media barat
lainnya mula memperkenalkan tafsiran tentang pergerakan itu mengikut acuan
mereka. Ada juga pihak seperti Israel yang menyatakan kebimbangan jika
ikatan ini menguasai Mesir dan mengajak sekutunya untuk menghalangnya.
Mereka mula membangkitkan bahawa pertubuhan ini mempunyai kaitan dengan
Hamas, telah membunuh mantan Presiden Mesir, rapat dengan Iran dan
sebagainya. 

Akibatnya apabila Obama cuba menyatakan sokongan kepada rakyat Mesir dan
mengajak Hosni melepaskan jawatannya ada kalangan musuhnya yang marah
kerana Obama telah mengetepikan sekutu rapat yang sentiasa bersama
Israeldalam konflik Timur Tengah.

Lihatlah betapa kompleksnya jaringan penguasaan barat terhadap 'dunia
ketiga ini'. Kita semua perlu berhati-hati dalam memberi sokongan.       


"ERASED" DAN "SHUTDOWN"

Zine El Abidine Ben Ali
 
Warta berita pagi RTM menyebut tentang Kesatuan Eropah membeku aset  Mantan Presiden Tunia ( Zine El Abidine Ben Ali) yang menurut dakwaan kesatuan itu pembekuan itu merupakan tindakbalas mereka terhadap penyalahgunaan kekayaan rakyat Tunisia. Ini bermakna akses kepada sistem kewangan mantan presiden itu telah dihalang dan beliau secara tiba-tiba menjadi "miskin". Inilah apa yang dimaksudkan dengan "shutdown" atau "erased". Inilah dia apa yang dikatakan Kuasa Teknotronik golongan elit dalam melaksanakan kuasa mereka.

Bayangkan, jika sistem kewangan anda di "shutdown"! Duit ditangan hanya tinggal beberapa ringgit sahaja. Bayangkan jika perkara berkenaan berlaku ketika anda berada di luar negara - maka dengan serta merta anda menjadi orang merempat! Tiada duit dan tiada akses kepada sesiapa. Tidak percaya? jawab soalan saya, adakah anda menggunakan ATM? Kad Visa/Master samada  Debit/Kredit? Bagaimana dengan Kad Pengenalana atau Visa ke luar negara  - bagaimana jika ianya turut terpadam?Amalan pemadaman dan menyekatan secara elektronik ini bukan baru. Beberapa Pemimpin Iran,  Sadam Hussein serta keluarganya, malah sesiapa yang dianggap 'musuh'  telah terkena. Oleh itu ada pihak beranggapan bahawa meletak aset di Negara Eropah dan Amerika adalah tidak selamat. Mereka yang agak bimbang telah mula memindahkannya ke Asia Tenggara.

Penulis menyebut hal "shutting down" ini dalam nota terdahulu sila rujuk nota penulis berjudul "The Awakening" berkaitan dengan penguasaan golongan elit terhadap "Citizen of The World (CTOTW)" di bawah "One World Government". Bayangkan jika keluarga Rockefeller benar-benar berjaya menanam mikirocip dalam setiap tubuh manusia CTOTW? Maka penguasaan secara total bakal berlaku.

Zbigniew Kazimierz Brzezinski menurut penulis tidak hanya berceramah pada 2010 untuk menceritakan hal yang mungkin berlaku tetapi lebih kepada memulakan pembakaran bahan bakar enjin revolusi penukaran rejim ke atas dunia ketiga. Rejim ini menurut mereka perlu di "servis" baru kerana terlalu lama telah diberi kekuasaan oleh mereka. Awas, jika ada nama gerakan Islam disebut-sebut terlibat dalam pencetusan revolusi ini maka itu kelihatan seperti gimik-gimik bagi mengabui para CTOTW agar mereka yang bersimpati akan turut sama menyokong gerakan penukaran ini wal-hal telah dijadikan alat-alat untuk memudahkan kesepaduan tindakan.

Jadi awas, sesiapa saja perlu bijak di dalam berkawan dengan golongan seperti ini. Kekuatan mereka memang tidak boleh dinafikan dan dengan kekuatan ini mereka sentiasa "menjarah", menakluk dan merampuk hasil mahsul "dunia ketiga" khususnya Dunia Islam sejak dahulu lagi. Pemimpin yang ingin menjalin hubungan dengan mereka ini perlu amat bijak agar tidak diperangkap oleh mereka. Tidak mustahil pemimpin yang disokong dahulunya oleh mereka bakal terus disokong.Tidak, mereka bertindak mengikut kepenting diri mereka - tiada  keikhlasan.  

Dari segi psikologi, mereka 'wajib dan wajar' bimbang jika fenomena globalisasi (yang mereka cipta akibat kecanggihan ICT) telah dan akan  membangkit semangat menuntut bela ke atas perbuatan lampau mereka sejak ratusan tahun. Mereka bimbang jika Dunia Selatan, Timur Tengah dan Seluruh Asia dan Afrika  menuntut bela di atas kerakusan Dunia Utara yang terdiri dari keturunan Kaukasoid ini. Apa akan terjadi jika terdapat gerakan membalas dendam dan meruntuhkan empire yang mereka bina selama ini? Dan di atas kebimbangan dan kegilaan kuasa ini maka mereka mencipta dan mencetuskan pelbagai konsep dan gagasan bagi penguasan semula bekas tanah jajahan taklukan mereka ini.

Di sebalik tabir, Yahudi yang telah pun mendapat kembali negerinya Israel sejak Perang Dunia Ke 2 oleh mandat PBB sendiri. Mereka merasa diri mereka telah berjaya mendapat kembali "Tanah Suci Zeon" dan dapat melihat bahawa mereka telah menjadi fokus utama dunia. Mereka cukup yakin bahawa kemuncak penguasaan Zeonist terhadap dunia akan berlaku pada Kurun Ke 21 ini persis seperti apa yang mereka telah ramalkan di dalam kitab kuno mereka. Mereka "maklum" bahawa Islam akan berkembang di barat dan mengancam agenda dan keselesaan mereka  (rujuk kecurigaan rakyat Amerika terhadap Obama kerana lambang gerakannya menunjukkan matahari di atas bendera Amerika)  dan mereka juga turut maklum bahawa Islam akan menjadi penentang utama mereka. Apa yang menjadi ironiknya ialah umat Islam telah mengetahuinya sejak sekian lama bahawa sesuatu pertembungan memang akan berlaku jika penguasaan Yahudi terhadap dunia ini telah mencapai tahap tertentu.

Monday, 21 February 2011

PERKARA LARANGAN DI DALAM PILIHANRAYA

Peti Undi

Dewasa kini,  pilihanraya telah menjadi cara hidup di Malaysia. Ramai ADUN yang diganti oleh sebab-sebab tertentu. Tidak lama lagi Pilihanraya Umum pula akan menjelma. Berikut, dipaparkan beberapa peraturan yang pernah diutarakan oleh SPRM ketika pilihanraya berjalan. Semoga nota ini menjadi panduan kepada semua.

“26 (1)  Tiada seorang pun boleh pada hari mengundi-

(a)mengadakan, memanggil atau mengaturkan di mana- mana tempat apa-apa bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau hiburan atau memberikan apa-apa bentuk ucapan atau syarahan sama ada atau tidak perjumpaan, perhimpunan, pertunjukkan, hiburan, ucapan atau syarahan itu terbuka kepada atau melibatkan orang ramai atau selainnya;

7(b)  memberikan atau membekalkan apa-apa alat muzik atau pembesar suara kepada mana-mana orang dengan tujuan supaya alat muzik atau pembesar suara itu digunakan oleh mana-mana orang dengan apa-apa cara atau digunakan di dalam atau di atas apa-apa vesel, binatang, motokar, trak atau kenderaan lain sebagai, atau bagi maksud, diayah politik atau menggunakannya sendiri atau menggunakan di dalam atau di atas apa-apa vesel, binatang, motokar, trak atau kenderaan lain mana-mana alat muzik atau pembesar suara itu;

(c)  membuka atau menubuhkan atau menyelenggarakan suatu pejabat atau barung di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding bagi apa-apa maksud yang berkaitan dengan sesuatu pilihan raya selain pejabat yang dibuka atau ditubuhkan atau diselenggarakan menurut subseksyen 24B(2) atau bilik jawatankuasa yang disewa menurut perenggan 14(1) (b);

(d)  "menggunakan mana-mana rumah kediaman, rumah kedai, pondok, dewan atau mana-mana premis lain sebagai pejabat atau pusat mana-mana parti politik di dalam bahagian pilihan raya itu.”

(e)  dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi -

8(i) cuba menentukan identiti mana-mana orang yang memasuki tempat mengundi;

 (ii)  menyemak dalam mana-mana senarai nama mana-mana orang yang memasuki atau meninggalkan sesuatu tempat mengundi;

(iii)  merayu-rayu atau memujuk atau cuba memujuk mana-mana orang supaya tidak mengundi dalam pilihan raya itu, atau supaya mengundi atau tidak mengundi mana-mana calon dalam pilihan raya itu;

(iv)  menunggu atau berdiri-diri kecuali bagi maksud atau membolehkannya masuk ke tempat mengundi untuk membuang undinya tetapi tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh menghalang pegawai yang hak atau mana-mana orang yang dibenarkan oleh pegawai hak itu daripada menjalankan tugasnya berhubung dengan penjalanan sesuatu pilihan raya;

(f)  bagi pihak-pihak mana-mana calon, merayu undi pemilih di dalam mana-mana bahagian pilihan raya bagi menyokong atau menentang mana-mana calon atau parti-parti politik dalam sesuatu pilihan raya dengan apa-apa cara jua termasuk melawat pemilih itu

9)(g)    di rumah atau tempat kerja mereka atau menemu ramah orang ramai; ataudalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

12. Mana-mana orang yang melanggar subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya. Perkara ini jelas diperuntukkan dalam subseksyen 26(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

13. Bagi pilihan raya kecil N.11 Permatang Pasir, Pulau Pinang ini, SPR juga bersetuju untuk membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (MAFREL) menjadi pemerhati penjalanan pilihan raya kecil itu. Pihak MAFREL adalah diminta berhubung dengan Urus Setia SPR untuk urusan pelantikan dan syarat-syarat yang akan ditetapkan.

14. SPR menyeru dan memohon kerjasama daripada semua parti-parti politik dan calon-calon yang bertanding supaya mematuhi

10  undang-undang yang ditetapkan SPR dan arahan-arahan daripada pihak polis yang akan menguatkuasakan undang-undang bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan pilihan raya kali ini dijalankan dengan aman dan damai.

Sunday, 26 September 2010

PENGAKUAN ULAMA YANG MUKTABAR LAGI WARAK TENTANG "PEMERINTAHAN MALAYSIA"


Dr Muhammad Uthman El-Muhammady






Marilah kita semua bermuhasabah dan memperbetulkan kekhilafan 
jika kita telah lari dari kenyataan akibat khayalan sendiri.

Tuesday, 21 September 2010

DASAR EKONOMI BARU DAN GAGASAN 1MALAYSIA: DUA UBAT MENANGANI PERPECAHAN YANG AMAT MUJARAB


 Datuk Seri Muhd Najib Tun Razak

Ada 4 pandangan popular mengenai  kemerosotan undi untuk BN dalam pilihanraya 2008 yang lepas. Pertamanya ialah hilangnya sifat setiakawan komponen bukan Melayu terhadap UMNO dan BN. Keduanya  komponen Bukan Melayu terlalu yakin dan selesa dengan kekuatan UMNO serta  terlalu bergantung dengannya. Ketiganya ialah gerakan penentangan terhadap kerajaan pada waktu itu oleh Mantan PM melalu multi-platform sehingga kerajaan yang memerintah ketika itu menjadi kurang popular. Akhir sekali ialah provokasi dan tohmahan dari Pakatan Rakyat yang mengambil kesempatan dari senario pecah-belah di atas dan ditambah pula dengan sikap rakyat yang mahu cuba bereksperimentasi dalam pemilihan kerajaan yang memerintah.

Trend utama dalam kemelut yang telah dibincangkan itu ialah “perpecahan”. Ini termasuklah perpecahan di kalangan parti komponen BN, di antara UMNO dan parti Bukan Melayu  serta antara Kem PM   dan Mantan PM pada ketika itu. Natijah buruk  hasil dari kekalutan itu ialah tidak lain dari kehilangan jumlah banyak undi  yang akhirnya menyebabkan BN kehilangan pengaruh bagi  enam negeri. 
 
Datuk Seri Mohd Najib (DSMN) selaku PM kini, “membaca” dan juga mengetahui bahayanya jika beliau gagal menangani nya. Lihatlah bagaimana DSMN mendatangkan kedua-dua Mantan PM (YABhg Tun Abdullah dan YABhg Tun Mahathir )  untuk bersama meraikan perhimpunan Agung UMNO dan beraspirasi untuk melihat kedua mereka melupakan pergeseran yang pernah berlaku.  Ubat bagi segala pepecahan lain yang telah tercetus ialah penyatuan dan perpaduan atau pertautan kembali. Kebijaksanaan DSMN dalam membawa roh perpaduan  baru di dalam Gagasan 1Malaysia adalah amat tepat pada masanya. Ianya seperti ubat  Dasar Ekonomi Baru bagi menjawab persoalan dalam Kemelut 13 Mei 1969.

Mengenai Hak-hak Melayu vs Bangsa Malaysia, Wawasan 2020 telah mempopularkan istilah Bangsa Malaysia sebagai sebuah bangsa  mendiami  Malaysia  yang terdiri dari pelbagai kaum yang bersepadu  dengan suatu  Budaya Malaysia. Budaya Malaysia ialah budaya yang diamalkan oleh Bangsa Malaysia yang merupakan adunan budaya pelbagai kaum yang berteraskan Budaya Melayu. Parti Pembangkang memanupulasi takrif Gagasan 1Malaysia dan istilah Bangsa Malaysia sebagai seolah-olah suatu gerakan kesamarataan dalam segala segi.  Orang Melayu pula melihat bahawa mereka mempunyai hak yang tidak boleh disamaratakan dan hak berkenaan termaktub di dalam Fasal 153 Perlembagaan Negara. Akibat penyalahtafsiran ini maka Orang Melayu mula memandang sinis terhadap Gagasan 1Malaysia. 

Sebenarnya,  penghayatan mengenai Budaya Malaysia telah lama diperjuang dan diamalkan yang sedikit sebanyak telah memberi impak positif  kepada pembentukan generasi muda Malaysia dewasa kini. Namun oleh kerana cabaran dari media aliran Perdana dan alternatif serta pengaruh  internet begitu kuat sekali  maka budaya barat  kerap kali mendominasi pemikiran dan amalan generasi muda.

Suatu perkara yang agak sukar untuk ditangani ialah kepercayaan dan sifat kesetiakawanan di kalangan parti komponen BN. UMNO telah mula mencurigai  komponen Bukan Melayu  yang kelihatan tidak menyokong  BN dan UMNO dalam pilihanraya 2008. Maka, bagi memelihara integriti dan kesinambungan perjuangan Melayu maka PERKASA telah muncul sebagai pelapis bagi memelihara hak-hak Kaum Melayu yang dikhuatiri bakal diganggu-gugat. MCA dan MIC telah mencurigai sikap dan kewujudan PERKASA kerana NGO berkenaan menjadikan mereka sebagai bahan kritik. Untuk menjadi lebih parah lagi Parti komponen Bukan Melayu pula kelihatan sering menuntut sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan persis seperti tuntutan parti pembangkang .  Secara kontranya, UMNO pula dicurigai oleh komponen Bukan Melayu  apabila melihat ramai dari kalangan  pemimpin UMNO turut berada di dalam PERKASA. Jadi tiada keikhlasan  lagi dalam sifat setiakawan BN dewasa kini. Ini adalah sesuatu yang amat tidak baik bagi sebuah Barisan Nasional  yang sepatutnya bersatu padu.

DSMN melihat  kemurungan di atas sebagai suatu projek besar yang harus diselesaikan segera . Beliau percaya impak terhadap penyelesaian masalah setiakawan di kalangan komponen BN adalah amat besar dan bermakna. Jika beliau dapat mempertautkan semula semua parti komponen dalam BN maka rakyat akan merasa lebih yakin terhadap kepimpinan beliau dan akan memilih semula kerajaan pimpinannya untuk pilihanraya yang akan datang.  Apatah lagi sekarang ini hampir kebanyakan komponen dalam Pakatan Rakyat telah menunjukkan tembelang dan permasalahan mereka yang memungkinkan kemerosotan sokongan dari undian eksperimen rakyat. Rakyat akan sedar bahawa pemilihan bagi sebuah kerajaan  yang teguh tidak boleh jadi mainan eksperimen kerana setiap detik masa adalah sangat penting untuk dibazirkan begitu sahaja.

Di sini,  apa yang rakyat mahukan ialah pengiktirafan atau baiah yang ikhlas dan tulen dari masing-masing komponen BN bahawa mereka benar-benar terus memelihara sifat kesetiakawanan  dan tidak akan belot kepada sesiapa.  Ianya bukan hanya bersifat teori tetapi diamalkan secara jujur. Tidak perlu dipertikaikan kewujudan PERKASA kerana mereka ialah NGO yang wujud bertujuan untuk memastikan hak-hak Melayu terus dijaga dan diamalkan.  Mereka tidak berniat merampas apa-apa hak orang lain kecuali ada sesiapa yang belot dan melanggar kehendak 153 Perlembagaan Negara.  

Saya percaya bahawa DSMN akan meneruskan agenda bagi mempertautkan kembali komponen BN dengan pelbagai projek dan aktiviti. Gagasan 1Malaysia akan terus dipopularkan  dan dihayati menerusi program-program yang lebih menyeluruh serta akan sentiasa berkumandang dicorong radio, dikaca TV dan melalui pelbagai media lainnya. Jika misi ini Berjaya maka saya merasakan bahawa BN akan terus menerajui pemerintahan negara ini dengan sokongan kuat dari PERKASA.         

Saturday, 11 September 2010

Trauma dan Penghayatan Gagasan 1Malaysia

Gagasan 1Malaysia

Saya melihat amalan Gagasan 1Malaysia di Hospital. Semua pengunjung hospital melihatnya tanpa
disedari. Pelbagai kaum melayan pelbagai kerenah pesakit. Pesakit yang terdiri dari pelbagai kaum pula
menerima rawatan dan ubat-ubatan dengan penuh keyakinan di Hospital Tunku Tun Aminah di Johor Bahru.
Pada suatu masa ketika saya duduk menunggu giliran untuk mengambil ubat isteri, saya melihat semua
pelanggan menunggunya dengan penuh kesabaran. Setiap orang melihat-lihat papan panel nombor giliran
elektronik yang terus memaparkan nombor-nombor giliran satu demi satu. Ada lebih dari 7 kaunter
pemberian perskrepsi dan penerimaan dokumen.

Apa yang dapat saya lihat ialah orang yang berkunjung ke hospital ini atau ke mana-mana hospital di Malaysia ini merupakan samada pesakit, pelawat atau petugas. Klien utama bagi institusi ini sebenarnya ialah pesakit dan mereka ini memerlukan rawatan bagi menyelesaikan permasalahan mereka. Seperti lumrahnya, serangan dan kemudharatan penyakit tidak mengira kaum. Sesiapa sahaja boleh dihinggapi oleh gangguan fizikal dan mental yang memerlukan pemerhatian. Tiada suatu kaum pun yang lepas dari dugaan ini. Oleh itu kesemua mereka akur dengan keperluan untuk secara bersama mengunjungi hospital yang menerima semua kaum. Sebab itulah saya melihat penghayatan konsep 1Malaysia sangat segar apabila mereka dalam keadaan yang amat memerlukan pertolongan. Ini bermakna dugaan dan kesusahan menyebabkan manusia memerlukan perpaduan antara kaum.

Berkaitan dengan itu kita boleh juga melihat kepada penduduk sesebuah negara yang mengalami trauma apabila tercetusnya insiden atau malapetaka alam. Tanpa mengira kaum, atau kumpulan mereka berpusu-pusu untuk mendapatkan bekalan makanan atau perubatan. Mereka tidak sempat untuk bertanya sesiapa dari kaum apa. Mereka tidak sempat berfikir mengenainya pun. Apa yang perlu bagi mereka ialah menyelesaikan permasalahan dan keperluan yang dihadap. Konsep kesatuan dan Perpaduan menjadi nadi utama dalam masyarakat yang berada dalam kesusahan.

Bandingkan keadaan di atas apabila sesuatu kumpulan itu berada dalam keselesaan semata-mata. Rakyat bakal menjadi individualistik. Semua keperluan seperti makan dan pakai mencukupi malah berlebihan. Keperluan mereka bukan lagi kepada perkara yang asas tetapi kepada persoalan harga diri dan soal kebebasan. Pada waktu sedemikianlah manusia akan menjadi begitu kritis sentiasa ingin mendapatkan lebih kebebasan.Pada waktu ini orang kaya akan cuba menambah kekayaan dan yang miskin akan mempertikai sikap mereka.

Bila direnung-renung kembali, dugaan yang bertalu-talu mendatang kepada rakyat Malaysia menjadikan mereka dalam keadaan yang sedikit kurang selesa. Ancaman luar seperti pertikaian Indonesia - Malaysia dan faktor ketegangan perkauman di dalam negara merupakan dorongan yang hebat bagi mengajak masyarakat untuk kembali menghayati konsep perpaduan seperti yang telah diamalkan sejak 53 tahun lalu. Masyarakat Melayu-Bumiputra dan kaum Bukan Melayu tidak secara langsung mula kembali melihat sempadan aktiviti masing-masing. Isu persempadanan antara Malaysia-Indonesia juga akan diselesaikan dengan segera oleh kedua-dua negara. Rakyat mungkin menjadi 'sibuk' dengan permasalahan ini dan lebih memikirkan kemudharatan dan kerugian jika semua isu berkenaan tidak dapat diselesaikan dengan baik.               

Tuesday, 7 September 2010

BLOG MENCAPAI KEJAYAAN : PENYEMBUH KANSER

Harap bersabar. Artikel berkenaan akan diterbitkan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfirtri. Sila daftar diri (Sign up)  sebagai "follower" atau Pengikut blog MENCAPAI KEJAYAAN di http://capaikejayaan.blogspot. com  agar semua artikel yang diterbitkan dihantar terus ke kotak email anda. Bertindaklah segera. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada rakan pembaca budiman. Semoga hari raya ini memberi keberkatan kepada kita semua.

Sysalq

Saturday, 28 August 2010

GOLKAR: "PERLU BERKERAS DENGAN MALAYSIA. GANYANG MALAYSIA!"


Foto Hiasan
Salam,
Pergeseran antara Malaysia dengan Indonesia  yang memanaskan senario perhubungan antarabangsa   antara kedua Negara sebenarnya lebih merupakan natijah dari penentangan Parti Golkar  yang merupakan parti pembangkang terhadap kerajaan yang memerintah yang dipimpin oleh Soesilo Bambang Yudoyono (SBY).
Golkar, sebagai sebuah parti pembangkang yang pernah memerintah Indonesia dirasakan bakal mendapat “political mileage” di atas insiden yang berlaku. Isu besar yang ditimbulkan oleh parti berkenaan ialah Indonesia kelihatan ‘lembik’ apabila berhadapan dengan Malaysia. Malaysia kononnya selalu memperlekehkan integriti  negara berkenaan dan mahukan Pemerintah Indonesia berkeras terhadap segala tindak-tanduk Malaysia. Bagi menunjukkan keseriusan mereka akhbar atas talian seperti Antara News dan Tribune News memapar seruan pemimpin Golkar yang menyeru agar “Jangan selalu berdamai dengan Malaysia!” Mereka mahu Indonesia sebagai sebuah bangsa berdaulat mengambil tindakan keras terhadap Malaysia seolah-olah peperangan itu adalah jalan terbaik untuk mereka. Dan akhir-akhir ini memang ada tunjuk-tunjuk perasaan yang dikaitkan dengan peperangan Malaysia - Indonesia yang menggunakan frasa seperti "Ganyang Malaysia"
Ketidakpuasan hati kalangan parti pembangkang berkenaan lebih tertumpu kepada kritikan terhadap  diri SBY yang dikatakan mahu ‘memasang badan’ diperingkat antarabangsa. Ini bermaksud bahawa presiden tersebut sedang mempamirkan imej baik di mata dunia dengan membuat pendekatan rundingan dalam menangani permasalahan antara kedua negara.
Pemerintah Indonesia sekarang ini dikritik agar tidak hanya menumpukan perhatian isu pornografi sahaja tetapi mengambil  tindakan terhadap beberapa isu lain yang melibatkan integriti negara. Isu penangkapan 3 orang pegawai perikanan mereka mempunyai kontroversinya yang tersendiri. Kakitangan awam berkenaan dikatakan berada di perairan mereka tetapi telah dipaksa menandatangi borang mengakui bahawa mereka telah masuk ke perairan Malaysia. Selain dari itu pertikaian persempadanan dikatakan merupakan isu utama yang Kerajaan Malaysia dilihat sebagai tidak serius sejak dahulu lagi. Ketidakpuasan hati berlanjutan sehingga kepada cara pemulangan 7 nelayan Malaysia yang disambut oleh Pegawai Kedutaan Malaysia di Singapura manakala Indonesia diwakili oleh pegawai yang dianggap lebih tinggi pangkatnya sehingga ianya kelihatan terlalu "menghina diri."
Isu tersembunyi lain yang dibawa oleh perwakilan Golkar bagi tujuan mengkritik Pemerintah Indonesia adalah berkaitan dengan penguasaan teknologi  ICT termasuk internet, satelit dan Telekomunikasi Selular oleh Singapura dan Malaysia. Singapura dikatakan sebagai negara kecil yang menguasai  rangkaian internet dimana “gateway” nya berada di sana.  Sistem satelit (indosat) dikatakan telah dikuasai oleh Singapura melalui pemilikan korporat.  Mereka bimbang bahawa semua ‘rahsia  negara’ dapat diketahui oleh  kedua-dua  negara yang dianggap penjajah cyber.  
Bagi Pemerintah Indonesia penentangan seperti di atas adalah lebih merupakan sesuatu yang sengaja dilakukan  bagi tujuan meraih sokongan politik semata-mata. SBY telah menghantar surat kepada YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk meminta Malaysia tidak mengambil tindakan yang drastik  menjejaskan perhubungan baik antara kedua pihak. Walau bagaimana Kerajaan Malaysia telah meminta penjelasan dari kedutaan Indonesia dan juga mula member i peringatan kepada rakyat Malaysia agar tidak mengadakan lawatan  ke negara berkenaan demi keselamatan.
Wallahualam
Sysalq

Tuesday, 17 August 2010

NATIJAH JIKA KONTRAK SOSIAL DISANGGAH

Nusantara

 Salam,
Orang Melayu, walau pun telah mendirikan kerajaan sejak sebelum zaman Kesultanan Melaka dan telah mendirikan  pelbagai institusi pemerintahan berdaulat di merata nusantara ini, terpaksa akhirnya akur dengan tekanan British agar menerima Orang Bukan Melayu sebagai rakyat ini melalui Prinsip Jus Soli. Jika tidak,  kemerdekaan dari penjajahan tidak akan diberikan oleh British. Itulah harga yang begitu mahal yang terpaksa dibayar.
Pada masa yang sama Orang Bukan Melayu (terutamanya Kaum Cina) mendakwa berhak untuk mendapat kerakyatan di Tanah Melayu kerana dikatakan telah membantu menentang penguasaan Jepun di Tanah Melayu. Umum mengetahui Negara Jepun dan China adalah merupakan musuh tradisi. Orang cina mendesak British agar memastikan bahawa mereka juga (Orang Cina) dijadikan rakyat Tanah Melayu.
Akibat desakan British juga, Dato' Onn Jaafar terpaksa keluar dari UMNO yang ditubuhkannya sendiri kerana disanggah oleh pengikutnya yang mengkritik tindakan beliau yang cuba meliberalisasikan UMNO kepada Bukan Melayu bagi memenuhi syarat kemerdekaan yang dikehendaki oleh British. Begitu bersatunya orang Melayu pada ketika itu sehingga pintu rundingan tertutup rapat. Namun, atas desakan dan paksaan oleh  British maka Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang dipilih menggantikan Datuk Onn terpaksa mencari jalan untuk menubuhkan Kerajaan melalui Parti Perikatan yang merupakan barisan komponen parti politik yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC.
Adalah amat menyedihkan apabila sebuah Tamadun Melayu yang telah lama berkerajaan dan bernegara di seluruh nusantara ini kemudiannya dipaksa pula oleh kuasa penjajahan menerima orang yang dibawa oleh mereka. Dasar begini sentiasa dilaksana oleh British sejak dari dahulu di mana jua tempat mereka bertapak.
Sebagai timbalbalas tolak ansur berkenaan persetujuan dicapai oleh British bagi memastikan Hak-hak Istimewa Orang Melayu termasuk Sistem Raja-Raja dan Kesultanan Melayu tidak diganggu gugat,Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan,   Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
Apa yang dikesali ialah ramai yang telah menjadi alpa (atau buat-buat alpa) bahawa perisytiharan hak-hak berkenaan adalah merupakan prasyarat kepada pemberian taraf kerakyatan kepada kaum-kaum lain. Jika orang yang diberikan kerakyatan mula mempertikai hak-hak yang telah menjadi prasyarat itu maka adalah wajar sekiranya tafsiran kerakyatan yang telah diberikan itu  di 'lihat' kembali.
Wallahualam
Sysalq             

Sunday, 15 August 2010

PENDIRIAN NIK AZIZ


Temubual bersama Ustaz Omar Khalid Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu

TIADA BEZA TUNTUTAN MCA - DAP, CUMA MCA TUNTUT DARI DALAM


Salam,
Desakan Dr Chua Soi Lek Presiden MCA,  pada 14 Ogos 2010 dalam "Kongres Ekonomi Cina" di Kuala Lumpur agar kerajaan merobah sikap agar mengutamakan meritokrasi berbanding sistem kuota mengesahkan fakta bahawa apa yang dituntut oleh MCA menyerupai tuntutan DAP cuma mereka beroperasi dari dalam. Beliau mendakwa bahawa sistem meritokrasi lebih adil. Maka dengan itu pengagihan ekonomi berasaskan kuota seperti yang dilaksanakan kini  (yang berasaskan semangat perlembagaan) hendak diketepikan begitu sahaja. Nampak jelas kebimbangan mereka bahawa Kaum Bumiputra bakal dan akan terus menuntut pengagihan ekonomi yang berasaskan kuota yang 'mungkin' menjejaskan peluang mereka untuk mendapat lebih penguasaan.  

DAP memperjuangkan kesamarataan peluang di dalam Tanah Melayu ini, namun perlembagaan parti mereka mendokong mereka yang kukuh atau kompeten ekonominya. Apa jadi dengan yang miskin papa? Jika demikian yang kaya terus diberi dan diberi. Apakah itu namanya keadilan?

Selain dari itu tuntutan supaya sekolah vernakular diperkasa serta penggunaan Bahasa Mandarin dipertingkat (hanya kerana untuk mencapai pasaran antarabangsa) pula merupakan agenda seolah-olah menentang Sistem Pendidikan Malaysia yang bercita-cita untuk mewujudkan sekolah satu aliran dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Simbolik terhadap kewujudan sekolah satu aliran dan Pemertabatan Bahasa Melayu ialah untuk memastikan mekanisma integrasi kaum di Malaysia menjadi lebih efektif lagi. Jika MCA terus menentang arus di dalam perkara sebegini maka nampak jelas bahawa MCA tidak begitu sealiran dengan pendirian kerajaan. Maka jika demikian, kita boleh lupakan saja visi tentang percubaan mewujudkan Bangsa Malaysia seperti yang diwar-warkan itu dan masing-masing kaum kekal dengan status-quo masing-masing.

Jika kita semua dapat "membaca" desakan-desakan sedemikian dan membanding beza diantara dari pelbagai desakan parti DAP yang banyak didominasi oleh Kaum Cina ini maka kita dapat lihat bagaimana mereka berperanan sebagai saling melengkapi antara satu sama lain. Persoalannya ialah apakah UMNO (yang memartabatkan semangat perlembagaan khususnya ) dan BN amnya boleh mengharapkan MCA memperjuangkan semangat perlembagaan dalam memastikan kemenangan di dalam PRU 13 sedangkan PRU 2008 telah membuktikan bahawa mereka bukannya rakan yang boleh diharapkan? Berhati-hatilah.   

Thursday, 29 July 2010

GADAI HAK BUMIPUTRA KERANA KEUNTUNGAN WANG

Kesan ketidakseimbangan ekonomi

Salam,
Begitulah orang materialistik. Diskaun untuk Bumiputra didengki khianatkan hanya kerana ianya tidak menguntungkan. Tony Pua seorang penasihat ekonomi yang 'handal' sehingga semuanya dilihat dari segi untung rugi mata wang.

Nanti pada suatu masa hadapan agaknya, semua peruntukan hak bumiputra yang dilindung oleh perlembagaan juga dimansuhkan kerana ianya dikatakan tidak menguntungkan. Senang sahaja jika kita hendak mengira untung. Jika kos berbanding jualan menghasilkan nilai positif maka untunglah operasi kita itu maka jika tidak ianya 'perlu dihapuskan' Cukup senang dan keputusan sebegini tidak memerlukan orang yang berkelulusan tinggi atau penasihat ekonomi untuk mencetuskannya. Apa yang tidak difikirkannya ialah natijah dari tindakan sedemikian. Jika kekayaan hasil keuntungan akibat merampas hak orang dilakukan dengan sewenang-wenangnya maka tidak mustahil ada gerakan yang akan 'menghancurkan' kekayaan kotor sedemikian. Itulah yang pernah berlaku pada 1969. Mungkin orang tidak minat untuk mengingatinya! Sama ada mengingati atau tidak, maka sedarlah bahawa tendensi berkenaan adalah merupakan formula sejagat yang biasa berlaku secara fitrah di seluruh pelusuk dunia! Sebab itulah Islam menganjur aktiviti zakat fitrah bagi melaras kekayaan agar sikaya mempunyai tanggung-jawab sosial dan bukannya semakin "memijak" orang susah.

Seseorang yang sentiasa melihat kehidupan secara materialistik dan menterjemahkannya dengan operasi perniagaan semata-mata akan hilang hati dan akal budi. Mereka bersifat terlampau kalkulatif atau terlalu mengira dan amat bimbang jika rugi. Adakah orang-orang begini boleh menjadi pemimpin yang gemar membantu orang miskin melarat, orang tertindas atau orang yang aniaya dan dizalimi? Jika sifat materialistik begitu menebal dan dijadikan pedoman hidup maka janganlah harap sangat kepada mereka ini.

Ada cerita jenaka mengenai sikedekut yang selalu berkira-kira untung-rugi sehingga dia hampir tidak mahu berkain kafan ketika ia menjadi jenazah nanti,  kerana takut kerugian!  Sungguh berbeza pandangan bersifat bakhil seperti di atas jika dibanding dengan perspektif orang yang memandang bahawa kehidupan di dunia kita ini hanya sementara. Apa yang harus dikira-kirakan (itu pun jika hendak mengira) ialah pahala yang dibawa keakhirat nanti dan bukannya hanya duit melimpah ruah hanya untuk di dunia ini!   

Walalhualam
Sysalq

Important Messages