Pesanan Penaja

Sunday 20 November 2016

SIMPLECOUSTIC: KUMPULAN BUSKER YANG MULA TERKENAL!


Kumpulan Busker yang menamakan diri mereka sebagai Simplecoustic merupakan kumpulan yang sedang "booming" di Pasir Gudang khususnya.  Kumpulan yang dianggotai oleh  Faris (Vokalis) dan Wahid (Doyok - Guitaris) iaitu dua orang anak muda berbakat dan bersemangat waja ini menghiburkan para tetamu dengan penuh ikhlas, tekun dan bersemangat. 

Lagu-lagu Melayu dan English yang didendangkan begitu segar dan menghiburkan para pelanggan yang sedang menikmati hidangan di Restoran Wak Radol (Cawangan Kempas) di Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang. Mereka bukan sahaja oleh menyanyikan versi asal malah mampu menggubah lagu berkenaan dengan di dalam versi mereka.

Jika anda ingin terus mendengar nyanyian dan persembahan mereka bolehlah berkunjung ke Pasaraya Maidin pada waktu makan tengahari pada setiap hari serta restoran di atas pada setiap malam. Pada sebelah petang mereka mempunyai jadual persembahan di Tesco Sri Alam.

SYSALQ RADIO memberi galakan dan sokongan padu kepada dua anak muda ini untuk terus maju ke hadapan. Demi membuktikan sokongan SYSALQ RADIO telah menyediakan rancangan khas SIMPLECOUSTIC yang keudara pada setiap hari jam 1.15 - 130  ptg. Bagi peminang Simplecoustic sila "tunein" ke SYSALQ RADIO.

Monday 14 November 2016

ANJING LIAR MENJADI ANCAMAN KEPADA PENDUDUK DI TAMAN UDA UTAMA


Foto Hiasan - Anjing Liar Mengganas!

Penduduk yang tinggal di sekitar Bandar Uda Utama berada dalam keadaan risau dan bimbang berikutan gangguan anjing liar yang kerap mengganggu urusan harian mereka. Kanak-kanak yang kebiasaannya dapat bermain secara bebas pada waktu petang kini ketakutan untuk keluar bermain. ini adalah disebabkan terdapatnya beberapa ekor anjing liar yang merayau-rayau dan mengejar mereka bila mereka cuba keluar berjalan-jalan.

Mereka sering dikejar oleh anjing liar tersebut dan ada yang hampir digigit. Kanak-kanak yang ketakutan terpaksa berjalan beramai-ramai dan cuba menakutkan anjing-anjing liar tersebut dengan membaling pelbagai objek. Akhirnya pelbagai objek yang dibaling itu sudah menjadi sampah sarap dan halangan jalan. Kekotoran yang disebabkan oleh anjing berkenaan juga menambah lagi masalah setempat. Najis haiwan tersebut serta sampah sarap dari tong sampah ditarik keluar menyebabkan keadaan kotor disesetengah jalan di taman berkenaan.

Penduduk di sini berharap Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dengan kerjasama Jabatan Perhilitan  mengambil tindakan segera bagi menangkap anjing liar tersebut. Adalah difahamkan bahawa beberapa aduan telah dibuat oleh mereka kepada pihak berwajib namun belum ada tindakan positif dari mereka. Mereka mengharapkan pihak berkenaan bertindakah segera supaya tiada siapa yang tercedera akibat gigitan haiwan berkenaan.

Saturday 12 November 2016

HEBATNYA PASARTANI DATIN HALIMAH LARKIN.

Siapa tidak tahu bahawa ada sebuah Pasartani yang hebat beroperasi setiap Sabtu dan Khamis bermula seawal 8.00 pagi di Jalan Padu berhampiran Jalan Taruka dan Tahana Larkin maka mungkin mereka itu ditertawakan oleh penduduk setempat.



Kunjungan SYSALQ pada jam 9.00 pagi menunjukkan bahawa  masih ramai pengunjung yang membeli barangan keperluan. Para usahawan yang ceria sibuk melayan pelanggan. Begitu hebat sekali masyarakat Melayu Malaysia pada ketika ini dan nampak gayanya jauh beza dengan zaman masa kita kecil. 

Anda carilah apa keperluan dapur atau rumah anda biasa anda perlukan kebanyakannya ada di sini. Soal makanan peh jangan cerita lagi jom tonton video dan tengok foto yang saya paparkan ini.





















Friday 11 November 2016

BERITA GEMPAK!!!! OGY OSMAN - DJ POPULAR MANTAN DJ RTM JOHOR JADI WARGA SYSALQ RADIO!


Ogy Osman seorang DJ Popular mantan DJ RTM Johor di SYSALQ RADIO bersama SYSALQ ( Sy Sulaiman Ariffin) berbual bicara mengenai isu semasa pada jam 9.30 malam jumaat 10 November 2016.

Pihak kami amat mengalu-alukan penglibatan Ogy bersama kami dan seterusnya menjadi "warga SYSALQ RADIO"  bagi memeriahkan lagi siaran radio dalam talian ini. Dalam slot yang diterbitkan kami telah memulakan perbualan dengan berkongsi pengalaman Ogy ketika dalam perkhidmatan dan sekarang pasca perkhidmatan. Mengikut bual bicara dan pengalaman yang dicurahkan maka kita semua tahu bahawa Ogy ialah seorang yang sangat versetail iaitu berupaya melakukan kerja-kerja yang bersifat "multitasking" secara serentak. Seperti yang disarankkan oleh Ogy sebagai orang yang berpengalaman di dalam bidang penyiaran bahawa SYSALQ RADIO eloklah memperbanyakkan slot-slot yang memberi banyak menfaatkan kepada gologngan remaja dan belia terutamanya.

Untuk makluman anda para pembaca dan pendengar sekalian, SYSALQ RADIO akan sentiasa meningkatkan mutu perkhiddmatan dengan menyediakan prasarana penyiaran yang lebih mantan. Kami akan mencetuskan pelbagai program yang bersifat kreatif untuk mengajak netizen bersama berinteraksi secara santai di ruangan yang kami sediakan. Oleh itu berilah sokongan padu kepada SYSALQ RADIO....radio  untuk anda! Sila segera menginstalasi SYSALQ RADIO di android dan iphone, tab dan komputer anda. Sama-sama kita kongsi kandungan yang bakal diterbitkan khusus untuk SYSALQ RADIO sebagai satu lagi media sosial alternatif.   

Apa yang menariknya ialah sistem pengiklanan SYSALQ RADIO adalah yang termurah dengan "airtime" yang tinggi. Anda dijemput untuk bersama kami untuk membantu SYSALQ RADIO mengembangkan sistem pengiklanan ini dengan menjadi Agen atau Sub Agen yang menawarkan produk yang berupa "airtime" bagi mempromosi para usahawan di dalam Perusahan Kecil dan Sederhana. Untuk mendapatkan maklumat lanjut anda mengenainya bolehlah berkunjung ke http://sysalqadd.blogspot.my

Important Messages