Pesanan Penaja

Saturday 30 August 2008

Pilihan Raya Kecil: 2 Resipi Kemenangan


Salam,

Ketika penulis menikmati juadah di sebuah restoran di JB penulis telah berbual dengan pengusahanya yang merupakan seorang wanita dan secara kebetulan tinggal berhampiran dengan lokasi pilihan raya yang baru lalu.

"Macam mana kerajaan BN nak menang di sana!" Katanya.

"Maksud kakak?" tanya penulis.

"Wakil Parlimen yang menang tu begitu rapat dengan penduduk sejak lama lagi dah. Pemuda-pemuda di sana di beri peluang untuk memperkembang potensi diri dengan diberi peluang untuk berniaga di dalam majlis-majlis yang diadakan. Beliau pulak rajin berkunjung ke rumah penduduk tanpa perlu dijemput." Jelas pengusaha berkenaan.

"Apa yang lebih menarik lagi ialah beliau boleh duduk bersama penduduk dan makan-makan seperti keluarga..mejanya tidak perlu dibersihkan dan sanggup menyinsing seluar 'berambah' dengan mereka."

Pada pandangan penulis, jika dakwaan berkenaan adalah benar..maka wakil Rakyat/Parlimen lain kena buat lebih hebat lagi.

Suatu perspektif lain pula ialah ketika penulis berbual dengan seorang usahawan (kontraktor) yang melihat bahawa semua apa yang ditulis oleh Utusan Malaysia adalah 'pembohong' semata-mata. Rakan ini tidak mahu beli akhbar dan juga tidak menonton TV3 kerana menurutnya media berkenaan adalah 'sumber fitnah', malah sumpah pengakuan oleh Mohd Saiful dan Datuk Seri Najib adalah helah semata-mata. Nampaknya golongan ini berpegang bahawa mereka yang bersumpah ini telah membuat pembohongan dalam keadaan tersepit. Katanya tunggulah masanya bahawa azab akan menimpa mereka!

Huh...sampai begitu sekali perspektif rakan ini. Semuanya menjadi "terbalik" dan boleh membuatkan semua orang boleh jadi pening. Pada pandangan penulis kesan kempen memboikot media agak berjaya sehingga para penyokong menjadi begitu khusuk dengan pegangan mereka untuk menjadi terus taksub kepada seseorang!

Dua maklumbalas ini diharap dapat dianalisa oleh pihak kerajaan yang harus juga melihat dan memikirkan tentang bagaimanakah caranya untuk memecahkan benteng komunikasi yang sedia wujud ini.

Friday 29 August 2008

Adakah DAP parti benar-benar demokratik?


Adakah DAP memperjuangkan semangat demokrasi tanpa mengira bangsa dan agama? Mari kita baca Visi DAP seperti yang diwar-warkan oleh organisasi berkenaan:

"The vision of the party is to establish a peaceful and prosperous social democracy that can unite its disparate races and diverse religions and cultures based on:

a Malaysian Malaysia concept by forging Malaysian race with
universal moral values,

offering equal access and opportunity;
democractic governance and rule of law;
creating wealth and distributing wealth equitably; and
fighting against corruption."

dan lihat pula Misi mereka;

"The Mission of the DAP
Our mission is to make a difference in the lives of Malaysians by bringing about positive changes. To do that leaders and members must be united, have a vision focused on our ideals and principles, congregate talented people who are - economically competent; and with the ability to deliver efficient management of the civil administration."

Visi dan Misi organisasi ini kelihatan 'cantik' lengkap dengan segala perjuangan persamaan kaum, budaya dan agama. Memperkata tentang peluang-peluang yang terbuka luas. Namun itu hanya dalam bentuk tulisan semata-mata. Itu pun belum dikaji apa implikasi perkataan seperti "congregate talented people who are - economically competent" yang sudah tentu merujuk kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

Dari segi amalinya mari kita lihat senarai "leaders" bagi DAP ini. Dari seramai 31 orang 'leaders' di peringkat nasional cuma ada 2 orang Melayu yang terlibat berbanding dengan 24 Cina dan 5 India. Bandingkanlah komposisi komiti ini dengan peratus taburan kaum rakyat Malaysia dan renung-renungkanlah samada senarai "leaders" berkenaan selari dengan nisbah yang sepatutnya. Statistik berkenaan belum menyentuh tentang perwakilan dari negeri-negeri (hanya terdiri dari kaum tertentu) yang langsung tidak mencermin ciri-ciri nasional.

Oleh itu DAP tidak sesuai untuk menggelar diri mereka sebagai pejuang Malaysian-Malaysia (istilah yang mereka berikan) kerana sifatnya sedemikian rupa. Sekali lagi DAP di dalam paragraf akhir "Our History" nya menulis;

"DAP shall persevere with its political commitment to bring about a fair, just, democratic and united Malaysia so that the country can rise up to the challenges of the information technology and globalization era and take its rightful place in the international arena."

Pernyataan ini seolah-olah tidak mengiktiraf populariti Malaysia di mata dunia sekarang ini. Malaysia yang sudah terkenal di kalangan warga dunia dari segenap peringkat tidak memerlukan "lakonan semua" perkara yang telah lama dicapai. Jika DAP benar-benar memperjuangkan hak demokratik maka organisasi ini tidak seharusnya menentang perpaduan yang telah sedia terbina di kalangan warga kerajaan yang ada sekarang ini.

Wednesday 27 August 2008

SIAPA PEMIMPIN SEBENAR?

Salam,

Seorang pemimpin harus "memimpin" dan bukannya "mengikut" atau pun terpaksa "dipimpin" pula. Bayangkan seorang OKU penglihatan yang hendak merentas jalan. Seseorang yang celik penglihatan boleh menjadi pemimpinnya (dengan memimpin tangannya) untuk menyeberang. Sebagai analoginya bagaimana jika anda menang dalam pilihanraya dan oleh kemenangan itu anda menjadi pengikut 'para pengundi anda' maka anda bukanlah pemimpin sebenarnya.

Jika anda percaya kepada kolektif perspektif dan beramal dengannya dan selepas mendengar respons dari pihak berkenaan anda terus "terikut-ikut" dengan idea mereka maka anda sebenarnya hanya layak menjadi pengikut. Mungkin anda memperhias idea berkenaan dari segi teknikal dalam persembahan.

Dewasa kini, kelihatan bahawa Orang Melayu berada dalam sebesar-besar dilema. Keliru dalam menghayati konsep "siapa itu seorang pemimpin". Mereka tidak melihat kepada ketulenan karisme seseorang sebelum orang berkenaan diangkat untuk menjadi pemimpin mereka. Persoalan seperti sejarah peribadi seseorang yang dipilih langsung tidak diambil peduli.
Mereka mengetepikan semua perkara termasuk hal-hal kontroversi yang sepatutnya menjadi parameter untuk mereka berkira-kira di dalam urusan pemilihan. Soal-soal ketulenan idea, kekuatan minda kejituan dan kekukuhan prinsip telah dicampak jauh. Mungkin di kalangan para pengundi ini terdapat golongan peminat konsert yang seronok berdendang dengan lagu yang dinyanyikan dan dengan sertamerta menekan butang undian memilihnya melalui SMS. Maka akan wujudlah 'pemimpin' popular.

Pemimpin bukan orang yang hanyut dengan arus perdana bagi mencetuskan 'keselesaan'. Pemimpin mungkin boleh saja bergerak bertentangan dengan arus perdana tetapi dunia mengetahui bahawa idea yang dibawa adalah idea besar yang akan mengubah senario masyarakat. Pemimpin berkenaan reda untuk tidak menjadi popular. Setelah itu mesti ada sejarahnya yang menunjukkan bahawa sentuhan tangannyalah yang berjaya mengubah sesuatu.

Wednesday 13 August 2008

ISU BADAN PEGUAM: MIELAYU MINORITI DALAM BAR COUNCIL DAN AJK HAK ASASI

Salam,

Mengapakah isu yang membabitkan urusan keluarga saudara baru sengaja di war-war kan dengan begitu lantang sekali dan mengapakah pula Majlis Peguam hendak menimbulkan ISU takrifan tentang ISA dan Akta Hasutan pula?

Sebenarnya semuanya berkait rapat. Persoalan ISA hendak diforumkan ialah kerana ianya ada kaitan dengan sosek-sosek pemimpin dan aktivis politik dewasa kini yang mahukan sesiapa yang terlibat dalam penganjuran aktiviti yang 'ada' unsur hasutan dikenakan tindakan ISA. Bayangkan jika para profesional berkenaan dikenakan tindakan sedemikian. Adakah PM akan melakukannya?

Apa perlunya Majlis Peguam dewasa kini seolah-olah "mengejar masa" menganjurkan forum berkaitan dengan persoalan "Memeluk Islam" sedangkan yang problematiknya ialah persoalan individu atau pun keluarga berkenaan dan bukannya persoalan kandungan dan amalan Agama Islam itu sendiri. Jika mempersoalkan pertindihan hukum-hakam antara sistem mahkamah maka kerelevanan untuk mengamalkan satu sistem kehakiman adalah diterima maka pertimbangan tentang sejarah Common Laws dan kaitannya dengan Perundangan Malaysia perlu dijustifikasi. Pandangan harus mengambil kira tuntutan untuk melaksanakan Sistem Perundangan Islam melebihi dari yang lain kerana majoriti rakyat mengamalkan agama ini (rujuk post terdahulu).

Anihnya, mengapa kes seperti yang dialami sebuah keluarga Islam di Johor di mana anak keluarga mereka yang dikatakan telah menukar agama dan 'dibawa lari' oleh pasangannya (yang berlainan agama) tidak lama dulu diforumkan. Keluarga berkenaan menderita disebabkan usaha mereka untuk mendapatkan kembali anaknya gagal pada waktu itu. Ada banyak lagi kes yang melibatkan penderitaan wanita Islam yang boleh diperjuangkan.

Rasanya kita mungkin boleh memahami situasi perjuangan yang dibawa oleh pihak berkenaan. Keperluan untuk menimbulkan kes seperti di atas mungkin agak kurang memandangkan faktor tertentu. Sebagai kaum minoriti (25% dalam Bar Council/28% dalam AJK Hak Asasi) di dalam badan berkenaan Orang Islam atau Melayu khususnya harus sedar kepentingan kaum majoriti mungkin dilihat lebih dominan dalam mewarnai perjuangan mereka. Badan profesional haruslah menunjukkan bahawa mereka boleh berjuang untuk kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya dan bukannya terfokus kepada sebelah pihak.

Saturday 9 August 2008

MAJLIS PEGUAM: SYARIAH ATAU SIVIL?


En Ragunath Kesavan, Timbalan President Majlis Peguam Malaysia di dalam The Malaysian Insider menyatakan forum mengenai "Memeluk Islam" akan tetap diteruskan disamping pelbagai reaksi dari pihak awam. Beliau menyatakan bahawa isu-isu yang membabitkan dua kes contoh yang dibawa adalah bersabit dengan konflik yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Sivil. Malah beliau mengaitkan keterbukaan PM dengan keperluan untuk menganjurkan forum-forum terbuka seperti itu. Persoalan pertindihan bidang kuasa mahkamah tersebut kononnya telah menimbulkan kekeliruan. Apa yang mungkin En Ragunath lupa ialah bidang operasi Mahkamah Syariah berjalan hanya apabila melibatkan plaintif atau defenden yang beragama Islam dan kes yang timbul ialah kes yang bersabit dengan perlaksanaan Hukum Islam terhadap individu berkenaan. Soal memeluk Islam tidak timbul langsung kerana tidak melibatkan sebarang paksaan dalam persoalan menukar agama. Persoalan perhubungan keluarga sebelum dan selepas memeluk Islam bukanlah perkara yang asing dalam fenomena menukar agama ini. Keluarga adalah tetap keluarga.


Saya ingin menyorot peristiwa dalam suatu seminar mengenai Mahkamah Syariah tidak lama dulu yang melibatkan Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim. Pada sesi soaljawab seorang peserta seminar (seorang peguam non-muslim) telah bertanya dengan sinis tentang mengapakah Undang-undang Syariah masih perlu digunapakai di Malaysia. Prof Ahmad menjawab sambil menyindir bahawa apa perlunya kita pula masih terus menggunapakai undang-undang sivil Brittish sedangkan tiada lagi orang Britain di sini dan majoriti rakyat Malaysia ialah orang Islam. Logiknya di sini ialah keperluan untuk mengamalkan undang-undang syariah adalah lebih utama.


Saya ingin merujuk suatu artikel yang diterbikan oleh Utusan Malaysia tidak lama dulu yang berbunyi: "Common Law wajar dimansuh" oleh Moh Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS) berikut ialah pernyataan yang dimaksudkan.


"TERAS menyokong penuh cadangan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tun Ahmad Fairuz supaya undang-undang Inggeris Common Law diganti dengan undang-undang yang berasal dari tanah air serta yang sesuai dengan syariah.


Kenyataan beliau itu sangat wajar memandangkan 50 tahun kemerdekaan Malaysia tidak membawa makna jika kita masih bergantung dan bersandar kepada undang-undang penjajah. Sememangnya antara aspek yang sangat penting dalam mencapai kemerdekaan ialah sesebuah negara itu dapat mengguna pakai undang-undangnya sendiri sebagai ganti kepada undang-undang Inggeris dalam pemerintahan negara.


TERAS berpendapat kita perlu menggerakkan pendekatan yang lebih tepat dengan budaya dan khazanah kita sendiri dalam mengisi erti kemerdekaan. Apalah gunanya kita masih mengamalkan perundangan yang jelas asing daripada realiti dan keadaan tempatan kita sedangkan kita sudah pun mempunyai khazanah perundangan kita sendiri.


TERAS berpendapat adalah sangat wajar Malaysia menggubal semula sistem perundangannya ke arah berteraskan syariah kerana sistem syariah Islam yang lengkap dan meliputi semua aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara telah pun mempunyai tapaknya sejak kedatangan Islam pada abad 13 lagi.


Apatah lagi sistem perundangan Islam merupakan sistem yang tidak memisahkan antara undang-undang peribadi dengan undang-undang awam.
Malah kesepaduan undang-undang Islam antara aspek rohani dan jasmani, peribadi dan awam dan antara negara dan masyarakat jauh lebih unggul dari perundangan Inggeris yang sekular.


Kami dengan itu menyeru agar pihak kerajaan menimbangkan dengan teliti cadangan Tun Ahmad Fairuz itu supaya kemerdekaan 50 tahun ini menjadi titik bermula kita melaksanakan proses Islamisasi perundangan seperti yang cuba dilakukan oleh Allahyarham Profesor Ahmad Ibrahim.

TERAS berpandangan adalah tidak tepat mereka yang berfikir bahawa sistem syariah tidak punya tempat dalam perlembagaan Persekutuan. Tafsiran Artikel 3 dalam perlembagaan sepatutnya memberi justifikasi bahawa agama Islam yang dimaksudkan sebagai agama rasmi Persekutuan hendaklah berdasarkan makna Islam yang murni dan meliputi.


Bukan hanya soal acara ritual semata seperti yang sedang digambarkan oleh golongan yang mahu memisahkan undang-undang agama dari negara".



Berbalik kepada persoalan kebebasan kita semua rakyat Malaysia dalam memberi pendapat, kita harus sedar bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai DYMM YDP Agung yang memelihara kesucian Islam serta yang mengamalkan demokrasi secara terpimpin yang bukannya seperi demokrasi ala barat. Kita semua wajib sedar bahawa negara ini adalah Negara Islam yang berteraskan al-Quran, Assunnah dan Ijmak Ulama'. Kita mempunyai adab (protokol) yang tersendiri. Kekuatan pegangan ini tidak pernah digugat sejak beratus tahun dahulu sehingga sejak akhir-akhir ini. Jika ada sesiapa yang cuba merobah senario ini bagi kepentingan kumpulan mereka bermakna mereka harus berhadapan dengan seluruh sistem yang telah terbentuk sejak sekian lama. Mungkin bentuk tentangannya agak berbeza dengan tentangan ketika peristiwa berdarah "NATRAH" namun tempiasnya mungkin tidak boleh diramalkan.

Sunday 3 August 2008

TEKA TEKI TARIKH!


Salam,

Teki-teki paling menarik dewasa kini ialah percaturan tarikh antara "Bacaan Pertuduhan" dan pertandingan dalam Pilihanraya Kecil. Jika pertuduhan diisytiharkan oleh pihak Kerajaan maka semua media kena "diam" dari berkata-kata mengenai kes berkenaan. Maka selamatlah sesetengah pihak dari serangan dan 'prejudis' media. Jika pertuduhan lewat "dibacakan" (oleh sebab-sebab teknikal - contohnya Peguam Negara tidak terlibat di dalam kes kerana telah dinyatakan oleh PM sebelum ini untuk mengelakkan TOHMAHAN) maka media bebas berspekulasi dan memberikan impak yang besar di dalam pilihanraya kecil yang bakal menjelma di Pulau Pinang itu.

Jika pula pertuduhan dibaca maka kes pun berjalan dan semua pihak tidak boleh masuk campur kecuali sistem kehakiman. Pihak yang bertanding (dan dalam masa yang sama menjdi orang yang dituduh) pula akan menjadi tidak layak untuk bertanding kerana masih di dalam urusan pertuduhan. Kemungkinan besar parti pihak yang tertuduh menjaga moraliti memberi nasihat kepada pihak tertentu agar memberi laluan kepada orang lain yang tidak mempunyai pertuduhan untuk dijawab kerana dalam masa kurang dari 60 hari pilihan raya akan dilaksanakan. Jika pihak berkenaan terus bertanding juga dan kalah dalam undian maka hilanglah segala-segalanya.

Nampak gayanya Bacaan Pertuduhan mungkin lewat kerana banyak perkara yang menjadi masalah teknikal (bukan masalah bukti). Kalau pertuduhan dibacakan lewat maka kesannya politik tuduh menuduh akan menjadi mainan. Akhbar-akhbar picisan akan tumbuh macam cendawan.

Mohd Ezam sekarang ini berada di dalam keadaan yang amat bersemangat untuk berjuang. Beliau mungkin tidak dicalonkan kerana beliau 'dilihat' harus memainkan peranan yang melebihi dari peranan sebagai seorang Wakil Parlimen. Mungkin juga bekas calon UMNO di Permatang Pauh yang juga bekas Imam Besar Majjid Negara akan kembali dicalonkan kerana figura berkenaan merupakan individu yang sesuai untuk dikaitkan dengan apa yang dikatakan oleh Mohd Ezam sebagai pertandingan "moraliti".

sysalq

Important Messages