Pesanan Penaja

Thursday 20 August 2009

NIK AZIZ - MAKIN BUAT KENYATAAN MAKIN KECOH


Salam.
Setelah membuat kenyataan bahawa pengikut UMNO dikatakan bakal tidak masuk syurga, Nik Aziz (NA) membuat 'penjelasan' seperti yang penulis jangkakan supaya kenyataan pertamanya kelihatan 'bijak dan betul'. Rupanya tidak berlaku seperti yang diharapkan beliau. NA pulak hendak menyaman akhbar yang konon memfitnahnya. Dalam satu temuramah dengan media beliau 'memperkukuh' kenyataan bahawa memang orang yang tidak menyertakan Islam dengan Iman adalah tidak akan

masuk ke syurga. Jadi orang yang pro UMNO dikatakan bersifat demikian. Pelik sungguh cakap merapu begini! Setahu penulis, sebagai orang awam, kalau persoalan iman hendak kita bincangkan "tidak dapat tidak" mesti menyemak amalan dan penghayatan apa yang dinamakan sebagai Rukun Iman. Rukun Iman yang enam perkara itu siapa yang berani tinggalkan? Budak-budak Sekolah Agama Johor sejak kecil lagi sudah diajar dengan fakta demikian. Persoalan Rukun Islam apatah lagi - cukup difahami. Ada kah orang UMNO yang mengamalkan Islam itu meninggalkan Iman? Sungguh merapu dan merapek NA ni!

Bila sudah menimbulkan kekecohan, panggil pula orang lain beri penerangan dalam Harakah terbitan pada 20hb Ogos 2009 (rujuk gambar di atas). Artikel berkenaan (berjudul Pisah Agama dengan Politik Tidak Masuk Syurga) makin mengelirukan. Tidak payahlah hendak menjelaskan benda-benda yang dah jelas. Kita semua sudah tahu apa yang harus amal di dalam Islam. Kami orang Islam mengamalkan apa yang kami baca pada doa Iftitah pada setiap sembahyang yang menekankan persoalan keikhlasan, keimanan dan ketauhidan. Jangan suka merendah-rendahkan keIslaman orang lain. Puak dan konco mereka ini selalu merasa lebih Islamik dan sering hendak "mengajar-ngajar" orang lain dan yang peliknya ialah banyak benda yang dibawa menjadi persoalan dan dituduh songsang. Lihat sajalah apa yang didakwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka bukan orang bodoh..mereka skolar yang berilmu dan berpenghayatan!

Wahai kamu yang menimbulkan kontroversial antara Islam dan Melayu kembalilah kepangkal jalan. Kamu melebihkan orang bukan Islam yang menentang Islam dari orang-orang Islam sendiri. Cuba jawab soalan ini: Orang bukan Islam yang cuba menghancurkan Islam tu apa kategorinya? Adakah mereka sahabat orang Islam? Atau wajib diperangi? Di dalam Islam bukankah telah dinyatakan dengan jelas?

Kamu selalu buat benda-benda secara terbalik!


Thursday 13 August 2009

APA DAH JADI DENGAN NIK AZIZ NI

(Sedutan dari harakah Dailly)

"CAKAP TAK SERUPA BIKIN"
Jangan hentam hal peribadi
Nik Aziz patutnya perbetulkan konconya dulu sebelum mula fitnah orang



Salam, orang panggil beliau tuan guru tapi kepada penulis, dia (Nik Aziz - NA) hanyalah manusia biasa yang selalu mencetuskan kontroversi dan kesilapan dan bila tersedar nanti dia akan pusing cakap secara 'cantik' supaya kelihatan 'sentiasa betul'. Kalau tidak masakan urusan teknikal pun dijadikan bahan untuk memperlekeh orang (Rujuk - video Kes Saiful dengan Sumpahnya - NA kata "mana ada orang sumpah macam tu" - NA dengan beraninya menuduh orang Islam sendiri yang meniru Kristian) soal kebenaran mana dia? Si Saiful tu dianiaya ketidak - tidak timbul sama sekali. Mungkin apa yang penting ialah setiakawan dalam kumpulan asobiahnya itu iaitu Pakatan!)


Sekarang ini, dalam kesibukan orang membincangkan persoalan penghinaan DAP terhadap Islam dia bercakap secara terbalik dengan cara mengutuk orang Islam yang dituduhnya tidak mengamalkan Islam, sudah tentulah dia perasan bahawa dia paling Islamik.

Dalam kes laungan Penkhianatan Bangsa oleh UMNO terhadap Anwar pula cuba baca apa NA kata dari rujukan Harakah Daily terbitan 13hb Ogos 2009:


"Sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tak kata Nabi Muhammad ni penghianat bangsa, sebaliknya sebagai orang yang memperbodohkan pemimpin kami, itu saja tak ada pun sebut pengkhianat bangsa"

Ayat-ayat NA di atas cuba membela Anwar yang dituduh pengkhianat oleh orang UMNO. Lihat bagaimana kedudukan orang yang dikatakan khianat itu dilambangkan sebagai Nabi Muhammad dan orang yang menentangnya pula dikaitkan dengan si arab jahil. NA tidak percaya tentang wujudnya personaliti yang diistilahkan sebagai pengkhianat bangsa...yang ada hanyalah orang yang memperbodohkan orang lain. Nampaknya dia tidak baca tentang Si Kitol yang sering disebut-sebut orang sebagai pengadu domba dalam Kerajaan Melayu Melaka dahulu.

Sila rujuk pula ayat yang memetik kata NA dari harakah ini lagi:

Umno katanya, tidak wajar menyerang individu untuk menarik perhatian masyarakat terhadap mereka dengan memburukkan Anwar Ibrahim, sebaliknya dasar parti yang perlu dikritik atau seumpamanya sekiranya ia tidak betul

Tergelak pula membacanya. Cuba kaitkan dengan serangan-serangan peribadi yang dilakukan pembangkang termasuk oleh PAS (terutama oleh Anwar sendiri) terhadap Perdana Menteri dan juga Isteri beliau (rujuk keratan Harakh Dialy di atas) Rujuk juga fitnah-fitnah yang ditabur tentang Mantan PM kita dari konco-konco mereka di dalam youtube dan blog.Agaknya mereka ini termasuk dalam golongan munafik. Semoga Allah mengembalikan mereka kepada ajaran yang sebenar dan bukannya yang bengkang bengkok sebegini.

Mereka tuduh UMNO dan ahlinya sebagai kalangan yang tidak menerima Islam. Mereka yang dituduh ini pula orang yang masing-masing melaksanakan Rukun Islam yang lima dan mengamalkan Rukun Iman, peneraju kerajaan sejak dulu lagi yang memperjuangkan syiar Islam. Mereka adalah orang yang tidak mengkafirkan saudara Islam lain - bukan seperti kalangan PAS yang merasa diri sangat Islamik. Orang yang dibenci Nik Aziz ini adalah dari kalangan saudara Islam dari bangsanya sendiri yang memperjuangkan Islam di merata pelusuk dunia. Mereka ni dari kalangan orang yang dijadikan contoh (benchmark) oleh negara Islam lain diseluruh dunia baik dari segi tatakelakuan, produk dan kaedah penghasilan.

Semasa Malayan Union hendak dibenteras, buat pertama kalinya umat Melayu bersatu atas dasar Kemelayuan dan Keislaman. Dalam masa kegelapan 400 tahun sebelum itu Umat Melayu tidak terlepas dari kongkongan penjajahan demi penjajahan. Atas tanggung-jawab Kemelayuan dan keIslaman maka tercetusnya lambang kesatuan iaitu UMNO (Bukan PAS). Wujudnya UMNO bukan kerana desperado nafsu hendak menjadi pemimpin tetapi di atas niat suci untuk menyatukan BANGSA MELAYU dibawah satu panji.UMNO telah melakukan yang termampu untuk memelihara kesinambungan pencapaian..masakan kerajaan khususnya orang UMNO tidak marah jika ada pengkhianat yang hendak meroboh semua pencapaian yang telah diraih.

Bercakap mengenai soal kepentingan bangsa maka NA beri maklum balas begini:

"Sambungnya lagi, masaalah bangsa itu hanya akan timbul setelah masyarakat itu sendiri yang membangga-banggakan bangsanya, sedangkan seruan bangsa di Padang Mahsyar nanti tidak wujud.Tambahnya, sekiranya bangsa cukup berharga di sisi Allah, tentu sekali bangsa Arab lebih berharga dari Melayu".

Kalau dinilai dari kata-kata di atas maka kita boleh buat ksimpulan bahawa NA tidak mempedulikan bangsa. Jangan haraplah dia hendak memperjuangkan hal Bangsa Melayu. Kalau orang kutuk bangsa Melayu mungkin beliau langsung tidak terasa malah tidak mempedulikannya. Apa yang hendak diharap dari orang sebegini? Tapi kalau orang kutuk DAP dia jadi berang...dia marah balik kepada orang Melayu yang mengutuk DAP itu. NA lupa seruan Allah tentang kewujudan kaum dan bangsa yang Allah mahukan mereka yang berbeza-beza ini saling kenal-mengenal. Malah paling "simple" untuk dibandingkan ialah dalam pakatan pembangkang sendiri parti-parti komponen mereka mewakili kaum masing-masing. Antara mereka ada yang mengharamkan hukum Islam dilaksanakan di Malaysia dan NA kata di "NO COMMENT" terhadap hal-hal kontroversial yang melibatkan DAP dan ISLAM. Tidak payah tunggu profesor untuk memahami kekeliruan ini, cukup hanya remaja sahaja sudah tahu dan faham akan kegamatannya!

Dia kata DAP bukan Islam (orang ke parti yang Islam ni?). Siapa yang mengucap dua kahlimah syahadah ni...pertubuhan ke? Patutlah PAS dok mengaku Islam sedangkan yang berbaris di Padang Mahsyar nanti ialah manusia yang menunggu perbicaraan bukannya organisasi atau benda-benda ciptaan manusia. Jika kefahaman tentang perkara sebegini pun belum selesai maka apatah dengan perkara-perkara lainnya!

Seruan Allah tentang persaudaraan Islam diketepikan begitu sahaja. Biarlah dia bersengongkol dengan orang lain....asalkan tidak dengan UMNO! Inilah NA yang perasan jadi pemimpin besar (semua orang perlu merujuk dia). Ini bukan zamannya lagi wahai NA!





Important Messages