Pesanan Penaja

Thursday 17 October 2013

APA DAH JADI DENGAN R & R MACAP?

Penulis merasakan tidak perlu bercerita banyak kerana foto dan video yang disertakan di sini sudah cukup menjelaskan keadaan yang berlaku. Musim Hari Raya Qurban ini dikatakan mencetuskan fenomena serangan lalat yang lebih hebat kerana kebanyakan reban telah dikosongkan. Mengapa reban ayam berkenaan dikosongkan? Almaklumlah pada setiap kali sambutan hari besar maka ayam akan menjadi pilihan sebagai makanan. Lalat yang sebelum ini terkurung di dalam reban dikatakan terlepas bebas untuk terbang ke kawasan persekitaran.

Kalau kita amat-amati informasi yang dipaparkan pada dinding "food court" R & R Macap kita akan maklum bahawa di sekitar 7 hingga 8 Km radius merupakan kawasan reban ayam. Walau pun ianya agak terasing namun kawasan legaran lalat begitu meluas sehingga menganggu para pengunjung R & R yang berhajat untuk berhenti berisytirehat.
 
Keluhan salah seorang pekerja di kawasan ini...

Adakah gangguan ini akan berterus? Sampai bila?

Pokok hiasan pun dihinggapi lalat

Informasi mengapa R & R ini diserang lalat!
Sebahagian perangkap lalat! Begitu banyak lalat!
Siapakah "superman" yang akan menyelesaikan isu ini? Bagaimanakah caranya? Memaparkan informasi nampaknya tidak menyelesaikan keadaan. Agensi manakah yang wajib bertindak secara bersepadu di dalam menyelesaikan perkara ini demi rakyat?

Ini baru serangan lalat!

Important Messages