Pesanan Penaja

Wednesday 17 October 2012

PENJAJAHAN SEMULA MALAYSIA


                                                               Simbol Perjuangan Melayu

Dikatakan mutakhir ini, bahawa hanya Pelabuhan Melaka sahaja yang pernah dijajah manakala negeri lain sebenarnya hanya dinaungi. Walau pun demikian, sejak dari itu penduduk negara ini tidak boleh berkreatif dan inovatif apatah lagi untuk membuat keputusan sendiri. Walau pun tidak diserang dengan angkatan tentera luar namun minda telah dijajah dan diperintah sehinggalah tahun 1957 dimana kita dikatakan telah merdeka. Merdeka bermakna kita boleh memerintah dan membuat keputusan sendiri walau pun masih menerima nasihat dari Brittish namun jika tidak ingin mengikutinya kita masih bebas berkehidupan.

Kita telah melalui pelbagai fasa pembangunan berterusan sehinggga sekarang setelah 55 tahun berjuang untuk memajukan negara. Pemimpin berjaya membangunkan negara ini mengikut acuan sendiri sehingga hanya Malaysia mempunyai sebuah wawasan dalam jangkamasa tertentu. Hanya 8 tahun lagi kita akan berada di dalam era perlaksanaan penuh Wawasan 2020 dimana Malaysia menjadi negara maju atas acuan sendiri. Kita membina landasan sendiri dengan acuan sendiri. Kita hendak maju dengan cara sendiri. Kita mahu menjadi negara Islam yang maju malah menjadi negara Islam contoh kepada yang lain.

Rupa-rupanya akibat nafsu serakah beberapa kerat manusia desperado yang ingin berkuasa maka segala perancangan dan perlaksanaan visi yang dijangkakan itu akan tergugat. Tanpa disedari pihak asing telah menyusup masuk sejak sekitar 20 tahun yang lalu. Mereka menyuntik dana sehingga beratus juta ringgit demi cuba menguasai sistem pemerintahan Malaysia melalui adikong mereka. Segala institut yang telah diketahui umum mengerah kewangan dan tenaga mereka untuk melatih kader-kader mereka bagi meneroka jalan singkat untuk menguasai negara hebat ini. Penjajahan melalui rasuah dengan cara menaja kehidupan adikong mereka di sini terus diperkembang. Manusia yang dijangka mempunyai bakat untuk membangkang dan menyusahkan negara ini dibeli dengan mengikat mereka dengan dana-dana yang datang mencurah. Tidak cukup melalui sistem bank mereka menggunakan kaedah penyeludupan wang sehingga transaksi berkenaan sukar dikesan.

Akibat dari pengaruh pemimpin desperado itu mereka telah mula menjajah pemikiran ramai penyokong. Para penyokong dijadikan zombe untuk mengikut telunjuk mereka. Penyokong ini diminta melakukan provokasi kepada kerajaan secara berpanjangan dan sudah tentu pembiayaan aktiviti mereka ini datang dari dana rasuah yang masuk ke dalam negara ini secara haram. Ramai dari para penyokong  tidak mengetahui apa tujuan sebenar mereka terlibat di dalam provokasi berkenaan. Apa yang menyedihkan ialah mereka sanggup membeli pemimpin-pemimpin agama yang dahulunya cuba memperjuankan kebenaran tetapi telah mula terikut-ikut dengan cara jahat mereka. Kesan paling buruk akibat tindakan mereka ini ialah masalah perpaduan Orang Melayu. Orang Melayu telah berpecah dan impak perpecahan itu ialah mereka akan kehilangan suara majoriti. Keadaan ini amat disukai oleh sesetengah pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk menguasai negara ini.

Sebenarnya, Malaysia tercinta telah mula dan sedang cuba dijajah kembali. Sebahagian penduduk telah dijajah mindanya. Jika akhirnya kerajaan tewas maka penjajahan ini akan mencapai kepuncaknya. Akan jadilah apa yang amat ditakuti. Orang Melayu sudah pasti akan terhina di dalam tanah airnya sendiri. Tiada lagi keistimewaan kepada mereka dan Agama mereka (Islam). Mereka akan berada dibumi yang asing. Melalui adikong tempatan mereka, penjajah ini akan melakukan pemunggahan hasil mahsul negara ini persis seperti dahulu. Rakyat menjadi hamba pekerja untuk sipenjajah.     

Walau bagaimana pun kerajaan kita bukan kerajaan yang lemah. Barisan Kepimpinan bersama NGO dan Rakyat telah dapat mengenalpasti semua mereka yang terlibat dan tidak lama lagi semua adikong mereka akan menerima padahnya.

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages