Pesanan Penaja

Wednesday 30 July 2008

ANIHNYA PERANGAI SESETENGAH ORANG


Salam,

Persoalan model Hudud dan Qisas telah menjadi polimik hebat suatu masa dahulu bukansahaja di Malaysia malah di seluruh dunia termasuk Pakistan. Ketiadaan "Model Hudud" yang diterima sebagai penandaaras serta persoalan "model dari negara manakah" yang harus diikut telah menjadi suatu premis dilema bagi ramai cendiakawan muslim di dada-dada media massa. Maka Dr Mahathir pada waktu itu melabelkan bahawa hudud yang dikatakan telah diamalkan di Kelantan (tidak pasti adakah benar dilaksanakan) sebagai Hudud PAS!

Apabila orang yang dikatakan memperjuangkan ISLAM memberi syarat bahawa "UMNO mesti menerima HUDUD dan QISAS" jika hendak bergabung dengan PAS maka seolah-olah orang-orang UMNO telah menolak HUDUD dan QISAS sama sekali sedangkan polemik didada akhbar mengenai perkara berkenaan adalah dalam konteks teknikal dan bukannya prinsip.

Apa yang amat menyedihkan ialah apabila orang yang sama boleh pula menerima pihak yang menentang kuat tentang konsep Negara Islam itu sendiri sehingga ketahap meminta "langkahi mayat mereka" dahulu sebelum negara Islam dapat didirikan. Golongan anti Negara Islam sejelas ini pendiriannya itu boleh pula di "Muqabalah" kan sehingga sanggup mengetepi kan persoalan persaudaraan Islam dengan orang-orang UMNO dan berpakat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang didominasikan oleh Pemerintah Islam. Begitu anih sekali pendirian orang-orang begini.

Supaya adil pendirian..maka wajiblah kita mengkaji Perlembagaan UMNO itu sendiri. Adakah frasa memperjuangkan Islam termaktub di dalamnya? Jika ada maka adalah jelas bahawa WADAH perjuangan politik yang keahliannya bermajoritikan orang Islam ini bukanlah anti malah proIslamik.

PAS harus mempunyai pemimpin yang konsisten (Istiqamah). Jika sebaliknyalah yang berlaku maka adalah jelas dan dapat "dibaca" bahawa mereka semua sedang bersendiwara demi kepentingan nafsu sendiri dan bakal terus menggadaikan masa depan UMMAH.

Allah mengetahui segalanya.

Tuesday 29 July 2008

Mana lebih penting...Idealistik perjuangan atau WADAHNYA!


Jika anda dilantik menjadi Menteri Besar dan mula selesa dengan jawatan tersebut maka bukannya mudah menawarkan diri untuk turun 'takhta'. Pelbagai alasan yang bakal anda hamburkan untuk menunjukkan betapa pentingnya anda berada ditampuk sekarang dan juga betapa risaunya anda terhadap 'masalah' yang bakal timbul akibat turunnya anda dari takhta walhal pada orang lain anda hanya dilihat sebagai individu yang sedang mempertahankan nafsu! Apatah lagi anda terpaksa menjaga hati pelbagai pihak yang pernah 'berjasa kepada anda!' Tingkah laku anda kelihatan jauh berbeza dengan pemimpin dahulu kala yang mengelak diri dari dikempenkan untuk naik. Mereka itu merasakan bahawa tanggung-jawab amat berat untuk dipikul dan mereka percaya bahawa Mahkamah Yamul Mahsyar memang wujud!

Jika anda mendakwa bahawa anda dari golongan yang mewakili agamawan tentulah urusan yang menyentuh pegangan keagamaan menjadi aset utama yang harus diperjuangkan dan bukannya persoalan qabilah. Jika anda mempercayai bahawa Nabi Muhammad telah menyatukan UMMAH sehingga menguasai 75% bumi dengan konsep AQIDAH dan mengetepikan qabilah maka anda harus sedar bahawa persoalan AQIDAH memang penting dan utama dan bukannya siapa ahli parti apa!

Dan... jika anda dikatakan ingin memperjuangkan ISLAM dan MELAYU kerana Melayu ialah penduduk asal TANAH MELAYU (logiknya mempunyai hak keatas TANAH MELAYU) dan ISLAM adalah agama anutan anda maka anda harus sedar bahawa jika anda tidak terus memperjuangkannya adakah orang lain akan memperjuangkannya?

Jika anda kata bahawa konsep MUZAKARAH - MUQABALAH yang hendak dibawa maka anda harus mempraktikkannya secara jujur dan bukannya hanya mainan "taktikal" (Allah tahu segalanya). SEMUANYA mengetahui usaha menyatukan UMMAH adalah merupakan perkara wajib, teknikalnya tidak perlulah diceritakan didada akhbar kerana nanti orang akan buka langkah untuk mempermainkan anda!

Kita semua telah melihat hasil PILIHAN RAYA UMUM dan telah sedar bahawa setelah kita alpa maka ada orang yang mempunyai agenda tersendiri yang merasakan bahawa "INILAH MASANYA" untuk memulakan sesuatu yang drastik bagi melaksanakan 'KEADILAN'. Keadilan menurut sesetengah orang ialah "mendapatkan hak secara sama rata!" sedangkan kita cuba menghayati nikmat keadilan sebagai "MELETAK SESUATU DITEMPAT YANG HAQ".

Jika kita alpa dengan banyak perkara, maka aset-aset penting sudah tentu akan terlepas dari yang berhaq. Lihat sahajalah apa yang telah berlaku kepada Pulau Batu Putih! Lihat sahajalah banyak lagi kawasan TANAH MELAYU yang telah terhaqis dan diambil orang (British dan lain-lain). Wawasan 2020 merupakan GAGASAN negara yang bukannya untuk menjual maruah sesetengah penduduknya tetapi untuk mewujudkan BANGSA MALAYSIA yang budayanya berteraskan KEMELAYUAN! Ianya BUKAN MALAYSIAN MALAYSIA!

Jika gagasan kerjasam UMNO-PAS berjaya maka adalah dipercayai kita akan "dilihat bijak" dari segi siasah. Sudah tentu banyak aset-aset penting dapat dipelihara dari terlepas atau akan terlepas ke tangan orang lain. Ahli UMNO dan PAS dihukum WAJIB untuk bersatu kerana ini adalah tuntutan AGAMA. Ini bukan persoalan "MAIN-MAIN POLITIK". Walau pun demikian adalah amat dipercayai gagasan ini akan terlaksana dalam masa terdekat dan suatu perubahan senario politik yang hebat bakal berlaku...INSYAALLAH!

sysalq

Wednesday 23 July 2008

Anda masih percaya tentang kewujudan Malaikat?

Rujukan literatur sufi mengaitkan perkataan Malaikat dengan Keagungan Nama Tuhan. Salah satu nama Tuhan yang dikaitkan dengan kewujudan malaikat ini ialah Al-Malik yang menggambarkan atau melambangkan kekuasaan dan kerajaan. Malaikat dikatakan sebagai makhluk yang sentiasa akur dengan apa yang telah dirancang untuk mereka (tiada penat lelah apatah lagi untuk mengkorupsi tugasan yang diberikan).

Dua entiti malaikat yang ditugaskan untuk merekod "profiling" database atau pangkalan data bagi perilaku individu manusia pada setiap ketika ialah Malaikat Rakib dan Malaikat Atid. Tradisi ilmu menyatakan kedua-dua malaikat ini sentiasa berada disamping setiap manusia dengan lokasi Rakib di sebelah kanan bahu dan Atid di sebelah kiri. Manusia tidak dapat melihat kelibat kedua malaikat ini. Walau pun keberadaan mereka ini tidak di "perasankan" namun mereka tetap merekod perilaku kita semua dari A sampaike Z pada setiap ketika!

Jika skala iman anda tinggi maka kepercayaan tentang malaikat ini adalah amat berkesan untuk membantu membentuk disiplin diri. Sebaliknya jika jika tidak maka anda akan merasa bebas untuk memperlakukan apa sahaja tanpa mengetahui rekod anda sentiasa dicatat! Semuanya mengetahui bahawa database ini akan di analisa dan diaplikasi semasa kita berada di suatu alam lain. Ketika di alam Barzakh (Alam antara dua Alam - Alam Kubur) data ini mula digunakan. Rujukan pun mula dibuat dan tindakan untuk memberi ganjaran dan dendaan telah mula dioperasikan. Silalah baca secara lebih terperinci tentang kesan-kesan penggunaan "profiling" database ini. Sekali lagi...jika IMAN anda pada aras yang tinggi maka kesannya amat mendalam pada ketika menghayati fenomena ini.

Bagaimana pula dengan persoalan "unfinished Business" di dunia ini? Umpamanya ada kalangan pihak yang dapat 'melepaskan tengkok' dari dihukum oleh sistem mahkamah dunia kerana kekurangan bukti atau database terutama persoalan "profiling" database? Atau bijaknya mereka mempermainkan situasi dan kedudukan? Maka wujudlah secara logiknya "Mahkamah Agung Yaumil Mahsyar!" Di sini proses "data digging" dan "manupulating" akan dilakukan. pada waktu itu seluruh tubuh menjadi saksi...dan "sang mulut" yang biasa berdalih akan di lumpuhkan dari berkata-kata!

Dan sekali lagi...jika IMAN anda berada pada aras yang tinggi fenomena ini mungkin memberi suatu kawalan diri yang berkesan. Jika tidak...wallahualam!

Friday 18 July 2008

APA ITU DNA? APAKAH SIGNIFIKANNYA PEMERIKSAAN DNA?

Apa itu DNA? Apa yang ada pada DNA sehingga seluruh masyarakat menjadi kecoh baru-baru ini? Izinkan saya menjelaskan tentang apa dia DNA
DNA mewakilit frasa Dioksi Ribonukleik Acid iaitu sejenis molekul besar yang menjadi intipati pembangunan fizikal tubuh hidupan tidak kira samada manusia, haiwan dan tumbuhan. DNA merupakan "batu-bata" bagi sesebuah bangunan (tubuh badan). Perkara paling penting tentang DNA ialah ianya merupakan "masterplan" tubuh badan seseorang lengkap dengan pernyataan sifat-sifat fizikal mereka termasuklah warna kulit, warna rambut..dan banyak sifat-sifat lain yang "termaktub" di dalam molekul DNA. pendek kata DNA adalah cerminan fizikal pemiliknya.
Seseorang anak akan membawa molekul DNA dari Si Ibu dan Si Bapa nya dengan suatu corak yang tertentu. Jika seseorang itu anak kepada sianu-sianu maka DNA anak berkenaan mestilah mengandungi DNA ibubapanya dan bukannya DNA dari orang lain. Ini dapat ditentukan secara tepat dengan mengkaji DNA masing-masing.
Contoh paling mudah ialah jika anda minum air dalam sebuah gelas maka sedikit sebanyak airliur anda akan termasuk ke dalam minuman tadi dan boleh dikesan dengan menggunakan peralatan khas. DNA dari sel bibir pula akan terlekat pada muncung gelas yang digunakan. Oleh kerana setiap sel mengandungi DNA maka pemilik sel berkenaan akan dapat dikenalpasti dengan mudah.
Oleh itu DNA menjadi begitu penting untuk mengaitkan sipelaku dengan perbuatannya. Ujian DNA mengesahkan secara saintifik yang jitu bahawa indiviu berkenaanlah yang terlibat di dalam sesuatu perilaku. Disebabkan tahap ketepatan, keberkesanan dan keesahaannya amat tinggi maka orang yang disyakki dalam sesuatu perilaku sudah tentu akan menolak untuk membuat pemeriksaan DNA! Jika memikirkan keadaan dunia hipokrasi sekarang ini maka adlaah wajar suatu hari nanti corak DNA seseorang direkodkan di dalam MyKad.

Monday 14 July 2008

BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH


Orang tua selalu berpesan begini, "Berani kerana benar..takut kerana salah!". Maka sejak kecil lagi kita diajar untuk mempunyai pegangan demikian. Akibat daripada wasiat tersebut maka tamaddun kita juga telah mewariskan amalan dan pegangan yang sama juga iaitu "Berani kerana benar.." dan, sudah tentulah mereka yang kelihatan ketakutan adalah merupakan individu yang disyakki "benar-benar" telah melakukan kesalahan. Bagaimana pula jika ada individu yang "'BERANI' dalam apa jua ketika?" Tidak kira benar atau salah? Nampaknya masyarakat telah mula (sejak dari dulu lagi) menjadi kreatif untuk mencari jalan bagi membaca aras "ketakutan" yang ada pada 'SI BERANI' ? Terciptalah alat untuk mengesan "ketakutan" dalam bentuk elektronik umpamanya. Alat berkenaan dikatakan boleh mengesan keadaan "kelam-kabut" sistem tubuh seseorang yang ketakutan! Ramai juga yang telah berjaya dikenalpasti. Apa yang lebih 'hebat' lagi ialah ada pula individu yang paling 'berani' sehingga ketakutannya tersorok entah di mana. Agaknya mungkin mereka lupa bahawa Tuhan telah menjadikan ROH kita mendahului diri fizikal kita sendiri. Kitab Agama menyatakan bahawa Tuhan pernah bertanya kepada para ROH mengenai ketuhanan dan mereka membai'ahnya. Maka kelihatan bahawa para ROH di dalam tubuh setiap individu bersifat sentiasa mencintai fitrah ketuhanan yang bermakna bahawa mereka amat sukakan kebenaran dan bencikan kebatilan dan hipokrasi. Jika demikian sifatnya insan ini maka "lama kelamaan tidak akan tertanggunglah akan "penderitaan" melawan arus kebenaran. Maka bertaubatlah jika telah benar-benar sengaja melakukan kesalahan sebelumnya ianya menjadi PARAH dan memakan diri sendiri!

Monday 7 July 2008

Semangat Perjuangan yang tidak kunjung padam...

Masih ingatkah anda dengan Laksamana Hang Tuah? Beruntunglah Tanah Melayu pada ketika itu jika benar wujudnya seorang pahlawan yang begitu taat kepada agama, raja dan negara. Apa jua yang menimpa terhadap dirinya tidak akan menukar perwatakan beliau untuk menjadi tidak keruan. Pada ketika beliau berkuasa fitnah pernah melanda dan fitnah juga pernah menjatuhkan para pemimpin dunia malah tidak kurang "kebenaran" 'fitnah' itu sendiri yang menjatuhkan seseorang. Kita difahamkan bahawa agama melarang sesiapa menjual keaiban orang dan sentiasa memberi peluang untuk memperbaiki diri. Jika umat Islam tidak saling tuduh menuduh maka orang lain mungkin tidak mengambil kesempatan. Jika seseorang itu benar maka tiada harus takut untuk memperjuangkan kebenaran. Namun jika seseorang itu berhipokrasi maka Allah bukannya buta dan tuli!

Tuesday 1 July 2008

Pak Lah is very patience!


News exploding with the latest hot topic. Beside that, I think we got lot of works to do esspecially in this recession time. Do we have time for this kind of turmoil? After decades Malaysian people keep on achieving good result in many occasions including the international one. When people start becoming too politically involved in non-political things then everything become "caca-marba". Tell you what....this our Pak Lah is really very patience!

Now, the resolution period is already shown it signs. Many things will be okey by the time of Obama winning. At that particular moment Crude Oil Market surely becomes bearish . People could rest. Economy become normal. And I hope, Pak Lah and Dr Mahathir become good friend again and to follow suite Malaysian becoming friendly too. We should get away from too much "politicking" as what our former Prime Minister (Datuk Hussein Onn) said.

Do you believe that Malaysia will get back on track soon? Sure On!

Important Messages