Pesanan Penaja

Saturday 31 October 2009

APA SUDAHNYA : 'KONFLIK' NIK AZIZ DENGAN PEMIMPIN PAS LAIN?



Salam,

Ya ...apakah sudahnya 'konflik' yang cuba dibawa oleh Nik Aziz (NA)? Jawabnya senang sahaja. Suatu contoh paling mudah ialah kita mengambil kira jumlah wakil rakyat di Selangor. Berapa "kerat" Melayu menjadi ADUN di Selangor?   Jawabnya ialah tidak sampai enam puluh peratus tetapi boleh jadi majoriti jika bersatu namun yang peliknya ADUN dari kaum Cina hampir menjangkau separuh dan tidak melambangkan bilangan kaum Cina di Selangor! Penulis percaya Gagasan 1 Malaysia juga bermaksud untuk melihat persoalan nisbah dan komposisi dalam pemilikan agar ianya adil. Dari sudut lain pula Jika 8 ADUN PAS bergabung dengan 20 ADUN BN, maka Selangor akan berada di bawah BN tidak lama lagi dengan sokongan 29 ADUN termasuk dari ADUN Bebas (Mantan PKR).

Fenomena ini berkemungkinan besar akan berlaku tidak lama lagi. Faktor penyumbangnya ialah "track record" orang nombor satu PKR yang  telah mula diketahui umum dan tidak boleh disangkal lagi. Media elektronik amat berjaya memberi kesedaran kepada pelbagai golongan untuk mengakses informasi yang merobah tanggapan mereka terhadap seseorang. Jika NA terus menyokong "orang yang dipertikaikan kewibawaannya itu" maka NA akan turut tersungkur bersama dengan PAS Kelantan. BN Perak akan menjadi lebih kukuh akibat penggabungan PAS dan UMNO dalam satu kerajaan.

Orang Melayu tiada pilihan lain kecuali mencari jalan menggabungkan kedua-dua parti yang masing-masing mempunyai penyokongnya. Jika NA keletihan maka eloklah 'bersara awal' sebelum dibersarakan!

Tuesday 27 October 2009

INILAH MASANYA ZAMAN KEJATUHAN NIK AZIZ!


Foto:   Golongan Syed Pengkhianat? Saat Kehancuran Nik Aziz!

Salam,

Alergik Nik Aziz (NA) terhadap apajua jenis pakatan dengan kerajaan pusat yang dibawa oleh  "sesiapa yang disangkanya  telah berkawan dengan orang kerajaan pusat",  nampaknya semakin meruah. Sangkaan lama NA yang mengaitkan perkara itu dengan figura kontroversial di dalam PAS menyebabkan beliau tidak tahan lagi untuk memulakan suatu kempen baru. Jika perlu berpecah maka beliau rela melihat PAS terbelah asalkan orang-orang yang 'durhaka' itu terkeluar dari kumpulan mereka akibat pergolakan itu. Pendek kata "by hook or by crook" 'sipendurhaka' mesti  dikeluarkan! Inilah dia watak atau wajah  sebenar NA yang memang amat benci kepada 'Kerajaan Perpaduan'. Penulis pula berpendapat bahawa akibat keterlanjuran ini, maka bermulalah zaman kehancuran PAS dan detik jatuhnya Nik Aziz.

Mungkin NA lupa bahawa kali terakhir PAS menguasai Kelantan ialah dengan cara membentuk Barisan Alternatif yang mendapat sokongan dari orang-orang UMNO (Ahli Semangat 46). Atau PAS menang dalam pilihanraya akibat perpecahan dalam UMNO. Jika tidak demikian maka Kelantan bukan lagi berada dalam tangan PAS. Bagaimana jika tiada sokongan lagi dari 'puak kiri' UMNO?

Statistik menunjukkan bahawa bilangan undi majoriti bagi PKR terutama PAS dalam siri pilihanraya kecil sepanjang tahun 2009  telah merosot manakala undi untuk BN semakin meningkat malah berakhir dengan kemenangan besar bagi BN di Bagan Pinang dan kemerosotan paling teruk bilangan undian untuk PAS. Apakah tandanya fenomena itu? Sesiapa pun boleh membuat kesimpulan mudah bahawa PAS dan konconya telah mula keghilangan populariti manakala BN semakin disukai ramai. Liabilitinya ialah NA!

Asal usul PAS sebenarnya, bukanlah parti teologikal tetapi hanyalah sebuah parti politik biasa yang pada masa dahulunya pro kepada nasionalism. Namun setelah terpengaruh dengan perkembangan di Indonesia dan sesuai dengan semangat menuntut kemerdekaan pada ketika itu maka parti ini berubah untuk menjadi parti yang kononnya di pimpin oleh 'ulama' dan NA adalah orang baru dalam PAS. Adakah benar-benar mereka itu ulama? Di dalam Islam,  ulama boleh dibahagi kepada dua golongan mengikut bawaan mereka dan penulis bertanya dari golongan manakah NA ini? Seperti yang telah diketahui umum bahawa beberapa pandangan NA telah dipertikai oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang merupakan entiti Fatwa tertinggi di Malaysia ini. Ini bukan kontroversi baru yang dicetuskan oleh NA. Jika orang biasa yang melakukan kesalahan ini maka NA telah diheret kemuka pengadilan syariah. Adakah beliau kebal dari segi hukum?

Ada 3 kemungkinan mengapa NA "meniup trompet" untuk memulakan kempen baru beliau. Pertama NA memang benci dengan kumpulan pro kerajaan pusat. Keduanya ialah mekanisma untuk menghuraikan pengaruh 'Kumpulan Erdogan' dan ketiganya ialah untuk memerangkap para musuh dengan permainan ini. Pada pandangan penulis, walau  apa pun yang cuba dibawa adalah amat pasti bahawa NA akan jatuh dari kerusi MB yang amat disayanginya itu (pernah NA bincang pasal persaraan?) Kita dapat melihat mereka yang dulunya kelihatan taksub dengan NA telah mula bersuara dengan lebih berani kerana mereka percaya mereka berada dipihak yang benar. Buktinya ialah respons tentang seruan untuk mengadakan EGM PAS dipatahkan dengan mudah dan ianya menjadi mesyuarat biasa dan NA pula KENA panggil! Siapa lebih dominan di sini? kewibawaan NA telah mula dipertikai. Tiada siapa lagi yang bimbang dikatakan menderhaka kepada individu ini. Kalau difikirkan logik mengapa perlu tiba-tiba tunduk seakur-akurnya dengan seorang MB yang tugasnya mengawal sebuah negeri. MB yang menggambarkan bukti kejayaan pembangunan di Kelantan ialah berdirinya beberapa Hipermarket!

YABg Tun Mahathir telah memberi respons futuristik dengan cara menasihatkan NA untuk bersara. Penulis menyokong penuh seruan YABg Tun tetapi dengan pandangan tambahan bahawa jika beliau tidak melakukannya sekarang maka beliau (NA) akan dijatuhkan dengan hinanya oleh orang-orang yang dahulunya dikatakan sebagai penyokong. Jika NA sanggup melihat perpecahan didepan mata maka apa yang bakal berlaku ialah PAS akan hancur lebur tidak lama lagi!

Terakhir, akibat alergik dengan komen dan merasa diri sentiasa betul maka NA melatah dengan mengutuk keturunan Rasulullah. Latahnya NA ini adalah hanya kerana teguran dari Datuk Wira Syed Ali Al Habshee yang melihat NA sebagai orang yang menghalang penyatuan Umat Islam.  Apa kesannya kepada NA? Sokongan ahlul bait akan merosot dan ini adalah satu lagi faktor kehancuran beliau.

Seperti yang telah dituliskan sebelum ini bahawa semakin NA bercakap di dada akhbar maka bakal semakin kecoh dan beliau akan menjadi liabiliti  yang tidak tertanggung oleh UMNO dan PAS sendiri!

sysalq

Wednesday 14 October 2009

PETUA UNTUK MEMERTABATKAN UMNO

 Mercutanda  kehebatan dalam aspek KEPIMPINAN Futuristik

Salam,

Tahniah kepada seluruh jentera UMNO yang berjaya memenangi kerusi DUN Bagan Pinang. Seperti yang telah penulis war-warkan pada posting sebelumnya bahawa UMNO telah kembali menjadi popular. InsyaAllah tidak mustahil bagi UMNO untuk menjadi peneraju yang boleh meranapkan PR dalam sebarang Pilihanraya. Maksudnya apabila pertandingan berlaku di dalam kawasan pembangkang maka mereka akan kehilangan atau kekurangan majoriti dan wajib kalah jika bertanding dalam kubu UMNO dan BN.

Penulis telah diberi ilham untuk mengajukan beberapa item bagi tujuan penghayatan dan amalan yang harus diambil kira dalam misi untuk memartabat dan memperkasa UMNO. Penulis berharap agar ada pihak dari kalangan ahli UMNO khususnya, menyentuh dan memperincikannya di dalam perhimpunan UMNO yang sedang berjalan.   Item-item berkenaan ialah:

Mempertahankan Prinsip:
Jika sesuatu isu timbul UMNO tidak lari dari melihat dari perspektif prinsipnya. Perdebatan tidak berasaskan sentimen tetapi informasi, pengetahuan dan realistik untuk diamalkan.

Menjadi Pelindung dan Pembela:
Jika timbul isu berkaitan dengan kepentingan Melayu khususnya maka UMNO bersedia dilihat sebagai Pelindung dan Pembela yang pegangan dan perjuangannya tidak boleh dijual-beli.

Memasyarakatkan UMNO:
UMNO ialah Orang Melayu dan Bumiputra. UMNO ialah komponen masyarakat yang bukan berada di luar lingkungan. Oleh itu UMNO mendengar rintihan masyarakat dari dalam, bukan dari kejauhan. Tindakan dilaksanakan berasaskan fakta dan bukannya tindakan yang melulu.

Islamik dan Ikhlas:
Urusan ini termasuk di dalam perlembagaan cuma UMNO tidak akan "berlakun" atau ber "hipokrit" pada ketika menunaikan sebarang kebaikan atau ketika menegur masyarakat. Namun,  teguran yang diutarakan bukan bertujuan untuk menonjolkan kepentingan peribadi atau untuk menjatuhkan maruah.

Keterbukaan:
Perkongsian idea tercetus apabila sering bermesyuarah. Idea boleh dikritik dan diperhalusi dan dilihat melalui segenap perspektif. Lebih banyak pihak diminta pandangan adalah lebih baik. Keputusan muktamad adalah berdasarkan roh perbincangan.

Keluarga Besar:
Bercirikan sifat-sifat di atas maka UMNO  boleh dihayati  sebagai suatu Keluarga Besar. Keluarga yang penyayang yang tidak  terlalu berprotokol tetapi amat beradab. Adab dalam Islam dan kelembutan budaya Melayu menjadi komponen penting dalam berinteraksi. Kritikan boleh diutarakan tetapi dengan penuh beradab. Kejelekitan ahli keluarga ini adalah pada peringkat yang amat tinggi.  Amalan ini sesuai dikaitkan dengan Gagasan 1Malaysia!

Berilmu dan Beramal serta Bijaksana:
Semua isu dilihat dari segi informasi, ilmu, didekati dan diselesaikan secara bijaksana. Amalan "menarik rambut dalam tepung - tepung jangan berserak" harus menjadi darah daging. Sentimen hanya perlu bila UMNO memerlukan sedikit semangat untuk menghangatkan isu.

Seimbang:
Mekanisme perjuangan UMNO perlu menampakkan keseimbangan di antara amalan dunia dan akhirat. UMNO perlu melihat perkara dalam konteks Fizikal dan Spiritual. Amalan ini bertujuan untuk mengelakkan kewujudan "vakum" nilai di dalam perjuangan. Jika demikian perjuangan akan menjadi sia-sia.

Moden dan Futuristik:
Jika UMNO beraktiviti maka bentuk aktivitinya haruslah bersifat Moden dan Futuristik dalam konteks Islamik. Menurut Tun Dr Mahathir, seorang pemimpin yang berkesan perlu membaca dan menelah apa yang akan berlaku pada masa hadapan.  Sebagai tambahannya penulis berpendapat selain itu UMNO perlu menggalakkan percambahan pemikiran dan aktiviti berasaskan Kreativiti dan Inovasi agar  tidak ketinggalan di dalam menjadi peneraju produk. Masyarakat Melayu khususnya tidak harus hanya menjadi pengguna semata-mata kerana jika fenomena ini berterusan maka mereka lebih mudah dijajah melalui kaedah neokolonialisme (Penjajahan Minda)

Bercakap dengan Dunia Luar:
UMNO bukan bisu dan juga bukannya "harimau yang tidak bertaring". Adab sopan apabila bercakap amat disanjung tetapi timbal balas interaksi dengan dunia luar adalah seimbang dengan adab sopan pihak berkenaan. Sains dan teknologi harus dikuasai agar media canggih untuk kita berkomunikasi dapat menjelaskan kepada pihak berkenaan tentang apa pendirian para ahlinya dan paling mustahak sekali ialah persoalan tentang kesan timbal balas jika sebarang provokasi cuba ditimbulkan oleh pihak berkenaan.
 
Mungkin ada banyak aspek lain yang perlu diambil kira walau bagaimana pun cukup setakat ini dahulu.
Wallahualam.

sysalq

Monday 12 October 2009

UMNO KEMBALI PERKASA DAN BERKUASA! SELAMAT BERHIMPUN!



 Baner Sebuah Laman Web Penyokong UMNO (Sila layari selepas ini)

Salam,

Bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO yang bermula pada 13hb Oktober 2009 ini maka penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengajak para penyokong UMNO terutamanya Para Perwakilan dan rakyat Malaysia amnya mengkaji dan memahami objektif penubuhan UMNO supaya kita semua tidak terpesong jauh dari dasar perjuangan.

Oleh itu tidak rugi rasanya penulis mengulangi posting terdahulu (yang diberi nafas baru) yang dihantar penulis berkaitan dengan dasar perjuangan ini untuk direnungi bersama.  Silalah menghayati apakah sebenarnya objektif penubuhan UMNO dan silalah mengamalkannya secara ikhlas. Kejayaan perjuangan selama 53 tahun kemerdekaan adalah sebahagian besarnya datang dari objektif yang sama yang sentiasa dihayati oleh para ahli dan pencinta organisasi ini.

ARTICLE 1 (ARTIKEL 1)

NAME (NAMA)
This organization is known with the name of Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malays National Organisation).

ARTICLE 2 (ARTIKEL 2)
THE UMNO THEME IS:- UNITED - LOYAL - TO SERVE
(Moto UMNO ialah Bersatu, Bersetia dan Berkhidmad)

ARTICLE 3 (ARTIKEL 3)
PRINCIPLE AND DIRECTIONS (Prinsip dan Arahtuju)
UMNO is a political party that strives to achieve national aspirations for the benefits of the people, religion and country (UMNO ialah parti politik yang berjuang untuk mencapai aspirasi negara bagi faedah rakyat, agama dan negara)

3.1
To uphold and protect the independence and sovereignty of the nation.
(Menjunjung dan melindung kemerdekaan dan kedaulatan negara)

3.2
To uphold and protect the National Constitution, the State Constitution and the Constitutional Monarchy.
(Menjunjung dan melindungi Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri dan Raja Berperlembagaan)

3.3
To uphold, protect and propagate Islam the official religion and to respect the principle of religious freedom.
(Menjunjung, melindung dan memperkembangkan Islam sebagai Agama Rasmi dan menghormati prinsip kebebasan beragama)
3.4
To uphold the sovereignty of the people and social justice by practicing Democratic System of Parliamentary Government, and developing the economy of the Malays and Bumiputeras as well as the Malaysian people in general.
(Menjunjung kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Kerajaan Demokratik Berparlimen, dan membangunkan ekonomi Orang Melayu dan Bumiputra termasuk Rakyat Malaysia secara amnya)

3.5
To uphold the position of the national language (Malay language) as the sole official language and the national culture based on the Malay culture.
(Menjunjung kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai satu-satunya bahasa rasmi dan budaya kebangsaan berdasarkan budaya Melayu)

3.6
To establish racial co-operation in order to create a strong and united Malaysian people, based on human rights and the rights of the Malays and other Bumiputeras.
(Memperkukuh perpaduan kaum bagi tujuan membentuk Rakyat Malaysia yang kuat, berdasarkan Hak Asasi Manusia dan Hak-hak Melayu dan Bumiputra lainnya)

Sila perhatikan Para 3.1 dan 3.2 dalam artikel di atas. Boleh diambil kesimpulan bahawa organisasi ini adalah merupakan suatu entiti pertahanan negara sebenarnya. Jika kita melihat terdapat para pemimpin parti ini yang dengan lantang memperjuangkan persoalan keselamatan dan kedaulatan negara maka kita harus faham bahawa tugas "memperjuangkan" itu adalah sebagai memenuhi kehendak UMNO itu sendiri.

Para 3.3 menunjukkan bahawa UMNO bukan parti sekular atau memperjuangkan sekularism. Organisasi ini merupakan wadah memperkembangkan Syiar Islam. Jika para pembaca mendapati para pemimpin UMNO atau ahlinya begitu lantang untuk bertindak dalam soal-soal sensitiviti Islam maka fahamilah bahawa para berkenaan telah memperuntukkan suatu kewajipan bagi perjuangan tersebut. Penulis cuba merujuk kepada Perlembagaan PAS mengenai perkara ini di dalam laman web rasmi mereka ini tetapi buat masa ini tiada rujukan tersebut disediakan di dalam laman berkenaan. Rujukan ini amat penting untuk menentukan kesahihan perjuangan sesuatu organisasi itu berkaitan dengan persoalan Islam.

Para 3.4 menyatakan bahawa organisasi ini adalah juga memperjuangkan keadilan sosial dan sistem demokrasi berparlimen serta membangun ekonomi Melayu dan Bumiputra. Jadi jika melihat para pemimpin UMNO yang begitu lantang menyentuh tentang ekonomi orang Melayu khususnya dan bumiputra amnya maka para pembaca harus faham bahawa tiu adalah memang sebahagian dari asas perjuangan mereka. Jika tidak siapa lagi yang akan memperjuangkannya?

Para 3.6 artikel berkenaan bercakap tentang menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum berdasarkan hak asasi manusia termasuk hak asasi orang Melayu dan Bumiputra sebagai kaum yang sedia ada di Tanah Melayu. Hak mereka ini tidak boleh dinafikan kerana memang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Para Pembaca,
UMNO memperjuangkan sistem demokrasi walau pun ianya hanyalah wadah untuk perjuangan Bangsa Melayu dan Bumiputra. Kepimpinan organisasi ini adalah dari kalangan Bangsa Melayu dan Bumiputra. Mereka bersatu di dalam perjuangan.

Dari segi rekod, UMNO memang telah diiktiraf sebagai pejuang menghalang Malayan Union. Perjuangan sedemikian merupakan perjuangan berkaitan dengan kedaulatan negara dan UMNO telah membuktikannya.

Dalam arena pemerintahan, UMNO sanggup berkongsi kuasa dengan MCA, MIC dan pelbagai Parti lain yang merupakan organisasi yang mewakili kaum Cina, India dan kaum lain dalam satu barisan yang bersepadu. Ahli-ahli mereka dapat menerima realiti ini dan sering pula berinteraksi dan bermusyawarah di dalam melaksanakan agenda negara.

KINI UMNO DAN BN KEMBALI MENDAPAT PENGHORMATAN!



BN, khususnya UMNO telah kembali berjaya meraih penghormatan. Jika telahan Tun Dr Mahathir 'benar' maka fenomena hebat ini tidak akan berlaku. Jumlah undi sebanyak 5,435 berbanding 2333 (Pilihanraya 2008) membuktikan bahawa BN telah kembali diberi penghormatan mengatasi populariti calon itu sendiri. Ini bermakna bahawa kehebatan BN khususnya UMNO telah mula mengatasi faktor calon.


Persoalan kontroversial sebelum ini ialah faktor calon mangatasi populariti parti. Beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini membuatkan sesetengah orang menyangka bahawa seolah-olah BN hanya bergantung kepada kekuatan calon semata-mata. Menurut penulis, kemenangan dalam pilihanraya melibatkan beberapa faktor utama pertamanya ialah kehebatan parti itu sendiri, keduanya faktor populariti calon dan faktor kawasan yang dipertandingkan sebagai yang ketiga.



Faktor kehebatan parti bergantung kepada sejarah dan senario yang berkaitan dengan nama bersih parti berkenaan manakala pengaruh dan populari calon amat membantu untuk memecut kegemilangan. Calon popular yang telah membuktikan kesetiaannya seperti Tan Sri Mohd Isa adalah suatu contoh signifikan yang perlu diambil kira. Jika Tan Sri mempunyai sejarah derhaka kepada parti maka kemungkinan penulis tidak melihat faktor calon bakal menjadi perkara penting lagi. Gagasan 1Malaysia oleh PM kita membuktikan bahawa kehendak rakyat tempatan harus diambil kira ditambah pula dengan kelantangan hujah Tan Sri Muhyiddin selaku orang yang menjadi peneraju di dalam pilihanraya kecil ini. Faktor perisytiharan Tan Sri Muhyiddin berkaitan dengan Pengkhianat Bangsa diikuti dengan limpahan media akternatif yang berkaitan dengannya kelihatan membuka jalan kepada rakyat untuk mengenalpasti siapa sebenarnya para pembangkang itu. 



Tugas memperhebat nama baik parti terletak kepada para pemimpin UMNO dan BN. Elakkan dari bercakaran dengan diri sendiri kerana kekalutan itu boleh dieksploitasi oleh para pembangkang. Fenomena yang menunjukkan bahawa kekuatan UMNO sebagai komponen dalam BN terbukti kerana kemenangan ini muncul pada ketika MCA dan MIC menghadapi jalan buntu dalam pemilihan pucuk pimpinan mereka. Oleh itu UMNO harus terus bekerja untuk mengekalkan kejayaan seperti ini.

PKR sebenarnya tidak sekuat mana. Mereka telah kehilangan undi dalam kawasan kuat mereka di dalam beberapa siri pilihanraya. Di DUN Bagan Pinang iaitu kawasan dibawah pengaruh BN khususnya UMNO PKR hanya meraih 2,578 sahaja yang menunjukkan bahawa pembangkang tidak berjaya menunjukkan sebarang bekas tangan mereka di sini sebaliknya UMNO telah menunjukkan bahawa parti itu memang sebenarnya hebat! 

Monday 5 October 2009

PENCALONAN TAN SRI MOHD. ISA: UMNO TIDAK HIPOKRIT UNTUK MENERIMA PEJUANG SETIA


(Sedutan dari Youtube.com)

UMNO sentiasa realistik dan tidak hipokrit di dalam membuat keputusan dan amalan keserdahanaan ini telah di amalkan sejak dahulu lagi. Tun Dr Mahathir selaku Mantan Presiden UMNO mengakui bahawa sifat mulia untuk menerima ahli yang kembali kepangkuan telah diamalkan seiring dengan kehendak Islam dan Budaya Melayu. Peribahasa "Buang yang keruh ambil yang jernih" amat tepat sekali bagi menggambarkan keindahan amalan sedemikian. Islam pula mengajar tentang kebesaran Allah yang sentiasa mengasihi ummah dan sedia memberi keampunan malah segala musibah yang diberikan kepada seseorang boleh menaikkan darjat individu berkenaan jika perlakuan individu berkenaan sedia diperbaiki. Tidak pula penulis mahu menghuraikan kisah tentang kisah sejarah bagaimana seorang 'pelacur' diberi Allah kemaafan hanya kerana memberi minuman kepada seekor haiwan yang kehausan. Jika kita hendak menghukum maka kita bolehlah menganggap bahawa wanita berkenaan seperti robot yang tidak mungkin terlepas dari sifatnya. Hakikatnya manusia bukannya robot! Begitu juga dengan para tahanan ISA,  jika Kerajaan BN menganggap mereka seperti robot dan tidak mungkin berubah perangai dan kecenderungannya maka mereka akan terus dikurung sampai kiamat! Namun ianya tidak begitu kerana semua tahanan yang telah bertaubat sedia dipertimbangkan untuk menjalani kehidupan normal dalam masyarakat walau pun sesetengahnya terus berpatah balik melawan Kerajaan sejurus keluar dari pintu penjara.

Bagi Nik Aziz (NA) lain pula pegangannya. Apa yang kita dengar dan lihat  melalui percakapan beliau ialah dia seolah-olah mengganggap UMNO yang dituduh menganiaya PAS semasa dalam BN dahulu akan terus mempunyai imej begitu selamanya. Tidak perlu dirunding dan tidak boleh runding dan "Pergi Jahanam dengan UMNO!" Kalau hendak runding boleh cuma pasal duit minyak yang kononnya Kelantan amat berhak. Jangan kan menyebut tentang Kerajaan Perpaduan - orang yang membawa isu itu dalam PAS sendiri dikatakan 'Boneka UMNO' Siapa yang keras kepala di sini? (Rujuk Youtube). Beliau sanggup berdoa selama 60 tahun untuk menjatuhkan UMNO. Bayangkan kebencian mutlak NA kepada UMNO sejak dari zaman kanak-kanak lagi! Kalau lah NA dikatakan ulama maka aspek mendoakan keruntuhan orang Islam dalam masa begitu panjang itu apa hukumnya pula! Subhanallah.

Bagaimana 'orang bawahan' PAS hendak menurut nasihat NA jika diri NA sendiri bukannya merupakan orang yang merendah diri? Bagaimana hendak merendah diri kalau tergamak sering mendakwa ulama yang dalam keadaan tertentu mempertikai ulama terkenal dunia, apatah lagi Majlis Fatwa Kebangsaan yang langsung tidak dipedulikan. Nasihat NA agar jangan berkasar, jangan menghentam peribadi ketika berkempen langsung tidak dipedulikan oleh 'pengikutnya.' Sekarang ini pula sudah menjadi trend untuk menggunakan kekerasan di dalam kebanyakan pilihanraya. Kejadian menumbuk oleh pengikut PAS di Bagan Pinang membuktikan fenomena tidak menghormati pemimpin dikalangan mereka sendiri.

Lihat sahaja contoh bagaimana UMNO menerima pejuangnya apabila mereka ingin kembali semula. UMNO tidak hipokrit dalam menerima mereka. Ketika Mantan Perdana Menteri (Pak Lah), Tengku Razalie dan Datuk Rais Yatim (Menteri Penerangan) ingin kembali kepangkuan UMNO setelah berada dalam Parti Semangat 46 sejak sekian lama maka UMNO menerimanya dengan berlapang dada. Lihatlah sekarang ini bagaimana pejuang-pejuang tulen ini menjadi ahli setia yang tidak berhenti kecintaannya kepada UMNO dan BN. Namun, jangan lupa - faktor utamanya ialah jangan menderhaka. Jika sesiapa berada di dalam keadaan konsisten menderhaka kepada UMNO atau kerajaan maka sudah tentulah pintu kemaafan tidak akan terbuka. Jika sesiapa yang menyatakan dia sayang kepada UMNO dan Malaysia maka perbuatan dan amalannya mestilah selaras dengan ucapannya. Jika tidak mereka ini adalah hampas! Kita telah melihat contoh manusia ini yang berusaha sedaya upaya untuk menguasai pemerintahan tidak kira apa caranya. Mereka menggunakan pelbagai cara dan terbukti amat kotor untuk menjatuhkan kredibiliti UMNO dan BN. Adakah mereka mempunyai badan disiplin bersifat neutral seperti yang ada pada UMNO?

Bagaimana dengan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (TSIS)? Adakah beliau penderhaka? Lihat apa yang dinyatakan beliau apabila wartawan menguji sikap beliau.   `Saya orang lama dalam parti, apa peraturan yang ditetapkan saya kena patuh,'' katanya. Adakah kita mendengar bahawa beliau dan penyokong memijak bendera UMNO atau Jalur Gemilang? Adakah TSIS berputar keluar negara untuk mencari pengaruh berjumpa dengan pemimpin kontroversial. Adakah TSIS mengatur sidang akhbar dalam dan luar negara untuk mengkritik pemimpin negara ini? Kesnya bukan ringan untuk ditanggung oleh seorang pernah menjadi Naib Presiden. Pada hari penting berkenaan beliau  telah  digantung jawatan dan keahliannya selama dua penggal atau enam tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang oleh Lembaga Disiplin parti.  Keputusan itu dibuat oleh panel lembaga itu yang bermesyuarat kira-kira dua jam bermula pukul 11 pagi ini di Menara Dato Onn, PWTC yang dihadiri oleh semua anggotanya dan dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Walau pun kes ini bukannya suatu kes jenayah yang dibicarakan di dalam mahkamah sivil namun TSIS tidak menunjukkan sebarang reaksi durhaka terhadap segala hukuman yang dikenakan oleh pucuk pimpinan. Beliau masih kekal di dalam UMNO dan tidak pernah berniat atau menyatakan hasrat untuk keluar.  Beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah pejuang sejati! Tidak salahlah jika pengundi Bagan Pinang memilih beliau untuk kembali menjadi pemimpin kerajaan dan   Tarikh Pengundian : 11 Oktober 2009 (AHAD) sebagai bukti sokongannya nanti. Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos. Apa yang penting ialah semua ahli UMNO dan BN perlu keluar mengundi untuk BN. Kakitangan awam yang bekerja di bawah kerajaan BN juga secara logiknya tidak mahu melihat kerajaan menjadi tidak kuat. Mereka harus berterima kasih dengan cara mengekalkan kesinambungan pemerintahan BN di tempat berkenaan. Jika sokongan tidak padu maka agak sukar untuk melaksanakan agenda penting negara. Orang ramai juga tidak lepas dari tanggungjawab mengundi bagi memastikan kewujudan dan kesinambungan kerajaan yang memerintah.

Important Messages