Pesanan Penaja

Wednesday 18 February 2009

Keperibadian yang wajar - Bukan hanya kelihatan bersih tetapi mesti benar-benar bersih.


Benar kata Saudara Ibrahim Ali, kehidupan hal peribadi YB juga adalah milik rakyat kerana rakyat memilih untuk mewakili mereka. Jika sesuatu yang berlaku bertentangan dengan moral maka rakyat berhak mengambil tindakan. Maka sipelaku harus menyedari bahawa jawatan YB yang disandang itu ada pertanggung-jawabannya!

Apabila beberapa pemimpin PAS dan penulis blog pro mereka tersasul menjawab provokasi akhbar konon foto mengaibkan itu adalah konspirasi politik BN (malah UMNO) maka huraian ayat-ayat al-Quran yang berkaitan 'berita palsu' dikeluarkan (sungguh sedih bila ayat-ayat Quran dipermainkan begitu sahaja). Semua orang disuruh menyemak kesahihan gambar yang menjadi kontraversial itu dari perspektif ayat berkenaan. Maka tiadalah orang dari kalangan pemimpin mereka mempertikai tentang tingkah laku wakil rakyat sendiri...sehinggalah Husam Musa tersadar untuk memberi komen yang 'membina' setelah mungkin tersedar akan kesilapan yang berlaku. Mungkin beliau bimbang orang akan mempertikai tentang kesungguhan partinya dalam memperjuangkan perkara akhlak dan sebagainya..almaklumlah mereka sentiasa mendakwa mereka..lebih Islamik.

Skandal seks sebenarnya jika berlaku di Barat atau di Jepun akan menjadi isu besar. Biasanya orang yang terlibat terus meletak jawatan tanpa banyak retorik seperti di Malaysia. Di Malaysia, orang yang terlibat dengan skandal seks masih boleh diterima oleh rakyat untuk memegang jawatan tanpa segan silu, seolah-olah mereka tidak bersalah langsung...apa yang dipersalahkan ialah sipengadu itu, tidak kiralah bahawa sipengadu itu bekas "boyfriend"nya atau "rakan rapat"nya. Si Pengadu sentiasa dituduh sebagai orang yang menceroboh "privacy" tanpa sadar bahawa apabila berita berkenaan telah tersebar didada-dada akhbar peristiwa yang berlaku bukanlah lagi soal "privacy" tetapi telah menjadi urusan "public" yang berkaitan dengan soal pertanggung-jawaban.

Apa yang pasti ialah sehingga kini kita telah membazir masa akibah kerenah pergelutan politik yang tiada penghujungnya. Tumpuan kepada soal pentadbiran dan ekonomi telah menjadi kurang. Parahnya ialah, keadaan sebelum ini adalah jauh lebih baik dan lebih tenang!

Saturday 7 February 2009

PERGOLAKAN DI PERAK: "BACALAH" dan bacalah dengan nama Tuhanmu!

Seorang rakyat Malaysia wajib berada di bawah takluk Rukun Negara (RN). RN ialah pegangan umum yang harus menjadi tunjang integriti individu rakyat. Jika seseorang rakyat luar negara berada di Malaysia kerana melancong, mereka tidak perlu mempercaya tentang "adanya Tuhan" (walau pun mereka menghormati pegangan agama rakyat Malaysia dan tertarik kepada Islam), "bersetia kepada Raja dan Negara" (walau pun demikian mereka tahu bagaimana beradab), "mendaulatkan Undang-Undang" (walaup pun mereka sentiasa cuba patuh kepada undang-undang dan peraturan), "mempercayai bahawa Perlembagaan Malaysia adalah sesuatu yang amat luhur untuk diingkari" kerana Undang-Undang Utama itu yang telah membentuk apa yang ada di Malaysia dari dulu sehingga sekarang, "bersopan santun" (walaup pun mereka seronok melihat adab sopan masyarakat Melayu dan adab pelbagi kaum di Malaysia). Sekali lagi mereka tidak perlu akur kepada pegangan Rukun Negara kerana mereka bukan rakyat kita Malaysia. Namun demikian perhatikanlah amalan baik orang luar yang tahu bersyukur tentang nikmat keamanan dan kesenangan dalam negara ini.

Di Malaysia, paling menyedihkan apabila melihat terdapat manusia yang telah terkeluar dari menjadi 'rakyat Malaysia' apabila melanggar sumpah Rukun Negara. Mereka dengan terus terang menunjukkan tanda-tanda derhaka dan langsung tidak menghormati Intstitusi Raja-Raja Melayu yang mentadbir Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Yang di Pertuan Agung. Apa yang lebih dahsyat ialah mereka yang derhaka ini adalah terdiri dari orang-orang Melayu sendiri yang resos terakhir mereka ialah Raja-Raja Melayu! Mereka ini terlupa bahawa dahulunya Malaysia ini bangun dengan nama Tanah Melayu yang dikuasai secara total oleh Orang Melayu sehingga dicairkan oleh manupulasi penjajahan Barat yang kemudiannya menjadikan Tanah Melayu menjadi "Malaysia" dan kepimpinan Melayu terhakis sehingga kepada peringkat minima pada hari ini. Jika dikenang kembali kejatuhan empayar Melaka juga disebabkan oleh pembelot-pembelot dikalangan Melayu sendiri. Benarlah kata orang tua "Pemegang kapak adalah dari kayu yang kemudiannya membantu 'bilah besi kapak' untuk menumbangkan pokok kayu. Pokok kayu tidak akan tumbang jika hanya ditebang oleh 'bilah besi kapak'" Orang Melayu membantu untuk menumbangkan apa yang mereka sendiri ada.

Bayangkan, jika seluruh Sistem Beraja diruntuhkan, maka perlembagaan adalah terletak dalam tangan pembuat undang-undang dan eksekutif tanpa Kuasa VITO (dalam hal Islam dan Adat Istiadat dan Pemerintahan) dari Sistem Raja. Bayangkan juga jika ADUN yang terpilih bukan terdiri dari orang yang mengutamakan persoalan Melayu, Islam dan Bumiputra! Semua keputusan yang bakal dibuat adalah berlandaskan siapa majoriti. Persoalan agama boleh saja diketepikan mengikut pemikiran orang terbanyak. Contohnya: Jika majoriti menimbangkan untuk melenyapkan azan dikumandangkan maka senyaplah suara azan di Malaysia ini. Atau Contohnya jika perjudian dijadikan perniagaan 'halal' demi menimbulkan persaingan serantau maka akan wujudlah industri hiburan dan perjudian yang akan menghancurkan seluruh sistem masyarakat. Atau paling "daring" mereka bersetuju untuk meminda perlembagaan untuk menggugurkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi negara ini! (minta dijauhkan)

Fenomena yang berlaku di Perak sebenarnya harus menjadi kayu ukur untuk orang Melayu berfikir. Mereka harus berfikir bahawa dengan siapa mereka harus berkawan. Mereka harus peka dalam berkomunikasi dan berkongsi rahsia. Akibat 'pertempuran' diantara orang Melayu maka 18 wakil rakyat DAP tiba terus naik menjadi ADUN sedangkan PAS hanya beberapa kerat sahaja(sila rujuk perjuangan DAP yang mempertikai kewujudan Negara Islam - Hairannya PAS boleh berkawan rapat dengan mereka). Lihatlah bagaimana hampir semua kerusi MCA diambil secara tiba-tiba dalam pilihan raya lepas dan lihatlah bagaimana kesempatan diambil oleh mereka. Adakah kita faham dan boleh "membaca dengan terang dan nyata" bagaimana mentaliti seseorang jika berlaku kesempatan untuk menjatuhkan kita? Nampak terlalu jelas bahawa jika UMNO tidak dipedulikan di Perak bermakna Perak bakal menjadi seperti Pulau Pinang dan Singapura dan apa yang amat menyedihkan ialah apabila sudah terlepas, bermakna kita tidak akan mendapatnya kembali.

Ironinya, bagaimana mungkin baru-baru ini, Nik Aziz boleh menyindir bahawa Raja sama seperti rakyat biasa. Beliau lupa untuk menyatakan tentang soal kepertanggung-jawaban seorang Raja dengan orang biasa seperti Nik Aziz. Jika Nik Aziz boleh mencetuskan kekececohan dalam negeri yang diperintah maka siapakah pula yang akan memikirkan tentang perdamaian? Bukankah Sultan Negeri beliau? Benarlah kata beliau memang semua umat kena menjawab soalan para Malaikat di akhirat begitu juga Nik Aziz, beliau juga tidak terlepas! Tiada sesiapa yang boleh menjamin seseorang individu masuk syurga. Tidak kurang juga orang yang dianggap 'ulama' menerima habuan yang tidak dijangka kerana kerap mengeluarkan 'fatwa' yang dipertikai, mengeliru dan mencetuskan perpecahan ummah.

Kita mempunyai Visi dan Misi dan ianya bukan hanya menuju kepada Wawasan 2020 namun misi kita menuju kealam akhirat kerana semua akan menuju ke sana. Allah tahu potensi makhluk yang diciptanya. Allah memberi tanggung-jawab sesuai dengan kemampuan individu berkenaan. Allah tahu kelemahan masing-masing. Namun jika kita ikhlas dan bijaksana, walau pun tersilap Allah tahu apa yang harus diberikanNya. Allah Maha adil. Namun jika seseorang tegar dengan kedudukan duniawinya, pangkat dan kedudukan, dan pula hanya "kelihatan ikhlas" di mata umum dan sanggup menimbulkan kekecohan demi membela "orang yang dengan terang dan sengaja menentang Islam" maka Allah Maha Mengetahui semuanya. Allah tahu semuanya. Allah amat murka kepada sesiapa jua yang menjual ayat-ayatnya dengan begitu murah!

Bagi orang Islam, khususnya Melayu fenomena di Perak adalah sesuatu simbolik yang penuh makna. "BACALAH" dan bacalah dengan nama Tuhanmu!

Important Messages