Pesanan Penaja

Wednesday 17 October 2012

BUMIPUTRAISME? JANGAN MERAPU DAN BERPRASANGKA

Allahyarham Tun Abdul Razak - Pelopor Dasar Ekonomi Baru
                                                                 
Kenyataan dan tindakan sesetengah golongan bukan Bumiputra yang kerap mempersoalkan kewibawaan Kerajaan Pimpinan UMNO (yang telah memerintah Malaysia selama lebih 4 dekad) menggambarkan bahawa telah wujud benih-benih pemberontakan yang datangnya dari kalangan mereka. Adalah diperhatikan bahawa tindak tanduk pemberontakan mereka telah sampai hampir kekemuncaknya apabila mereka kerap mempertikaikan "Hak Bumiputra" dan Raja-Raja Melayu.

Sila Rujuk artikel yang diterbitkan oleh Laman Web DAP ini:

Kenyataan Akhbar oleh Dr. Boo Cheng Hau di Skudai pada Jumaat, 27 Februari 2009:



Beliau membuat kenyataan seperti di bawah ini:

"Apartheid adalah ditafsirkan sebagai “separate development” (Pembangunan Berasingan) berasaskan, iaitu layanan berbeza dihulurkan kepada warga berasaskan bukan sahaja kaum atau warna kulit tetapi Kebumiputeraan Orang Putih berketurunan Belanda Afrika Selatan. Apartheid bukan sahaja mengasingkan Orang berkulit Hitam dan Putih, tetapi Orang Melayu juga disikriminasi sebab mereka diklaisfikasi sebagai Coloureds berstatus Bukan Bumiputera di bawah pemerintahan Rejim Apartheid.

Tegasnya, menurut analisa ahli-ahli sejarah, Apartheid bukan sahaja wujud dari segi fizikal di mana kemudahan awam diasingkan menurut warna kulit tetapi dasar sisioekonomi yang memisah-misahkan berbagai warga negara.

Saya membangkitkan isu Bumiputeraisme di bawah Pemerintahan Barisan Nasional adalah kerana Bumiputearsim telah disalahgunakan untuk memperkayakan segelintir Elit Melayu yang berkuasa sahaja dan tidak mendatangkan manfaat sewajarnya untuk semua Anak Melayu sedangkan kita sepatutnya berusaha menwujudkan satu rumpun bangsa Malaysia.

Oleh itu, penyalahgunaan konsep Bumiputeraism mendatangkan ketidakadilan, kronisme, nepotisme dan rasuah malahan menyakitkan hati kalangan yang diklasifikasi sebagai Bukan Bumiputera di mana kestiaan mereka sentiasa dipersoalkan. Contohnya, Prof. Dr. Fatimah Daud dari UIAM telah membuat hujah bahawa saya ‘boleh segera keluar dari negara ini dan bermigrasi ke Afrika Selatan untuk merasai sendiri amalan aparteid di sana...kita tidak perlu orang begini di sini. Mereka boleh keluar dari Malaysia dan pergi ke Afrika Selatan atau Amerika:”

Apa yang amat pelik ialah pelbagai tuduhan oleh Pembangkang di luar Dewan Parlimen ini gagal ditangani oleh peguam-peguam handalan dari kalangan pihak orang yang kena tuduh dan fitnah (BN dan UMNO). Mengapa BN dan UMNO hanya menunggu untuk kerajaan yang menyaman mengambil tindakan terhadap pembangkang. Bukankah kenyataan berbaur fitnah mendedahkan diri mereka kepada tindakan saman? Jika peguam-peguam BN dan UMNO memulakan tindakan terhadap provokasi berkenaan maka mereka akan lebih berhati-hati.

Mengapa Wakil DAP Johor itu menyamakan Urusan Hak Bumiputra dengan Aphartheid? Dr Boo dilihat keliru di dalam memberi maklumbalas mengenai provokasi beliau sendiri mulakan. Sudah lupakah bahawa rakyat Afrika malah hampir setiap benua telah dijajah yang kemudiannya memulakan dasar buruk berkenaan. Mereka mewujudkan amalan sedemikian demi kepentingan kesinambungan penguasaan mereka terhadap bumi Afrika. Bayangkan individu bumiputra di Afrika (orang-orang kulit hitam yang berasal dari benua itu) telah tidak iktiraf sebagai pengundi sejak zaman dahulu lagi! Jika Dr Boo membaca tentang teori Darwin berkaitan Tahyul Evolusi yang kononnya bangsa Arya (Bangsa Penjajah) itu adalah bangsa mutakhir dan orang-orang kulit hitam adalah manusia yang belum lengkap proses evolusinya.

Di Malaysia, Dr Boo sendiri mengetahui siapakah yang telah sedia ada ketika si penjajah datang? Jika Dr Boo berfikir lebih lanjut lagi, sila lah bertanya kepada diri sendiri bahawa siapakah pula yang dibawa masuk kemudiannya oleh Brittish? Di mana pribumi pada waktu itu dihalau dan kemanakah pula para pendatang itu semua di bawa? Bukankah para pendatang itu telah di bawa ke bandar-bandar dan berpeluang menikmati agihan ekonomi yang lumayan dan anak-anak mereka pula dapat masuk sekolah aliran Inggeris? Natijah dari itu maka para profesional dari kalangan kaum bukan bumi merucup bak cendawan! Siapa lebih apattheid pada waktu itu?

Setelah melihat kezaliman sedemikian Kerajaan Pimpinan UMNO telah cuba memperbaiki keadaan dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru. Apa yang malangnya Dr Boo memandang serong semua langkah yang cuba untuk memperbetulkan kezaliman ini.

Bumiputraime bukan suatu doktrin tetapi lebih merupakan suatu remedi jangka panjang. Jika anda tidak memahaminya bermakna anda bukanlah orang yang boleh diharap untuk memerintah dan memelihara kepentingan bumiputra. Pada pandangan saya negara yang majoritinya bumiputra ini merasa tidak yakin dengan pendirian sinis anda ini.

Dr Mahathir : Kebimbangan Saya

YBhg Tun Dr Mahathir

Salam kepada rakan sekalian,

Saya tidak mempunyai masa untuk menterjemah tulisan  terbaru nukilan Ayanhanda YBhg Tun Dr Mahathir di laman web peribadinya iaitu Dr Mahathir Mohammad Blogging to Unblock. Namun oleh kesegeraan dan dirasakan amat penting dikongsi bersama maka berikut diperturunkan terjemahan oleh Google yang dikira sedikit sebanyak dapat membantu pembaca yang kurang fasih berbahasa Inggeris untuk memahaminya. Penulis mengharapkan tiap patah perkataan yang dinukilkan itu akan membuka minda kita semua siapakah sebenarnya Hamba Allah yang hebat ini. Saya memohon maaf kepada YBhg Tun kerana tidak meminta izin untuk menterjemahkannya kerana berpendapat ianya harus cepat dikongsi oleh rakan-rakan.

Kebimbangan Saya

Jun13 2012 Leave a Comment Ditulis oleh chedet

1) Lim Kit Siang dilaporkan telah berkata bahawa saya bekerja keras untuk memastikan pembangkang tidak akan menang kerana saya amat takut apabila Kerajaan Pembangkang di tempat, ia akan bertindak terhadap semua "salah laku" saya apabila saya menjadi Perdana Menteri.

2) Tidak syak lagi dia diilhamkan oleh apa yang berlaku kepada Gadaffi dan Mubarak. Dia ingin melihat saya diheret ke mahkamah dan dihukum mati atau sekurang-kurangnya hukuman penjara seumur hidup. Mungkin seperti Gadaffi saya akan dibunuh.

3) Dia yang betul. Saya takut. Saya takut jenis penyalahgunaan kuasa yang telah ditunjukkan oleh seorang pemimpin besar Pakatan Rakyat yang mendapat seorang pegawai kanan polis untuk menakutkan Dr Ristina dan Ummi Hafilda ke dalam menarik balik surat Ummi kepada saya.

4) Saya takut fabrikasi caj untuk meletakkan saya di belakang bar. Bahawa saya tidak berdosa itu akan menjadi tidak relevan. Apa yang penting ialah kepuasan Kit Siang melihat saya di belakang bar dan lebih.

5) Selain daripada ini Saya tidak takut. Saya memang tidak berhati-hati supaya tidak menyalahgunakan kuasa yang saya ada sebagai PM kerana saya sedar perlu meletak jawatan dan kehilangan kuasa di peringkat beberapa. Jika saya telah menyalahgunakan kuasa pengkritik saya penuh teruja akan mendedahkan saya dan berusaha untuk meletakkan saya di belakang bar.

6) Dalam fakta ini telah dicuba.

7) Sejak bersara, saya telah disoal siasat oleh polis dan pejabat Peguam Negara beberapa kali. Saya juga telah dibuat untuk hadir di hadapan tribunal yang akan dipersoalkan oleh segala-galanya, termasuk wakil-wakil Majlis Peguam.

8) Setakat ini tiada apa yang boleh disematkan kepada saya.

9) Orang-orang anti-rasuah walaupun kini boleh menyiasat sama ada saya pernah menerima wang suapan yang menyalahi undang-undang, sama ada saya telah ditahan atau dibuang orang ke dalam penjara atas sebab-sebab peribadi, sama ada saya telah mendapat faedah peribadi daripada mana-mana projek yang dijalankan semasa saya masih lagi.

10) Saya tidak mengambil apa-apa yang tidak merupakan lombong. Malah semua hadiah yang diberikan kepada saya, banyak sangat berharga, telah diberikan kepada Kerajaan termasuk skor kereta yang lebih mahal. Mereka boleh dilihat di Langkawi atau di rumah PM lama di KL. Saya harus mengakui bahawa saya makan beberapa buah-buahan yang memberikan saya untuk menghalang mereka daripada rosak.

11) saya telah tidak dibenarkan anak-anak saya untuk melakukan perniagaan dengan Kerajaan atau untuk menjadi calon dalam pilihan raya walaupun mereka telah ditawarkan beberapa kali apabila saya adalah PM dan Presiden Umno. Hanya selepas saya meletakkan jawatan saya membenarkan Mukhriz bertanding.

12) apa juga jumlah wang yang saya kini mempunyai ialah daripada tabungan dalam 29 tahun di dalam Kerajaan. Gaji saya tidak besar. Tetapi Kerajaan menjaga kediaman saya, air dan elektrik, perjalanan saya. Saya tidak banyak menghabiskan makanan sebagai saya mendapat jemputan kepada fungsi seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.

13) Justeru, saya dapat menyelamatkan gaji dan elaun saya.

14) Kecuali bagi Mirzan, anak-anak saya tidak mendapat apa-apa biasiswa. Saya percaya Mirzan dibayar balik apa yang dipinjam MARA. Beliau mempunyai biasiswa sebelum saya menjadi Menteri, sebenarnya apabila saya dipecat dari UMNO.

15) Saya telah membeli atau diberi sebarang saham kecuali untuk 200 Tembakau saham Malayan saya beli lama sebelum saya menyertai Kerajaan. Saham yang lain adalah Unit Amanah yang dikeluarkan oleh PNB dan Kerajaan Negeri yang saya wajib untuk membeli. Saya memiliki saham di farmasi MICO di Alor Star yang saya apabila saya adalah seorang pengamal swasta.

16) Saya tidak berminat untuk menjadi kaya atau hidup dengan lebih mewah. Apa yang saya ada sekarang adalah jauh lebih daripada saya berharap apabila saya bermimpi sebagai seorang pelajar. Saya bersyukur kepada Allah kerana apa yang saya ada dan bagi hemat saya untuk hidup yang panjang ini.

17) Saya bersedia untuk pergi apabila masa saya datang. Saya sedar bahawa semua yang saya ada tidak akan menemani saya ke kubur.

18) Tetapi seperti yang lama seperti yang saya boleh saya akan bekerja keras untuk mencegah orang-orang jahat dan Crooks (tidak diubah oleh Google) dari memusnahkan negara ini yang saya sayangi (terjemahan Google "suka").

PENJAJAHAN SEMULA MALAYSIA


                                                               Simbol Perjuangan Melayu

Dikatakan mutakhir ini, bahawa hanya Pelabuhan Melaka sahaja yang pernah dijajah manakala negeri lain sebenarnya hanya dinaungi. Walau pun demikian, sejak dari itu penduduk negara ini tidak boleh berkreatif dan inovatif apatah lagi untuk membuat keputusan sendiri. Walau pun tidak diserang dengan angkatan tentera luar namun minda telah dijajah dan diperintah sehinggalah tahun 1957 dimana kita dikatakan telah merdeka. Merdeka bermakna kita boleh memerintah dan membuat keputusan sendiri walau pun masih menerima nasihat dari Brittish namun jika tidak ingin mengikutinya kita masih bebas berkehidupan.

Kita telah melalui pelbagai fasa pembangunan berterusan sehinggga sekarang setelah 55 tahun berjuang untuk memajukan negara. Pemimpin berjaya membangunkan negara ini mengikut acuan sendiri sehingga hanya Malaysia mempunyai sebuah wawasan dalam jangkamasa tertentu. Hanya 8 tahun lagi kita akan berada di dalam era perlaksanaan penuh Wawasan 2020 dimana Malaysia menjadi negara maju atas acuan sendiri. Kita membina landasan sendiri dengan acuan sendiri. Kita hendak maju dengan cara sendiri. Kita mahu menjadi negara Islam yang maju malah menjadi negara Islam contoh kepada yang lain.

Rupa-rupanya akibat nafsu serakah beberapa kerat manusia desperado yang ingin berkuasa maka segala perancangan dan perlaksanaan visi yang dijangkakan itu akan tergugat. Tanpa disedari pihak asing telah menyusup masuk sejak sekitar 20 tahun yang lalu. Mereka menyuntik dana sehingga beratus juta ringgit demi cuba menguasai sistem pemerintahan Malaysia melalui adikong mereka. Segala institut yang telah diketahui umum mengerah kewangan dan tenaga mereka untuk melatih kader-kader mereka bagi meneroka jalan singkat untuk menguasai negara hebat ini. Penjajahan melalui rasuah dengan cara menaja kehidupan adikong mereka di sini terus diperkembang. Manusia yang dijangka mempunyai bakat untuk membangkang dan menyusahkan negara ini dibeli dengan mengikat mereka dengan dana-dana yang datang mencurah. Tidak cukup melalui sistem bank mereka menggunakan kaedah penyeludupan wang sehingga transaksi berkenaan sukar dikesan.

Akibat dari pengaruh pemimpin desperado itu mereka telah mula menjajah pemikiran ramai penyokong. Para penyokong dijadikan zombe untuk mengikut telunjuk mereka. Penyokong ini diminta melakukan provokasi kepada kerajaan secara berpanjangan dan sudah tentu pembiayaan aktiviti mereka ini datang dari dana rasuah yang masuk ke dalam negara ini secara haram. Ramai dari para penyokong  tidak mengetahui apa tujuan sebenar mereka terlibat di dalam provokasi berkenaan. Apa yang menyedihkan ialah mereka sanggup membeli pemimpin-pemimpin agama yang dahulunya cuba memperjuankan kebenaran tetapi telah mula terikut-ikut dengan cara jahat mereka. Kesan paling buruk akibat tindakan mereka ini ialah masalah perpaduan Orang Melayu. Orang Melayu telah berpecah dan impak perpecahan itu ialah mereka akan kehilangan suara majoriti. Keadaan ini amat disukai oleh sesetengah pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk menguasai negara ini.

Sebenarnya, Malaysia tercinta telah mula dan sedang cuba dijajah kembali. Sebahagian penduduk telah dijajah mindanya. Jika akhirnya kerajaan tewas maka penjajahan ini akan mencapai kepuncaknya. Akan jadilah apa yang amat ditakuti. Orang Melayu sudah pasti akan terhina di dalam tanah airnya sendiri. Tiada lagi keistimewaan kepada mereka dan Agama mereka (Islam). Mereka akan berada dibumi yang asing. Melalui adikong tempatan mereka, penjajah ini akan melakukan pemunggahan hasil mahsul negara ini persis seperti dahulu. Rakyat menjadi hamba pekerja untuk sipenjajah.     

Walau bagaimana pun kerajaan kita bukan kerajaan yang lemah. Barisan Kepimpinan bersama NGO dan Rakyat telah dapat mengenalpasti semua mereka yang terlibat dan tidak lama lagi semua adikong mereka akan menerima padahnya.

Important Messages