Pesanan Penaja

Friday 15 June 2012

Soalan Cepumas: Siapa mereka yang mengaturkan penipuan ini?



Siapa orang di sekeliling yang tersenyum simpul sedar tentang penipu ini? 

Video yang menggambarkan bahawa seseorang telah secara terang menipu orang ramai demi untuk mendapat simpati. Dalam keadaan sihat walafiat dan mampu bergurau senda di belakang tabir tetapi apabila di hadapan khalayak dia mempamirkan pembohonangan kepada seluruh dunia. Dunia melihat seolah-olah manusia ini telah dianiaya oleh pemerintah. Beginilah kaedah licik manusia kotor ini.

Apa yang penulis risaukan bukan manusai pelakun utama itu yang sudah memang terkenal pembohongannya tetapi pembantu-pembantu yang tersenyum simpul di sekeliling manusia ini. Mereka semua sedar dan tahu bahawa pelakun ini adalah penipu besar! Tetapi mengapa mereka bersengongkol? Tidakkah mereka sedar bahawa itu merupakan suatu dosa yang besar kerana menipu seluruh ummah? Mengapa mereka tidak bersuara sehingga ke hari ini? Siapakah yang telah menyediakan suatu kemudahaan eksklusif ini kepada manusia ini? Adakah ianya diatur oleh setengah-setengah orang yang mempunyai agenda tertentu atau yang memang mempunyai pertalian rapat dengan manusia ini. Jika ya, adakah pertalian itu masih utuh?

Penulis berpendapat selain dari YB Zulkifli Nordin yang membuat pengakuan dan wajar di siasat, manusia yang membantu suatu konspirasi penipuan terhadap rakyat marhain dan pemimpin utama negara harus atau wajib dihukum!

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages