Pesanan Penaja

Wednesday 17 April 2013

Calon berwibawa dari Barisan Nasional N39 DUN Tanjung Surat Johor








Kawasan N39 DUN Tanjung Surat bakal memperolehi Wakil Rakyat baru yang telah terpilih menjadi calon di atas tiket Barisan Nasional. Jika menang di dalam Piliharaya Ke 13 ini maka beliau berhasrat untuk menjadi seorang Wakil Rakyat yang berkesan dan efisien. Dari segi falsafahnya menurut beliau Wakil Rakyat merupakan perantara atau penghubung di antara rakyat dengan kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat. Menurut beliau hubungan sosial dan komunikasi berkesan adalah sangat penting di dalam memastikan bahawa kerajaan memahami kehendak dan keperluan rakyat disamping sebagai balasan rakyat pula memainkan peranan proaktif memastikan segala sistem di dalam kerajaan berjalan dengan lancar tanpa diganggu-gugat.  

Dato’ Syed Sis amat berharap untuk mengangkat kawasan DUN Tanjung Surat setaraf dengan kawasan lain yang berjaya dimajukan. Beliau ingin memastikan sedaya upaya bahawa setiap pengundinya berhak mendapat infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan yang bakal diberikan. 
Bagi tujuan rujukan kepada para pengundi dan juga pihak yang berminat untuk mengetahui maka berikut dipaparkan butiran latar belakangnya:

Dato’ Ir. Syed Sis b. Syed A. Rahman dilahirkan pada 5hb Jun 1953 di Kampung Telok Ramunia, Penggerang Johor.  Di Penggerang beliau bersekolah di SK Telok Ramunia dan melanjutkan pelajaran di sekolah aliran Ingerís Penggerang dan seterusnya ke Sekolah Menengah Ingerís Laksamana di Kota Tinggi

Allahyarham Ayahenda beliau (Syed Abdul Rahman bin Syed Yahya)  seorang pemastautin melebihi 40 tahun di kawasan ini merupakan mantan seorang Imam dan Naib Kadhi bagi Mukim Pantai Timar manakala bondanya bernama Sharipah Zainab bte Syed Mohammad adalah surirumah. Hasil perkongsian hidup orang tuanya beliau mempunyai 11 orang adik beradik. Yang Berbahagia Dato’ Ir. mempunyai seramai 3 orang anak hasil perkahwinan beliau dengan Y.M  Tunku Datin Sherifah Noriza Syed Idrus sejak 1981
 
Diperingkat Universiti Dato’ Ir. memperoleh Diploma Kejuruteraan Awam di UTM pada 1975 kemudian melanjutkan pelajaran ke Peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di University Glasgow, Scotland 1978. Pada 1992 beliau dianugerahkan Kesarjanaan dalam bidang Pentadbiran Perniagaan melalui Intertational Management Centre, Buckimham.

Di dalam kerjaya profesional Sejas 1985 beliau merupakan ahli Institut Jurutera Malaysia dan juga diiktiraf sebagai Jurutera Profesional dari Lembaga Jurutera Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai  Bendahari Gabungan Jurutera Perunding Bumiputra Malaysia pada 2003-2005

Dari segi pentadbiran calon Barisan Nasional ini berpengalaman sebagai Ahli Majlis Daerah Rembau (1980 – 81), Segamat Utara (1982 – 1989)  dan Segamat Selatan (1982 – 1989) manakala  di dalam Sektor Swasta pula beliau ádalah Pemilik dan Pengurus SSR Consultants, Pengarah Urusan SSR Partners Sdn Bhd dan Pengerusi dan Perunding AKS Sdn Bhd

Penglibatan beliau secara serius di dalam bidang politik bermula pada  1983 sebagai AJK  UMNO Cawangan Bandar Segamat manakala bergerak aktif sebagai AJK Pemuda Bahagian Segamat pada 1984 dan seterusnya dipilih untuk berada dalam UMNO Bahagian Segamat selaku AJK Bahagian dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi Biro Sumber Manusia. Di Segamat Ketua Bahagian pada masa itu ialah Yg Bhg Tun Musa Hitam.

Penghijrahan Dato’ Ir kepada pula UMNO  Kota Tinggi bermula pada 1995 - 2003 sebagai AJK Bahagian. Di Kota Tinggi, beliau dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian (1998 – 2001). Tidak berapa lama kemudian setelah daerah kecil Penggerang diwujudkan, maka pada 2004 beliau membuat keputusan untuk aktif di dalam UMNO Cawangan Kampung Baru Telok Ramunia  sehingga sekarang.
Dari pengurusan organisasi dan sudut sukan dan rekreasi pula, penglibatan aktif beliau tidak boleh dinafikan. Sejak tahun 1984 lagi beliau telah dipilih untuk menjawat pelbagai jawatan pentadbiran organisasi sukan termasuk sebagai Yang Dipertua Perstuan Bola Sepak Daerah Segamat, Ahli Majlis Sukan Negeri Johor, Ahli Royal Country Club.  

Dato' Ir. Syed Sis merupakan anak jati Penggerang. Beliau dilahirkan di Kg. Teluk Ramunia dan bersekolah rendah di kawasan Penggerang juga. Ketika bersekolah menengah, belaiu belajar di Sekolah Menengah Laksamana di Bandar Koa Tinggi.

Ramai daripada teman-teman sekolah beliau yang terdiri dari berbilang kaum masih tinggal di kawasan Penggerang dan seluruh Kota Tinggi. Malah ada dianara mereka merupakan ahli-ahli parti yang aktif dalam samada UMNO, MCA atau MIC. Malah ketua MCA Bahagian Penggerang adalah orang kampung beliau. Beliau masih menjalin hubungan dengan teman-teman samada melalui acara-acara kemasyarakatan dan majlis perjumpaan murid-murid tua sekolah-sekolah beliau yang diadakan dari semasa ke semasa. Mereka-mereka ini serra keluarga masing-masing merupakan juga pengundi-pengundi samada di kawasan Penggerang mahupun di kawasan arlimen Kota Tinggi.

Kesimpulannya Dato' Ir. Syed Sis bukanlah orang yang asing di daerah Kota Tinggi dan khususnya di daerah kecil Penggerang.

Adalah jelas bahawa calon N39 DUN Tanjung Surat merupakan seorang yang amat berwibawa dan berpengalaman, lengkap dengan kebolehan profesional serta mempunyai rangkaian sosial yang luas untuk membolehkan beliau mengangkat Kawasan DUN Tanjung Surat ke suatu tahap yang setanding dengan kawasan lain yang lebih maju.   

Important Messages