Pesanan Penaja

Wednesday 20 January 2010

Kristianiti: Amerika mencetak "kod bible" pada senjata buatan mereka



Salam,

Semasa Bush Junior menaiki takhta presiden Amerika suatu kenyataan yang membimbangkan umat Islam telah diwar-warkan.  Istilah "crusade" yang biasa dikaitkan dengan peperangan menentang Islam selalu disebut-sebut secara bertali arus. Umat Islam walau pun khuatir dengan perkembangan itu sentiasa "menyabarkan diri" dari menunjukkan sikap menentang kerana tidak mahu menyakitkan hati mana-mana pihak. Apabila bangunan kembar World Trade Center yang menjadi mercu tanda kuasa barat itu meruntuh maka istilah "crusade" lebih dikumandangkan lagi diikuti pula dengan perlbagai sesi peperangan dan asakan dengan negara-negara Islam tanpa simpati dan belas kasihan.

Pat Robertson yang merupakan evangelis kristian pula pada  ketika itu pula menjadi penasihat spiritual presiden mempunyai visi dan misinya yang lebih kepada untuk memerangi Islam dan meraih kejayaan daripadanya. Seruan evengalist ini berkumandang di dada akhbar dan melalui corong radio barat.  Pat mendakwa bahawa Islam telah lama mengancam dan meprovokasi pihak kristian dan dia mengimpikan suatu Armagedon.  Armagedon ialah suatu perang muktamad antara dua agama ini seperti yang termaktub dalam kitab-kitab judeo-kristian.

Dalam peperangan menentang orang Afghan di negaranya sendiri,  para agamawan kristian telah menyebarkan kitab injil dalam bahasa Afghan! Tidak lain dan tidak bukan misinya ialah untuk menyebar agama krisitan di kalangan penduduk tempatan. Apa lagi misi mereka sejak dari dahulu sampai sekarang? Jika kita menelusuri sejarah,  masih ingatkah  bagaimana agen-agen  mereka menyamar jadi 'alim ulama' Islam untuk mengkafirkan penduduk tempatan dengan cara penipuan. Perkara itu tidak mustahil berlaku di Malaysia pada ketika ini  Pendek kata, mereka menggunakan apa saja taktik dan media untuk mendakyahkan kepercayaan mereka sehingga sekarang. Kerja ini tidak akan selesai selagi kita semua tidak menukar agama. Benarlah apa yang tercatat di dalam al-Quran "bahawa mereka semua tidak senang melihat kita,  selagi kita begitu kukuh memegang ajaran Islam"

Terbaru, berita mengenai tertulisnya kod-kod injil pada setiap senjata yang dibawa menentang umat Islam telah dipaparkan oleh Yahoo!. Kerajaan Amerika pada dasarnya tidak menghalalkan perbuatan itu tetapi ianya berlaku sejak berpuluh tahun yang lalu. Ini bermakna Amerika mempunyai stategi  "crusade" yang sentiasa dilaksanakan ke atas musuh Islam mereka. Sila ikuti video yang dilampirkan mengenai perkara ini.

Bagaimana mungkin kita mempercayai mereka apabila melihatkan gelagat buruk mereka yang kelihatan "pepat di luar rencong di dalam". Memetik frasa Nabil  "Lu fikirlah sendri"

sysalq      

Saturday 16 January 2010

KRISIS PENGGUNAAN KALIMAH "ALLAH" : ADA HIKMAHNYA

Salam,

Setelah kes bertukar krisis dalam percubaan gereja katolik untuk menggunakan Kalimah "Allah" untuk menggantikan istilah GOD maka semua pihak yang terlibat harus bermuhasabah. Mengambil iktibar dari krisis 13 Mei 1969 yang timbul (kesan dari keputusan pilihanraya) bahawa selepasnya ada sedikit ketenangan dan pembetulan oleh semua pihak serta keamanan dinikmati bersama selama hampir setengah kurun. Apabila rakyat sudah lupa tentang pengalaman pedih demikian maka mereka tidak secara sedar mencetuskannya kembali. Melalui kepimpinan pasca krisis Malaysia telah membina mekanisma baru demi perpaduan dan penghapusan kemiskinan. Apabila keadaan bertambah pulih maka penyebab lain pula yang ditimbulkan untuk menjadi penyebab timbulnya krisis baru.




Jika kita semua dapat menyelesaikan kemelut yang timbul dari krisis ini maka kita mempunyai mungkin setengah abad keamanan lagi untuk dinikmati. Penulis percaya kerajaan sedang berusaha sedaya upaya mengekalkan keamanan dan persefahaman di kalangan rakyat Malaysia bersesuaian dengan Gagasan I Malaysia. Malaysia "wajib" menghayati gagasan itu demi perpaduan dan kejayaan masa depan negara.

UMNO sebagai tunjang kerajaan walau pun sedikit terhimpit terus mempromosi kepentingan kesepaduan di dalam BN bagi membantu menangani krisis dengan pihak luar. Namun demikian akibah dari sokongan yang berkurangan  terhadap MCA dan MIC oleh rakyat maka UMNO dirasakan di dalam dilema. UMNO kini kelihatan berusaha secara bersendirian dalam menangani pelbagai konflik yang cuba ditimbulkan oleh pihak pembangkang. Pada ketika ini sepatutnya parti komponen BN bersama-sama seiring jalan dengan UMNO mempertahankan apa yang diperjuangkan. Perlu diingat bahawa pembangkang yang wujud sekarang ini bukan merupakan pembangkang yang diharapkan untuk membangkang secara proaktif tetapi mereka lebih kepada sedang berusaha untuk menjatuhkan UMNO dan BN sekaligus. Mungkin mereka mengharapkan "parti dominan sejak merdeka ini" turut tersungkur persis GOLKAR dan LDP yang sudah sampai tempoh luput! Namun ianya tidak mungkin berlaku!

Sememangnya rakyat Malaysia perlu menjadi padu seperti yang digambarkan di dalam Visi Wawasan 2020. Rakyat Malaysia yang kemudiannya menjadi Bangsa Malaysia telah termaktub di dalam "Grand Design" perkembangan Malaysia. Para pemimpin yang datang dan pergi menterjemah dan melaksana dalam pelbagai versi yang mampu mereka laksanakan. Mereka bukannya mencipta sesuatu yang asing dan anih!

Adalah diharapkan bahawa semua pihak mengambil kesempatan dari "ketenangan selepas krisis (aftermath)" untuk bersama-sama melaksanakan "brainstorming" bagi melaksana penambahbaikan dan membina suatu pendekatan baru yang realistik. Mengambil iktibar dari peristiwa 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru tercetus sebagai salah satu alternatif usaha untuk memperbaiki keadaan. Begitulah yang kita harapkan supaya beberapa formula baru akan diperkenalkan demi kebaikan bersama.

Dasar baru yang bakal dilaksanakan bukannya sebagai usaha khusus untuk memenangi hati rakyat tetapi lebih kepada usaha yang strategik dan ikhlas demi kebaikan semua. Biarkan pembangkang dengan segala "silapmata" dan "pertikaian" antara mereka. Bagi kita, kita sudah tiada masa lagi untuk itu semua.

PENGAJARAN DARI HAITI: GEMPA BUMI BUATAN?

Salam,

Pat Robertson seorang evengalist kristian yang merupakan orang kuat spiritual bagi George Bush (mantan presiden US) baru-baru ini, menyatakan bahawa Haiti dilanda bencana demi bencana kerana orang-orang Haiti telah membuat perjanjian dengan syaitan untuk menghalau penaklukan Perancis pada masa dulu. Haiti menjadi bebas tetapi sentiasa dirundung malang kerana disumpah akibat perjanjian itu. Namun demikian, seorang rakyat Haiti menafikan sekeras-kerasnya tuduhan melulu itu dan membuat kenyataan memeperkukuh semangat perjuangan menentang penjajahan dan perhambaan yang rakyat Haiti telah berjaya melakukannya dengan pertolongan Tuhan. Apa yang anih ialah kenapa tidak pasal-pasal pernyataan sedemikian dikeluarkan oleh seorang agamawan kristian pada masa rakyat Haiti sedang bergelumang memerlukan bantuan? Cuba fikirkan fakta ini pula...(rujuk: http://network.nationalpost.com/np/blogs/posted/archive/2010/01/13/televangelist-pat-robertson-blames-haiti-quake-on-pact-with-devil.aspx)

Tidak lama selepas gempa bumi di Sumatera pada tahun lepas keluar siaran SMS dan Email yang mendakwa bahawa gempa bumi yang baru berlaku di sana adalah merupakan kemarahan Allah kepada makhluknya yang mula melanggar hukum agama. Maka dikaitkanlah nombor ayat dengan saat berlakunya mala petaka yang dahsyat itu. Siapa yang menghantar siaran-siaran berbau agama itu dan apa tujuannya? Mungkinkah siaran itu bertujuan sebagai penyejuk hati atau untuk mengelakkan dari orang berminat mengkaji tentang keanihan kejadian. (rujuk: http://www.al-ulama.net/home-mainmenu-1/articles/250-gempa-dan-ayat-ayat-allah-swt.html)

Di Negeri China pula, 10 minit sebelum berlaku gempa bumi di Schi Chuan yang mengorbankan berpuluh ribu orang tiba-tiba wujud fenomena anih iaitu kelihatan awan menjadi luminisan dengan pelbagai warna seperti aurora di kutub utara.  Kejadian itu yang berlaku sejurus sebelum temasya olimpik di sana telah dirakam oleh penduduk dan mereka dapat disaksikan melalui di youtube http://www.youtube.com/watch?v=7BwIadY5FI8 Dewasa kini orang sudah mula tahu tentang tanda fenomena berkenaan dan mereka mengesyaki sesuatu yang buruk bakal berlaku.  Di Iran fenomena angin puting beliung yang turun menyusur laut kelihatan anih dan membakar rumpai dan membunuh ikan paus.  Hasil kajian saintis Iran didapati semua ikan malang itu mati terbakar!

Apa yang telah terjadi? Jawabnya ialah kebanyakan orang berkesimpulan bahawa itu semua adalah disebabkan kesan dari suatu senjata baru yang diberi nama HAARP.  Pelbagai video yang kita boleh dapati dari internet termasuklah dokumentasi tentang apa yang dinamakan oleh saintis sebagai HAARP yang sedang di eksperimentasi dan digunakan oleh sebuah 'negara kuasa besar' (Ingat:  Allah Maha Besar bukan Negara atau Manusia). (Sila rujuk:  http://www.haarp.alaska.edu/haarp/photos.html) Juga dari youtube di http://www.youtube.com/watch?v=MnRPZOUVhJ4

Alat ini boleh menjahanamkan dunia dengan cara menghantar gelombang elektromagnet berkuasa besar yang menggetarkan lapisan ionosfera yang merupkan lapisan dalam atmosfera yang kemudiannya turut sama menggetarkan alam sekitar dan bumi. Mereka boleh memusnahkan apa saja yang berada dalam lingkaran dan kawasan pancaran.  Molekul kristal dan batuan bumi yang menjadi lantai bumi boleh terlerai dan tergelincir yang kemudiannya mencetuskan kejadian gempa bumi dahsyat yang tidak terfikirkan.

Masih ingat kah lagi gempa bumi di Acheh? Bukankah pada sebelum kejadian gempa itu penduduk di sekitar ada mendengar suatu letupan kuat. Letupan apakah itu? Tiada siapa minat mengkaji kerana semuanya dalam berantakan sibuk menyelamatkan diri dan berjuang untuk hidup.

Menurut laporan dari sumber yang boleh dipercayai, beberapa negara telah pun menguji pelbagai senjata yang berkeupayaan untuk memanupulasi cuaca yang menyebabkan banjir dahsyat atau ribut salji yang tidak pernah berlaku. HAARP juga berkeupayaan memanupulasi cuaca dan boleh memfokus ribut taufan untuk beralih ke sesuatu kawasan yang hendak didengkikan! Terdapat tulisan yang mengaitkan bahawa Laos pernah menerima akibah dari kejahatan ini sehingga ribut taufan dahsyat melanda negara berkenaan dan membunuh ribuan mangsa.

Nampaknya masing-masing 'kuasa besar merancang untuk saling menganiaya. Semasa sebelum pilihanraya presiden US terdapat kepercayaan bahawa ada negara sedang bersedia untuk mencetuskan perang dunia ke 3. Jika berlaku sesuatu musibah siapakah yang untung? Siapakah yang bersembunyi di sebalik agenda buruk ini? Mungkin video-video  ini dapat memberikan gambaran http://www.youtube.com/results?search_query=haarp+conspiracy+theory&search_type=&aq=0&oq=haarp+conspiracy

Apa yang kita harus pelajari ialah bagaimana sesetengah negara atau bangsa masih terus ingin menakluk dan mesyusahkan negara lain hanya kerana ingin menunjukkan superioriti dan sambil itu merampok semua hasil bahan mentah berharga yang ada di negera yang dikacaubilaukan itu.  Jadi...sekarang ini, gempa bumi tidak semestinya berlaku dalam kawasan "lingkaran api" sahaja tapi boleh berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.


mayat mangsa bergelimpangan di Haitisengaja dilambakkan oleh penduduk kerana marahkan kerajaan 
yang gagal memobilasikan bantuan asing. Mengikut sumber gempa berkenaan mungkin terkuat sejak 200 tahun



Kita...jangan sampai jadi serupa ini. Bila kita sibuk berkonflik, maka tiadalah masa kita untuk memikirkan pertahanan diri dan tiadalah fikiran dan muslihat untuk meneruskan kesinambungan generasi. Mudah-mudahan dijauhkan Allah. Amin.

Thursday 14 January 2010

KALIMAH "ALLAH" : KEMPEN BERKESAN PEMBANGKANG

Salam,
Nampaknya UMNO telah mula di "cop" sebagai parti yang amat perkauman dan pembenci agama lain. Rupa-rupanya pembangkang menterjemah isu yang kritikal ini sebagai kempen pilihanraya mereka. Ketika UMNO menyatakan isu yang diperjuangkan bersesuaian dengan perlembagaan pertubuhannya sebaliknya parti politik PAS mengambil kesempatan melarikan isu dan menggunakannya sebagai senjata mereka. Seolah-olah PAS adalah pejuang totok bagi kebebasan agama dan melindungi agamawan bukan Islam. Jika kita hanya melihat secara sepintas lalu sahaja mungkin kita pula bakal terpedaya dengan canangan parti politik itu. Tetapi, jika kita menelusuri sejarah, maka kita akan nampak kecelaruan di dalam wadah politik ini. Kita mungkin boleh mengkaji tujuan penubuhan PAS dan perkembangannya dari awal hingga mutakhir.  Kita boleh melihat disepanjang dekad apakah yang hendak diperjuangkan oleh parti ini dan apakah yang telah diperjuangkan. Adakah mereka memperjuangkan toleransi kaum dan agama sejak awal lagi? Mana perginya penubuhan Negara Islam yang sejak dahulu lagi digembar gemburkan?  Kemungkinan besar apa yang dipamirkan pada ketika ini hanyalah suatu hipokrasi! Mereka tahu bagaimana untuk meneutralkan sesuatu isu. Jika UMNO pergi kehulu mereka akan mempolitikkan isu untuk kelihatan menuju ke pangkal pula agar mendapat sokongan dari 'musuh-musuh' UMNO.

Bagi UMNO yang merupakan satu PERTUBUHAN MELAYU dan bukannya hanya PARTI MELAYU, perjuangannya adalah amat jelas termaktub di dalam perlembagaan UMNO seperti yang penulis telah paparkan sebelum ini. Ahli dan penyokong UMNO berjuang dalam skop yang tertentu. Ya, benar fokus PERTUBUHAN ini adalah menjaga kemusylahatan Kaum Melayu khususnya (tanpa menganiaya kaum lain).  Mereka tetap akan bertindak jika integriti Agama Islam dan Kaum Melayu diancam. Mereka tidak pernah bermuka-muka kerana mereka akan menyatakannya secara jelas.

Berbeza dengan PARTI Islam Semalaysia, PARTI Keadilan dan Democratic Action PARTY yang merupakan parti politik totok yang memerlukan isu-isu hangat  untuk dipolitikkan (supaya mudah menang dalam pilihanraya), maka UMNO adalah PERTUBUHAN yang berjuang untuk Islam serta Kaum Melayu dan bukannya demi politiking! Menurut rekod,  sepanjang 53 tahun pemerintahan UMNO telah menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan sejak awal lagi.UMNO juga telah membela secara konsisten akan hak-hak Orang Melayu tanpa merampas hak-hak orang lain. Benarlah bahawa UMNO mewakili  kaum Melayu sejak dahulu hingga sekarang. Jika anda merasakan diri sebagai Orang Melayu yang perlukan perhatian maka jadilah ahli UMNO dan undilah UMNO. Menjadi ahli UMNO bukan bermakna menjadi cauvinis dan penganiaya hak orang tetapi menjadi Orang Melayu yang kewujudannya berkesan secara positif. Jika tidak demikian siapa lagi yang akan membela Orang Melayu secara jujur?   

Dewasa kini UMNO kelihatan dominan dalam BN, mentelah lagi kekuatan komponen lain agak kurang terserlah maka semuanya ingin menjatuhkan UMNO dengan melabelkan UMNO sebagai parti rasuah! Parti pembangkang sudah tentu akan menarik sokongan bukan Melayu dan bukan Islam terutamanya kristian  (akhir-akhir ini) bagi faedah mereka. Semoga UMNO tidak teraniaya! Amin.  

Friday 8 January 2010

KES PENGGUNAAN KALIMAH "ALLAH": BERCELARUNYA PAS DAN PR, TEGAS DAN MANTAPNYA UMNO!

Salam, dalam kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam dan juga Melayu maka UMNO lah yang ke hadapan dan sering bertindak sebagai pejuang tulen! Mengapa? Sebabnya ialah ahlinya menghayati aspirasi perlembagaan UMNO seperti berikut:

ARTICLE 3 (ARTIKEL 3)
PRINCIPLE AND DIRECTIONS (Prinsip dan Arahtuju)
UMNO is a political party that strives to achieve national aspirations for the benefits of the people, religion and country (UMNO ialah parti politik yang berjuang untuk mencapai aspirasi negara bagi faedah rakyat, agama dan negara)

3.1
To uphold and protect the independence and sovereignty of the nation.
(Menjunjung dan melindung kemerdekaan dan kedaulatan negara)

3.2
To uphold and protect the National Constitution, the State Constitution and the Constitutional Monarchy.
(Menjunjung dan melindungi Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri dan Raja Berperlembagaan)

3.3
To uphold, protect and propagate Islam the official religion and to respect the principle of religious freedom.
(Menjunjung, melindung dan memperkembangkan Islam sebagai Agama Rasmi dan menghormati prinsip kebebasan beragama)
3.4
To uphold the sovereignty of the people and social justice by practicing Democratic System of Parliamentary Government, and developing the economy of the Malays and Bumiputeras as well as the Malaysian people in general.

Pejuang UMNO bergerak dalam satu nada dan membincangkan isu dengan lagu yang sama sederap!
Pas bagaimana? PAS bercelaru dan cacamerba. lebih dari tiga qaul yang dikemukakan oleh 'mazhab-mazhab' politik dalam PAS. Seorang kata okey menggunakan kalimah berkenaan, sorang lagi kata okey sebab agama samawi tapi takut kalut nanti (pandai "playsafe"), sorang lagi kata siapa sokong jadi kufur! Jadi orang PAS yang menyokong Khalid Samad dan orang PKR dan Anwar sendiri dah jadi kufurlah kalau mengikutkan qaul Sang Profesor ini! Itulah yang dikatakan cacamarba. Ini baru sikit...bagaimana agaknya kalau negara ini hendak diambil alih oleh penjajah agaknya ye? Mungkin mereka kata "boleh tu boleh..tapi takut kalut..hehe" Janganlah macam tu kawan...

Nik Aziz berbunyi seperti begini "...boleh tu boleh sebab agama samawi tapi takut mengelirukan (kalutlah tu)"
Agama Samawi? Kan kita semua baca al-Quran tentang kemurkaan Allah terhadap mereka yang merobah kitab-kitab Allah dengan tangan-tangan mereka? Kemurkaan Allah kepada yang menyatakan Allah mempunyai anak dan lain-lain yang asing dari versi kitab asal. Dah ada berapa versi kitab-kitab mereka ini? Lain Versi lain ceritanya. Agaknya kena buka buku lagi kot untuk rujuk kembali tentang persoalan ini. Kalau versi terdahulu yang asal bolehlah kita terima sebagai samawi" Jadi siapa yang mengelirukan siapa?

Perkara paling pelik ialah di luar negara dalam versi Inggeris dan Tamil tidak pula mereka menuntut Kalimah Allah itu. Tiba-tiba mereka hendak gunakan dalam versi Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu).  Kalau hendak tuntut menggunakan Kalimah Allah itu, tuntutlah dalam kesemua bahasa! Ini tidak...untuk BM saja. Kenapa ye? (Adalah agendanya tu!)

Dr Farish tulis dalam Herald (Makalah Internet Katolik) bahawa di Mesir penggunaannya "selambe dek aje". Semua orang guna tidak kira agama di sana. Kenapa pula boleh? Tanya Farish. Jawabnya senang sahaja. Yang Berbahagia Tun Mahathir sudah menjawabnya dalam blog beliau. Malah  dahulu kala Sheikh Ahmad Deedat juga menyentuh tentang isu ini. Jika benar mereka menggunakan Kalimah Allah itu lebih awal carilah dalam kitab-kitab suci mereka dan kitab yang asal dan versi-versi awalnya jika Kalimah itu ada termaktub!
Jika tiada...maka kenapa tiba-tiba hendak menggunakannya (Adalah agendanya tu)

Buktinya agendanya ialah, penulis sendiri pernah terjumpa risalah menggunakan Kalimah Allah yang disebar ke rumah-rumah Orang Melayu Islam sekitar tahun 80han yang ditulis dalam bahawa Melayu! Itu tidak termasuk kursus-kursus pos yang diterima oleh orang kampung mengenai ajaran kristian dalam bahasa Melayu pada waktu saya masih di sekolah rendah lagi! Kami pada masa itu belum lagi sesensitif ketika ini jadi kami tidak menghiraukannya. Jika kita semak Perlembagaan Malaysia sebarang sebaran sedemikian kepada Orang Islam adalah satu kesalahan besar! Sekarang ini Orang Islam bukan boleh diperbodohkan lagi   Setelah hasil mahsul negara ini di kaut penjajah Kristian dan Agama lain sejak 400 tahun mereka telah belajar melalui perjuangan UMNO untuk sekurang-kurangnya mempertahankan diri atau jika terpaksa berkorban nyawa demi agama yang dianuti. Fenomena ini bukan tidak pernah berlaku.  Bukankah kes Natrah juga melibatkan keputusan Mahkamah? Apa terjadi kepada Orang Islam?

(Penulis tidak pula menyentuh tentang wujudnya sebilangan 'Melayu Kristian' di Singapura dan Indonesia yang dahulunya Orang Islam! Agaknya Kalimah Allah digunakan ke tidak dalam kitab terjemahan Bahasa Melayu mereka ye? Agaknya siapa yang mengajak mereka menganut agama berkenaan ye dan dalam bahasa apa ye tarbiahnya?)

Abang Long.

Tuesday 5 January 2010

KUTUKAN ORANG ISLAM TERHADAP SAUDARA MALAYSIANYA DI HERALD

Salam,

Siapa penulis dalam Herald  Malaysian Online - sebuah makalah elektronik Kristian berpangkalan di Kuala Lumpur? Jawabnya ialah Sheila Musaji dan siapa pula beliau ini? Jawabnya ialah Ketua Editor TAM (The American Muslim). Lebih anih lagi ialah tulisan siapa pula yang dipromosikan di dalam makalah berkenaan untuk menunjukkan 'kemunduran fahaman Islam di Malaysia'? Jawabnya ialah salah seorang anak Malaysia yang juga editor TAM dan menjadi orang penting di sebuah Institut di Jerman yang mempromosikan budaya Jerman terhadap bangsa lain.

Tidak cukup dengan Sheila Musaji yang mengutuk pegangan sesetengah Muslim yang seolah-olah melihat bahawa akibat "perangai buruk" sang muslim ini yang menyebabkan seluruh dunia kritikal kepada Islam.  Dia tidak pula menyebut tentang bagaimana amalan agama lain yang sejak dahulu lagi menjahanamkan dunia ini .Soal bagaimana Kristianiti cuba mendominasi dunia Islam sehingga melakukan penjajahan demi penjajahan sampai ke Asia sejak zaman berzaman semuanya dilupakan. Sehingga sekarang ini beberapa kerat orang kaya Kristian dan Yahudi barat masih tetap mempunyai agenda untuk menguasai dunia dengan pelbagai cara. Mereka memporak perandakan ekonomi dunia dan mendapat keuntungan atas angin sehingga di barat sekarang ini heboh mengenai peruntukan US400B dikatakan dilarikan ke bank-bank Israel semasa krisis ekonomi Amerika hendak bermula.   

Apa yang Dr Farish A Nor  ini tuliskan? Tajuknya ialah "Do Malaysian Muslims understand what ‘Allah’ means?"

Cuba baca sedutannya:

"Yet in Malaysia at the moment yet another non-issue has been brewed to a
scandal for no reason: The Malaysian Catholic Herald, a publication by and
for Catholics in the country, has been told that it can no longer publish
its Malaysian language edition if it continues to use the word “Allah” to
mean God. Worse still, the country’s Deputy Internal Security Minister
Johari Baharum recently stated that “Only Muslims can use the word Allah”
ostensibly on the grounds that “Allah” is a Muslim word. The mind boggles at
the confounding logic of such a non-argument, which speaks volumes about the
individual’s own ignorance of Muslim culture, history and the fundamental
tenets of Islam itself.

For a start, the word ‘Allah’ predates the revelation to the Prophet
Muhammad and goes way back to the pre-Islamic era. Christians had been using
the word long before there were any Muslims, in fact. Furthermore the word
is Arabic, and is thus common to all the peoples, cultures and societies
where Arabic - in all its dialects - is spoken, and is understood by
millions of Arabic speakers to mean God, and little else. One could also add
that as “Allah” is an Arabic word it therefore has more to do with the
development and evolution of Arabic language and culture, and less to do
with Islam. It is hard to understand how any religion can have a language to
call its own, for languages emerge from a societal context and not a belief
system. If one were to abide by the skewered logic of the Minister
concerned, then presumably the language of Christianity (if it had one)
would be Aramaic, or perhaps Latin."

Kesimpulannya? Beliau memperlekeh Muslimin dan Muslimat di Malaysia yang dangkal agama. Beginilah "Melayu" makan "Melayu". Kalau tulis di dada akhbar Melayu Islam di Malaysia mengenai isu ini secara ikhlas tidak mengapa juga.  

Mantan pensyarah Universiti Malaya ini menulis bahawa di Mesir melalui pengalamannya di sana pergaulan antara agama begitu mesra dan semua penganut bebas menggunakan istilah seperti subhanallah, Allah dan lain-lain tanpa prejudis. Banyak perbincangan dilihat dari sudut bahasa sahaja memandangkan beliau ini "Orang Bahasa". Beliau lebih menyentuh persoalan dari sudut bahasa dan budaya dan langsung tidak menyentuh persoalan Tauhid dan konsep tritini yang amat bertentangan itu.

Biodata ringkas mengenai Dr Farish adalah seperti berikut:

DR. FARISH AHMAD-NOOR is a Malaysian political scientist and human rights activist. He has taught at the Centre for Inter-Civilizational Dialogue, University of Malaya; the Institute for Islamic Studies, Freie University of Berlin and the International Institute for the Study of Islam in the Muslim World. He is currently working on the subject of the Indian Muslim diaspora in Southeast Asia. He has also been the Secretary-General of the International Movement for a Just World (JUST). Author of ‘Terrorizing the Truth: the Demonization of the Image of Islam and Muslims in Global Media and Political Discourse’ (JUST, 1997) he is also a regular columnist for a number of newspapers and magazines in Malaysia, Pakistan and Britain.

APA ORANG KATA MENGENAI RESPONS KITA

Salam,

Apa kata pembaca ASIA ONE (Sebuah penerbitan yang berpangkalan di Singapura) mengenai respons rakyat Malaysia terhadap penggunan nama Allah di dalam penerbitan The Catholic Weekly Herald:

That's why we needed to profiling the Moslems airline passengers, you could see how unreasonable their attitude. They don't practice what they preached, tolerence, love, understanding and so.on... Despite Many many of them don't understand about Quran, or Islam , but acted like very holy when just a simple flame or unfounded bad thing about Islam, they flared like a bunch of flies without head! Pity!!Even person like Mahatir, full of hates!!

Edmund
Posted by: Posted at Tue Jan 05 11:07:39 SGT 2010
Malaysia is stuck with playing racial and religious politics. This country has a lot of natural wealth but due to its anti Chinese and anti Indian policies where the latter minority groups are being discrimnated for over 41 years. That is why the economy cvan never grow. This is the only country where the majority has been bullying the minirities in explicit laws. Hence, the conclusion is that Malaysia will never be able to compete with the world and will be left behind. Pity the non bumis of Malaysia who are treated as guests and not citizens. As the MM Lee correctly said , the Chinese are marginalised in Malaysia. the result ? Less economic growth in Malaysia.

tom
Posted by: Posted at Tue Jan 05 11:07:02 SGT 2010
I suspect this situation will reverse itself soon.

Posted by: Alien Invaders at Mon Jan 04 17:41:15 SGT 2010


Apa komen anda?

Sunday 3 January 2010

HERALD dan Pihak Kristian boleh guna nama Allah!


"Ya Allah, benarlah ayat mu - mereka tidak pernah senang melihat kami 
mengamalkan Islam "

Salam,

Memang pihak The Catholic weekly Herald  boleh mencetak nama Allah dalam penerbitan mereka sebab mereka percaya GOD itu Allah! Selain dari itu demokrasi yang diamalkan nampaknya kelihatan 'membolehkan' sesiapa saja menggunakan apa saja perkataan dalam penerbitan mereka kerana ianya berkaitan dengan kebebasan individu untuk bersuara! Kebebasan selepas bersuara? Belum tentu lagi.....

Setahu penulis yang cetek ilmu ini, pegangan orang kristian mengenai sifat-sifat GOD tidak sama dengan ALLAh di dalam al-Quran. Kalau meka hendak menggunakannya juga mereka kena buang beberapa kepercayaan di dalam agama mereka. Mereka mungkin "sakit hati" membaca frasa di bawah, tidak mengapa kerana mereka telah lama menyakitkan hati muslim semua:

Pertamanya ialah  konsep Tauhid dalam Islam amat jauh berbeza dengan konsep Triniti (Tuhan Tiga dalam Satu), jadi mereka kena tinggalkan kepercayaan Tuhan tiga serangkai itu GOD, Son of GOD dan ROH SUCI yang ketiga-tiganya adalah menifestasi dari yang satu!. Allah tidak begitu sifatnya.

Keduanya mereka kena buang jauh-jauh kepercayaan bahawa GOD itu beranak atau diperanakkan kerana ALLAH "tidak beranak dan diperanakkan".Di dalam kepercayaan triniti diceritakan bahawa GOD menurunkan Anak GOD untuk menyelamatkan manusia kerana dosa Adam. Jika mereka semua berani mengubah beberapa konsep penting di dalam kepercayaan mereka maka barulah sifat GOD itu menghampiri sifat ALLAH. Natijah dari perubahan itu maka mereka wajib mengubah kesemua perkara yang berkaitan dengan dua premis di atas. Jika mereka iklhas hendak mengubahnya maka alhamdulillah kita semua bersyukur. Jika tidak mereka wajib meninggalkan penggunaan nama tersebut kerana sudah tentu ada agenda lain yang tersembunyi di dalam misi memperjuangkan penggunaan nama tersebut.

Pihak-pihak tertentu yang menyokong penggunaan nama tersebut adalah merupakan pihak yang menyokong Kristian melebihi agama mereka sendiri akibat menjaga persahabatan dalam politik dan sebagainya. Orang-orang begini tidak boleh diharap dalam perjuangan mempertahankan agama kerana mereka boleh dijual beli demi kemenangan dalam politik. Jika anda takut kekalahan kita dalam pilihanraya cuba tanya diri kita sendiri berapa jumlah sebenar kita yang Islam ini? Adakah dengan bersatu kita akan kalah? Mustahil.

Jadi semua orang jangan tersalah pilih pemimpin di masa akan datang kerana hukum karmanya amatlah berat dan tidak boleh berundur. Kita jangan lewa dengan siapa yang "pegang" umpamanya Majlis Peguam, Suhakam, Persatuan Pengguna, ADUN, Ahli Parlimen, Sistem Kehakiman, atau Kaum Korporat yang juga boleh mempengaruhi keputusan kita. Apatah lagi jika kita tahu "mana-mana bandit"  duduk bersengongkol dengan agen-agen asing yang hendak memporakperandakan kita semua dan jangan lupa orang Melayu yang "makan" orang Melayu sendiri!  Jika kita lewa...kita akan "berputih mata" dan mungkin "berputih tulang"  dalam banyak hal berkaitan dengan haq-haq kita. Jadi kita kena fikir baik-baik, rancang baik-baik pastikan kita kembali berkuasa semula melebihi 2/3 dan pastikan Islam menjadi majoriti! Jika rakan politik kita main kayu tiga - bentuklah strategi lain yang lebih cerdik. 

Abang Long (sysalq)

Friday 1 January 2010

BAGAIMANA KITA SEHARUSNYA PADA 2010



Salam,

Tahun Baru 2010 menjelang. Negara masih terus diperintah oleh BN dengan UMNO sebagai terasnya. Tahun 2009 merupakan tahun pergolakan di negara kita. Timbulnya fenomena pembangkang yang bukan berperanan sebagai tukang "check and balance" tetapi sebagai pihak yang hendak menumbangkan kerajaan dengan pelbagai cara. Persoalannya ialah kerajaan mana di dunia ini yang sengaja membiarkan 'dirinya' ditumbangkan?

Setakat ini Malaysia mempunyai bilangan penduduk seramai 27 Juta orang dengan populasi 50% Melayu dan 11% Bumiputra lainnya namun demikian bilangan menteri dan timbalan menteri bumiputranya hanya 46%. Bilangan tersebut boleh ditingkatkan lagi sesuai dengan merit mengikut nisbah.Apa yang menghairankan ialah Kaum Melayu dan Bumiputra lainnya tidak "buat bising" berbanding dengan Lim Kit Siang yang buat "bising" tentang kuota bilangan kakitangan awam yang menurutnya tidak seimbang mengikut nisbah kaum.

Penulis melihat tahun 2009 ialah tahun "bercakaran". Tahun membuang masa bagi ahli politik yang sentiasa "politicking". Keadaan kelam kabut sepanjang tahun berkenaan dipaparkan didada-dada hampir semua akhbar perdana. Pembangkang sentiasa mencari jalan untuk "membangkang - what ever it is" kalau ada 'pujian' dari mereka selalunya bersifat "pujian political". Tidak kurang juga yang bercakap berbelit-belit yang kemudiannya 'mentertawakan' sesiapa yang tersalah 'quote' pernyataan mereka. Contohnya ada yang berkata "perlu berbaik-baik dengan Kerajaan" dan pernyataan tersebut menarik minat pemimpin yang "berhati terbuka" namun diperlekehkan pula dengan pernyataan "pergi jahanam UMNO"

Pernyataan demi pernyataan, berbalas-balas kata nista sudah jadi lumrah di Malaysia sehingga soal "memasukkan penyokong (termasuk ahli) UMNO ke dalam neraka" sudah menjadi lali di sini. Maka timbul serangan balas yang memedihkan setiap orang sehingga jatuhlah maruah semua pihak. Orang tidak menghormati ulama lagi. Ulama bukan lagi fenomena hebat tetapi mereka adalah orang biasa yang kerap membuat kesalahan  dan kesilapan.  Bezanya dengan kaum marhain ialah bila mereka berhujah akan adalah petikan-petikan yang berunsur agama yang dilihat menyokong hasrat mereka! Tetapi orang sudah memandang sinis terhadap golongan ini.

Pergolakan demi pergolakan berentetan sehingga merebak hampir ke setiap pelusuk. MCA, MIC, PPP, PAS, PKR dan PR sendiri hampir sesiapa saja dalam dunia politik 2009. Masing-masing cuba menyatakan dan memperkukuh pendirian sehingga konflik berlarutan. Media tidak sengaja menjadi 'batu api' kerana menyiar dan menyorot pernyataan dan pernyataan balas dari mereka yang berkonflik. Isu asal yang harus dibincangkan menjadi kabur sehingga perkara lain yang menjadi keutamaan. Inilah bijaknya ahli politik. Mereka boleh "memfokus isu" atau "melarikan isu". Jika mereka hendak memfokus isu atau mahukan rakyat perasan penjelasan mereka maka 'secara bijak' mereka boleh berganding bahu menimbulkan 'isu' dan apabila rakyat tertarik oleh sensasi media berkenaan isu tersebut  maka mereka mula  'berpolemik' yang akhirnya menampakkan bahawa isu berkenaan sedang menuju ke arah 'penyelesaian'.  Namun demikian, jika mereka hendak "melarikan isu" mereka akan mewujudkan "isu kembar" yang bersifat 'hampir serupa tapi tak sama atau tidak tepat' yang kemudiannya ianya samada dinafikan terus oleh sesiapa atau mereka mengajak masyarakat memfokus minda kepada "isu palsu" tersebut yang akhirnya "isu sebenar" tidak di diperasankan oleh rakyat! Penulis berharap "politicking" sebegini cara harus dihindarkan pada tahun 2010 agar rakyat sebagai klien dapat menikmati hidup dengan lebih aman dan tenteram!

Kita mahukan fokus yang serius diberikan kepada kemusylahatan rakyat yang dahagakan keadaan tenteram,dan mereka juga berhak kepada informasi tulen dari mana-mana pihak. Mereka sedang berhempas pulas untuk meneruskan survival dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Mereka hendak terus mengundi kerajaan dan mengharapkan kerajaan menjadi lebih kukuh dan menguasai lebih dari majoriti 2/3 agar pembangkang tidak menjadi pihak yang sentiasa bercita-cita untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah. Kita tidak risau jika mereka menjadi pembangkang yang berwibawa yang melihat isu demi kepentingan rakyat tapi nampaknya mereka tiada masa untuk itu semua kerana agenda penting mereka mengatasi segalanya.

Jika perlu kita harus mempunyai kerajaan yang menguasai 2/3 majoriti dan mempunyai kuota penguasaan bumiputra di dalam kepimpinan kerajaan tidak kurang dari 60% bahagian demi kestabilan. Kita tidak mahu seperti apa yang berlaku disetengah-setengah negeri dikuasai oleh 50% kaum tertentu yang nisbah kependudukan kaum tersebut  jauh berbeza.

Wallahu'alam.   



 


Important Messages