Pesanan Penaja

Monday 14 November 2016

ANJING LIAR MENJADI ANCAMAN KEPADA PENDUDUK DI TAMAN UDA UTAMA


Foto Hiasan - Anjing Liar Mengganas!

Penduduk yang tinggal di sekitar Bandar Uda Utama berada dalam keadaan risau dan bimbang berikutan gangguan anjing liar yang kerap mengganggu urusan harian mereka. Kanak-kanak yang kebiasaannya dapat bermain secara bebas pada waktu petang kini ketakutan untuk keluar bermain. ini adalah disebabkan terdapatnya beberapa ekor anjing liar yang merayau-rayau dan mengejar mereka bila mereka cuba keluar berjalan-jalan.

Mereka sering dikejar oleh anjing liar tersebut dan ada yang hampir digigit. Kanak-kanak yang ketakutan terpaksa berjalan beramai-ramai dan cuba menakutkan anjing-anjing liar tersebut dengan membaling pelbagai objek. Akhirnya pelbagai objek yang dibaling itu sudah menjadi sampah sarap dan halangan jalan. Kekotoran yang disebabkan oleh anjing berkenaan juga menambah lagi masalah setempat. Najis haiwan tersebut serta sampah sarap dari tong sampah ditarik keluar menyebabkan keadaan kotor disesetengah jalan di taman berkenaan.

Penduduk di sini berharap Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dengan kerjasama Jabatan Perhilitan  mengambil tindakan segera bagi menangkap anjing liar tersebut. Adalah difahamkan bahawa beberapa aduan telah dibuat oleh mereka kepada pihak berwajib namun belum ada tindakan positif dari mereka. Mereka mengharapkan pihak berkenaan bertindakah segera supaya tiada siapa yang tercedera akibat gigitan haiwan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages