Pesanan Penaja

Sunday 29 November 2009

MEDIA PRIMA harus "tengok-tengok" NTV7 !




Salam,

Rancangan NTV7 yang disiarkan semalam (Sabtu 28hb Nov 2009 sekitar jam 6.00 -7.00 malam) dalam medium Mandarin seharusnya ditapis betul-betul dahulu  sebelum disiarkan - jelasnya Media Prima harus tengok-tengokkan.  Jika tidak demikian, program seperti ini tidak akan membantu memenangi hati masyarakat Cina terhadap Kerajaan Malaysia di bawah BN. Sebaliknya apa yang bakal ditimbulkan ialah kebencian terhadap Kerajaan Pusat yang akan membuatkan masyarakat Cina menuduh bahawa kerajaan sengaja memperlekeh masyarakat cina.

Rancangan yang disiarkan itu lebih merupakan kritik masyarakat kepada pihak yang dipandang serong dan pengendali rancangan menemuramah pelbagai pihak yang akhirnya jika tidak diberi perhatian terhadap sekuen dan editingnya akan membuatkan penontonnya mempercayai bahawa kerajaan memang mengamalkan dasar pilih kasih. Siri yang ditayangkan itu memaparkan masalah ketidaksempurnaan fizikal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan isikandungan temuramah dengan Jemaah Pengurus Sekolah berkenaan lebih kepada mengkritik kerajaan yang dilihatnya tidak adil dalam memberi peruntukan berbanding dengan sekolah kebangsaan. Mereka mendakwa bahawa kerajaan hanya membina sederet bangunan berbanding dengan bangunan yang mereka bina sejak lama dahulu. Perbandingan ini seolah-olah ingin menarik perhatian masyarakat bahawa kerajaan "mengelat" dalam memberi bantuan seolah-olah apa yang dipentingkan oleh kerajaan ialah pengaruh di dalam sistem sekolah berkenaan.

Jika kita melihat kepada komen-komen seperti ini maka kita tentu berfikir bahawa usaha untuk mewujudkan sekolah satu aliran telah masuk era hampir mustahil. Masyarakat Cina cukup mengambil berat integriti SJKC dan bila melihat rentetan sejarah kita akan melihat bahawa penentangan terhadap sekolah satu aliran bukannya hanya datang dari luar malah dari dalam BN sendiri. Keperitan untuk memperkenal konsep Sekolah Wawasan dan Pengambilalihan Sekolah Kebangsaan di Johor Jaya, Johor untuk dijadikan SJKC pada suatu masa dulu sudah cukup untuk kita "membaca" bahawa terdapat pandangan sinis yang pesimis terhadap sebarang bentuk 'pencairan' konsep SJKC. Mereka berpendapat bahawa menghapuskan SJKC seolah-olah menghapuskan budaya mereka.
 
Dewasa kini ada ura-ura untuk mengembali usaha mengehadkan sekolah vernakular ini. Adakah ianya akan berjaya? Ada banyak kerja fundamental yang harus dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakannya kembali seperti kaitannya dengan Perlembagaan Negara dan akta tertentu, keduanya berkaitan dengan sikap MCA dan MIC sendiri.

Suatu usaha yang cerdik yang mungkin perlu dipertimbangkan ialah menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) benar-benar perkasa dengan kelengkapan sistem, infrastrukur dan standard. Usaha berkenaan termasuklah menawarkan semua disiplin yang ada di sekolah vernakular juga terdapat di SK dan ini memaksudkan bahawa fizikal SK harus bersedia dan muat untuk semua itu. Walau pun mekanisma "Memperkasa Sekolah Kebangsaan" termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) namun ianya perlu diterjemahkan kepada realiti secepat mungkin. Kejayaan konsep dan mekanisma itu amat bergantung kepada inovasi dan kreativiti yang akan membantu menjayakannya. Sebagai contohnya ialah sistem pengurusan perlu diiringi oleh kecanggihan ICT yang memerlukan kreativiti dan inovasi dimana kaedah manual hanya akan kelihatan ketinggalan zaman dan melambatkan masa respons terhadap sistem penyampaian.

Dalam proses memperkasa SK ini, jika di sekolah, guru besar dan pengetuanya dipilih dari orang  yang berkelulusan dan berwibawa maka di Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) harus juga mempunyai gambaran yang sama. Kita tidak mahu melihat keadaan dimana masyarakat hilang kepercayaan jika kakitangan yang telah jadi "dead wood" dipindah pula ke PPD (rujukan kepada cadangan sesetengah pihak baru-baru ini) yang kemudian ditugaskan untuk membetulkan pihak sekolah pula. Jika demikian ianya kelihatan amat anih dan tunggang-terbalik!

sysalq

1hb Disember 2009 - KESAN KEMENANGAN SAIFUL


Nik Muhammad Abduh
Salam,

Apakah kesan kemenangan Saiful pada 1hb Disember 2009? Berikut adalah perbincangan penulis.

Senario 1:
Dewasa kini, NA telah terkena sepak terajang politik dan natijah dari permainan agama dalam politik.  Kalau orang 'arif agama seperti Ketua Persatuan Pengajian Pondok di Kelantan boleh mendakwa NA sesat maka apatah lagi orang biasa seperti kita ini yang dianggap 'ahli neraka' oleh NA - adakah kita akan jatuh kasih cinta sayang kepada NA? Mustahil! Kaedah NA amat berbeza dengan kaedah tarbiah yang dibawa oleh Rasulullah sebagai pembawa kesempurnaan moral dan akhlak. Sungguh amat disesalkan...

Benar sangatlah kata Muhammad Abduh (Anak NA)  dalam blognya bahawa NA yang bermaksud "..jangan ditahan ayah beliau (NA) dari bersara" dan mendakwa bahawa NA begitu tua dan letih untuk terus bertugas. Mungkin kerana sifat itulah (tua dan letih)  maka karisma NA terus merosot dan mengecut sehingga sosek-sosek mencari pengganti disebut-sebut dicorong  mikrofon. Pelbagai agenda dan muslihat dapat dibaca dari segala macam gejolak yang berlaku. Nik Muhammad Abduh sanggup menggelar sesiapa yang menahan bapanya dari bersara sebagai SI BODOH. Namun kenyataan Naib Presiden PAS baru-baru ini mungkin mencetuskan kemarahan kepada Nik Muhammad Abduh yang menyebabkan beliau menggelar Naib Presiden berkenaan sebagai "Si  Bodoh". Berikut adalah sedutan dari HarakahDaily yang memperkatakan tentang perkara berkenaan:

"Bagaimanapun, kata Mahfuz, pandangan dan hasrat Tuan Guru sebagai pemegang jawatan itu kini dan lebih dari itu sebagai Mursyidul Am biasanya diberi keutamaan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat tersebut Mahfuz juga menjelaskan, setiap kali PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana negeri selepas pilihan raya, nama orang yang mendapat kepercayaan parti untuk menjadi Menteri Besar di kemukakan oleh Presiden PAS kepada Sultan negeri yang berkenaan."

Pelbagai rentetan peristiwa dan sosek-sosek mengesahkan bahawa besar kemungkinan NA tidak dihormati lagi oleh orang-orang yang dahulunya berada di dalam satu kem. Bertentangan dengan semua itu kelihatan banyak kalangan dalam PAS sendiri mempunyai muslihat yang begitu kreatif ditambah lagi dengan siasatan isu rasuah oleh SPRM  akan menjadi penghalang besar kepada NA untuk meneruskan khidmatnya. 'Kejatuhan' ini menunggu satu lagi saat "The Moment Of Truth" iaitu keputusan hakim pada 1hb Disember 2009 ini berkaitan dengan rayuan mengetepikan perbicaraan kes yang popular itu.

Senario 2:
Jika Saiful menang (rayuan pemohon ditolak oleh Mahkamah) pada 1hb Disember 2009 bermakna perbicaraan yang sebenar akan bermula tidak lama selepas itu. Ini akan memperkukuhkan pandangan bahawa pihak yang dituduh berkemungkinan melakukan kesalahan. Perspektif pesimis ini ditambah pula dengan kegagalan pihak berkenaan sebelum untuk mendapatkan bahan bukti penting bagi diperiksa oleh pasukan guaman mereka. Maka sosek mencari pengganti bagi Pemimpin PR,Keadilan dan PAS akan terus berlarutan.

Oleh kerana NA menaruh kepercayaan penuh kepada yang tertuduh maka jika tertuduh kalah bermakna kalahlah pegangan NA. Kalahlah juga sokongan para pengikut NA yang telah berkurangan itu. Orang akan  mempertikai tentang kredibiliti NA yang telah memberi "recognition" kepada kredibiliti dan integriti tertuduh. Maka qaul Tok Guru sudah tidak mujarab lagi yang bakal menghancurkan diri sendiri pula!


Adakah telahan ini berlaku? Kita sama-sama lihat...


sysalq

Saturday 21 November 2009

MCA SEPATUTNYA MENJADI CONTOH PERSEPAKATAN DI KALANGAN MASYARAKAT CINA!



Salam,

Bukankah seharusnya MCA menjadi contoh yang harus menggambarkan kesepakatan dalam masyarakat Cina agar menarik pengundi dari kalangan mereka? Bukankah persoalan perpaduan lebih utama? Jika "pergaduhan besar" mereka ditayang didada akhbar dan media lainnya bukankah ianya tidak membantu apa-apa pun di dalam usaha untuk menaikkan imej BN. Apakah mereka tidak sedar?

Sesiapa sahaja ingin melihat parti yang diundi boleh membantu diri mereka,  dan sebelum membantu orang mereka harus berkebolehan membantu diri sendiri. Jika diri sendiri gagal dibantu dan sentiasa terus berpolemik maka pengundi sudah pasti tidak akan memilih mereka. Ini hakikat dalam amalan demokrasi. Jika dahulunya kita boleh menarik sokongan dengan mudah kerana sejarah kukuh kita, tidak bermakna sokongan itu akan diraih secara percuma di kemudian hari. Mustahil!

Tiada orang yang boleh mengatakan bahawa "jangan masuk campur urusan dalaman parti" kerana BN adalah milik rakyat termasuk komponennya. Kenapa tidak penyelesaian dibuat secara berhemah, beradab dan berahsia, tanpa di  "checheh" ke sana sini. Perselisihan tidak harus di "pasarkan" kepada umum kerana kita tidak akan menjual apa-apa di sini malah harga diri seolah-olah di lelong.

Apa kesannya kepada BN jika senario ini berlanjutan? Parti bukan MCA menjadi dominan di dalam BN dan MCA akan kehilangan pengaruh. Kita terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah kemeluatan pengundi terhadap kita. Mereka akan memperlekehkan kita dan mula mencari alternatif. Bukankah mantan PM YABhg Tun Mahathir pernah menyebut tentang fenomena kebosanan penyokong terhadap perangai sesetengah kalangan dan mereka terus memilih untuk mencari alternatif. Cuba fikir, jika sehingga menjemput PM masuk campur maka bermakna MCA sendiri gagal dalam menyelesaikan masalah dalaman. Bukankah elok sekiranya PM dibiarkan menerajui negara dengan keadaan yang kondusif? Bukankah menjadi tanggung-jawab setiap orang untuk mencetuskan keadaan yang kondusif sebagai media untuk menjalankan agenda pemerintah?

Lihat sahaja bagaimana segala "pekong di dada" yang telah dibuka oleh mereka yang 'bergaduh' tanpa segan silu. Walau pun masing-masing kelihatan cerdik dengan segala taktik dan muslihat namun ianya tidak membantu menyelesaikan keadaan malah makin mengusutkan keadaan. Akhirnya ada pula yang mungkin kehilangan mata pencarian. Apa yang berlaku ialah segala "keburukan" mula diketahui ramai dan akan memberi aib kepada yang terlibat malah seluruh BN sendiri. Sekarang ini orang ramai mula menyebut tentang persoalan rasuah, persoalan moral serta persoalan cantas-mencantas hasil dari keadaan yang mereka sendiri timbulkan semasa cuba untuk mempertahan integriti masing-masing. Apakah masing-masing lupa tentang misi untuk memenangi PRU ke 13 nanti? Kita tidak mahu reputasi BN terganggu-gugat oleh komponennya yang secara tidak sedar telah melupakan persoalan perpaduan.

MCA harus berhenti dari menjadi kelam-kabut begini. Wajib menghentikannya segera!

sysalq.

Friday 20 November 2009

SALAM UNTUK SAIFUL - JIKA SAIFUL MENANG

Salam untuk Saiful,

 

 


 Saiful

Jika Saiful menang..bermakna Saiful telah menjatuhkan seorang yang amat licik. Jika Saiful menang, Saiful jadi pembela yang lain yang telah teraniaya. Jika Saiful menang negara akan lebih mudah diterajui. Jika Saiful menang pasti Melayu akan bersatu semula. Jika Saiful menang pasti Tok Guru yang sinis dan beridolakan seorang yang licik akan jatuh dan tidak lagi dapat memperdaya orang lain. Jika Saiful menang, pasti Malaysia akan aman. Jika Saiful menang maka Selamatlah Malaysia dari malapetaka Pengaruh Luar. Jika Saiful menang, Saiful adalah perwira yang bangkit dari teraniaya! 

Syabas terlebih dahulu untuk Saiful. Salam untuk Ayahanda mu.

sysalq

Monday 16 November 2009

KEKELIRUAN DAHSYAT SEPANJANG ABAD.



Salam,

Bila "Tok Guru" dikritik oleh blogger kerana hendak pergi haji secara tajaan maka NA pun menyatakan bahawa "Kaum Quresh itu (blogger-blogger itu) menghalang Nabi Muhammad hendak ke Mekah menunaikan Ibadah Haji" Jadi simboliknya, Tok Guru berada dipihak yang 'benar belaka' persis seperti nabi! Permainan sebegini terus dipersembahkan sejak sekian lama dulu oleh kebanyakan pemimpin PAS bagi menimbulkan rasa bersalah di kalangan ahli taksub mereka. Sebelum ini NA menuduh bahawa "golongan Syed lah yang banyak menjadi penentang Rasulullah termasuklah Abu Jahal (pun dikatakan Syed!) - begitulah dangkalnya ilmu NA!. Respon sedemikian timbul hanya kerana terdapat pernyataan bahawa NA adalah orang yang menentang penyatuan Ummah yang datangnya dari seorang Syed dari kalangan UMNO.

Terbaru, blogger yang berani telah menulis tentang tajaan menunaikan haji.Beberapa dari kalangan ahli keluarga NA termasauk NA terlibat sama ditaja. Utusan Malaysia memetik bahawa penaja pakej tersebut ialah kontraktor yang bagi suatu tender kerajaan negeri. Bagi menunjukkan keperihatinan "sifat merajuk-rajuk" maka NA pun membatalkan pemergian tersebut tapi...nasi sudah jadi bubur! Kalaulah umpamanya seseorang penjawat awam telah menerima habuan dan memulangkanya balik semula atau tidak jadi ambil setelah bersetuju ambil adakah individu berkenaan terlepas dari pertuduhan salah laku?  Kita jangan keliru dengan permainan orang yang selalu menggunakan agama bagi hujah mereka. Mereka tetap manusia biasa seperti kita yang boleh terjebak dengan pelbagai dugaan dunia ini.  Pengajarannya ialah "jangan kita suka mengutuk orang kononya tidak Islamik sedangkan sendiri "sempudal" dengan pelbagai kekotoran!"

Kalau kita lupa, mari sama-sama kita rujuk tentang apa yang boleh dikatakan sebagai salah laku rasuah. Seseorang penjawat awam boleh dianggap melakukan salah laku rasuah apabila ada sesuatu habuan pada ketika  dia sebagai "pembuat keputusan", dan akibat dari habuan berkenaan  sipenerimanya itu  mengutamakan kepentingan peribadi (termasuk ahli keluarga) berbanding kepentingan awam. Suatu perkara lagi yang perlu diingat oleh penjawat awam ialah  "tidak boleh membiarkan dirinya berkelakuan sedemikian rupa yang boleh menjejaskan reputasi atau integriti perkhidmatan awam" Contoh paling mudah ialah sipembuat keputusan dilarang "bertepuk-bertampar" dengan "para pembekal" untuk mengelakkan fitnah atau mengelakkan diri sipenjawat awam itu diperguna dan "ditunggang"  Maka bergantunglah kepada kerajaan samada untuk meneruskan tindakan atau tidak.

Kalau kita tonton rakaman video NA yang cuba memberi pelbagai penjelasan kepada isu-isu yang ditimbulkan maka kita akan geleng kepada tanda tidak setuju dan tidak relevan hujah yang diberikan. Contoh mudah yang boleh kita bawa ialah bagaimana isu masuk syurga/neraka bagi penyokong UMNO/PAS. Apa yang tidak masuk akalnya ialah pernyataan NA bahawa "nak sembahyang sembahyanglah, orang UMNO sembahyang, orang PAS sembahyang" tapi apa dasar dia! Maknanya sembahyang tu tiada nilai kalau dasar parti tu tak sama macam dasar PAS. Ini ajaran apa ni? Islam tidak ajar ajaran sebegini!

Kerja sesetengah pemimpin PAS ialah menyebabkan ahli taksub mereka untuk  terus menyangka bahawa keluar dari PAS tu seolah-olah  terkeluar dari Islam. Kias-kiasan mereka tidak lain dari men "simbolik" kan perlakuan kepimpinan mereka tu ibarat perlakuan nabi. Orang yang mengkritik PAS dianggap Kaum Quresh dan penentang  dan mereka ialah "Mr Always Right" Oleh itu orang taksub akan merasa "berdosa" jika 'mengkhianati' parti, jadi "mereka berbai'ah" Mereka kiaskan bai'ah itu macam bai'ah semasa perjuangan Islam di zaman Rasulullah yang tidak mahu melihat munafiqun dari kalangan muslim. Apa relevannya kiasan ini? PAS adalah organisasi ciptaan manusia dan bukannya Agama Islam yang disampaikan oleh Jibril kepada Rasulullah!  Apa yang lebih dahsyat lagi ialah terdapat pula ada dari kalangan mereka yang membai'ah dengan berjanji "menjatuhkan talaq tiga" jika mengkhianati parti! Walau pun penjelasan oleh mereka telah dibuat dalam buletin, youtube dan Web TV pro PAS bahawa tiada arahan rasmi mengenai bai'ah tetapi jurucakapnya mendakwa bahawa memang terdapat kelainan bai'ah dari salah satu negeri yang tidak pula mahu dinyatakan butirannya. Apa yang lebih mencurigakan format bai'ah berkenaan lebih bersifat peribadi. Jadi persoalan "bai'ah" talaq tiga yang meneglirukan ini tidak tertutup begitu sahaja. Bercakap tentang pelbagai kekeliruan, mungkin kalangan pemimpin mereka ini terlupa tentang kekecohan yang pernah mereka cetuskan dahulu yang membuatkan keluarga bercerai berai kerana berlainan parti dan wujud fenomena sembahyang dua Imam yang menjadi satu belenggu besar kepada Orang Melayu pada ketika itu. Amalan mengkafirkan orang Islam lain pada ketika itu menjadi "darah daging" mereka. Sekarang ini ke mana perginya keributan berkenaan? Adakah PAS telah berubah? Atau ubah strategi baru demi pilihanraya?...Atau memang amalan dulu kala itu silap? Jika silap siapa dipersalahkan? Kenapa ahli taksub mereka terkunci mulut untuk menegur? Kenapa mereka secara masih memilih secara terus terusan para pemimpin lama mereka? Anih! Mungkin ramai dari kalangan mereka ialah "Yes Man" takut kelihatan berdosa kerana melawan orang suci!

Sekarang, mereka gambarkan dalam buletin mereka bahawa UMNO menganiaya pemimpin PAS dan PR melalui pendedahan dalam media yang dikatakan milik UMNO. Jika didedahkan tentang bai'ah yang kontroversi atau tentang pakej haji tajaan oleh kontraktor maka itu dinamakan fitnah atau aniaya. Mereka boleh pula "aniaya" PM kita dengan tidak henti-henti menuduh beliau terlibat dalam kes-kes tertentu! Sedangkan kes popular pemimpin mereka pun belum selesai lagi. Mungkin mereka menganggapnya fitnah belaka.

Sesuatu yang harus dipelajari ialah kita ini manusia yang tidak kering dari kesilapan. Janganlah merasa diri mulia sebagai "wajib masuk syurga" sedangkan orang lain dilihat sebagai ahli neraka. Hentikanlah menyangkakan bahawa PAS itu macam agama atau pemimpin PAS tu macam orang suci. Kalau lah anda memang rapat bersama para pemimpin PAS yang selalu duduk menanguk dalam ceramah-ceramah, sambil berketawa hilai mengejek orang mengikut selera Tok Guru (seperti dalam Youtube) maka penulis minta agar anda ahli taksub kembali kepada Ajaran Islam yang sebenar.Jika tidak maka "KEKELIRUAN DAHSYAT SEPANJANG ABAD" ini tidak akan berhenti. Siapa akan dipertanggungjawabkan di Mahsyar nanti?

Wallahualam
sysalq   

Sunday 8 November 2009

PAS MULA BERUBAH


 "Eye of Huricane"
Salam,

Bukan senang bagi sesiapa untuk berubah. Jika mereka telah berpaut lama pada suatu sangkaan dan telah berpuluh tahun pula menjalani kehidupan dengan berlandaskan sangkaan-sangkaan tersebut maka hampir mustahil mereka akan berubah. Walau bagaimana pun seseorang boleh berubah jika terdapat trauma yang merapuhkan pegangan mereka.

Rasulullah berdakwah selama berpuluh tahun untuk merobah masyarakat jahiliah kepada masyarakat Islamik yang dinamik dengan cara mempertikai kesahihan pegangan mereka dan kemudiaannya disusuli dengan perisian Tauhid yang akhirnya mewujud dan mengukuhkan masyarakat global pada zaman itu. Bagi Kurt Lewin (1951) pula, masyarakat boleh berubah jika kepercayaan lamannya mencair. Pegangan berkenaan mencair kerana dicabar oleh trauma atau indoktrinasi. Selepas perspektif mereka mencair maka bolehlah diberi perisian baru yang kemudiannya dibekukan bersama minda baru. Maka berubahlah masyarakat menjadi masyarakat yang dinamik.

Kerja merobah minda manusia bukan kerja senang namun jika ada tanda-tanda bahawa suatu fenomena yang mungkin menyebabkan trauma bakal  berlaku maka bantuan untuk merobah sesebuah masyarakat itu menjadi lebih mudah. Merujuk kepada fenomena kecelaruan PAS sekarang ini nampaknya tugas merobah pegangan mereka bakal menjadi lebih mudah. Dewasa kini sosek-sosek di sana sini kedengaran pelbagai golongan samada dalam dan luar organisasi tersebut mempertikai kewibawaan pemimpin mereka. Sebagai contoh kebanyakan 'fatwa' Nik Aziz (NA) tidak semujarab dulu. Kebanyakan dari kalangan PAS sendiri mempertikai nasihat-nasihat yang datangnya orang yang dikatakan  "murshid" itu. Apa sudah jadi? Semakin parah sekarang ini ialah apabila kewibawaan idola NA sendiri sedang menghadapi kemelut yang akan membunuh bukan saja karier 'idola' tersebut malah mengheret sekali integriti NA yang telah mula kurang mendapat sanjungan. Dengan hanya satu petikan dari sebuah tulisan oleh seorang yang dikatakan tokoh akedamik NA terus melenting untuk memulakan suatu tindakan yang beliau rela melihat PAS pecah demi mendapatkan penyelesaiannya. Sekali lagi integriti NA dipertikai orang bila seruan untuk mengadakan EGM diubah menjadi mesyuarat yang NA sendiri balik lebih awal kerana 'pening kepala!'. Penulis pernah terdengar orang Kelantan sendiri berkata "Apa ni Tok Guru dok main politik, dah tua-tua tu duduk mesjid sudahlah! Buat kecoh aje!"

Akhbar dan blog pro PAS menunjukkan kehandalan untuk cuba menutup kecelaruan pemimpin PAS. Maka mereka menerbitkan artikel dan  foto yang menunjukkan pihak yang bertelagah 'bersalaman' seolah-olah mereka telah 'membuang yang keruh'. Adakah masyarakat percaya bahawa mereka telah 'ambil yang jernih' demi rakyat? Apa yang mereka perlu faham ialah orang tahu bahawa mereka telah lama bertelagah dan sudah hampir masanya untuk "retak menanti belah."

Apa natijahnya dari kemelut ini? Jawabnya ialah kesan dari desakan dan tuduhan NA itu menyebabkan  PAS Selangor terasa dihina terutamanya  YB Dr Hassan Ali (HA) yang menjadi fokus kritikan NA. Nampak tanda-tanda 'PAS Selangor' sedang mengatur strategi untuk memelihara integriti mereka. Tok Guru tidak lah boleh sesuka hati tuduh mereka menjadi batu penghalang perpaduan PR. Apa yang anihnya ialah isu yang dibangkitkan oleh  NA dan beberapa kerat orangnya ialah isu yang sepatutnya kelihatan menyokong PAS Selangor tetapi sebaliknya. Sepatutnya PAS Kelantan menyokong orang Selangor yang cuba mengelakkan jualan arak kepada Orang Islam di Selangor dapat dibendung tetapi demi setia kawan dengan komponen pembangkang lain maka NA sanggup memburukkan imej "darah dagingnya" sendiri. Memang benarlah apa yang kita tanggap selama ini bahawa NA tidak berdaya membela nasib orang Islam khususnya Orang Melayu iaitu bangsanya sendiri. (rujuk posting terdahulu).

Jika 23hb November 2009 memperlihatkan kemenangan dipihak Plaintif maka akan berlakulah suatu malapetaka yang menyebabkan trauma yang amat dahsyat dikalangan pendokong dan penyokong tegar PR terutama PKR dan PAS. PKR kehilangan orang penting mereka manakala PAS pula kehilangan kepercayaan kepada NA dan sahabat yang menjunjung kepercayaan mereka selama ini. Persoalan mengapa kita mesti terus mengikut Tok Guru sedangkan dia membawa sesuatu yang salah (menyeleweng) - kenapa awal-awal lagi tiada firasat berkenaan perkara ini? Kalau beginilah jadinya apa kelebihannya menjadi Tok Guru? Pengikut NA akan merasa dipermainkan oleh orang atasan mereka. Kemana mereka akan pergi? Adakah mereka masih berkumpul di dalam khemah PR lagi? Mustahil!

Penulis meramalkan mereka akan kembali kepada  UMNO sebagai wadah yang mantap. UMNO mempunyai pengalaman menghadapi pelbagai krisis. UMNO telah mentadbir Malaysia selama 53 tahun dan pemimpin UMNO terkenal diseluruh dunia! (rujuk posting terdahulu).  Sekurang-kurangnya apa yang berlaku ialah  Wakil Rakyat dari kalangan mereka akan mengisytihar diri bebas buat sementara dan menyokong BN bagi mewujudkan kerajaan pusat yang lebih mantap yang dapat melaksanakan agenda pembangunan demi anak bangsa. Kita semua menanti saat bahagia ini dengan penuh debaran.

Sunday 1 November 2009

BAJET 2010: DAP BANGKIT ISU PERKAUMAN



Mari kita sama-sama rujuk apa yang telah dipaparkan dalam blog LIM KIT SIANG mengenai Bajet 2010:
“Sehingga 31 September tahun ini, bilangan penjawat awam adalah seramai 1,222,947 orang. Daripada jumlah tersebut, pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:-
Kaum
Bilangan
Peratus (%)
Melayu
932,225
76.2
Cina
72,875
6
India
50,140
4.1
Lain-lain
167,707
13.7
It is clear that government promises in response to my speech on the Ninth Malaysia Plan in April 2006 to implement strategies to ensure a more balanced and multi-racial Malaysian civil service had been a total failure, with the worst racial ratios in the Malaysian civil service of Malays at 76.2 per cent, Chinese 6%, Indians 4.1% and Others 13.6%. What 1Malaysia is Najib talking about?"

Jika demikian penulis beranggapan bahawa DAP melambangkan  bahawa peratusan pegangan perlu setara dengan peratusan bilangan kependudukan. Jika bilangan Kaum Cina 25% maka seharusnya peratus bilangan kakitangan awam dari kaum cina haruslah menghampiri 25% juga. Adakah itu adil? Jika itu adil cuba Mr Lim lihat komposisi bilangan Pemimpin DAP dan Keahlian parti yang dikatakan 'demokratik' itu.  Berapa ramai bilangan orang Melayu dan India?    Adakah mengikut komposisi? Atau Mr Lim boleh merujuk bilangan ADUN Selangor berapa ramai dari Kaum Cina - bukankah menghampiri 50%? Adakah peratusan tersebut menggambarkan keadaan sebenar bilangan orang Melayu di Selangor?

Apa yang lebih amat berbahaya ialah jika mereka para pembangkang ini mahukan lebih dari itu. Jika mereka memerlukan kesamarataan dalam semua hal maka sampai lah masanya untuk orang Melayu bangun untuk menyata dan menuntut hak mereka. Kita juga mempunyai maruah dan harga diri yang perlu diperjuangkan.

Saya ingin bawa kembali posting terdahulu mengenai DAP ini yang sering menidakkan kewibawaan UMNO dan BN dan sering memfitnah secara semberono. Sila baca posting berkenaan seperti berikut:


"Salam, penulis tertarik dengan sedutan ucapan salah seorang pemimpin DAP yang secara terang-terangan memfitnah UMNO secara khusus dan BN secara amnya. Ucapan yang kemudiannya diterjemahkan di dalam bentuk tulisan seperti di bawah dan disiarkan pada muka http://www.dapmalaysia.org/english/2008/aug08/lks/lks4878.htm laman web rasmi DAP.


Apa yang menyedihkan ialah tuduhan yang dilemparkan amat berat bagi sebuah kerajaan yang telah berjasa kepada negara dengan "track record" yang diiktiraf dunia. Selama 51 tahun negara ini merdeka dengan pencapaian yang amat membanggakan punah dengan begitu sahaja dimata mereka ini seolah-olah tiada suatu kebajikan langsung yang telah dibuat oleh kerajaan yang memerintah selama ini. Berikut adalah sebahagian daripadanya:


"Speech by Lim Kit Siang at Anwar Ibrahim’s Permatang Pauh by-election thanksgiving-cum-51st Merdeka anniversary dinner in Permatang Pauh on Sunday, 31st August 2008 at 10 pm:


Merdeka II - declare Malaysia Day September 16 as second National Day/public holiday


Para 1:
I salute the voters of Permatang Pauh for being the pioneers of the Bangsa Malaysia generation who decisively rejected the divisive, racist and chauvinistic by-election campaign of Umno to rise above race and religion to vote solidly on Tuesday, August 26 for Anwar Ibrahim as their MP once again, after an enforced absence of a decade.


Para 6 & 7:
The great Permatang Pauh by-election victory has belatedly given meaning to the 51st Merdeka anniversary celebrations – marking the launching of a Merdeka II campaign to ensure that in the second half-century of our nationhood, ordinary Malaysians are not denied the full benefits of Merdeka in every sphere of national endeavour.


In the past four decades, Umno and Barisan Nasional leaders and their cronies had hijacked and deprived ordinary Malaysia the real fruits of Merdeka."


Penulis merasakan bahawa ahli UMNO dan juga Wakil-Wakil Rakyat dan Parlimen Barisan Nasional perlu menjawab tuduhan sebegini demi mengelakkan tuduhan-tuduhan yang bertalu-talu yang mungkin boleh mempengaruhi pemikiran rakyat yang mudah dipengaruhi." 


Beranikah ada dari kalangan kita menyaman sipemfitnah ini? Nampaknya usaha bagi Gagasan 1Malaysia memerlukan usaha keras bagi menjayakannya.
 

PROSES KEJATUHAN NIK AZIZ dan RUNTUHNYA PR BERMULA - LIABILITI YANG MEREDAKAN MASALAH ORANG MELAYU.



Salam,

Penulis tidak perlu banyak cerita. Apa dah jadi dengan orang kuat Tok Guru? Sila ikuti sedutan pandangan ini yang muncul di dada harakahdaily 01 Nov 2009:


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berpotensi untuk memimpin Pakatan Rakyat pada masa depan berdasarkan peranannya menjadi penyatu dan mampu mendekati pelbagai kaum di Perak.






Pandangan ini dikemukakan pensyarah politik dari Universiti Malaya, Amer Saifude Ghazali dalam satu wawancara Harakahdaily dengannya baru-baru ini.  

Mengulas kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pergolakan yang melanda Parti Keadilan Rakyat yang memiliki jumlah kerusi terbanyak dalam kalangan parti-parti Pakatan Rakyat, beliau berpendapat PR perlu bersedia menerima pemimpin lain untuk memimpin pakatan itu.
"Pakatan Rakyat perlu ada pemimpin pelapis yang boleh diterima semua kaum dan parti," kata akademik yang terlibat mengkaji setiap pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu itu.
Banyak pihak mula bersedia menghadapi kemungkinan PR memerlukan seorang pemimpin baharu sekiranya Anwar disabitkan bersalah dalam kes mahkamah yang sedang dihadapi.
Perkembangan melibatkan penarikan diri Datuk Zaid Ibrahim - yang disebut-sebut sebagai bakal menjadi salah seorang penggerak utama PR sekiranya berjaya didaftarkan secara rasmi - daripada aktiviti PKR juga telah membawa tumpuan ramai kepada masa depan pakatan itu yang dilihat ketandusan pemimpin masa depan.
"Kebolehan beliau berkomunikasi dengan baik dengan kaum Cina terutamanya menjadikan Nizar individu yang boleh berperanan sebagai penyatu dalam Pakatan Rakyat," kata Amer mengulas kelebihan yang dimiliki Nizar. 
Lihat pula "jauhati"  ucapan Nik Aziz  (NA) yang menampakkan tanda merajuk dan mengkritik PAS Negeri dalam pertemuan untuk disanjung oleh DAP Perak baru-baru ini. Jika PR tidak mempercayai Anwar lagi maka premis pegangan Tok Guru juga bakal dipertikai! Mangapa DAP memanggil NA?

Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana pemimpin PAS tidak lagi menjemputnya, disebabkan beliau menyokong Pakatan Rakyat.

Kita tidak kisahlah dengan beratus keluhan dan jauhati yang bakal dialami oleh NA tetapi tentang kenyataan-kenyataan biadabnya terhadap UMNO yang sungguh menghiris hati kita semua iaitu:

"Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis: jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin Umno bodoh agama dan tak suka ikut Nabi," tegas Nik Aziz lagi.

Tegas Nik Aziz lagi, perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan Umno. 


"Sebelum (Allah) mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal...dia (manusia) kata dia cipta (dunia)...Umno tak kenal Pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan...dia (Umno) anggap bumi ini dia punya," jelasnya.
Apabendenya NA cakap ni?

AWAS: MANTAN PEMIMPIN UMNO MENGETUAI DUNIA!


Kesan Letusan Nuklear
Salam,

Dunia diketuai oleh seorang Mantan Presiden UMNO! Begitu hebatnya pemimpin ini sehingga dapat mempengaruhi DUNIA dengan idea dan gagasannya. Seluruh dunia terutama dari kalangan yang bersimpati dengan mangsa peperangan dan juga mereka yang cintakan keamanan turut bersama menjayakan misi yang paling hebat dalam sejarah. Siapakah yang berani memulakan gagasan ini dengan menongkah arus menentang kerajaan - kerajaan penakluk? Satu-satunya di dunia ini dia ialah YABhg Tun Dr Mahathir Mantan Pemimpin UMNO dan Mantan Perdana Menteri kita.

"Menjenayahkan Perang" suatu pernyataan berkaitan undang-undang antarabangsa yang memang wajib dilaksanakan. Penubuhan tribunal untuk membicarakan pesalah adalah suatu langkah berani yang cukup hebat. Inilah kehebatan pemimpin UMNO!

Kehebatan Tun di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan semasa menjadi PM tidak dapat dipertikai. Apabila sesuatu kenyataan dikeluarkan oleh beliau pelbagai pihak bakal terperangkap jika tersilap memberi respons. Pernyataan beliau itu mungkin merupakan provokasi atau premis kembar. Penulis maksudkan  perkataan "Premis Kembar"  sebagai pernyataan yang "kelihatan menyebelahi mana-mana pihak mengikut perspektif masing-masing responden".Semua tergamam akibat tersilap rujuk apabila kemudiannya Tun membuat penjelasan tentang maksud sebenar beliau . Begitulah kehebatan YABhg Tun. Kebijaksanaan ini adalah salah satu lambang kekuatan pemimpin UMNO (rujuk posting terdahulu mengenai pernyataan Tun - yang disalah rujuk oleh PAS mengenai Anwar)

Perjuangan menjayakan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (TJPKL) ini akan menyebabkan ketua negara yang sewenang-wenangnya melancarkan perang merengkok ke dalam penjara. Natijah dari penubuhan TJPKL mencetuskan organ bagi menjayakan mekanisma melaksanakan tindakan melalui Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur sesuai dengan undang-undang antarabangsa iaitu Konvensyen Geneva yang menyentuh tentang tataperlakuan dalam peperangan.

Semua ini dapat dijayakan jika kita semua bersatu dan kita mempunyai kesungguhan, kepakaran, kebijaksanaan serta paling  penting ialah mempunyai peruntukan masa dan kesempatan untuk memikirkan segala kekalutan dunia ini. Kita boleh menjayakan pembelaan kepada mangsa-mangsa yang dizalimi oleh kerakusan perang dengan syarat kita tidak dilanda peperangan.

Agaknya umat Islam yang sering menjadi sasaran kekejaman sejak zaman berzaman ini tidak sedar bahawa mereka bakal terus dizalimi untuk beberapa dekad akan datang jika mereka bertelagah sesama sendiri. Maka akibat kealpaan inilah yang menyebabkan Orang Melayu khususnya berpecah-belah untuk memilhara kepentingan peribadi tanpa memikirkan soal kesatuan Ummah yang lebih kritikal. Jika Orang Melayu terus berpecah kita semua akan melihat bahawa negeri-negeri di Malaysia ini akan dikuasai oleh bukan dari kalangan mereka lagi walau pun peratusan kependudukan di negeri berkenaan bermajoritikan Melayu seperti di Selangor.

Dewasa kini semua negara yang terlibat di dalam peperangan adalah merupakan negara yang penduduknya dalam keadaan kucar kacir. Mesti ada dari kalangan mereka yang bersengketa walau pun dari satu bangsa dan agama. Ada kalangan yang bersengketa itu menjemput orang asing untuk membantu dan bermulalah penjajahan terhadap negara mereka. Apa yang mungkin tidak disedari ialah kerap kali sengketa berkenaan dicetuskan oleh pihak luar yang memang ingin menjajah negara berkenaan kerana terdapat hasil bumi yang hendak dimanupulasi. Lebih parah lagi ialah apabila ada orang dalam yang bersubahat dengan penjajah ini.

Agaknya YABhg Tun belum lagi menyentuh tentang pelbagai senjata canggih dicipta untuk menjajah. Penulis merasakan ada kemungkinan gegaran gempa dan ribut taufan boleh dihasilkan secara buatan untuk dijadikan senjata penakluk. Bunyi letupan kuat sebelum gempa bumi berlaku di Sumatra dan Padang tidak disiasat secara serius. Bunyi letupan apakah itu? Adakah sebarang radiasi nuklear boleh dikesan? Ada sesiapa mengkajinya? Terdahulu beberapa eksperimen untuk menghasilkan gempa dan tsunami telah dicuba oleh ramai saintis barat. Soal mengalih cuaca adalah perkara biasa di Rusia dan negara barat lainnya. Mereka boleh memesongkan ribut taufan untuk melalui "track" tertentu yang akan menjahanamkan hartabenda di bawah laluannya. Mereka juga dikhabarkan boleh mencetuskan kemarau panjang dengan menggunakan gelombang mikro yang dipancarkan ke langit.

Penulis mendapat khabar dari seorang sahabat bahawa beliau ada menerima laporan bahawa Tsunami di Acheh beberapa tahun lalu adalah hasil letupan 3 bom nuklear di dasar laut. Beliau mendapat lapuran setebal 30 muka dari sahabat dari luar negara. Lapuran lengkap berkenaan menulis tentang butiran terperinci bagaimana mereka melakukan tindakan jahat berkenaan lengkap dengan nama tiga kapal selam berserta anak-anak kapal. Jika lapuran ini sahih maka siapa yang hendak dipersalahkan ke atas kematian beratus ribu nyawa dilingkaran letupan berkenaan? Jika kita hendak melawan,  menentang atau sekurang-kurangnya menghindar dari kerja jahat ini adakah kita semua mempunyai kelengkapan yang mampan? Di mana letaknya standard teknologi negara Islam? Jika Iran mempunyai teknologi berwibawa maka kita diajak pula bergeser dengan mereka atas alasan persoalan mazhab yang wujud sejak 500 tahun selepas wafatnya Rasulullah!

Persoalan perang dan penaklukan merangkumi banyak perkara termasuk perkara yang telah diceritakan di dalam Al-Quran.  Diceritakan di dalam kitab suci kita bahawa gejala penaklukan akan melibatkan kita semua Umat Islam yang tidak henti dizalimi oleh mereka sepanjang masa. Apakah kita terus alpa dan sering mencipta pepecahan dari kalangan Ummah? Apakah UMNO dan PAS sebagai wadah perjuangan Islam dan Melayu  terus bertelagah untuk negara Islam sekecil Malaysia?

Wallahualam
sysalq

Important Messages