Pesanan Penaja

Sunday 20 November 2016

SIMPLECOUSTIC: KUMPULAN BUSKER YANG MULA TERKENAL!


Kumpulan Busker yang menamakan diri mereka sebagai Simplecoustic merupakan kumpulan yang sedang "booming" di Pasir Gudang khususnya.  Kumpulan yang dianggotai oleh  Faris (Vokalis) dan Wahid (Doyok - Guitaris) iaitu dua orang anak muda berbakat dan bersemangat waja ini menghiburkan para tetamu dengan penuh ikhlas, tekun dan bersemangat. 

Lagu-lagu Melayu dan English yang didendangkan begitu segar dan menghiburkan para pelanggan yang sedang menikmati hidangan di Restoran Wak Radol (Cawangan Kempas) di Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang. Mereka bukan sahaja oleh menyanyikan versi asal malah mampu menggubah lagu berkenaan dengan di dalam versi mereka.

Jika anda ingin terus mendengar nyanyian dan persembahan mereka bolehlah berkunjung ke Pasaraya Maidin pada waktu makan tengahari pada setiap hari serta restoran di atas pada setiap malam. Pada sebelah petang mereka mempunyai jadual persembahan di Tesco Sri Alam.

SYSALQ RADIO memberi galakan dan sokongan padu kepada dua anak muda ini untuk terus maju ke hadapan. Demi membuktikan sokongan SYSALQ RADIO telah menyediakan rancangan khas SIMPLECOUSTIC yang keudara pada setiap hari jam 1.15 - 130  ptg. Bagi peminang Simplecoustic sila "tunein" ke SYSALQ RADIO.

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages