Pesanan Penaja

Tuesday 27 April 2010

PENGUNDI KAUM CINA: ADAKAH MASYARAKAT CINA MENUNJUKKAN SETIAKAWAN DALAM BN?



Salam,
Artikel pertama muncul sejurus selepas keputusan pilihanraya Hulu Selangor (setelah berita kemenangan BN disebarkan oleh Utusan Online) yang ditulis sendiri oleh penulis ialah berkaitan dengan persoalan kemanakah perginya 12,758 atau 34% undian untuk BN? Penulis juga meminta pihak BN membuat kajian terperinci mengenai kepupusan bilangan undian ini agar BN dapat mengatur strategi yang lebih berkesan.

Utusan Malaysia hari ini dan semalam mencatatkan persoalan keengganan pengundi kaum cina untuk memilih BN. Dakwaan berkenaan adalah benar kerana kecenderungan ini bukannya suatu perkara baru malah telah memberi akibat ketara di dalam pilihanraya 2008 lepas. Di dalam pilihanraya itu MCA dan MIC kelihatan tidak mampu menunjukkan sebarang keberkesanan politik Ramai calon dari MCA dan MIC termasuklah Datuk Sri Samy Vellu sendiri yang telah kecundang di dalam pilihanraya yang tidak dapat dilupakan itu!

Dua faktor utama yang mempengaruhi keputusan Pilihanraya Umum Ke 12 yang telah penulis nyatakan dalam posting terdahulu ialah pertamanya keadaan kerajaan pada masa itu yang menghadapi pelbagai serangan samada dari dalam dan luar dan yang keduanya ialah faktor Anwar dan agendanya. Kerajaan pada masa sebelum Pilihanraya Umum ke 12,   melalui mantan Perdana Menteri (PM) pada ketika itu, kelihatan  memberi penekanan kepada persoalan orang Melayu bagi memenuhi misi merapatkan jurang pencapaian antara kaum. Banyak projek pembangunan yang kelihatan tertumpu kepada kemusylahatan kaum bumiputra terutama berkaitan dengan penekanan khususnya kepada penduduk desa dan kalangan penduduk miskin. Semakan gaji kakitangan awam yang dilakukan pada masa itu juga kelihatan memberi keselesaan kepada Orang Melayu semata-mata memandangkan majoriti ahlinya ialah Orang Melayu.

PM pada masa itu mempercayai bahawa suatu lompang pencapaian telah wujud di kalangan masyarakat bumiputra khususnya orang Melayu berbanding dengan masyarakat industri dan perniagaan (yang kebanyakan diterajui oleh bukan Melayu) yang cergas bergerak ke hadapan. Menurut perspektif beliau pergerakan pantas sektor industri tidak dapat diiringi oleh kejayaan orang Melayu dalam bidang tersebut. Oleh itu sepanjang masa pemerintahan kerajaan pada masa itu adalah berpusatkan kepada pencapaian kaum bumiputra. Pada pandangan penulis kelompangan ini cuba dijawab oleh Tun Dr Mahathir pada sesi pemerintahannya dengan mewujudkan suatu konsep atau gagasan khas untuk orang Melayu iaitu "Melayu Baru" dimana menurut Tun "Melayu Baru" ialah Melayu yang progresif dengan pegangan agama yang sesuai dengan peredaran masa (bukan konsep beragama secara tradisional). Walau bagaimana pun istilah berkenaan lama-lama tenggelam bersama dengan semangatnya sekali. Maka kemudiannya, Tun Abdullah menyambung agenda itu dengan membawa perspektif baru dalam beragama yang kali ini bukan meminta Melayu merobah diri seperti dalam gagasan "Melayu Baru" tetapi pengamalan agama yang bersifat progresif. Maka timbullah "Islam Hadhari"

Melihatkan keadaan penumpuan kerajaan pada ketika itu maka DAP dengan bantuan PKR memainkan peranan yang berkesan untuk memujuk dan mengajak kalangan pengundi desperado ini berpindah minda kepada mereka. PKR melalui. Anwar sendiri,  sering menyebut bahawa Malaysia ini bukan milik Melayu dan berikrar akan menghapuskan DEB yang dituduh bersifat tidak adil dan  video kempennya tersebar luas melalui internet .  Kesan dari tindakan Anwar itu timbul, kumpulan penentang kerajaan seperti hindraf dan NGO lain  yang menimbulkan kebencian yang meluap-luap.

Kesan dari kewujudan dan keagresifan perkumpulan penentang kerajaan ini membuatkan para penyokong kerajaan dan NGO berasaskan kaum Melayu dan Bumiputra membentuk barisan untuk memastikan agar hak-hak Melayu termasuk persoalan Kedaulatan Raja-Raja Melayu jangan diganggu gugat sesuai dengan peruntukan Perlembagaan. Natijahnya ialah masyarakat bukan Melayu menjadi semakin tawar hati untuk bersama daslam barisan pro kerajaan. 

Berbalik kepada BN sendiri, kita boleh melihat rentetan permasalahan dan perbalahan yang tidak kunjung padam yang melibatkan pemimpin tertinggi mereka sehingga semua yang terlibat disifatkan sebagai liabiliti kepada parti. Perbalahan, tuduhan dan hilang kepercayaan yang telah mengetepikan kepentingan organisasi dibiarkan berlaku sejak sekian lama sehingga para penyokong dikatakan " naik fade up" Adakah ini akan meyakin pengundi dari kaum mereka sendiri?

Maka tidak hairanlah Pulau Pinang, Perak dan Selangor negeri industri dan perniagaan  jatuh ke tangan DAP atau (Pakatan Rakyat) PR . Siapa pengundinya? Sudah tentulah mereka adalah dari kalangan yang pernah memberikan sokongan kepada BN. Kalau dikaji kemenangan BN pada masa itu adalah lebih  merupakan kemenangan UMNO dan bumiputra semata-mata. Pengundi  yang terdiri dari kaum Cina dan India tewas secara beramai-ramai. Jika BN gagal membaca "signal" sebegini mudah dan gagal pula memperbaiki keadaan maka UMNO dan kalangan yang lain terpaksa berada di barisan paling hadapan bagi mempertahankan yang memerintah.

PR lebih merupakan cerminan BN. Mereka ada pasangan yang menyerupai BN contohnya mereka mempunyai komponen sepertri PAS dikira dapat menandingi UMNO yang terdiri dari orang Melayu yang cintakan agama. Kaum bukan Islam dan Melayu sudah tidak bimbang dengan PAS yang telah merobah imej pendekatan mereka. Mereka ada  parti ala MCA tetapi sangat kelihatan agresif dalam membela nasib Kaum Cina. Mereka ada komponen yang didominasi oleh kaum India dan Cina (kaum Melayu dah ramai keluar) iaitu PKR yang kelihatan liberal dari segi fokus perjuangan mereka. Jadi jika komponen ini bergabung dengan teknik yang betul dan mengurangkan isu-isu pertelingkahan dan moral maka "tidak dapat tidak" mereka adalah saingan yang sangat kuat bagi BN. Jadi berhati-hatilah wahai pemuka Barisan Nasional.

Realiti ini amat pedih untuk dibaca.  Kemenangan dalam pilihanraya tidak akan menjadi semudah dahulu. Semua yang menjadi liabiliti dalam BN termasuk parti komponennya perlu diganti. Masalah persengketaan kepimpinan parti komponen, isu-isu moral dan integriti perlu ditangani secara dalaman dan berkesan. Ketulenan dan keikhlasan dan amalan kepimpinan BN mestilah suatu realiti dan bukannya suatu "camouflage" atau "chameleon". Bolehkah BN dilahirkan kembali dengan imej yang begitu kuat mengatasi lawannya?

Ada dua kemungkinan yang boleh berlaku berkaitan dengan fenomena ini iaitu pertamanya jika mereka kembali menyokonga BN maka itulah yang sebaik-baiknya tetapi bayangkan jika mereka berpaling tadah dan bergabung pula dengan semua pertubuhan yang berasaskan kaum maka apa akan terjadi? Siapa yang bakal tergugat?

Semuanya bergantung kepada seluruh batalion kepimpinan di dalam Barisan Nasional ini dan juga tidak kurang berkaitan dengan sifat setiakawan parti komponen lain yang berasaskan kaum.

Wallahualam.

sysalq 

Sunday 25 April 2010

APA MAKNANYA KEMENANGAN BN SEBANYAK 1725 UNDI INI?


Salam,
BARISAN NASIONAL atau BN telah sekali lagi merampas kerusi panas dalam pilihanraya kecil. Selepas kemenangan Tan Sri Mohd Isa Samad di kawasan yang agak sensitif kini P Kamalanathan pula menjadi ikon yang dipilih. Jika pada 2008 undi kemenangan PR sebanyak 198, maka kini 1725 telah diraih oleh BN. Ini bermakna 1527 pemilih telah beralih minat kepada BN.

Walau bagaimana pun jika dibandingkan dengan bilangan undi majoriti yang memilih BN pada Pilihanraya Umum pada 2004 ialah 14,483 dan amat jauh bezanya. Pada masa itu jumlah pemilih mencecah   72.77%   iaitu seramai  42,592 orang. Nampaknya BN kehilangan 12,758 pemilih yang pro BN - kemanakah perginya mereka ini? Satu kajian terperinci dan realistik perlulah dilakukan. Penulis berpendapat bahawa kempen pembangkang  pada tahun 2008 telah mengganggu pemikiran 34% kalangan mereka yang berada di atas pagar! Dua sebab kekalahan pada 2008 adalah lebih kepada keadaan kerajaan yang telah menerima pelbagai tekanan dari dalam dan luar dan juga faktor kempen Anwar dan instrumennya yang cukup taksub. Melihatkan kelemahan ini maka pembangkang telah mengambil kesempatan.

BN telah mengkaji dan memperbaiki strateginya terutama dalam mengatur kewujudan pelbagai media alternatif yang cukup berkesan. Keberkesanan media alternatif ini tidak boleh dinafikan kerana pihak pembangkang telah terlebih dahulu membuat serangan siber yang menyembabkan kempen pilihanraya BN yang kebanyakan dibuat secara manual dan tradisional tidak dapat menarik hati pemilih muda. Blogger seperti Papa Gomo, Panas Membara, Pisau, MYKMU, Tepak Bersulam, SAYANG MALAYSIA dan lain-lain merupakan antara yang agak aktif di dalam bidang penulisan. Terdapat dari kalangan mereka menulis mengatasi kepantasan media perdana dan mempunyai resos berita yang sangat autentik.  Jika sesuatu isu dimulakan oleh kalangan orang yang berpengaruh maka secepat kilat ada "folow up" yang cukup "daring" dari para blogger berkenaan. Akhirnya pemikiran kalangan blogger ini dijadikan perspektif  "mainstream" masyarakat pembaca blog-blog berkenaan. Adalah dirasakan BN dan UMNO terus memperbaiki pengurusan berkaitan dengan media alternatif. Suatu kaedah pengurusan yang sesuai perlu diaktifkan dengan seberapa segera.

Apakah maknanya kemenangan BN ini? Sysalq memperturunkan beberapa maknanya:

1.  BN kelihatan lebih ikhlas dan dipercayai.

2.  MIC masih dan terus relevan dan dipercayai.

3. UMNO membuktikan keikhlasan dalam soal perkongsian kuasa.

4. Pembangkang dilihat berhipokrasi."sempudal" dengan masalah moral termasuk kecenderungan menggunakan agama demi kepentingan politik dan semuanya itu sudah tidak relevan dan menjijikkan.

5. Berkaitan dengan persoalan para 4 di atas maka pemimpin pembangkang kelihatan "berhipokrasi" - cakap lain buat lain atau cakap tak serupa bikin.  

5. Agama bukan alat permainan kempen pilihanraya.

6. Isu perkauman adalah amalan lama yang tidak relevan lagi.

7. Pengundi bukan Melayu tidak bimbang malah memahami bahawa kewujudan PERKASA dalam membantu BN adalah sebagai menjaga integriti   Perlembagaan Negara dan bukannya untuk berpakat dengan UMNO untuk merampas harta Bukan Melayu.

Berikut adalah berita yang diterbitkan oleh Bernama.com berkaitan kejayaan ini untuk rujukan pembaca:


HULU SELANGOR, April 24 (Bernama) -- A win by the Barisan Nasional in the Hulu Selangor parliamentary by-election tomorrow will mark the party's resurgence not only in Hulu Selangor but also the whole country, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

The Prime Minister said only the party with a concept, detailed policies and vision could bring transformation to the people and country.

Victory in Hulu Selangor, he said, would also send a message to the world that the Barisan Nasional (BN) government received the full support of Malaysians.

This contrasted with the opposition party that only knew how to play politics by insulting and slandering other people.

"Their latest slander claimed that I would participate in a debate with (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. I have no time to debate with him because I have to look after the well-being of the people and country," Najib said.

The Prime Minister said this at the '1Malaysia People's Gathering' at Taman Bunga Raya in Bukit Beruntung.

Also present at the gathering were Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and BN candidate for the by-election, P. Kamalanathan who is facing Datuk Zaid Ibrahim from Parti Keadilan Rakyat in the poll.

Najib also emphasised that the 1Malaysia concept had nothing to do with Israel, adding that the concept was to create one Malaysian race who understood one another.

"1Malaysia is not for the other races to become Malay but to ensure we maintain our identity and work for the betterment of the nation," he added.

-- BERNAMA

Sebenarnya ada banyak lagi makna kemenangan ini..cuba tambahkan lagi dalam komen anda!

sysalq

RASMI, TERBARU DAN TERKINI DARI UTUSAN ONLINE

TAHNIAH BN! APA YANG DIDOA TELAH DIMAKBULKAN

Friday 16 April 2010

DATUK SERI S SAMY VELLU: "SEBENARNYA 2 NAMA DIHANTAR"

Salam,
 P Kamalanathan fasih berbahasa Melayu

"Sebenarnya dua nama dihantar" Menurut Datuk Seri Samy Vellu dan sebelum ini beliau mencadangkan agar Datuk G Palanivel dicalonkan. Beliau menyatakan bahawa beliau hanya boleh mencalonkan satu nama sahaja. Namun atas dasar konsensus dan pemilihan oleh Perdana Menteri maka calon kedua iaitu P Kamalanathan telah disahkan sebagai calon yang bakal bertanding dalam Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Hulu Selangor! G Palanivel mempunyai tugas yang lebih mencabar bagi kesinambungan legasi kekukuhan MIC. Nampaknya pandangan rakyat diambil kira dan MIC telah secara proaktif menyesuaikan diri dengan senario semasa. Syabas diucapkan.

Di atas sifat setiakawan semangat 1Malaysia yang ditunjukkan oleh komponen BN maka kemenangan BN sudah berada di dalam tangan! Satu eksperimen besar BN untuk menguji kesetiaan pengundi di KP94

Thursday 8 April 2010

ARTIKEL YANG DITUNGGU-TUNGGU: SIAPA CALON PALING SESUAI DI HULU SELANGOR?

BN berada di atas landasan yang AMAT BETUL serta TEPAT apabila mengekalkan calon dari MIC untuk dikemukakan di Hulu Selangor.

Ini adalah disebabkan bahawa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor adalah merupakan suatu fenomena baru buat BN yang mengandungi intipati berikut:

i.   Ianya merupakan satu eksperimen untuk menguji darjah penerimaan pengundi terhadap kewibawaan BN tanpa mengira komponennya,

ii.  Ianya menunjukkan ketekalan BN dalam memegang prinsip setiakawan (berjuang di atas prinsip - bukan rasis),

iii. Ianya merupakan eksperimen untuk mengkaji penerimaan pengundi terhadap konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Pengerusi BN sendiri yang merupakan Perdana Malaysia.

Fenomena di atas merupakan sesuatu yang SANGAT selari dengan objektif penubuhan BN. Jika dirujuk kepada 4 objektif penubuhan BN seperti di bawah:

"(A)  To foster and maintain a united and harmonious Malaysian nation;

(B)  To strive for material and spiritual development and maintain Islam as the religion of the Federation but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation; and to uphold and practise the principles of the Rukunegara;

(C)  To strive for the establishment of a fair and just society;

(D)  To promote closer relationship between the member parties."


Kemenangan calon BN nanti akan mengesahkan premis berikut:

i.    membuktikan setiakawan, kesatuan dan keharmonian parti yang memerintah,

ii.   merupakan barisan berprinsip yang tidak berasaskan rasis

iii.  merupakan pemerintah yang mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian sesuai dengan prinsip 1Malaysia yang ditegaskan oleh pemimpin BN sendiri.

iv.   semua pengundi dari pelbagai ras yakin dengan prinsip BN yang mengekalkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan tidak prejudis terhadapa agama lain serta beroperasi di bawah payung Rukun Negara.

Bagi menjayakan objektif BN maka semua peringkat kepimpinan harus mengamalkan secara jujur dan realistik tentang apa yang diobjektifkan itu. Maka, dengan itu tiada sebab untuk BN kecundang pada pilihanraya kecil ini.

Jadi, soal calon dari parti komponen mana sudah selesai. Maka siapakah pula yang berwibawa untuk diletakkan di Hulu Selangor?

Sebelum memulakan "telahan" mari kita lihat beberapa laporan, statistik dan pandangan berkaitan Hulu Selangor.

Menurut Norizan Shariff dari Nobisha.com,

"Saya berpendapat Barisan Nasional harus mengenengahkan calon dari parti MIC untuk kerusi P94 Hulu Selangor. Alasannya mudah:

1. Kesepakatan Barisan Nasional yang tidak diubah sehingga sekarang ialah memperuntukkan kerusi itu kepada MIC. BN harus berpegang dengan muafakat tersebut sehinggalah satu keputusan baru dibuat mengenainya.

2. Dalam pilihanraya Bagan Pinang dulu, sokongan pengundi India dilihat sebagai satu faktor yang menyumbang kepada kemenangan besar BN. Oleh itu BN tidak harus memberikan mesej yang salah kepada komuniti India dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor.

3. Sekiranya syarat kaum majoriti menjadi calon, maka parti yang mewakili kaum India dalam BN seperti MIC tidak mempunyai peluang untuk bertanding di mana-mana kawasan pun. Saya tak fikir itu semangat Barisan Nasional.

4. Sementara UMNO berpendapat ia mempunyai calon yang lebih sesuai, usah lupa bahawa faktor kaum masih memberikan kesan kepada pola pengundian dalam politik di negara ini. Orang Melayu hanya mewakili 54% pengundi di Hulu Selangor. Cina sebanyak 26% dan India 15%. Sekiranya kaum Cina dan India merasakan Barisan Nasional tidak bersikap adil terhadap mereka, undi itu akan pergi ke pihak lawan atau mereka tidak keluar mengundi.

5. Ahli-ahli UMNO harus dididik untuk memahami konsep perkongsian kuasa yang membawa kejayaan Barisan Nasional selama ini. Pemimpin UMNO perlu mainkan peranan ini dengan berkesan dan membuktikannya di Hulu Selangor. UMNO akan lebih dihormati sekiranya ia tidak mempertikaikan MIC bertanding kerusi ini."

Nampaknya pandangan di atas adalah tepat selari dengan pernyataan Datuk Sri Najib dalam Konvensyen BN Selangor semalam.

Manakala Malaysia-instinct.com pula dipetik menyatakan:

"Satu kompromi politik terbesar membabitkan pemilihan calon Hulu Selangor dan pemulihan imej MIC sedang diusahakan dalam Barisan Nasional ketika ini. Di ketika ramai yang mahukan calon baru daripada MIC untuk bertanding atas tiket BN di parlimen Hulu Selangor, Presiden MIC, Datu Seri Samy Vellu tetap mahukan timbalan beliau, Datuk G Palanivel bertanding di situ.

Difahamkan persetujuan awal di kalangan pemimpin kanan BN ialah Datuk G Palanival akan dicalonkan di Hulu Selangor. Namun dalam masa yang sama Samy hendaklah menyerahkan kepimpinan MIC kepada Palanievel bagi membolehkan MIC mendapat nafas dan imej baru kepada pengundi di Hulu Selangor dan juga masyarakat India Malaysia keseluruhannya.
kompromi ini telah mendapat restu daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional."

Dari satu perspektif menurut yang diterima oleh MYKMU,

"Difahamkan Palanivel akan ditugaskan menguruskan parti sehingga pilihan raya umum akan datang. Ini kerana MIC dijangka akan mengalami proses transisi kepimpinan menjelang hujung tahun ini. Malahn persaraan Samy Vellu mungkin lebih awal jika MIC menang di Hulu Selangor nanti.

Difahamkan dalam perancangan Palanievel akan diarahkan turun bekerja di Parlimen Sungai Siput dari sekarang kerana akan dicalonkan di sana dalam pilihan raya umum akan datang. Ini akan memberi masa dan ruang kepada pengundi Sungai Siput lebih mengenali beliau dan memudahkan beliau menarik sokongan pengundi."

Bagi tujuan pengukuhan maka ikut laporan dari SunSurf memetik kenyataan Datuk Palanivel yang berbunyi seperti berikut:

"Palanivel is optimistic that the status quo will remain.

"This is traditionally an MIC seat and moreover it has a mixed electorate, so there should be no change," said Palanivel who has placed his full trust in Prime Minister and BN chairman Datuk Seri Najib Abdul Razak to choose a suitable candidate for the by-election.


When met in Batang Kali, Palanivel confirmed that he was the only one nominated by MIC president Datuk Seri S.Samy Vellu to contest in the by-election. However, during his visit to Kuala Kubu Baru last Saturday, Najib said he had discussed with various quarters besides the MIC president, on the choice of candidate.

"There are other eligible candidates, but the president had only nominated Palanivel as he had been an elected representative for the area for a long time," said an MIC grassroot leader who did not wish to be identified.

Sebagai kesimpulannya "SUDAH TERANG LAGI BERSULUH"  bahawa Datuk Palanivel akan terus dikemukakan sebagai calon BN pada 17 April 2010 sebagai  Pilihanraya Kecil Hulu Selangor yang akan jalankan pada 25 April 2010. Beliau merupakan calon "favourite" yang dikenali oleh Kawasan Parlimen Hulu Selangor sejak dahulu lagi.

KEMENANGAN MUTLAK adalah dijangkakan kerana Kerajaan Malaysia sekarang ini adalah merupakan kerajaan yang telah memperbaiki pendekatan dan amalannya. Amalan "Rakyat didahulukan" dan "Pencapaian diutamakan" merupakan magnet yang amat kuat daya tarikannya.

Berbeza dengan sebelum ini, kekalahan cuma 198 undi (manakala 2004 - Datuk Palanivel - majoriti 14,483 undi ) Kehilangan undi sebanyak itu dari  BN dalam pilihanraya Hulu Selangor 2008 adalah kebanyakan disebabkan oleh faktor Anwar yang baru lepaskan dari tahanan yang kemudiannya menyerang kerajaan dengan pelbagai tohmahan yang sekarang ini telah dibuktikan tidak benar oleh mantan orang-orangnya sendiri. Pada waktu berkenaan, akibah dari pelbagai serangan luar yang tidak "dijawab" dengan berkesan, serta serangan cyber yang tidak henti-henti datangnya dari pihak pembangkang dan 'pihak luar' maka "minda pengundi atas pagar" telah dapat dibeli oleh mereka.

Dewasa kini pula, pengaruh PAS dan DAP pula semakin pudar kerana kebergantungan mereka dengan Anwar adalah merupakan suatu kesilapan besar yang akan menyebabkan mereka kalah teruk dalam pilihanraya akan datang. Pembangkang telah kehabisan isu dan isu yang tinggal jika ada pun mereka akan menuduh kerajaan mengamalkan rasuah. Tuduhan sedemikian adalah merupakan tuduhan universal yang dikenakan oleh mana-mana pembangkang kepada mana-mana kerajaan yang ditentangnya. Mereka tidak perlu membuktikannya -mereka hanya perlu mentohmah pada sesi pra-pilihanraya bagi mendapatkan sokongan terakhir!

Menurut Wikipedia Datuk Palanivel telah berjaya melancarkan beberapa program yang berkesan kepada golongan sasaran khusunya golongan miskin. Diantara strategi  beliau ialah:
  • Provision of micro-credit through Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
  • Kursus Pemulihan Sikap untuk Keluarga Miskin.(Attitudinal change education programme)
  • Information dissemination on government facilities
  • Educational programme for modernising traditional potters
  • Arranging scholarships for the needy students
Beliau adalah  merupakan calon paling sesuai yang tidak perlu diperkenalkan lagi  yang sejak dahulu lagi telah diterima oleh pengundi dari pelbagai kaum. Inilah eksperimen mempromosi gagasan 1Malaysia yang paling vital sekali.


Bayangkan apabila tiba 25 April 2010, apabila BN dengan calon tradisinya merayakan kejayaan simboliknya...maka Piliharaya Ke 13 adalah milik BN sepenuhnya.

Important Messages