Pesanan Penaja

Friday 11 November 2016

BERITA GEMPAK!!!! OGY OSMAN - DJ POPULAR MANTAN DJ RTM JOHOR JADI WARGA SYSALQ RADIO!


Ogy Osman seorang DJ Popular mantan DJ RTM Johor di SYSALQ RADIO bersama SYSALQ ( Sy Sulaiman Ariffin) berbual bicara mengenai isu semasa pada jam 9.30 malam jumaat 10 November 2016.

Pihak kami amat mengalu-alukan penglibatan Ogy bersama kami dan seterusnya menjadi "warga SYSALQ RADIO"  bagi memeriahkan lagi siaran radio dalam talian ini. Dalam slot yang diterbitkan kami telah memulakan perbualan dengan berkongsi pengalaman Ogy ketika dalam perkhidmatan dan sekarang pasca perkhidmatan. Mengikut bual bicara dan pengalaman yang dicurahkan maka kita semua tahu bahawa Ogy ialah seorang yang sangat versetail iaitu berupaya melakukan kerja-kerja yang bersifat "multitasking" secara serentak. Seperti yang disarankkan oleh Ogy sebagai orang yang berpengalaman di dalam bidang penyiaran bahawa SYSALQ RADIO eloklah memperbanyakkan slot-slot yang memberi banyak menfaatkan kepada gologngan remaja dan belia terutamanya.

Untuk makluman anda para pembaca dan pendengar sekalian, SYSALQ RADIO akan sentiasa meningkatkan mutu perkhiddmatan dengan menyediakan prasarana penyiaran yang lebih mantan. Kami akan mencetuskan pelbagai program yang bersifat kreatif untuk mengajak netizen bersama berinteraksi secara santai di ruangan yang kami sediakan. Oleh itu berilah sokongan padu kepada SYSALQ RADIO....radio  untuk anda! Sila segera menginstalasi SYSALQ RADIO di android dan iphone, tab dan komputer anda. Sama-sama kita kongsi kandungan yang bakal diterbitkan khusus untuk SYSALQ RADIO sebagai satu lagi media sosial alternatif.   

Apa yang menariknya ialah sistem pengiklanan SYSALQ RADIO adalah yang termurah dengan "airtime" yang tinggi. Anda dijemput untuk bersama kami untuk membantu SYSALQ RADIO mengembangkan sistem pengiklanan ini dengan menjadi Agen atau Sub Agen yang menawarkan produk yang berupa "airtime" bagi mempromosi para usahawan di dalam Perusahan Kecil dan Sederhana. Untuk mendapatkan maklumat lanjut anda mengenainya bolehlah berkunjung ke http://sysalqadd.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages