Pesanan Penaja

Saturday 29 October 2016

SERANGAN PELURU BERPANDU BALISTIK HOUTHI MENGHALA KE SAUDI - TANDA KRISIS MEMUNCAK



Saudi menganggap bahawa Kaum Houthi di Yaman ialah pemberontak yang didalangi oleh Iran persis seperti Hezbolah. Kelompok berfahaman Shia Zaidiah ini merupakan penentang tegar kepada kerajaan Yaman yang ada sekarang. Arab Saudi dengan tentera penyokong telah sejak lama dahulu melakukan serangan demi serangan bagi memerangi pemberontak ini.

Kemuncak penentangan pemberontak Houthi ini terhadap Arab Saudi ialah serangan peluru berpandu Balistik Burkan 1 yang dihalakan ke arah Lapangan Terbang King Andul Aziz yang merupakan lapangan terbang tersibuk tetapi mujurlah dapat dimusnahkan sebelum ianya sampai menuju sasaran. Perang saudara yang melarat di Yaman telah juga menyebabkan Kerajaan Pusat Yaman dikuasai oleh pemeberontak ini dan banyak bangunan kerajaan yang telah dikuasai oleh mereka. Tentera Bersekutu menganggap bahawa puah Houthi ini adalah mmerupakan pecahan dari al Qaedah yang mengancam kerajaan yang mendapat sokongan Arab Saudi.

Adalah dipercayai krisis ini akan berlarutan dan merebak menjadi persengketaan yang lebih besar apabila banyak negara yang akan terlibat dan campur tangan di dalam medan pertempuran di sana.


No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages