Pesanan Penaja

Wednesday 17 October 2012

BUMIPUTRAISME? JANGAN MERAPU DAN BERPRASANGKA

Allahyarham Tun Abdul Razak - Pelopor Dasar Ekonomi Baru
                                                                 
Kenyataan dan tindakan sesetengah golongan bukan Bumiputra yang kerap mempersoalkan kewibawaan Kerajaan Pimpinan UMNO (yang telah memerintah Malaysia selama lebih 4 dekad) menggambarkan bahawa telah wujud benih-benih pemberontakan yang datangnya dari kalangan mereka. Adalah diperhatikan bahawa tindak tanduk pemberontakan mereka telah sampai hampir kekemuncaknya apabila mereka kerap mempertikaikan "Hak Bumiputra" dan Raja-Raja Melayu.

Sila Rujuk artikel yang diterbitkan oleh Laman Web DAP ini:

Kenyataan Akhbar oleh Dr. Boo Cheng Hau di Skudai pada Jumaat, 27 Februari 2009:



Beliau membuat kenyataan seperti di bawah ini:

"Apartheid adalah ditafsirkan sebagai “separate development” (Pembangunan Berasingan) berasaskan, iaitu layanan berbeza dihulurkan kepada warga berasaskan bukan sahaja kaum atau warna kulit tetapi Kebumiputeraan Orang Putih berketurunan Belanda Afrika Selatan. Apartheid bukan sahaja mengasingkan Orang berkulit Hitam dan Putih, tetapi Orang Melayu juga disikriminasi sebab mereka diklaisfikasi sebagai Coloureds berstatus Bukan Bumiputera di bawah pemerintahan Rejim Apartheid.

Tegasnya, menurut analisa ahli-ahli sejarah, Apartheid bukan sahaja wujud dari segi fizikal di mana kemudahan awam diasingkan menurut warna kulit tetapi dasar sisioekonomi yang memisah-misahkan berbagai warga negara.

Saya membangkitkan isu Bumiputeraisme di bawah Pemerintahan Barisan Nasional adalah kerana Bumiputearsim telah disalahgunakan untuk memperkayakan segelintir Elit Melayu yang berkuasa sahaja dan tidak mendatangkan manfaat sewajarnya untuk semua Anak Melayu sedangkan kita sepatutnya berusaha menwujudkan satu rumpun bangsa Malaysia.

Oleh itu, penyalahgunaan konsep Bumiputeraism mendatangkan ketidakadilan, kronisme, nepotisme dan rasuah malahan menyakitkan hati kalangan yang diklasifikasi sebagai Bukan Bumiputera di mana kestiaan mereka sentiasa dipersoalkan. Contohnya, Prof. Dr. Fatimah Daud dari UIAM telah membuat hujah bahawa saya ‘boleh segera keluar dari negara ini dan bermigrasi ke Afrika Selatan untuk merasai sendiri amalan aparteid di sana...kita tidak perlu orang begini di sini. Mereka boleh keluar dari Malaysia dan pergi ke Afrika Selatan atau Amerika:”

Apa yang amat pelik ialah pelbagai tuduhan oleh Pembangkang di luar Dewan Parlimen ini gagal ditangani oleh peguam-peguam handalan dari kalangan pihak orang yang kena tuduh dan fitnah (BN dan UMNO). Mengapa BN dan UMNO hanya menunggu untuk kerajaan yang menyaman mengambil tindakan terhadap pembangkang. Bukankah kenyataan berbaur fitnah mendedahkan diri mereka kepada tindakan saman? Jika peguam-peguam BN dan UMNO memulakan tindakan terhadap provokasi berkenaan maka mereka akan lebih berhati-hati.

Mengapa Wakil DAP Johor itu menyamakan Urusan Hak Bumiputra dengan Aphartheid? Dr Boo dilihat keliru di dalam memberi maklumbalas mengenai provokasi beliau sendiri mulakan. Sudah lupakah bahawa rakyat Afrika malah hampir setiap benua telah dijajah yang kemudiannya memulakan dasar buruk berkenaan. Mereka mewujudkan amalan sedemikian demi kepentingan kesinambungan penguasaan mereka terhadap bumi Afrika. Bayangkan individu bumiputra di Afrika (orang-orang kulit hitam yang berasal dari benua itu) telah tidak iktiraf sebagai pengundi sejak zaman dahulu lagi! Jika Dr Boo membaca tentang teori Darwin berkaitan Tahyul Evolusi yang kononnya bangsa Arya (Bangsa Penjajah) itu adalah bangsa mutakhir dan orang-orang kulit hitam adalah manusia yang belum lengkap proses evolusinya.

Di Malaysia, Dr Boo sendiri mengetahui siapakah yang telah sedia ada ketika si penjajah datang? Jika Dr Boo berfikir lebih lanjut lagi, sila lah bertanya kepada diri sendiri bahawa siapakah pula yang dibawa masuk kemudiannya oleh Brittish? Di mana pribumi pada waktu itu dihalau dan kemanakah pula para pendatang itu semua di bawa? Bukankah para pendatang itu telah di bawa ke bandar-bandar dan berpeluang menikmati agihan ekonomi yang lumayan dan anak-anak mereka pula dapat masuk sekolah aliran Inggeris? Natijah dari itu maka para profesional dari kalangan kaum bukan bumi merucup bak cendawan! Siapa lebih apattheid pada waktu itu?

Setelah melihat kezaliman sedemikian Kerajaan Pimpinan UMNO telah cuba memperbaiki keadaan dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru. Apa yang malangnya Dr Boo memandang serong semua langkah yang cuba untuk memperbetulkan kezaliman ini.

Bumiputraime bukan suatu doktrin tetapi lebih merupakan suatu remedi jangka panjang. Jika anda tidak memahaminya bermakna anda bukanlah orang yang boleh diharap untuk memerintah dan memelihara kepentingan bumiputra. Pada pandangan saya negara yang majoritinya bumiputra ini merasa tidak yakin dengan pendirian sinis anda ini.

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages