Pesanan Penaja

Wednesday 27 April 2011

Menangani Fenomena Rasisme di dalam Politik. MCA dan SUPP harus kreatif!



Elak Rasisme

MCA dan SUPP adalah komponen dalam BN tetapi mereka gagal berfungsi untuk menarik minat dan sokongan dari orang Cina, apa sebab dan misterinya? Hanya mereka yang lebih arif. Semuanya terletak kepada keikhlasan dan agenda sesiapa yang terlibat. Jika tiada keikhlasan dalam berjemaah maka mereka boleh saja menjadi "pagar yang makan padi". Agaknya ada yang berfikiran bahawa jIka selama ini BN sukar ditumbangkan dari luar maka 'menumbangkannya dari dalam' mungkin lebih mudah! BN harus menunjukkan kepekaan terhadap sensitiviti ini.

Sejak dahulu,BN merupakan tulang belakang "Government of The Day (GOTD)" yang sentiasa memperjuangkan kejayaan pembangunan material dan spiritual berasaskan perpaduan dalam suasana kepelbagaian kaum. Jika sebaliknya,  usaha ini gagal diangkat maka masyarakat akan cenderung untuk menjadi rasis akibat ketandusan model ikutan apatah lagi jika terdapat penghasut yang mendapat faedah dari pergelutan kaum.    

Parti berasaskan kaum Cina itu perlu sedar bahawa mereka wajib memainkan peranan penting sebagai pengimbang demi menghidupkan Semangat 1Malaysia yang bersifat
prokemajmukan etnik. Peranan mereka ialah untuk meyakinkan kaum Cina terhadap keikhlasan GOTD dalam memperjuangkan agenda pembangunan berasaskan perpaduan kaum yang menanam sikap toleransi dan penerimaan nilai kemajmukan etnik dan bukannya terikut-ikut dengan cara DAP.

Boleh saja parti berasaskan Kaum Cina itu 'mewujudkan suatu konflik baru' dengan parti UMNO untuk kelihatan 'garang' dalam mepertahankan hak orang Cina dan mendapatsedikit sebanyak undian tambahan namun memenangi hati pengundi Cina dengan kaedah itu dirasakan amat memerbahayakan.Sebagai contohnya baru-baru ini kempen "BoikotUtusan" oleh MCA adalah merupakan suatu 'konflik' terhadap UMNO yang cuba meraih sokongan. Namun kempen berkenaan dilihat sinis oleh kebanyakan orang kerana Utusan tidak dibaca oleh orang Cina sejak dahulu lagi! Kesan negatifnya pula ialah masyarakat cina akan terus menjadi lebih rasis akibat asakan dan tindakan berbau perkauman yang datangnya dari dalam dan luar BN. MCA dan SUPP harus mencari jalan yang lebih kreatif dan membina di dalam menarik lebih ramai penyokong. 

BN ialah barisan organisasi politik yang mendukung Semangat 1Malaysia yang menyemai sikap bukan sahaja sikap toleransi malah bergerak lebih jauh iaitu menuju ke arah penerimaan kepelbagaian etnik seadanya  sebagai cara hidup dinamik. Kemunculan DAP sebagai magnet dalam menarik sokongan Kaum Cina akan mengganggu proses transformasi untuk menerap penghayatan dan amalan 1Malaysia. Ini adalah kerana DAP lebih cenderung untuk menguasai kawasan bandar yang majoriti penduduknya ialah dari kaum cina.  Kempen dan provokasi yang mereka jalankan jelasnya tidak berasaskan konsep perpaduan dalam Gagasan 1Malaysia. Jika fenomena monopoli kaum di bandar terus berlaku maka sesuatu harus dilakukan bagi mengelakkan wujudnya 'pulau-pulau' di atas daratan Malaysia yang dicintai ini. Masyarakat moden amat sensitif dengan penguasaan tunggal sesuatu entiti baik dari segi pemerintahan mahupun dalam sektor swasta. Sebuah negara demoktratik normal sentiasa ada puak pembangkangnya bagi mengelakkan monopoli. Syarikat pembekal tenaga dan komunikasi umpamanya juga tidak harus dibiarkan dikuasai oleh sebuah entiti. Di Amerika, Microsoft pernah disaman kerana amalan monolpoli dalam perisian komputer yang kelihatan mengunci pengguna untuk menggunakan hanya produk mereka sahaja. Pendek kata, monopoli ekonomi dibandar-bandar adalah suatu penyakit yang perlu diubati segera.  


Jika parti komponen berasaskan Kaum Cina berkenaan gagal seiringan dengan parti komponen lain di dalam BN maka kewujudan mereka menjadi tidak bermakna kerana tidak membantu apa-apa. Apa yang menjadi pertikaian nanti ialah bilangan kerusi yang cuba dipohon oleh parti berkenaan bagi memastikan kuota mereka dipenuhi.BN perlu melihat dan menganalisa kembali tentang bagaimanakah untuk memberi kelebihan kepada parti komponen lain yang menunjukkan kesetiaan dan keberkesanan kewujudan mereka sebagai sebahagian dari BN. Setelah beberapa dekad Pilihanraya Umum berlalu maka ramai dari kita yang telah dapat 'membaca' ke mana arah trend perjuangan sesebuah parti komponen dalam BN. 

Important Messages