Pesanan Penaja

Tuesday 15 March 2011

BANGSA UNIVERSAL: SESIAPA SAHAJA BOLEH "MASUK MELAYU"

Melayu - Bangsa Universal!

Salam Sahabat,
Penulis ingin mengajak kita berfikir mengenai persoalan "Masuk Melayu" yang pada pandangan penulis ada kaitannya dengan buku yang dikarang oleh YABhg Tun Mahathir.

Bangsa Melayu ialah sebuah bangsa yang bersifat dinamik kerana sesiapa sahaja boleh menjadi Melayu asalkan dirinya beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan mengamalkan Budaya Melayu. Jika ada orang Rusia umpamanya memeluk Agama Islam dan membudayakan Budaya Melayu serta fasih berbahasa Melayu maka orang berkenaan "menjadi Melayu" atau istilah dahulu kalanya "Masuk Melayu"  Sebab itulah mereka dari keturunan arab dan india sesetengahnya diktiraf sebagai Orang Melayu. Namun, Istilah inilah yang tidak digemari oleh bukan Melayu kerana mereka ingin memastikan kemandirian mereka kekal. Sifat kemelayuan sebenarnya tidak terletak kepada sifat genetik dari kaca mata Perlembagaan Malaysia!

Namun demikian di Johor, Melayu di takrif sebagai Orang yang beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan Berbudaya Melayu dan nenek moyangnya (keturunannya)  berasal dari kepulauan Melayu. Frasa terakhir itu mengaitkan keturuan Melayu dengan sifat genetik.  Agak sukar untuk "Masuk Melayu" di Johor lebih-lebih lagi penentuan ini berkait rapat dengan pengurniaan tanah "Reserve Melayu" di Johor.

Sejak dahulu lagi Mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah cuba melakukan proses 'Masuk Melayu'  kepada ramai bukan Melayu. Mereka memeluk Islam dan dijadikan anak angkat Allahyarham. Usaha begini telah juga dibudayakan oleh keluarga Melayu lain yang menerima anak-anak Orang Cina sebagai anak angkat mereka. Pada masa dahulu perkara sedemikian bukan menjadi isu walau pun mereka ini telah mendapat hak yang sama dengan Orang Melayu.

Jika umpamanya orang bukan Melayu menjadi seperti Dr Ridhuan Tee, maka Orang Melayu secara automatik menganggap mereka  sebagai "darah daging". Kalau kita melihat lebih jauh lagi
kita akan dapati Bangsa Melayu ini dari segi perlembagaan merupakan bangsa yang universal sebab sesiapa sahaja boleh "menjadi melayu" dengan cara memenuhi tiga ciri kemelayuan itu.
Apa yang menjadi isunya di sini ialah ramai yang tidak mahu kehilangan identiti bangsa dan kaum mereka sehingga terlupa bahawa Orang Melayu telah membuka pintu sebegitu luas untuk bersama sebagai ahli keluarga mereka .      

Sunday 6 March 2011

BENAR...TELAHAN SAYA BN MENANG LEBIH MENYERLAH!

 Keputusan Pilihanraya Umum 2008

Nampaknya benar keputusan spara tidak rasmi di war-warkan sebelum jam 8 dan BN memang menang , dan benar juga  undi untuk BN lebih banyak berbanding 2008. Di Merlimau beza - 538 sahaja undian bagi  BN berbanding agakan saya tetapi adalah benar bilangan undian meningkat sebanyak 981 , di Kerdau undi PAS memang merosot dan undi BN meningkat sebanyak  925.
Tahniah kepada seluruh team BN yang telah berjaya memberi keyakinan kepada rakyat untuk kembali menyokong Kerajaan yang penuh berpengalaman ini. Hidup Malaysia

Saturday 5 March 2011

TAHNIAH - SAYANG MALAYSIA MERASAKAN MEREKA MENANG

Calon BN Kerdau dan Merlimau
Salam Sahabat,

Pilihanraya DUN Merlimau N27 Saya merasakan bahawa PAS akan kehilangan undi yang banyak berbanding 2008, BN akan meraih undi melebihi 6500 dan kemenangan akan di umum sebelum jam 8.00 malam.
Pilihanraya DUN Kerdau N28.
Begitu juga di Kerdau, PAS akan kehilangan undi yang banyak berbanding 2008. BN akan meraih undi melebihi 7800. jangkaan keputusan akan dikeluarkan pada jam sebelum 8.00 malam.

Thursday 3 March 2011

APA RELEVANNYA TINDAKAN AMERIKA DAN SEKUTU BARATNYA?


Salam sahabat,
Berita Radio Malaysia pagi ini menyiarkan pandangan kontroversi Amerika melalui Hillary Clinton bahawa Iran adalah dalang yang terbabit merancang kemelut revolusi di Timur Tengah termasuk negara kedua terbesar di Utara Afrika itu - Libya. Dalam masa yang sama  Amerika memberi bantuan kewangan secara terus kepada pemberontak yang terdiri dari pemuda-pemuda di Mesir lama sebelum revolusi berkenaan berlaku:
 (rujuk:http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/africaandindianocean/egypt/8289686/Egypt-protests-Americas-secret-backing-for-rebel-leaders-behind-uprising.html#)

Apa yang anihnya ialah Amerika pula berminat untuk menyerang Libya dengan memberi sokongan kepada pemberontak di Libya. Menurut Fiedel Castro mantan Presiden Cuba Amerika dengan rakan Natonya pada bila-bila masa akan menyerang Libya. Rujuk:

http://www.bbc.co.uk/news/world-latin-america-12542002

Perancangan untuk mencetuskan huru-hara dunia ketiga ini telah lama dirancang dan diramalkan seperti apa yang diteorikan oleh Paul Joseph Watson dari media online Prison Planet.com, rujuk:

http://www.prisonplanet.com/articles/april2007/090407bioweapons.htm

Soalnya apa relevannya Amerika dan sekutu Barat terus merancang, memporakperandakan kestabilan negara berkenaan?  Artikel di bawah menunjukkan kepentingannya, sila baca:

"The Libyan economy depends primarily upon revenues from the oil sector, which constitute practically all export earnings and about one-quarter of gross domestic product (GDP). The World Bank defines Libya as an 'Upper Middle Income Economy', along with only seven other African countries.[121] In the early 1980s, Libya was one of the wealthiest countries in the world; its GDP per capita was higher than that of developed countries such as Italy, Singapore, South Korea, Spain and New Zealand.[122]

Today, high oil revenues and a small population give Libya one of the highest GDPs per capita in Africa and have allowed the Libyan state to provide an extensive level of social security, particularly in the fields of housing and education.[123] Many problems still beset Libya's economy however; unemployment is the highest in the region at 21%, according to the latest census figures.[124]

Compared to its neighbors, Libya enjoys a low level of both absolute and relative poverty. Libyan officials in the past six years have carried out economic reforms as part of a broader campaign to reintegrate the country into the global capitalist economy.[125] This effort picked up steam after UN sanctions were lifted in September 2003, and as Libya announced in December 2003 that it would abandon programmes to build weapons of mass destruction.[126] - Wikipedia

Kesimpulan:
Dengan begitu banyak simpanan minyak dan juga ketiadaan senjata yang berkesan untuk mempertahankan diri maka Libya terdedah kepada anasir penaklukan semula. Sekali lagi hasil mahsul negara membangun dirampok tanpa mengira aspek legaliti.

Perkara paling ganjil dan amat menghairankan ialah mengapa semua orang termasuk OIC dan pemimpin veteran Islam seperti mengiakan tindakan negara penakluk itu? Jika mengkritik pun cuma sahaja untuk berbahasa. OIC juga mengikut nada yang sama!

Tuesday 1 March 2011

PENGAJARAN DARI REVOLUSI BUATAN TERHADAP NEGARA MUSLIMIN

 Penaklukan Semula?

Salam,
Saya melihat bahawa kepimpinan negara majoriti Muslim yang diserang oleh revolusi buatan Israel - Barat memang telah dirancang untuk dijatuhkan sejak sekian lama. Agendanya ialah mematahkan taring negara besar majoriti muslim yang kaya dengan resos terutamanya minyak. Sebagai contoh paip menyambung bahan bakar gas merentasi benua dari Afghanistan itu menuju Eropah telah lama dirancang. Oleh itu perang dan provokasi merupakan pemudahcara atau jalan untuk mendapatkan resos secara paksa sejak dari dulu.

Kekejaman Serbia terhadap muslimin Bosnia berlaku semasa Sukan Olimpik berjalan. Seluruh jagat menonton pelbagai permainan dan olahraga dan terpaku di depan kaca TV. Apatah lagi siaran satelit memancarkan siaran secara langsung yang jelas dan tidak putus-putus.  Kini sedang seluruh jagat terkeliru oleh tindakan segelintir rakyat di negara Timur Tengah 2 loji nuklear Iran dan Syria telah diserang. Serangan terhadap palestin oleh Israel meningkat berlipat kali ganda 'tanpa di sedari' oleh 'masyarakat antarabangsa'. Apa yang trajisnya ialah subjek yang terkena hentaman sepanjang zaman ialah muslimin!

Apabila Ghadafi diserang oleh pemberontak, seluruh dunia mengutuk Ghadafi dengan nada sealiran Amerika dan Barat. Jika dilihat dari satu perspektif,  pemimpin ini pernah di serang oleh jet penceroboh Amerika dan membunuh anaknya di rumahnya sendiri! Ada sesiapa yang 'berbunyi' mengenainya? Sekarang ini Amerika menempatkan bala tenteranya di sisi negara berdaulat itu. Nato sibuk berbincang mengenai kemungkinan tindakan tentera terhadap Ghadafi dan Libya. Adakah semua dunia Islam termasuk OIC akan turut mengkritik pemimpin Islam itu dan membiarkan Barat menyerang dan menakluk sumber tenaga mereka? Jika Libya diserang dan ditakluk siapakah yang bakal menguruskan negara itu? Bila mereka akan keluar dari negara malang itu? Lihat sahaja contohnya seperti Iraq dan Afghanistan.

Pernah berlaku pemberontakan di China dan negara berkenaan tidak memberi peluang kepada mereka yang memberontak itu dengan melanyak tubuh mereka menggunakan kereta - kebal. Logik tindakan pemimpin China itu ialah mereka itu adalah pemberontak yang wajib dihukum bunuh. Pemberontak yang menggunakan tindakan subversif memang menerima hukuman bunuh pada kebanyakan negara malah negara kita juga mempunyai kaedah yang sama. Kerja pembangkang bukannya untuk menumbangkan Kerajaan yang memerintah secara legal tetapi lebih kepada menjadi pengimbang pandangan dalam sesuatu pekara atau isu. Kebanyakan revolusi yang berlaku semuanya melibatkan pembangkang dan desperado yang di biayai oleh agensi antarabangsa yang berkaitan dengan kepentingan barat (rujuk posting terdahulu) di blog dan facebook.

Kini, kita  seolah-olah "mengiakan" saja semua perspektif barat tanpa melihat dan mengkaji apakah sebenarnya yang berlaku atau agenda apakah yang telah dirancang yang akhirnya melibatkan seluruh umat Islam. Akhbar Perdana kita turut menyokong apa yang di katakan oleh Amerika tanpa memikirkan bahawa adakah ianya benar atau manipulasi media pro Israel!

Jika seluruh umat Islam berjaya sekali lagi ditakluk oleh Kuasa Yahudi - Barat samada melalui peperangan atau melalui jalan diplomatik maka tiadalah lagi gunanya kita menceritakan tentang keagungan tamaddun Islam kerana ianya tidak dapat bertahan oleh tindakan musuh-musuh seperti ini.

Important Messages