Pesanan Penaja

Sunday 8 November 2009

PAS MULA BERUBAH


 "Eye of Huricane"
Salam,

Bukan senang bagi sesiapa untuk berubah. Jika mereka telah berpaut lama pada suatu sangkaan dan telah berpuluh tahun pula menjalani kehidupan dengan berlandaskan sangkaan-sangkaan tersebut maka hampir mustahil mereka akan berubah. Walau bagaimana pun seseorang boleh berubah jika terdapat trauma yang merapuhkan pegangan mereka.

Rasulullah berdakwah selama berpuluh tahun untuk merobah masyarakat jahiliah kepada masyarakat Islamik yang dinamik dengan cara mempertikai kesahihan pegangan mereka dan kemudiaannya disusuli dengan perisian Tauhid yang akhirnya mewujud dan mengukuhkan masyarakat global pada zaman itu. Bagi Kurt Lewin (1951) pula, masyarakat boleh berubah jika kepercayaan lamannya mencair. Pegangan berkenaan mencair kerana dicabar oleh trauma atau indoktrinasi. Selepas perspektif mereka mencair maka bolehlah diberi perisian baru yang kemudiannya dibekukan bersama minda baru. Maka berubahlah masyarakat menjadi masyarakat yang dinamik.

Kerja merobah minda manusia bukan kerja senang namun jika ada tanda-tanda bahawa suatu fenomena yang mungkin menyebabkan trauma bakal  berlaku maka bantuan untuk merobah sesebuah masyarakat itu menjadi lebih mudah. Merujuk kepada fenomena kecelaruan PAS sekarang ini nampaknya tugas merobah pegangan mereka bakal menjadi lebih mudah. Dewasa kini sosek-sosek di sana sini kedengaran pelbagai golongan samada dalam dan luar organisasi tersebut mempertikai kewibawaan pemimpin mereka. Sebagai contoh kebanyakan 'fatwa' Nik Aziz (NA) tidak semujarab dulu. Kebanyakan dari kalangan PAS sendiri mempertikai nasihat-nasihat yang datangnya orang yang dikatakan  "murshid" itu. Apa sudah jadi? Semakin parah sekarang ini ialah apabila kewibawaan idola NA sendiri sedang menghadapi kemelut yang akan membunuh bukan saja karier 'idola' tersebut malah mengheret sekali integriti NA yang telah mula kurang mendapat sanjungan. Dengan hanya satu petikan dari sebuah tulisan oleh seorang yang dikatakan tokoh akedamik NA terus melenting untuk memulakan suatu tindakan yang beliau rela melihat PAS pecah demi mendapatkan penyelesaiannya. Sekali lagi integriti NA dipertikai orang bila seruan untuk mengadakan EGM diubah menjadi mesyuarat yang NA sendiri balik lebih awal kerana 'pening kepala!'. Penulis pernah terdengar orang Kelantan sendiri berkata "Apa ni Tok Guru dok main politik, dah tua-tua tu duduk mesjid sudahlah! Buat kecoh aje!"

Akhbar dan blog pro PAS menunjukkan kehandalan untuk cuba menutup kecelaruan pemimpin PAS. Maka mereka menerbitkan artikel dan  foto yang menunjukkan pihak yang bertelagah 'bersalaman' seolah-olah mereka telah 'membuang yang keruh'. Adakah masyarakat percaya bahawa mereka telah 'ambil yang jernih' demi rakyat? Apa yang mereka perlu faham ialah orang tahu bahawa mereka telah lama bertelagah dan sudah hampir masanya untuk "retak menanti belah."

Apa natijahnya dari kemelut ini? Jawabnya ialah kesan dari desakan dan tuduhan NA itu menyebabkan  PAS Selangor terasa dihina terutamanya  YB Dr Hassan Ali (HA) yang menjadi fokus kritikan NA. Nampak tanda-tanda 'PAS Selangor' sedang mengatur strategi untuk memelihara integriti mereka. Tok Guru tidak lah boleh sesuka hati tuduh mereka menjadi batu penghalang perpaduan PR. Apa yang anihnya ialah isu yang dibangkitkan oleh  NA dan beberapa kerat orangnya ialah isu yang sepatutnya kelihatan menyokong PAS Selangor tetapi sebaliknya. Sepatutnya PAS Kelantan menyokong orang Selangor yang cuba mengelakkan jualan arak kepada Orang Islam di Selangor dapat dibendung tetapi demi setia kawan dengan komponen pembangkang lain maka NA sanggup memburukkan imej "darah dagingnya" sendiri. Memang benarlah apa yang kita tanggap selama ini bahawa NA tidak berdaya membela nasib orang Islam khususnya Orang Melayu iaitu bangsanya sendiri. (rujuk posting terdahulu).

Jika 23hb November 2009 memperlihatkan kemenangan dipihak Plaintif maka akan berlakulah suatu malapetaka yang menyebabkan trauma yang amat dahsyat dikalangan pendokong dan penyokong tegar PR terutama PKR dan PAS. PKR kehilangan orang penting mereka manakala PAS pula kehilangan kepercayaan kepada NA dan sahabat yang menjunjung kepercayaan mereka selama ini. Persoalan mengapa kita mesti terus mengikut Tok Guru sedangkan dia membawa sesuatu yang salah (menyeleweng) - kenapa awal-awal lagi tiada firasat berkenaan perkara ini? Kalau beginilah jadinya apa kelebihannya menjadi Tok Guru? Pengikut NA akan merasa dipermainkan oleh orang atasan mereka. Kemana mereka akan pergi? Adakah mereka masih berkumpul di dalam khemah PR lagi? Mustahil!

Penulis meramalkan mereka akan kembali kepada  UMNO sebagai wadah yang mantap. UMNO mempunyai pengalaman menghadapi pelbagai krisis. UMNO telah mentadbir Malaysia selama 53 tahun dan pemimpin UMNO terkenal diseluruh dunia! (rujuk posting terdahulu).  Sekurang-kurangnya apa yang berlaku ialah  Wakil Rakyat dari kalangan mereka akan mengisytihar diri bebas buat sementara dan menyokong BN bagi mewujudkan kerajaan pusat yang lebih mantap yang dapat melaksanakan agenda pembangunan demi anak bangsa. Kita semua menanti saat bahagia ini dengan penuh debaran.

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages