Pesanan Penaja

Saturday 21 November 2009

MCA SEPATUTNYA MENJADI CONTOH PERSEPAKATAN DI KALANGAN MASYARAKAT CINA!



Salam,

Bukankah seharusnya MCA menjadi contoh yang harus menggambarkan kesepakatan dalam masyarakat Cina agar menarik pengundi dari kalangan mereka? Bukankah persoalan perpaduan lebih utama? Jika "pergaduhan besar" mereka ditayang didada akhbar dan media lainnya bukankah ianya tidak membantu apa-apa pun di dalam usaha untuk menaikkan imej BN. Apakah mereka tidak sedar?

Sesiapa sahaja ingin melihat parti yang diundi boleh membantu diri mereka,  dan sebelum membantu orang mereka harus berkebolehan membantu diri sendiri. Jika diri sendiri gagal dibantu dan sentiasa terus berpolemik maka pengundi sudah pasti tidak akan memilih mereka. Ini hakikat dalam amalan demokrasi. Jika dahulunya kita boleh menarik sokongan dengan mudah kerana sejarah kukuh kita, tidak bermakna sokongan itu akan diraih secara percuma di kemudian hari. Mustahil!

Tiada orang yang boleh mengatakan bahawa "jangan masuk campur urusan dalaman parti" kerana BN adalah milik rakyat termasuk komponennya. Kenapa tidak penyelesaian dibuat secara berhemah, beradab dan berahsia, tanpa di  "checheh" ke sana sini. Perselisihan tidak harus di "pasarkan" kepada umum kerana kita tidak akan menjual apa-apa di sini malah harga diri seolah-olah di lelong.

Apa kesannya kepada BN jika senario ini berlanjutan? Parti bukan MCA menjadi dominan di dalam BN dan MCA akan kehilangan pengaruh. Kita terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah kemeluatan pengundi terhadap kita. Mereka akan memperlekehkan kita dan mula mencari alternatif. Bukankah mantan PM YABhg Tun Mahathir pernah menyebut tentang fenomena kebosanan penyokong terhadap perangai sesetengah kalangan dan mereka terus memilih untuk mencari alternatif. Cuba fikir, jika sehingga menjemput PM masuk campur maka bermakna MCA sendiri gagal dalam menyelesaikan masalah dalaman. Bukankah elok sekiranya PM dibiarkan menerajui negara dengan keadaan yang kondusif? Bukankah menjadi tanggung-jawab setiap orang untuk mencetuskan keadaan yang kondusif sebagai media untuk menjalankan agenda pemerintah?

Lihat sahaja bagaimana segala "pekong di dada" yang telah dibuka oleh mereka yang 'bergaduh' tanpa segan silu. Walau pun masing-masing kelihatan cerdik dengan segala taktik dan muslihat namun ianya tidak membantu menyelesaikan keadaan malah makin mengusutkan keadaan. Akhirnya ada pula yang mungkin kehilangan mata pencarian. Apa yang berlaku ialah segala "keburukan" mula diketahui ramai dan akan memberi aib kepada yang terlibat malah seluruh BN sendiri. Sekarang ini orang ramai mula menyebut tentang persoalan rasuah, persoalan moral serta persoalan cantas-mencantas hasil dari keadaan yang mereka sendiri timbulkan semasa cuba untuk mempertahan integriti masing-masing. Apakah masing-masing lupa tentang misi untuk memenangi PRU ke 13 nanti? Kita tidak mahu reputasi BN terganggu-gugat oleh komponennya yang secara tidak sedar telah melupakan persoalan perpaduan.

MCA harus berhenti dari menjadi kelam-kabut begini. Wajib menghentikannya segera!

sysalq.

2 comments:

  1. bagus abg long

    diorang kena taruh sikit... tak faham2... ade saja

    nasib baik, NR dh mula suara... kita tunggu apa reaksi diorang ni..

    huhu

    ReplyDelete
  2. Kalau polemik ini satu lakonan bagaimana? Apa kesan kepada pengaruh BN? Siapa yang akan kerap mewakili pengundi Cina di Malaysia...adakah MCA?

    ReplyDelete

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages