Pesanan Penaja

Sunday 1 November 2009

AWAS: MANTAN PEMIMPIN UMNO MENGETUAI DUNIA!


Kesan Letusan Nuklear
Salam,

Dunia diketuai oleh seorang Mantan Presiden UMNO! Begitu hebatnya pemimpin ini sehingga dapat mempengaruhi DUNIA dengan idea dan gagasannya. Seluruh dunia terutama dari kalangan yang bersimpati dengan mangsa peperangan dan juga mereka yang cintakan keamanan turut bersama menjayakan misi yang paling hebat dalam sejarah. Siapakah yang berani memulakan gagasan ini dengan menongkah arus menentang kerajaan - kerajaan penakluk? Satu-satunya di dunia ini dia ialah YABhg Tun Dr Mahathir Mantan Pemimpin UMNO dan Mantan Perdana Menteri kita.

"Menjenayahkan Perang" suatu pernyataan berkaitan undang-undang antarabangsa yang memang wajib dilaksanakan. Penubuhan tribunal untuk membicarakan pesalah adalah suatu langkah berani yang cukup hebat. Inilah kehebatan pemimpin UMNO!

Kehebatan Tun di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan semasa menjadi PM tidak dapat dipertikai. Apabila sesuatu kenyataan dikeluarkan oleh beliau pelbagai pihak bakal terperangkap jika tersilap memberi respons. Pernyataan beliau itu mungkin merupakan provokasi atau premis kembar. Penulis maksudkan  perkataan "Premis Kembar"  sebagai pernyataan yang "kelihatan menyebelahi mana-mana pihak mengikut perspektif masing-masing responden".Semua tergamam akibat tersilap rujuk apabila kemudiannya Tun membuat penjelasan tentang maksud sebenar beliau . Begitulah kehebatan YABhg Tun. Kebijaksanaan ini adalah salah satu lambang kekuatan pemimpin UMNO (rujuk posting terdahulu mengenai pernyataan Tun - yang disalah rujuk oleh PAS mengenai Anwar)

Perjuangan menjayakan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (TJPKL) ini akan menyebabkan ketua negara yang sewenang-wenangnya melancarkan perang merengkok ke dalam penjara. Natijah dari penubuhan TJPKL mencetuskan organ bagi menjayakan mekanisma melaksanakan tindakan melalui Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur sesuai dengan undang-undang antarabangsa iaitu Konvensyen Geneva yang menyentuh tentang tataperlakuan dalam peperangan.

Semua ini dapat dijayakan jika kita semua bersatu dan kita mempunyai kesungguhan, kepakaran, kebijaksanaan serta paling  penting ialah mempunyai peruntukan masa dan kesempatan untuk memikirkan segala kekalutan dunia ini. Kita boleh menjayakan pembelaan kepada mangsa-mangsa yang dizalimi oleh kerakusan perang dengan syarat kita tidak dilanda peperangan.

Agaknya umat Islam yang sering menjadi sasaran kekejaman sejak zaman berzaman ini tidak sedar bahawa mereka bakal terus dizalimi untuk beberapa dekad akan datang jika mereka bertelagah sesama sendiri. Maka akibat kealpaan inilah yang menyebabkan Orang Melayu khususnya berpecah-belah untuk memilhara kepentingan peribadi tanpa memikirkan soal kesatuan Ummah yang lebih kritikal. Jika Orang Melayu terus berpecah kita semua akan melihat bahawa negeri-negeri di Malaysia ini akan dikuasai oleh bukan dari kalangan mereka lagi walau pun peratusan kependudukan di negeri berkenaan bermajoritikan Melayu seperti di Selangor.

Dewasa kini semua negara yang terlibat di dalam peperangan adalah merupakan negara yang penduduknya dalam keadaan kucar kacir. Mesti ada dari kalangan mereka yang bersengketa walau pun dari satu bangsa dan agama. Ada kalangan yang bersengketa itu menjemput orang asing untuk membantu dan bermulalah penjajahan terhadap negara mereka. Apa yang mungkin tidak disedari ialah kerap kali sengketa berkenaan dicetuskan oleh pihak luar yang memang ingin menjajah negara berkenaan kerana terdapat hasil bumi yang hendak dimanupulasi. Lebih parah lagi ialah apabila ada orang dalam yang bersubahat dengan penjajah ini.

Agaknya YABhg Tun belum lagi menyentuh tentang pelbagai senjata canggih dicipta untuk menjajah. Penulis merasakan ada kemungkinan gegaran gempa dan ribut taufan boleh dihasilkan secara buatan untuk dijadikan senjata penakluk. Bunyi letupan kuat sebelum gempa bumi berlaku di Sumatra dan Padang tidak disiasat secara serius. Bunyi letupan apakah itu? Adakah sebarang radiasi nuklear boleh dikesan? Ada sesiapa mengkajinya? Terdahulu beberapa eksperimen untuk menghasilkan gempa dan tsunami telah dicuba oleh ramai saintis barat. Soal mengalih cuaca adalah perkara biasa di Rusia dan negara barat lainnya. Mereka boleh memesongkan ribut taufan untuk melalui "track" tertentu yang akan menjahanamkan hartabenda di bawah laluannya. Mereka juga dikhabarkan boleh mencetuskan kemarau panjang dengan menggunakan gelombang mikro yang dipancarkan ke langit.

Penulis mendapat khabar dari seorang sahabat bahawa beliau ada menerima laporan bahawa Tsunami di Acheh beberapa tahun lalu adalah hasil letupan 3 bom nuklear di dasar laut. Beliau mendapat lapuran setebal 30 muka dari sahabat dari luar negara. Lapuran lengkap berkenaan menulis tentang butiran terperinci bagaimana mereka melakukan tindakan jahat berkenaan lengkap dengan nama tiga kapal selam berserta anak-anak kapal. Jika lapuran ini sahih maka siapa yang hendak dipersalahkan ke atas kematian beratus ribu nyawa dilingkaran letupan berkenaan? Jika kita hendak melawan,  menentang atau sekurang-kurangnya menghindar dari kerja jahat ini adakah kita semua mempunyai kelengkapan yang mampan? Di mana letaknya standard teknologi negara Islam? Jika Iran mempunyai teknologi berwibawa maka kita diajak pula bergeser dengan mereka atas alasan persoalan mazhab yang wujud sejak 500 tahun selepas wafatnya Rasulullah!

Persoalan perang dan penaklukan merangkumi banyak perkara termasuk perkara yang telah diceritakan di dalam Al-Quran.  Diceritakan di dalam kitab suci kita bahawa gejala penaklukan akan melibatkan kita semua Umat Islam yang tidak henti dizalimi oleh mereka sepanjang masa. Apakah kita terus alpa dan sering mencipta pepecahan dari kalangan Ummah? Apakah UMNO dan PAS sebagai wadah perjuangan Islam dan Melayu  terus bertelagah untuk negara Islam sekecil Malaysia?

Wallahualam
sysalq

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages