Pesanan Penaja

Monday 16 November 2009

KEKELIRUAN DAHSYAT SEPANJANG ABAD.



Salam,

Bila "Tok Guru" dikritik oleh blogger kerana hendak pergi haji secara tajaan maka NA pun menyatakan bahawa "Kaum Quresh itu (blogger-blogger itu) menghalang Nabi Muhammad hendak ke Mekah menunaikan Ibadah Haji" Jadi simboliknya, Tok Guru berada dipihak yang 'benar belaka' persis seperti nabi! Permainan sebegini terus dipersembahkan sejak sekian lama dulu oleh kebanyakan pemimpin PAS bagi menimbulkan rasa bersalah di kalangan ahli taksub mereka. Sebelum ini NA menuduh bahawa "golongan Syed lah yang banyak menjadi penentang Rasulullah termasuklah Abu Jahal (pun dikatakan Syed!) - begitulah dangkalnya ilmu NA!. Respon sedemikian timbul hanya kerana terdapat pernyataan bahawa NA adalah orang yang menentang penyatuan Ummah yang datangnya dari seorang Syed dari kalangan UMNO.

Terbaru, blogger yang berani telah menulis tentang tajaan menunaikan haji.Beberapa dari kalangan ahli keluarga NA termasauk NA terlibat sama ditaja. Utusan Malaysia memetik bahawa penaja pakej tersebut ialah kontraktor yang bagi suatu tender kerajaan negeri. Bagi menunjukkan keperihatinan "sifat merajuk-rajuk" maka NA pun membatalkan pemergian tersebut tapi...nasi sudah jadi bubur! Kalaulah umpamanya seseorang penjawat awam telah menerima habuan dan memulangkanya balik semula atau tidak jadi ambil setelah bersetuju ambil adakah individu berkenaan terlepas dari pertuduhan salah laku?  Kita jangan keliru dengan permainan orang yang selalu menggunakan agama bagi hujah mereka. Mereka tetap manusia biasa seperti kita yang boleh terjebak dengan pelbagai dugaan dunia ini.  Pengajarannya ialah "jangan kita suka mengutuk orang kononya tidak Islamik sedangkan sendiri "sempudal" dengan pelbagai kekotoran!"

Kalau kita lupa, mari sama-sama kita rujuk tentang apa yang boleh dikatakan sebagai salah laku rasuah. Seseorang penjawat awam boleh dianggap melakukan salah laku rasuah apabila ada sesuatu habuan pada ketika  dia sebagai "pembuat keputusan", dan akibat dari habuan berkenaan  sipenerimanya itu  mengutamakan kepentingan peribadi (termasuk ahli keluarga) berbanding kepentingan awam. Suatu perkara lagi yang perlu diingat oleh penjawat awam ialah  "tidak boleh membiarkan dirinya berkelakuan sedemikian rupa yang boleh menjejaskan reputasi atau integriti perkhidmatan awam" Contoh paling mudah ialah sipembuat keputusan dilarang "bertepuk-bertampar" dengan "para pembekal" untuk mengelakkan fitnah atau mengelakkan diri sipenjawat awam itu diperguna dan "ditunggang"  Maka bergantunglah kepada kerajaan samada untuk meneruskan tindakan atau tidak.

Kalau kita tonton rakaman video NA yang cuba memberi pelbagai penjelasan kepada isu-isu yang ditimbulkan maka kita akan geleng kepada tanda tidak setuju dan tidak relevan hujah yang diberikan. Contoh mudah yang boleh kita bawa ialah bagaimana isu masuk syurga/neraka bagi penyokong UMNO/PAS. Apa yang tidak masuk akalnya ialah pernyataan NA bahawa "nak sembahyang sembahyanglah, orang UMNO sembahyang, orang PAS sembahyang" tapi apa dasar dia! Maknanya sembahyang tu tiada nilai kalau dasar parti tu tak sama macam dasar PAS. Ini ajaran apa ni? Islam tidak ajar ajaran sebegini!

Kerja sesetengah pemimpin PAS ialah menyebabkan ahli taksub mereka untuk  terus menyangka bahawa keluar dari PAS tu seolah-olah  terkeluar dari Islam. Kias-kiasan mereka tidak lain dari men "simbolik" kan perlakuan kepimpinan mereka tu ibarat perlakuan nabi. Orang yang mengkritik PAS dianggap Kaum Quresh dan penentang  dan mereka ialah "Mr Always Right" Oleh itu orang taksub akan merasa "berdosa" jika 'mengkhianati' parti, jadi "mereka berbai'ah" Mereka kiaskan bai'ah itu macam bai'ah semasa perjuangan Islam di zaman Rasulullah yang tidak mahu melihat munafiqun dari kalangan muslim. Apa relevannya kiasan ini? PAS adalah organisasi ciptaan manusia dan bukannya Agama Islam yang disampaikan oleh Jibril kepada Rasulullah!  Apa yang lebih dahsyat lagi ialah terdapat pula ada dari kalangan mereka yang membai'ah dengan berjanji "menjatuhkan talaq tiga" jika mengkhianati parti! Walau pun penjelasan oleh mereka telah dibuat dalam buletin, youtube dan Web TV pro PAS bahawa tiada arahan rasmi mengenai bai'ah tetapi jurucakapnya mendakwa bahawa memang terdapat kelainan bai'ah dari salah satu negeri yang tidak pula mahu dinyatakan butirannya. Apa yang lebih mencurigakan format bai'ah berkenaan lebih bersifat peribadi. Jadi persoalan "bai'ah" talaq tiga yang meneglirukan ini tidak tertutup begitu sahaja. Bercakap tentang pelbagai kekeliruan, mungkin kalangan pemimpin mereka ini terlupa tentang kekecohan yang pernah mereka cetuskan dahulu yang membuatkan keluarga bercerai berai kerana berlainan parti dan wujud fenomena sembahyang dua Imam yang menjadi satu belenggu besar kepada Orang Melayu pada ketika itu. Amalan mengkafirkan orang Islam lain pada ketika itu menjadi "darah daging" mereka. Sekarang ini ke mana perginya keributan berkenaan? Adakah PAS telah berubah? Atau ubah strategi baru demi pilihanraya?...Atau memang amalan dulu kala itu silap? Jika silap siapa dipersalahkan? Kenapa ahli taksub mereka terkunci mulut untuk menegur? Kenapa mereka secara masih memilih secara terus terusan para pemimpin lama mereka? Anih! Mungkin ramai dari kalangan mereka ialah "Yes Man" takut kelihatan berdosa kerana melawan orang suci!

Sekarang, mereka gambarkan dalam buletin mereka bahawa UMNO menganiaya pemimpin PAS dan PR melalui pendedahan dalam media yang dikatakan milik UMNO. Jika didedahkan tentang bai'ah yang kontroversi atau tentang pakej haji tajaan oleh kontraktor maka itu dinamakan fitnah atau aniaya. Mereka boleh pula "aniaya" PM kita dengan tidak henti-henti menuduh beliau terlibat dalam kes-kes tertentu! Sedangkan kes popular pemimpin mereka pun belum selesai lagi. Mungkin mereka menganggapnya fitnah belaka.

Sesuatu yang harus dipelajari ialah kita ini manusia yang tidak kering dari kesilapan. Janganlah merasa diri mulia sebagai "wajib masuk syurga" sedangkan orang lain dilihat sebagai ahli neraka. Hentikanlah menyangkakan bahawa PAS itu macam agama atau pemimpin PAS tu macam orang suci. Kalau lah anda memang rapat bersama para pemimpin PAS yang selalu duduk menanguk dalam ceramah-ceramah, sambil berketawa hilai mengejek orang mengikut selera Tok Guru (seperti dalam Youtube) maka penulis minta agar anda ahli taksub kembali kepada Ajaran Islam yang sebenar.Jika tidak maka "KEKELIRUAN DAHSYAT SEPANJANG ABAD" ini tidak akan berhenti. Siapa akan dipertanggungjawabkan di Mahsyar nanti?

Wallahualam
sysalq   

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages