Pesanan Penaja

Saturday 16 January 2010

PENGAJARAN DARI HAITI: GEMPA BUMI BUATAN?

Salam,

Pat Robertson seorang evengalist kristian yang merupakan orang kuat spiritual bagi George Bush (mantan presiden US) baru-baru ini, menyatakan bahawa Haiti dilanda bencana demi bencana kerana orang-orang Haiti telah membuat perjanjian dengan syaitan untuk menghalau penaklukan Perancis pada masa dulu. Haiti menjadi bebas tetapi sentiasa dirundung malang kerana disumpah akibat perjanjian itu. Namun demikian, seorang rakyat Haiti menafikan sekeras-kerasnya tuduhan melulu itu dan membuat kenyataan memeperkukuh semangat perjuangan menentang penjajahan dan perhambaan yang rakyat Haiti telah berjaya melakukannya dengan pertolongan Tuhan. Apa yang anih ialah kenapa tidak pasal-pasal pernyataan sedemikian dikeluarkan oleh seorang agamawan kristian pada masa rakyat Haiti sedang bergelumang memerlukan bantuan? Cuba fikirkan fakta ini pula...(rujuk: http://network.nationalpost.com/np/blogs/posted/archive/2010/01/13/televangelist-pat-robertson-blames-haiti-quake-on-pact-with-devil.aspx)

Tidak lama selepas gempa bumi di Sumatera pada tahun lepas keluar siaran SMS dan Email yang mendakwa bahawa gempa bumi yang baru berlaku di sana adalah merupakan kemarahan Allah kepada makhluknya yang mula melanggar hukum agama. Maka dikaitkanlah nombor ayat dengan saat berlakunya mala petaka yang dahsyat itu. Siapa yang menghantar siaran-siaran berbau agama itu dan apa tujuannya? Mungkinkah siaran itu bertujuan sebagai penyejuk hati atau untuk mengelakkan dari orang berminat mengkaji tentang keanihan kejadian. (rujuk: http://www.al-ulama.net/home-mainmenu-1/articles/250-gempa-dan-ayat-ayat-allah-swt.html)

Di Negeri China pula, 10 minit sebelum berlaku gempa bumi di Schi Chuan yang mengorbankan berpuluh ribu orang tiba-tiba wujud fenomena anih iaitu kelihatan awan menjadi luminisan dengan pelbagai warna seperti aurora di kutub utara.  Kejadian itu yang berlaku sejurus sebelum temasya olimpik di sana telah dirakam oleh penduduk dan mereka dapat disaksikan melalui di youtube http://www.youtube.com/watch?v=7BwIadY5FI8 Dewasa kini orang sudah mula tahu tentang tanda fenomena berkenaan dan mereka mengesyaki sesuatu yang buruk bakal berlaku.  Di Iran fenomena angin puting beliung yang turun menyusur laut kelihatan anih dan membakar rumpai dan membunuh ikan paus.  Hasil kajian saintis Iran didapati semua ikan malang itu mati terbakar!

Apa yang telah terjadi? Jawabnya ialah kebanyakan orang berkesimpulan bahawa itu semua adalah disebabkan kesan dari suatu senjata baru yang diberi nama HAARP.  Pelbagai video yang kita boleh dapati dari internet termasuklah dokumentasi tentang apa yang dinamakan oleh saintis sebagai HAARP yang sedang di eksperimentasi dan digunakan oleh sebuah 'negara kuasa besar' (Ingat:  Allah Maha Besar bukan Negara atau Manusia). (Sila rujuk:  http://www.haarp.alaska.edu/haarp/photos.html) Juga dari youtube di http://www.youtube.com/watch?v=MnRPZOUVhJ4

Alat ini boleh menjahanamkan dunia dengan cara menghantar gelombang elektromagnet berkuasa besar yang menggetarkan lapisan ionosfera yang merupkan lapisan dalam atmosfera yang kemudiannya turut sama menggetarkan alam sekitar dan bumi. Mereka boleh memusnahkan apa saja yang berada dalam lingkaran dan kawasan pancaran.  Molekul kristal dan batuan bumi yang menjadi lantai bumi boleh terlerai dan tergelincir yang kemudiannya mencetuskan kejadian gempa bumi dahsyat yang tidak terfikirkan.

Masih ingat kah lagi gempa bumi di Acheh? Bukankah pada sebelum kejadian gempa itu penduduk di sekitar ada mendengar suatu letupan kuat. Letupan apakah itu? Tiada siapa minat mengkaji kerana semuanya dalam berantakan sibuk menyelamatkan diri dan berjuang untuk hidup.

Menurut laporan dari sumber yang boleh dipercayai, beberapa negara telah pun menguji pelbagai senjata yang berkeupayaan untuk memanupulasi cuaca yang menyebabkan banjir dahsyat atau ribut salji yang tidak pernah berlaku. HAARP juga berkeupayaan memanupulasi cuaca dan boleh memfokus ribut taufan untuk beralih ke sesuatu kawasan yang hendak didengkikan! Terdapat tulisan yang mengaitkan bahawa Laos pernah menerima akibah dari kejahatan ini sehingga ribut taufan dahsyat melanda negara berkenaan dan membunuh ribuan mangsa.

Nampaknya masing-masing 'kuasa besar merancang untuk saling menganiaya. Semasa sebelum pilihanraya presiden US terdapat kepercayaan bahawa ada negara sedang bersedia untuk mencetuskan perang dunia ke 3. Jika berlaku sesuatu musibah siapakah yang untung? Siapakah yang bersembunyi di sebalik agenda buruk ini? Mungkin video-video  ini dapat memberikan gambaran http://www.youtube.com/results?search_query=haarp+conspiracy+theory&search_type=&aq=0&oq=haarp+conspiracy

Apa yang kita harus pelajari ialah bagaimana sesetengah negara atau bangsa masih terus ingin menakluk dan mesyusahkan negara lain hanya kerana ingin menunjukkan superioriti dan sambil itu merampok semua hasil bahan mentah berharga yang ada di negera yang dikacaubilaukan itu.  Jadi...sekarang ini, gempa bumi tidak semestinya berlaku dalam kawasan "lingkaran api" sahaja tapi boleh berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.


mayat mangsa bergelimpangan di Haitisengaja dilambakkan oleh penduduk kerana marahkan kerajaan 
yang gagal memobilasikan bantuan asing. Mengikut sumber gempa berkenaan mungkin terkuat sejak 200 tahun



Kita...jangan sampai jadi serupa ini. Bila kita sibuk berkonflik, maka tiadalah masa kita untuk memikirkan pertahanan diri dan tiadalah fikiran dan muslihat untuk meneruskan kesinambungan generasi. Mudah-mudahan dijauhkan Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages