Pesanan Penaja

Thursday 14 January 2010

KALIMAH "ALLAH" : KEMPEN BERKESAN PEMBANGKANG

Salam,
Nampaknya UMNO telah mula di "cop" sebagai parti yang amat perkauman dan pembenci agama lain. Rupa-rupanya pembangkang menterjemah isu yang kritikal ini sebagai kempen pilihanraya mereka. Ketika UMNO menyatakan isu yang diperjuangkan bersesuaian dengan perlembagaan pertubuhannya sebaliknya parti politik PAS mengambil kesempatan melarikan isu dan menggunakannya sebagai senjata mereka. Seolah-olah PAS adalah pejuang totok bagi kebebasan agama dan melindungi agamawan bukan Islam. Jika kita hanya melihat secara sepintas lalu sahaja mungkin kita pula bakal terpedaya dengan canangan parti politik itu. Tetapi, jika kita menelusuri sejarah, maka kita akan nampak kecelaruan di dalam wadah politik ini. Kita mungkin boleh mengkaji tujuan penubuhan PAS dan perkembangannya dari awal hingga mutakhir.  Kita boleh melihat disepanjang dekad apakah yang hendak diperjuangkan oleh parti ini dan apakah yang telah diperjuangkan. Adakah mereka memperjuangkan toleransi kaum dan agama sejak awal lagi? Mana perginya penubuhan Negara Islam yang sejak dahulu lagi digembar gemburkan?  Kemungkinan besar apa yang dipamirkan pada ketika ini hanyalah suatu hipokrasi! Mereka tahu bagaimana untuk meneutralkan sesuatu isu. Jika UMNO pergi kehulu mereka akan mempolitikkan isu untuk kelihatan menuju ke pangkal pula agar mendapat sokongan dari 'musuh-musuh' UMNO.

Bagi UMNO yang merupakan satu PERTUBUHAN MELAYU dan bukannya hanya PARTI MELAYU, perjuangannya adalah amat jelas termaktub di dalam perlembagaan UMNO seperti yang penulis telah paparkan sebelum ini. Ahli dan penyokong UMNO berjuang dalam skop yang tertentu. Ya, benar fokus PERTUBUHAN ini adalah menjaga kemusylahatan Kaum Melayu khususnya (tanpa menganiaya kaum lain).  Mereka tetap akan bertindak jika integriti Agama Islam dan Kaum Melayu diancam. Mereka tidak pernah bermuka-muka kerana mereka akan menyatakannya secara jelas.

Berbeza dengan PARTI Islam Semalaysia, PARTI Keadilan dan Democratic Action PARTY yang merupakan parti politik totok yang memerlukan isu-isu hangat  untuk dipolitikkan (supaya mudah menang dalam pilihanraya), maka UMNO adalah PERTUBUHAN yang berjuang untuk Islam serta Kaum Melayu dan bukannya demi politiking! Menurut rekod,  sepanjang 53 tahun pemerintahan UMNO telah menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan sejak awal lagi.UMNO juga telah membela secara konsisten akan hak-hak Orang Melayu tanpa merampas hak-hak orang lain. Benarlah bahawa UMNO mewakili  kaum Melayu sejak dahulu hingga sekarang. Jika anda merasakan diri sebagai Orang Melayu yang perlukan perhatian maka jadilah ahli UMNO dan undilah UMNO. Menjadi ahli UMNO bukan bermakna menjadi cauvinis dan penganiaya hak orang tetapi menjadi Orang Melayu yang kewujudannya berkesan secara positif. Jika tidak demikian siapa lagi yang akan membela Orang Melayu secara jujur?   

Dewasa kini UMNO kelihatan dominan dalam BN, mentelah lagi kekuatan komponen lain agak kurang terserlah maka semuanya ingin menjatuhkan UMNO dengan melabelkan UMNO sebagai parti rasuah! Parti pembangkang sudah tentu akan menarik sokongan bukan Melayu dan bukan Islam terutamanya kristian  (akhir-akhir ini) bagi faedah mereka. Semoga UMNO tidak teraniaya! Amin.  

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages