Pesanan Penaja

Friday 1 January 2010

BAGAIMANA KITA SEHARUSNYA PADA 2010



Salam,

Tahun Baru 2010 menjelang. Negara masih terus diperintah oleh BN dengan UMNO sebagai terasnya. Tahun 2009 merupakan tahun pergolakan di negara kita. Timbulnya fenomena pembangkang yang bukan berperanan sebagai tukang "check and balance" tetapi sebagai pihak yang hendak menumbangkan kerajaan dengan pelbagai cara. Persoalannya ialah kerajaan mana di dunia ini yang sengaja membiarkan 'dirinya' ditumbangkan?

Setakat ini Malaysia mempunyai bilangan penduduk seramai 27 Juta orang dengan populasi 50% Melayu dan 11% Bumiputra lainnya namun demikian bilangan menteri dan timbalan menteri bumiputranya hanya 46%. Bilangan tersebut boleh ditingkatkan lagi sesuai dengan merit mengikut nisbah.Apa yang menghairankan ialah Kaum Melayu dan Bumiputra lainnya tidak "buat bising" berbanding dengan Lim Kit Siang yang buat "bising" tentang kuota bilangan kakitangan awam yang menurutnya tidak seimbang mengikut nisbah kaum.

Penulis melihat tahun 2009 ialah tahun "bercakaran". Tahun membuang masa bagi ahli politik yang sentiasa "politicking". Keadaan kelam kabut sepanjang tahun berkenaan dipaparkan didada-dada hampir semua akhbar perdana. Pembangkang sentiasa mencari jalan untuk "membangkang - what ever it is" kalau ada 'pujian' dari mereka selalunya bersifat "pujian political". Tidak kurang juga yang bercakap berbelit-belit yang kemudiannya 'mentertawakan' sesiapa yang tersalah 'quote' pernyataan mereka. Contohnya ada yang berkata "perlu berbaik-baik dengan Kerajaan" dan pernyataan tersebut menarik minat pemimpin yang "berhati terbuka" namun diperlekehkan pula dengan pernyataan "pergi jahanam UMNO"

Pernyataan demi pernyataan, berbalas-balas kata nista sudah jadi lumrah di Malaysia sehingga soal "memasukkan penyokong (termasuk ahli) UMNO ke dalam neraka" sudah menjadi lali di sini. Maka timbul serangan balas yang memedihkan setiap orang sehingga jatuhlah maruah semua pihak. Orang tidak menghormati ulama lagi. Ulama bukan lagi fenomena hebat tetapi mereka adalah orang biasa yang kerap membuat kesalahan  dan kesilapan.  Bezanya dengan kaum marhain ialah bila mereka berhujah akan adalah petikan-petikan yang berunsur agama yang dilihat menyokong hasrat mereka! Tetapi orang sudah memandang sinis terhadap golongan ini.

Pergolakan demi pergolakan berentetan sehingga merebak hampir ke setiap pelusuk. MCA, MIC, PPP, PAS, PKR dan PR sendiri hampir sesiapa saja dalam dunia politik 2009. Masing-masing cuba menyatakan dan memperkukuh pendirian sehingga konflik berlarutan. Media tidak sengaja menjadi 'batu api' kerana menyiar dan menyorot pernyataan dan pernyataan balas dari mereka yang berkonflik. Isu asal yang harus dibincangkan menjadi kabur sehingga perkara lain yang menjadi keutamaan. Inilah bijaknya ahli politik. Mereka boleh "memfokus isu" atau "melarikan isu". Jika mereka hendak memfokus isu atau mahukan rakyat perasan penjelasan mereka maka 'secara bijak' mereka boleh berganding bahu menimbulkan 'isu' dan apabila rakyat tertarik oleh sensasi media berkenaan isu tersebut  maka mereka mula  'berpolemik' yang akhirnya menampakkan bahawa isu berkenaan sedang menuju ke arah 'penyelesaian'.  Namun demikian, jika mereka hendak "melarikan isu" mereka akan mewujudkan "isu kembar" yang bersifat 'hampir serupa tapi tak sama atau tidak tepat' yang kemudiannya ianya samada dinafikan terus oleh sesiapa atau mereka mengajak masyarakat memfokus minda kepada "isu palsu" tersebut yang akhirnya "isu sebenar" tidak di diperasankan oleh rakyat! Penulis berharap "politicking" sebegini cara harus dihindarkan pada tahun 2010 agar rakyat sebagai klien dapat menikmati hidup dengan lebih aman dan tenteram!

Kita mahukan fokus yang serius diberikan kepada kemusylahatan rakyat yang dahagakan keadaan tenteram,dan mereka juga berhak kepada informasi tulen dari mana-mana pihak. Mereka sedang berhempas pulas untuk meneruskan survival dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Mereka hendak terus mengundi kerajaan dan mengharapkan kerajaan menjadi lebih kukuh dan menguasai lebih dari majoriti 2/3 agar pembangkang tidak menjadi pihak yang sentiasa bercita-cita untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah. Kita tidak risau jika mereka menjadi pembangkang yang berwibawa yang melihat isu demi kepentingan rakyat tapi nampaknya mereka tiada masa untuk itu semua kerana agenda penting mereka mengatasi segalanya.

Jika perlu kita harus mempunyai kerajaan yang menguasai 2/3 majoriti dan mempunyai kuota penguasaan bumiputra di dalam kepimpinan kerajaan tidak kurang dari 60% bahagian demi kestabilan. Kita tidak mahu seperti apa yang berlaku disetengah-setengah negeri dikuasai oleh 50% kaum tertentu yang nisbah kependudukan kaum tersebut  jauh berbeza.

Wallahu'alam.   



 


No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages