Pesanan Penaja

Saturday 16 January 2010

KRISIS PENGGUNAAN KALIMAH "ALLAH" : ADA HIKMAHNYA

Salam,

Setelah kes bertukar krisis dalam percubaan gereja katolik untuk menggunakan Kalimah "Allah" untuk menggantikan istilah GOD maka semua pihak yang terlibat harus bermuhasabah. Mengambil iktibar dari krisis 13 Mei 1969 yang timbul (kesan dari keputusan pilihanraya) bahawa selepasnya ada sedikit ketenangan dan pembetulan oleh semua pihak serta keamanan dinikmati bersama selama hampir setengah kurun. Apabila rakyat sudah lupa tentang pengalaman pedih demikian maka mereka tidak secara sedar mencetuskannya kembali. Melalui kepimpinan pasca krisis Malaysia telah membina mekanisma baru demi perpaduan dan penghapusan kemiskinan. Apabila keadaan bertambah pulih maka penyebab lain pula yang ditimbulkan untuk menjadi penyebab timbulnya krisis baru.




Jika kita semua dapat menyelesaikan kemelut yang timbul dari krisis ini maka kita mempunyai mungkin setengah abad keamanan lagi untuk dinikmati. Penulis percaya kerajaan sedang berusaha sedaya upaya mengekalkan keamanan dan persefahaman di kalangan rakyat Malaysia bersesuaian dengan Gagasan I Malaysia. Malaysia "wajib" menghayati gagasan itu demi perpaduan dan kejayaan masa depan negara.

UMNO sebagai tunjang kerajaan walau pun sedikit terhimpit terus mempromosi kepentingan kesepaduan di dalam BN bagi membantu menangani krisis dengan pihak luar. Namun demikian akibah dari sokongan yang berkurangan  terhadap MCA dan MIC oleh rakyat maka UMNO dirasakan di dalam dilema. UMNO kini kelihatan berusaha secara bersendirian dalam menangani pelbagai konflik yang cuba ditimbulkan oleh pihak pembangkang. Pada ketika ini sepatutnya parti komponen BN bersama-sama seiring jalan dengan UMNO mempertahankan apa yang diperjuangkan. Perlu diingat bahawa pembangkang yang wujud sekarang ini bukan merupakan pembangkang yang diharapkan untuk membangkang secara proaktif tetapi mereka lebih kepada sedang berusaha untuk menjatuhkan UMNO dan BN sekaligus. Mungkin mereka mengharapkan "parti dominan sejak merdeka ini" turut tersungkur persis GOLKAR dan LDP yang sudah sampai tempoh luput! Namun ianya tidak mungkin berlaku!

Sememangnya rakyat Malaysia perlu menjadi padu seperti yang digambarkan di dalam Visi Wawasan 2020. Rakyat Malaysia yang kemudiannya menjadi Bangsa Malaysia telah termaktub di dalam "Grand Design" perkembangan Malaysia. Para pemimpin yang datang dan pergi menterjemah dan melaksana dalam pelbagai versi yang mampu mereka laksanakan. Mereka bukannya mencipta sesuatu yang asing dan anih!

Adalah diharapkan bahawa semua pihak mengambil kesempatan dari "ketenangan selepas krisis (aftermath)" untuk bersama-sama melaksanakan "brainstorming" bagi melaksana penambahbaikan dan membina suatu pendekatan baru yang realistik. Mengambil iktibar dari peristiwa 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru tercetus sebagai salah satu alternatif usaha untuk memperbaiki keadaan. Begitulah yang kita harapkan supaya beberapa formula baru akan diperkenalkan demi kebaikan bersama.

Dasar baru yang bakal dilaksanakan bukannya sebagai usaha khusus untuk memenangi hati rakyat tetapi lebih kepada usaha yang strategik dan ikhlas demi kebaikan semua. Biarkan pembangkang dengan segala "silapmata" dan "pertikaian" antara mereka. Bagi kita, kita sudah tiada masa lagi untuk itu semua.

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages