Pesanan Penaja

Sunday 3 August 2008

TEKA TEKI TARIKH!


Salam,

Teki-teki paling menarik dewasa kini ialah percaturan tarikh antara "Bacaan Pertuduhan" dan pertandingan dalam Pilihanraya Kecil. Jika pertuduhan diisytiharkan oleh pihak Kerajaan maka semua media kena "diam" dari berkata-kata mengenai kes berkenaan. Maka selamatlah sesetengah pihak dari serangan dan 'prejudis' media. Jika pertuduhan lewat "dibacakan" (oleh sebab-sebab teknikal - contohnya Peguam Negara tidak terlibat di dalam kes kerana telah dinyatakan oleh PM sebelum ini untuk mengelakkan TOHMAHAN) maka media bebas berspekulasi dan memberikan impak yang besar di dalam pilihanraya kecil yang bakal menjelma di Pulau Pinang itu.

Jika pula pertuduhan dibaca maka kes pun berjalan dan semua pihak tidak boleh masuk campur kecuali sistem kehakiman. Pihak yang bertanding (dan dalam masa yang sama menjdi orang yang dituduh) pula akan menjadi tidak layak untuk bertanding kerana masih di dalam urusan pertuduhan. Kemungkinan besar parti pihak yang tertuduh menjaga moraliti memberi nasihat kepada pihak tertentu agar memberi laluan kepada orang lain yang tidak mempunyai pertuduhan untuk dijawab kerana dalam masa kurang dari 60 hari pilihan raya akan dilaksanakan. Jika pihak berkenaan terus bertanding juga dan kalah dalam undian maka hilanglah segala-segalanya.

Nampak gayanya Bacaan Pertuduhan mungkin lewat kerana banyak perkara yang menjadi masalah teknikal (bukan masalah bukti). Kalau pertuduhan dibacakan lewat maka kesannya politik tuduh menuduh akan menjadi mainan. Akhbar-akhbar picisan akan tumbuh macam cendawan.

Mohd Ezam sekarang ini berada di dalam keadaan yang amat bersemangat untuk berjuang. Beliau mungkin tidak dicalonkan kerana beliau 'dilihat' harus memainkan peranan yang melebihi dari peranan sebagai seorang Wakil Parlimen. Mungkin juga bekas calon UMNO di Permatang Pauh yang juga bekas Imam Besar Majjid Negara akan kembali dicalonkan kerana figura berkenaan merupakan individu yang sesuai untuk dikaitkan dengan apa yang dikatakan oleh Mohd Ezam sebagai pertandingan "moraliti".

sysalq

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages