Pesanan Penaja

Wednesday 13 August 2008

ISU BADAN PEGUAM: MIELAYU MINORITI DALAM BAR COUNCIL DAN AJK HAK ASASI

Salam,

Mengapakah isu yang membabitkan urusan keluarga saudara baru sengaja di war-war kan dengan begitu lantang sekali dan mengapakah pula Majlis Peguam hendak menimbulkan ISU takrifan tentang ISA dan Akta Hasutan pula?

Sebenarnya semuanya berkait rapat. Persoalan ISA hendak diforumkan ialah kerana ianya ada kaitan dengan sosek-sosek pemimpin dan aktivis politik dewasa kini yang mahukan sesiapa yang terlibat dalam penganjuran aktiviti yang 'ada' unsur hasutan dikenakan tindakan ISA. Bayangkan jika para profesional berkenaan dikenakan tindakan sedemikian. Adakah PM akan melakukannya?

Apa perlunya Majlis Peguam dewasa kini seolah-olah "mengejar masa" menganjurkan forum berkaitan dengan persoalan "Memeluk Islam" sedangkan yang problematiknya ialah persoalan individu atau pun keluarga berkenaan dan bukannya persoalan kandungan dan amalan Agama Islam itu sendiri. Jika mempersoalkan pertindihan hukum-hakam antara sistem mahkamah maka kerelevanan untuk mengamalkan satu sistem kehakiman adalah diterima maka pertimbangan tentang sejarah Common Laws dan kaitannya dengan Perundangan Malaysia perlu dijustifikasi. Pandangan harus mengambil kira tuntutan untuk melaksanakan Sistem Perundangan Islam melebihi dari yang lain kerana majoriti rakyat mengamalkan agama ini (rujuk post terdahulu).

Anihnya, mengapa kes seperti yang dialami sebuah keluarga Islam di Johor di mana anak keluarga mereka yang dikatakan telah menukar agama dan 'dibawa lari' oleh pasangannya (yang berlainan agama) tidak lama dulu diforumkan. Keluarga berkenaan menderita disebabkan usaha mereka untuk mendapatkan kembali anaknya gagal pada waktu itu. Ada banyak lagi kes yang melibatkan penderitaan wanita Islam yang boleh diperjuangkan.

Rasanya kita mungkin boleh memahami situasi perjuangan yang dibawa oleh pihak berkenaan. Keperluan untuk menimbulkan kes seperti di atas mungkin agak kurang memandangkan faktor tertentu. Sebagai kaum minoriti (25% dalam Bar Council/28% dalam AJK Hak Asasi) di dalam badan berkenaan Orang Islam atau Melayu khususnya harus sedar kepentingan kaum majoriti mungkin dilihat lebih dominan dalam mewarnai perjuangan mereka. Badan profesional haruslah menunjukkan bahawa mereka boleh berjuang untuk kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya dan bukannya terfokus kepada sebelah pihak.

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages