Pesanan Penaja

Saturday 30 August 2008

Pilihan Raya Kecil: 2 Resipi Kemenangan


Salam,

Ketika penulis menikmati juadah di sebuah restoran di JB penulis telah berbual dengan pengusahanya yang merupakan seorang wanita dan secara kebetulan tinggal berhampiran dengan lokasi pilihan raya yang baru lalu.

"Macam mana kerajaan BN nak menang di sana!" Katanya.

"Maksud kakak?" tanya penulis.

"Wakil Parlimen yang menang tu begitu rapat dengan penduduk sejak lama lagi dah. Pemuda-pemuda di sana di beri peluang untuk memperkembang potensi diri dengan diberi peluang untuk berniaga di dalam majlis-majlis yang diadakan. Beliau pulak rajin berkunjung ke rumah penduduk tanpa perlu dijemput." Jelas pengusaha berkenaan.

"Apa yang lebih menarik lagi ialah beliau boleh duduk bersama penduduk dan makan-makan seperti keluarga..mejanya tidak perlu dibersihkan dan sanggup menyinsing seluar 'berambah' dengan mereka."

Pada pandangan penulis, jika dakwaan berkenaan adalah benar..maka wakil Rakyat/Parlimen lain kena buat lebih hebat lagi.

Suatu perspektif lain pula ialah ketika penulis berbual dengan seorang usahawan (kontraktor) yang melihat bahawa semua apa yang ditulis oleh Utusan Malaysia adalah 'pembohong' semata-mata. Rakan ini tidak mahu beli akhbar dan juga tidak menonton TV3 kerana menurutnya media berkenaan adalah 'sumber fitnah', malah sumpah pengakuan oleh Mohd Saiful dan Datuk Seri Najib adalah helah semata-mata. Nampaknya golongan ini berpegang bahawa mereka yang bersumpah ini telah membuat pembohongan dalam keadaan tersepit. Katanya tunggulah masanya bahawa azab akan menimpa mereka!

Huh...sampai begitu sekali perspektif rakan ini. Semuanya menjadi "terbalik" dan boleh membuatkan semua orang boleh jadi pening. Pada pandangan penulis kesan kempen memboikot media agak berjaya sehingga para penyokong menjadi begitu khusuk dengan pegangan mereka untuk menjadi terus taksub kepada seseorang!

Dua maklumbalas ini diharap dapat dianalisa oleh pihak kerajaan yang harus juga melihat dan memikirkan tentang bagaimanakah caranya untuk memecahkan benteng komunikasi yang sedia wujud ini.

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages