Pesanan Penaja

Wednesday 23 July 2008

Anda masih percaya tentang kewujudan Malaikat?

Rujukan literatur sufi mengaitkan perkataan Malaikat dengan Keagungan Nama Tuhan. Salah satu nama Tuhan yang dikaitkan dengan kewujudan malaikat ini ialah Al-Malik yang menggambarkan atau melambangkan kekuasaan dan kerajaan. Malaikat dikatakan sebagai makhluk yang sentiasa akur dengan apa yang telah dirancang untuk mereka (tiada penat lelah apatah lagi untuk mengkorupsi tugasan yang diberikan).

Dua entiti malaikat yang ditugaskan untuk merekod "profiling" database atau pangkalan data bagi perilaku individu manusia pada setiap ketika ialah Malaikat Rakib dan Malaikat Atid. Tradisi ilmu menyatakan kedua-dua malaikat ini sentiasa berada disamping setiap manusia dengan lokasi Rakib di sebelah kanan bahu dan Atid di sebelah kiri. Manusia tidak dapat melihat kelibat kedua malaikat ini. Walau pun keberadaan mereka ini tidak di "perasankan" namun mereka tetap merekod perilaku kita semua dari A sampaike Z pada setiap ketika!

Jika skala iman anda tinggi maka kepercayaan tentang malaikat ini adalah amat berkesan untuk membantu membentuk disiplin diri. Sebaliknya jika jika tidak maka anda akan merasa bebas untuk memperlakukan apa sahaja tanpa mengetahui rekod anda sentiasa dicatat! Semuanya mengetahui bahawa database ini akan di analisa dan diaplikasi semasa kita berada di suatu alam lain. Ketika di alam Barzakh (Alam antara dua Alam - Alam Kubur) data ini mula digunakan. Rujukan pun mula dibuat dan tindakan untuk memberi ganjaran dan dendaan telah mula dioperasikan. Silalah baca secara lebih terperinci tentang kesan-kesan penggunaan "profiling" database ini. Sekali lagi...jika IMAN anda pada aras yang tinggi maka kesannya amat mendalam pada ketika menghayati fenomena ini.

Bagaimana pula dengan persoalan "unfinished Business" di dunia ini? Umpamanya ada kalangan pihak yang dapat 'melepaskan tengkok' dari dihukum oleh sistem mahkamah dunia kerana kekurangan bukti atau database terutama persoalan "profiling" database? Atau bijaknya mereka mempermainkan situasi dan kedudukan? Maka wujudlah secara logiknya "Mahkamah Agung Yaumil Mahsyar!" Di sini proses "data digging" dan "manupulating" akan dilakukan. pada waktu itu seluruh tubuh menjadi saksi...dan "sang mulut" yang biasa berdalih akan di lumpuhkan dari berkata-kata!

Dan sekali lagi...jika IMAN anda berada pada aras yang tinggi fenomena ini mungkin memberi suatu kawalan diri yang berkesan. Jika tidak...wallahualam!

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages