Pesanan Penaja

Wednesday 30 July 2008

ANIHNYA PERANGAI SESETENGAH ORANG


Salam,

Persoalan model Hudud dan Qisas telah menjadi polimik hebat suatu masa dahulu bukansahaja di Malaysia malah di seluruh dunia termasuk Pakistan. Ketiadaan "Model Hudud" yang diterima sebagai penandaaras serta persoalan "model dari negara manakah" yang harus diikut telah menjadi suatu premis dilema bagi ramai cendiakawan muslim di dada-dada media massa. Maka Dr Mahathir pada waktu itu melabelkan bahawa hudud yang dikatakan telah diamalkan di Kelantan (tidak pasti adakah benar dilaksanakan) sebagai Hudud PAS!

Apabila orang yang dikatakan memperjuangkan ISLAM memberi syarat bahawa "UMNO mesti menerima HUDUD dan QISAS" jika hendak bergabung dengan PAS maka seolah-olah orang-orang UMNO telah menolak HUDUD dan QISAS sama sekali sedangkan polemik didada akhbar mengenai perkara berkenaan adalah dalam konteks teknikal dan bukannya prinsip.

Apa yang amat menyedihkan ialah apabila orang yang sama boleh pula menerima pihak yang menentang kuat tentang konsep Negara Islam itu sendiri sehingga ketahap meminta "langkahi mayat mereka" dahulu sebelum negara Islam dapat didirikan. Golongan anti Negara Islam sejelas ini pendiriannya itu boleh pula di "Muqabalah" kan sehingga sanggup mengetepi kan persoalan persaudaraan Islam dengan orang-orang UMNO dan berpakat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang didominasikan oleh Pemerintah Islam. Begitu anih sekali pendirian orang-orang begini.

Supaya adil pendirian..maka wajiblah kita mengkaji Perlembagaan UMNO itu sendiri. Adakah frasa memperjuangkan Islam termaktub di dalamnya? Jika ada maka adalah jelas bahawa WADAH perjuangan politik yang keahliannya bermajoritikan orang Islam ini bukanlah anti malah proIslamik.

PAS harus mempunyai pemimpin yang konsisten (Istiqamah). Jika sebaliknyalah yang berlaku maka adalah jelas dan dapat "dibaca" bahawa mereka semua sedang bersendiwara demi kepentingan nafsu sendiri dan bakal terus menggadaikan masa depan UMMAH.

Allah mengetahui segalanya.

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages