Pesanan Penaja

Tuesday 29 July 2008

Mana lebih penting...Idealistik perjuangan atau WADAHNYA!


Jika anda dilantik menjadi Menteri Besar dan mula selesa dengan jawatan tersebut maka bukannya mudah menawarkan diri untuk turun 'takhta'. Pelbagai alasan yang bakal anda hamburkan untuk menunjukkan betapa pentingnya anda berada ditampuk sekarang dan juga betapa risaunya anda terhadap 'masalah' yang bakal timbul akibat turunnya anda dari takhta walhal pada orang lain anda hanya dilihat sebagai individu yang sedang mempertahankan nafsu! Apatah lagi anda terpaksa menjaga hati pelbagai pihak yang pernah 'berjasa kepada anda!' Tingkah laku anda kelihatan jauh berbeza dengan pemimpin dahulu kala yang mengelak diri dari dikempenkan untuk naik. Mereka itu merasakan bahawa tanggung-jawab amat berat untuk dipikul dan mereka percaya bahawa Mahkamah Yamul Mahsyar memang wujud!

Jika anda mendakwa bahawa anda dari golongan yang mewakili agamawan tentulah urusan yang menyentuh pegangan keagamaan menjadi aset utama yang harus diperjuangkan dan bukannya persoalan qabilah. Jika anda mempercayai bahawa Nabi Muhammad telah menyatukan UMMAH sehingga menguasai 75% bumi dengan konsep AQIDAH dan mengetepikan qabilah maka anda harus sedar bahawa persoalan AQIDAH memang penting dan utama dan bukannya siapa ahli parti apa!

Dan... jika anda dikatakan ingin memperjuangkan ISLAM dan MELAYU kerana Melayu ialah penduduk asal TANAH MELAYU (logiknya mempunyai hak keatas TANAH MELAYU) dan ISLAM adalah agama anutan anda maka anda harus sedar bahawa jika anda tidak terus memperjuangkannya adakah orang lain akan memperjuangkannya?

Jika anda kata bahawa konsep MUZAKARAH - MUQABALAH yang hendak dibawa maka anda harus mempraktikkannya secara jujur dan bukannya hanya mainan "taktikal" (Allah tahu segalanya). SEMUANYA mengetahui usaha menyatukan UMMAH adalah merupakan perkara wajib, teknikalnya tidak perlulah diceritakan didada akhbar kerana nanti orang akan buka langkah untuk mempermainkan anda!

Kita semua telah melihat hasil PILIHAN RAYA UMUM dan telah sedar bahawa setelah kita alpa maka ada orang yang mempunyai agenda tersendiri yang merasakan bahawa "INILAH MASANYA" untuk memulakan sesuatu yang drastik bagi melaksanakan 'KEADILAN'. Keadilan menurut sesetengah orang ialah "mendapatkan hak secara sama rata!" sedangkan kita cuba menghayati nikmat keadilan sebagai "MELETAK SESUATU DITEMPAT YANG HAQ".

Jika kita alpa dengan banyak perkara, maka aset-aset penting sudah tentu akan terlepas dari yang berhaq. Lihat sahajalah apa yang telah berlaku kepada Pulau Batu Putih! Lihat sahajalah banyak lagi kawasan TANAH MELAYU yang telah terhaqis dan diambil orang (British dan lain-lain). Wawasan 2020 merupakan GAGASAN negara yang bukannya untuk menjual maruah sesetengah penduduknya tetapi untuk mewujudkan BANGSA MALAYSIA yang budayanya berteraskan KEMELAYUAN! Ianya BUKAN MALAYSIAN MALAYSIA!

Jika gagasan kerjasam UMNO-PAS berjaya maka adalah dipercayai kita akan "dilihat bijak" dari segi siasah. Sudah tentu banyak aset-aset penting dapat dipelihara dari terlepas atau akan terlepas ke tangan orang lain. Ahli UMNO dan PAS dihukum WAJIB untuk bersatu kerana ini adalah tuntutan AGAMA. Ini bukan persoalan "MAIN-MAIN POLITIK". Walau pun demikian adalah amat dipercayai gagasan ini akan terlaksana dalam masa terdekat dan suatu perubahan senario politik yang hebat bakal berlaku...INSYAALLAH!

sysalq

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages