Pesanan Penaja

Monday 14 July 2008

BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH


Orang tua selalu berpesan begini, "Berani kerana benar..takut kerana salah!". Maka sejak kecil lagi kita diajar untuk mempunyai pegangan demikian. Akibat daripada wasiat tersebut maka tamaddun kita juga telah mewariskan amalan dan pegangan yang sama juga iaitu "Berani kerana benar.." dan, sudah tentulah mereka yang kelihatan ketakutan adalah merupakan individu yang disyakki "benar-benar" telah melakukan kesalahan. Bagaimana pula jika ada individu yang "'BERANI' dalam apa jua ketika?" Tidak kira benar atau salah? Nampaknya masyarakat telah mula (sejak dari dulu lagi) menjadi kreatif untuk mencari jalan bagi membaca aras "ketakutan" yang ada pada 'SI BERANI' ? Terciptalah alat untuk mengesan "ketakutan" dalam bentuk elektronik umpamanya. Alat berkenaan dikatakan boleh mengesan keadaan "kelam-kabut" sistem tubuh seseorang yang ketakutan! Ramai juga yang telah berjaya dikenalpasti. Apa yang lebih 'hebat' lagi ialah ada pula individu yang paling 'berani' sehingga ketakutannya tersorok entah di mana. Agaknya mungkin mereka lupa bahawa Tuhan telah menjadikan ROH kita mendahului diri fizikal kita sendiri. Kitab Agama menyatakan bahawa Tuhan pernah bertanya kepada para ROH mengenai ketuhanan dan mereka membai'ahnya. Maka kelihatan bahawa para ROH di dalam tubuh setiap individu bersifat sentiasa mencintai fitrah ketuhanan yang bermakna bahawa mereka amat sukakan kebenaran dan bencikan kebatilan dan hipokrasi. Jika demikian sifatnya insan ini maka "lama kelamaan tidak akan tertanggunglah akan "penderitaan" melawan arus kebenaran. Maka bertaubatlah jika telah benar-benar sengaja melakukan kesalahan sebelumnya ianya menjadi PARAH dan memakan diri sendiri!

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages