Pesanan Penaja

Monday 5 October 2009

PENCALONAN TAN SRI MOHD. ISA: UMNO TIDAK HIPOKRIT UNTUK MENERIMA PEJUANG SETIA


(Sedutan dari Youtube.com)

UMNO sentiasa realistik dan tidak hipokrit di dalam membuat keputusan dan amalan keserdahanaan ini telah di amalkan sejak dahulu lagi. Tun Dr Mahathir selaku Mantan Presiden UMNO mengakui bahawa sifat mulia untuk menerima ahli yang kembali kepangkuan telah diamalkan seiring dengan kehendak Islam dan Budaya Melayu. Peribahasa "Buang yang keruh ambil yang jernih" amat tepat sekali bagi menggambarkan keindahan amalan sedemikian. Islam pula mengajar tentang kebesaran Allah yang sentiasa mengasihi ummah dan sedia memberi keampunan malah segala musibah yang diberikan kepada seseorang boleh menaikkan darjat individu berkenaan jika perlakuan individu berkenaan sedia diperbaiki. Tidak pula penulis mahu menghuraikan kisah tentang kisah sejarah bagaimana seorang 'pelacur' diberi Allah kemaafan hanya kerana memberi minuman kepada seekor haiwan yang kehausan. Jika kita hendak menghukum maka kita bolehlah menganggap bahawa wanita berkenaan seperti robot yang tidak mungkin terlepas dari sifatnya. Hakikatnya manusia bukannya robot! Begitu juga dengan para tahanan ISA,  jika Kerajaan BN menganggap mereka seperti robot dan tidak mungkin berubah perangai dan kecenderungannya maka mereka akan terus dikurung sampai kiamat! Namun ianya tidak begitu kerana semua tahanan yang telah bertaubat sedia dipertimbangkan untuk menjalani kehidupan normal dalam masyarakat walau pun sesetengahnya terus berpatah balik melawan Kerajaan sejurus keluar dari pintu penjara.

Bagi Nik Aziz (NA) lain pula pegangannya. Apa yang kita dengar dan lihat  melalui percakapan beliau ialah dia seolah-olah mengganggap UMNO yang dituduh menganiaya PAS semasa dalam BN dahulu akan terus mempunyai imej begitu selamanya. Tidak perlu dirunding dan tidak boleh runding dan "Pergi Jahanam dengan UMNO!" Kalau hendak runding boleh cuma pasal duit minyak yang kononnya Kelantan amat berhak. Jangan kan menyebut tentang Kerajaan Perpaduan - orang yang membawa isu itu dalam PAS sendiri dikatakan 'Boneka UMNO' Siapa yang keras kepala di sini? (Rujuk Youtube). Beliau sanggup berdoa selama 60 tahun untuk menjatuhkan UMNO. Bayangkan kebencian mutlak NA kepada UMNO sejak dari zaman kanak-kanak lagi! Kalau lah NA dikatakan ulama maka aspek mendoakan keruntuhan orang Islam dalam masa begitu panjang itu apa hukumnya pula! Subhanallah.

Bagaimana 'orang bawahan' PAS hendak menurut nasihat NA jika diri NA sendiri bukannya merupakan orang yang merendah diri? Bagaimana hendak merendah diri kalau tergamak sering mendakwa ulama yang dalam keadaan tertentu mempertikai ulama terkenal dunia, apatah lagi Majlis Fatwa Kebangsaan yang langsung tidak dipedulikan. Nasihat NA agar jangan berkasar, jangan menghentam peribadi ketika berkempen langsung tidak dipedulikan oleh 'pengikutnya.' Sekarang ini pula sudah menjadi trend untuk menggunakan kekerasan di dalam kebanyakan pilihanraya. Kejadian menumbuk oleh pengikut PAS di Bagan Pinang membuktikan fenomena tidak menghormati pemimpin dikalangan mereka sendiri.

Lihat sahaja contoh bagaimana UMNO menerima pejuangnya apabila mereka ingin kembali semula. UMNO tidak hipokrit dalam menerima mereka. Ketika Mantan Perdana Menteri (Pak Lah), Tengku Razalie dan Datuk Rais Yatim (Menteri Penerangan) ingin kembali kepangkuan UMNO setelah berada dalam Parti Semangat 46 sejak sekian lama maka UMNO menerimanya dengan berlapang dada. Lihatlah sekarang ini bagaimana pejuang-pejuang tulen ini menjadi ahli setia yang tidak berhenti kecintaannya kepada UMNO dan BN. Namun, jangan lupa - faktor utamanya ialah jangan menderhaka. Jika sesiapa berada di dalam keadaan konsisten menderhaka kepada UMNO atau kerajaan maka sudah tentulah pintu kemaafan tidak akan terbuka. Jika sesiapa yang menyatakan dia sayang kepada UMNO dan Malaysia maka perbuatan dan amalannya mestilah selaras dengan ucapannya. Jika tidak mereka ini adalah hampas! Kita telah melihat contoh manusia ini yang berusaha sedaya upaya untuk menguasai pemerintahan tidak kira apa caranya. Mereka menggunakan pelbagai cara dan terbukti amat kotor untuk menjatuhkan kredibiliti UMNO dan BN. Adakah mereka mempunyai badan disiplin bersifat neutral seperti yang ada pada UMNO?

Bagaimana dengan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (TSIS)? Adakah beliau penderhaka? Lihat apa yang dinyatakan beliau apabila wartawan menguji sikap beliau.   `Saya orang lama dalam parti, apa peraturan yang ditetapkan saya kena patuh,'' katanya. Adakah kita mendengar bahawa beliau dan penyokong memijak bendera UMNO atau Jalur Gemilang? Adakah TSIS berputar keluar negara untuk mencari pengaruh berjumpa dengan pemimpin kontroversial. Adakah TSIS mengatur sidang akhbar dalam dan luar negara untuk mengkritik pemimpin negara ini? Kesnya bukan ringan untuk ditanggung oleh seorang pernah menjadi Naib Presiden. Pada hari penting berkenaan beliau  telah  digantung jawatan dan keahliannya selama dua penggal atau enam tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang oleh Lembaga Disiplin parti.  Keputusan itu dibuat oleh panel lembaga itu yang bermesyuarat kira-kira dua jam bermula pukul 11 pagi ini di Menara Dato Onn, PWTC yang dihadiri oleh semua anggotanya dan dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Walau pun kes ini bukannya suatu kes jenayah yang dibicarakan di dalam mahkamah sivil namun TSIS tidak menunjukkan sebarang reaksi durhaka terhadap segala hukuman yang dikenakan oleh pucuk pimpinan. Beliau masih kekal di dalam UMNO dan tidak pernah berniat atau menyatakan hasrat untuk keluar.  Beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah pejuang sejati! Tidak salahlah jika pengundi Bagan Pinang memilih beliau untuk kembali menjadi pemimpin kerajaan dan   Tarikh Pengundian : 11 Oktober 2009 (AHAD) sebagai bukti sokongannya nanti. Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos. Apa yang penting ialah semua ahli UMNO dan BN perlu keluar mengundi untuk BN. Kakitangan awam yang bekerja di bawah kerajaan BN juga secara logiknya tidak mahu melihat kerajaan menjadi tidak kuat. Mereka harus berterima kasih dengan cara mengekalkan kesinambungan pemerintahan BN di tempat berkenaan. Jika sokongan tidak padu maka agak sukar untuk melaksanakan agenda penting negara. Orang ramai juga tidak lepas dari tanggungjawab mengundi bagi memastikan kewujudan dan kesinambungan kerajaan yang memerintah.

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages