Pesanan Penaja

Tuesday 27 April 2010

PENGUNDI KAUM CINA: ADAKAH MASYARAKAT CINA MENUNJUKKAN SETIAKAWAN DALAM BN?



Salam,
Artikel pertama muncul sejurus selepas keputusan pilihanraya Hulu Selangor (setelah berita kemenangan BN disebarkan oleh Utusan Online) yang ditulis sendiri oleh penulis ialah berkaitan dengan persoalan kemanakah perginya 12,758 atau 34% undian untuk BN? Penulis juga meminta pihak BN membuat kajian terperinci mengenai kepupusan bilangan undian ini agar BN dapat mengatur strategi yang lebih berkesan.

Utusan Malaysia hari ini dan semalam mencatatkan persoalan keengganan pengundi kaum cina untuk memilih BN. Dakwaan berkenaan adalah benar kerana kecenderungan ini bukannya suatu perkara baru malah telah memberi akibat ketara di dalam pilihanraya 2008 lepas. Di dalam pilihanraya itu MCA dan MIC kelihatan tidak mampu menunjukkan sebarang keberkesanan politik Ramai calon dari MCA dan MIC termasuklah Datuk Sri Samy Vellu sendiri yang telah kecundang di dalam pilihanraya yang tidak dapat dilupakan itu!

Dua faktor utama yang mempengaruhi keputusan Pilihanraya Umum Ke 12 yang telah penulis nyatakan dalam posting terdahulu ialah pertamanya keadaan kerajaan pada masa itu yang menghadapi pelbagai serangan samada dari dalam dan luar dan yang keduanya ialah faktor Anwar dan agendanya. Kerajaan pada masa sebelum Pilihanraya Umum ke 12,   melalui mantan Perdana Menteri (PM) pada ketika itu, kelihatan  memberi penekanan kepada persoalan orang Melayu bagi memenuhi misi merapatkan jurang pencapaian antara kaum. Banyak projek pembangunan yang kelihatan tertumpu kepada kemusylahatan kaum bumiputra terutama berkaitan dengan penekanan khususnya kepada penduduk desa dan kalangan penduduk miskin. Semakan gaji kakitangan awam yang dilakukan pada masa itu juga kelihatan memberi keselesaan kepada Orang Melayu semata-mata memandangkan majoriti ahlinya ialah Orang Melayu.

PM pada masa itu mempercayai bahawa suatu lompang pencapaian telah wujud di kalangan masyarakat bumiputra khususnya orang Melayu berbanding dengan masyarakat industri dan perniagaan (yang kebanyakan diterajui oleh bukan Melayu) yang cergas bergerak ke hadapan. Menurut perspektif beliau pergerakan pantas sektor industri tidak dapat diiringi oleh kejayaan orang Melayu dalam bidang tersebut. Oleh itu sepanjang masa pemerintahan kerajaan pada masa itu adalah berpusatkan kepada pencapaian kaum bumiputra. Pada pandangan penulis kelompangan ini cuba dijawab oleh Tun Dr Mahathir pada sesi pemerintahannya dengan mewujudkan suatu konsep atau gagasan khas untuk orang Melayu iaitu "Melayu Baru" dimana menurut Tun "Melayu Baru" ialah Melayu yang progresif dengan pegangan agama yang sesuai dengan peredaran masa (bukan konsep beragama secara tradisional). Walau bagaimana pun istilah berkenaan lama-lama tenggelam bersama dengan semangatnya sekali. Maka kemudiannya, Tun Abdullah menyambung agenda itu dengan membawa perspektif baru dalam beragama yang kali ini bukan meminta Melayu merobah diri seperti dalam gagasan "Melayu Baru" tetapi pengamalan agama yang bersifat progresif. Maka timbullah "Islam Hadhari"

Melihatkan keadaan penumpuan kerajaan pada ketika itu maka DAP dengan bantuan PKR memainkan peranan yang berkesan untuk memujuk dan mengajak kalangan pengundi desperado ini berpindah minda kepada mereka. PKR melalui. Anwar sendiri,  sering menyebut bahawa Malaysia ini bukan milik Melayu dan berikrar akan menghapuskan DEB yang dituduh bersifat tidak adil dan  video kempennya tersebar luas melalui internet .  Kesan dari tindakan Anwar itu timbul, kumpulan penentang kerajaan seperti hindraf dan NGO lain  yang menimbulkan kebencian yang meluap-luap.

Kesan dari kewujudan dan keagresifan perkumpulan penentang kerajaan ini membuatkan para penyokong kerajaan dan NGO berasaskan kaum Melayu dan Bumiputra membentuk barisan untuk memastikan agar hak-hak Melayu termasuk persoalan Kedaulatan Raja-Raja Melayu jangan diganggu gugat sesuai dengan peruntukan Perlembagaan. Natijahnya ialah masyarakat bukan Melayu menjadi semakin tawar hati untuk bersama daslam barisan pro kerajaan. 

Berbalik kepada BN sendiri, kita boleh melihat rentetan permasalahan dan perbalahan yang tidak kunjung padam yang melibatkan pemimpin tertinggi mereka sehingga semua yang terlibat disifatkan sebagai liabiliti kepada parti. Perbalahan, tuduhan dan hilang kepercayaan yang telah mengetepikan kepentingan organisasi dibiarkan berlaku sejak sekian lama sehingga para penyokong dikatakan " naik fade up" Adakah ini akan meyakin pengundi dari kaum mereka sendiri?

Maka tidak hairanlah Pulau Pinang, Perak dan Selangor negeri industri dan perniagaan  jatuh ke tangan DAP atau (Pakatan Rakyat) PR . Siapa pengundinya? Sudah tentulah mereka adalah dari kalangan yang pernah memberikan sokongan kepada BN. Kalau dikaji kemenangan BN pada masa itu adalah lebih  merupakan kemenangan UMNO dan bumiputra semata-mata. Pengundi  yang terdiri dari kaum Cina dan India tewas secara beramai-ramai. Jika BN gagal membaca "signal" sebegini mudah dan gagal pula memperbaiki keadaan maka UMNO dan kalangan yang lain terpaksa berada di barisan paling hadapan bagi mempertahankan yang memerintah.

PR lebih merupakan cerminan BN. Mereka ada pasangan yang menyerupai BN contohnya mereka mempunyai komponen sepertri PAS dikira dapat menandingi UMNO yang terdiri dari orang Melayu yang cintakan agama. Kaum bukan Islam dan Melayu sudah tidak bimbang dengan PAS yang telah merobah imej pendekatan mereka. Mereka ada  parti ala MCA tetapi sangat kelihatan agresif dalam membela nasib Kaum Cina. Mereka ada komponen yang didominasi oleh kaum India dan Cina (kaum Melayu dah ramai keluar) iaitu PKR yang kelihatan liberal dari segi fokus perjuangan mereka. Jadi jika komponen ini bergabung dengan teknik yang betul dan mengurangkan isu-isu pertelingkahan dan moral maka "tidak dapat tidak" mereka adalah saingan yang sangat kuat bagi BN. Jadi berhati-hatilah wahai pemuka Barisan Nasional.

Realiti ini amat pedih untuk dibaca.  Kemenangan dalam pilihanraya tidak akan menjadi semudah dahulu. Semua yang menjadi liabiliti dalam BN termasuk parti komponennya perlu diganti. Masalah persengketaan kepimpinan parti komponen, isu-isu moral dan integriti perlu ditangani secara dalaman dan berkesan. Ketulenan dan keikhlasan dan amalan kepimpinan BN mestilah suatu realiti dan bukannya suatu "camouflage" atau "chameleon". Bolehkah BN dilahirkan kembali dengan imej yang begitu kuat mengatasi lawannya?

Ada dua kemungkinan yang boleh berlaku berkaitan dengan fenomena ini iaitu pertamanya jika mereka kembali menyokonga BN maka itulah yang sebaik-baiknya tetapi bayangkan jika mereka berpaling tadah dan bergabung pula dengan semua pertubuhan yang berasaskan kaum maka apa akan terjadi? Siapa yang bakal tergugat?

Semuanya bergantung kepada seluruh batalion kepimpinan di dalam Barisan Nasional ini dan juga tidak kurang berkaitan dengan sifat setiakawan parti komponen lain yang berasaskan kaum.

Wallahualam.

sysalq 

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages