Pesanan Penaja

Tuesday 27 October 2009

INILAH MASANYA ZAMAN KEJATUHAN NIK AZIZ!


Foto:   Golongan Syed Pengkhianat? Saat Kehancuran Nik Aziz!

Salam,

Alergik Nik Aziz (NA) terhadap apajua jenis pakatan dengan kerajaan pusat yang dibawa oleh  "sesiapa yang disangkanya  telah berkawan dengan orang kerajaan pusat",  nampaknya semakin meruah. Sangkaan lama NA yang mengaitkan perkara itu dengan figura kontroversial di dalam PAS menyebabkan beliau tidak tahan lagi untuk memulakan suatu kempen baru. Jika perlu berpecah maka beliau rela melihat PAS terbelah asalkan orang-orang yang 'durhaka' itu terkeluar dari kumpulan mereka akibat pergolakan itu. Pendek kata "by hook or by crook" 'sipendurhaka' mesti  dikeluarkan! Inilah dia watak atau wajah  sebenar NA yang memang amat benci kepada 'Kerajaan Perpaduan'. Penulis pula berpendapat bahawa akibat keterlanjuran ini, maka bermulalah zaman kehancuran PAS dan detik jatuhnya Nik Aziz.

Mungkin NA lupa bahawa kali terakhir PAS menguasai Kelantan ialah dengan cara membentuk Barisan Alternatif yang mendapat sokongan dari orang-orang UMNO (Ahli Semangat 46). Atau PAS menang dalam pilihanraya akibat perpecahan dalam UMNO. Jika tidak demikian maka Kelantan bukan lagi berada dalam tangan PAS. Bagaimana jika tiada sokongan lagi dari 'puak kiri' UMNO?

Statistik menunjukkan bahawa bilangan undi majoriti bagi PKR terutama PAS dalam siri pilihanraya kecil sepanjang tahun 2009  telah merosot manakala undi untuk BN semakin meningkat malah berakhir dengan kemenangan besar bagi BN di Bagan Pinang dan kemerosotan paling teruk bilangan undian untuk PAS. Apakah tandanya fenomena itu? Sesiapa pun boleh membuat kesimpulan mudah bahawa PAS dan konconya telah mula keghilangan populariti manakala BN semakin disukai ramai. Liabilitinya ialah NA!

Asal usul PAS sebenarnya, bukanlah parti teologikal tetapi hanyalah sebuah parti politik biasa yang pada masa dahulunya pro kepada nasionalism. Namun setelah terpengaruh dengan perkembangan di Indonesia dan sesuai dengan semangat menuntut kemerdekaan pada ketika itu maka parti ini berubah untuk menjadi parti yang kononnya di pimpin oleh 'ulama' dan NA adalah orang baru dalam PAS. Adakah benar-benar mereka itu ulama? Di dalam Islam,  ulama boleh dibahagi kepada dua golongan mengikut bawaan mereka dan penulis bertanya dari golongan manakah NA ini? Seperti yang telah diketahui umum bahawa beberapa pandangan NA telah dipertikai oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang merupakan entiti Fatwa tertinggi di Malaysia ini. Ini bukan kontroversi baru yang dicetuskan oleh NA. Jika orang biasa yang melakukan kesalahan ini maka NA telah diheret kemuka pengadilan syariah. Adakah beliau kebal dari segi hukum?

Ada 3 kemungkinan mengapa NA "meniup trompet" untuk memulakan kempen baru beliau. Pertama NA memang benci dengan kumpulan pro kerajaan pusat. Keduanya ialah mekanisma untuk menghuraikan pengaruh 'Kumpulan Erdogan' dan ketiganya ialah untuk memerangkap para musuh dengan permainan ini. Pada pandangan penulis, walau  apa pun yang cuba dibawa adalah amat pasti bahawa NA akan jatuh dari kerusi MB yang amat disayanginya itu (pernah NA bincang pasal persaraan?) Kita dapat melihat mereka yang dulunya kelihatan taksub dengan NA telah mula bersuara dengan lebih berani kerana mereka percaya mereka berada dipihak yang benar. Buktinya ialah respons tentang seruan untuk mengadakan EGM PAS dipatahkan dengan mudah dan ianya menjadi mesyuarat biasa dan NA pula KENA panggil! Siapa lebih dominan di sini? kewibawaan NA telah mula dipertikai. Tiada siapa lagi yang bimbang dikatakan menderhaka kepada individu ini. Kalau difikirkan logik mengapa perlu tiba-tiba tunduk seakur-akurnya dengan seorang MB yang tugasnya mengawal sebuah negeri. MB yang menggambarkan bukti kejayaan pembangunan di Kelantan ialah berdirinya beberapa Hipermarket!

YABg Tun Mahathir telah memberi respons futuristik dengan cara menasihatkan NA untuk bersara. Penulis menyokong penuh seruan YABg Tun tetapi dengan pandangan tambahan bahawa jika beliau tidak melakukannya sekarang maka beliau (NA) akan dijatuhkan dengan hinanya oleh orang-orang yang dahulunya dikatakan sebagai penyokong. Jika NA sanggup melihat perpecahan didepan mata maka apa yang bakal berlaku ialah PAS akan hancur lebur tidak lama lagi!

Terakhir, akibat alergik dengan komen dan merasa diri sentiasa betul maka NA melatah dengan mengutuk keturunan Rasulullah. Latahnya NA ini adalah hanya kerana teguran dari Datuk Wira Syed Ali Al Habshee yang melihat NA sebagai orang yang menghalang penyatuan Umat Islam.  Apa kesannya kepada NA? Sokongan ahlul bait akan merosot dan ini adalah satu lagi faktor kehancuran beliau.

Seperti yang telah dituliskan sebelum ini bahawa semakin NA bercakap di dada akhbar maka bakal semakin kecoh dan beliau akan menjadi liabiliti  yang tidak tertanggung oleh UMNO dan PAS sendiri!

sysalq

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages