Pesanan Penaja

Sunday 30 May 2010

MIC DAN MCA TIDAK PENTING: UMNO PERLU BERSENDIRIAN

 Petikan dari FreeMalaysiaToday 24 Mei 2010
http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/barisan-nasional/5953-two-more-samy-critics-axed

Salam,

"Bagaimana dengan Samy Vellu sekarang?" Tanya penulis.

"Saya sokong Mugilan!..walau bagaimana pun susah nak kalahkan Samy Vellu" jawab seorang sahabat penulis seorang penjawat awam berketurunan India.

"Mengapa saudara berkata demikian?" Balas penulis.

"CWC terdiri dari  orang-orang atau penyokong Samy...di luar kita boleh dengar suara hendak menjatuhkan Datuk Samy, tapi kekuatan enjin dalaman menguasai MIC. Cubalah bersuara dan mengkritik presiden, mesti kena tindakan punya!...Datuk Subramaniam sendiri pun tidak dapat buat apa-apa. Mugilan payah nak menang!"

CWC iaitu "Central Working Committee" ialah jawatan kuasa induk yang menguasai MIC. CWC merupakan Majlis Tertinggi yang sokongannya tidak berbelah bagi kepada bos mereka.

Berkaitan dengan temubual penulis dengan rakan di atas maka RK Anand and G Vinod dari FreeMalaysiaToday (Berita Web) bertarikh 24 Mei 2010 menulis sesuatu yang ada kaitannya :

"MIC central working committee (CWC) members KP Samy and G Kumar Amman have been sacked from the party, according to sources.They told FMT that MIC president S Samy Vellu invoked his presidential powers to expel the two leaders this morning. This brings the total sackings in MIC over the past few days to three, with former Youth deputy chief V Mugilan being the first to be shown the exit last week. KP Samy and Kumar Amman had publicly come out to support Mugilan over his call on Samy Vellu to step down by the year-end. Mugilan has also unveiled a campaign, called "Gerakan Anti-Samy Vellu", to press for the veteran politician's exit from power"

Jadi tindakan golongan MIC (bukan hanya Vel Pari - tidak kira sesiapa) memfitnah UMNO dan menunjukkan sentimen membenci UMNO adalah tindakan "pendek akal" yang tidak melihat kepada kesannya. Mereka mendakwa bahawa MIC hanya penumpang BAS yang dipandu UMNO dan mengugut untuk mengajak ahli keluar dari BN. Mereka lupa bahawa masalah dalaman yang berlarutan (bukannya konspirasi UMNO) di dalam MIC adalah ibarat "api di dalam sekam"

Tanpa mempedulikan permasalahan dalaman yang dihadapi oleh MIC, Vel Pari (CEO Maika Holding  - entiti perniagaan bermasalah milik MIC) mencerca UMNO sebagai dalang disebalik masalah bapanya. Tindakan sedemikian lebih bertujuan kepada:

i.  Menonjolkan diri untuk mendapatkan populariti dicelah-celah kemorosotan populariti presiden dan bagi menempatkan legasi presiden untuk terus berpengaruh di dalam parti yang diperintah.

ii. Melencong dan menenggelamkan fokus ahli MIC dari isu kepimpinan bapanya.

iii. Mengaitkan pemberontakan di dalam MIC dengan orang luar (UMNO) untuk melepaskan CWC atau presiden dari kepertanggung-jawaban.

Namun, menurut FreeMalaysiaToday (Berita Web) 25 May 2010 pula: 
 "MIC failed the Indians and the leadership must accept responsibility. So many policies could have been negotiated and implemented which could have seen more opportunities in education, employment and housing benefiting the deserving Indians but alas this was not done.
It was the political system in MIC, which was structured such, where absolute power was vested in one individual that has led to this abysmal state of affairs for the Indians.
Talented and intelligent Indians stayed away from the MIC political fold. They will not allow themselves to be degraded by the leader who thinks he knows all that is good for the community. One good example is Vel Pari himself who is the CEO of Maika Holdings and now, a appointed CWC member of MIC.  The current state of affairs for Maika Holding is a clear pointer of Vel Pari’s qualification as a businessman. And his appointment as CWC member by his father really sums by the dearth in political talent within MIC.
Dr Mohd Ridhuan Tee dalam Ruangan Rencana Mingguan Malaysia 30 Jun 2010 pula melihat senario kelam kabut MIC ini secara keseluruhannya sambil menggelar MIC sebagai "parti nyamuk" dan "ultra kiasu" yang tidak pernah bersyukur. Parti yang tidak ada apa-apa kekuatan yang dengan secara mudah mendapat kedudukan di dalam politik Malaysia. Tiada suatu kawasan DUN atau Parlimen yang majoritinya kaum India dan kemenangan MIC dalam sesuatu kawasan adalah kerana diberi laluan oleh UMNO atau BN. Jika tidak mereka tidak merasa untuk menduduki Jawatan Menteri atau ADUN sekalipun!

Biar apa pun faktornya, apa yang jelas ialah MIC memang tidak penting bagi UMNO. UMNO tidak perlukan MIC untuk memenangi PRU 13 yang akan datang. UMNO tidak perlu menyangka bahawa kesetiaan MIC masih utuh. Ini adalah realiti yang mudah diterima. Kita tidak perlu menangis kerana mereka tidak menyokong kita. Memang sejak dahulu mereka tidak menyokong kita. Mereka hanya mahukan jawatan dan tempat dalam politik.

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages