Pesanan Penaja

Monday 17 May 2010

KEMENANGAN DAP DI SIBU: PEMBELOTAN YANG AMAT NYATA


Salam,

"Calon DAP, Wong Ho Leng menang pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas, Narawi Haron dengan majoriti 398 undi."

Begitulah senarionya. Sangkaan BN bahawa Sibu boleh kekal ditangan BN adalah meleset. Sysalq tidak menerbitkan sebarang artikel berkaitan dengan Piliharaya Kecil Kawasan Parlimen Sibu ini adalah disebabkan kebimbangan bahawa kita semua menyangka rakan sekerja kita benar-benar memelihara sifat setiakawan tetapi mereka sebenarnya adalah pembelot besar! Sekarang, kekalahan di tangan DAP ini telah menunjukkan kebenaran trend pembelotan bukan suatu teori lagi. Kita semua perlu berhati-hati.

Bantuan dari kerajaan yang ditentangnya dikaut dengan gelojohnya menjelang pilihanraya, kerusi diberi kepada puak-puak mereka. Mereka tidak payah keluar apa-apa modal untuk memerintah. Semuanya telah disediakan oleh BN! Mereka mendapat secara percuma segala resos dari kita demi untuk menghentam kita balik. Lebih baik fokus bantuan diberi kepada kalangan penyokong BN yang benar-benar setia.

Pada PRU 2004, Robert Lau Hoi Chew (BN) memenangi  undi majoriti mengatasi  Wong Ho Leng (DAP) dengan kelebihan sebanyak 3340 yang bermakna bahawa 3738 pengundi telah membelot ke arah DAP. Pada tahun berkenaan 38,216 orang  yang merupakan 62.82% telah datang mengundi dan telah memberikan undian sebanyak 20,501 kepada Robert Lau Hoi Chew.

Apakah pengajarannya? Kita sebagai penyokong BN memang mengharap kemenangan BN dalam semua pilihanraya tetapi hasilnya begitu meleset. Di Hulu Selangor, orang UMNO iaitu orang Melayu dalam BN khususnya telah menggadaikan kerusi mereka khas untuk diberikan kepada orang bukan Melayu di kawasan yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu. Orang Melayu yang telah begitu ikhlas dan memelihara sifat setiakawan sanggup memberi kemenangan kepada calon bukan Melayu kerana lebih  mengambil kira semangat 1Malaysia BN dari hal-hal lain. Samalah ikhlasnya kita berbelanja di kedai bukan Melayu di kampung-kampung walau pun peniaganya bukan Melayu. Apa balasannya kepada kita? Di dalam diam, orang bukan Melayu terutamanya orang Cina telah melakukan pembelotan sehingga menyebabkan undi majoriti meleset sehingga hanya sebanyak 1725 yang sebelumnya berjumlah  melebihi 30,000 undian.

Di Sibu, satu lagi pembelotan besar telah berjaya dilakukan oleh para pengundi dan strategis Cina khususnya. di mana 4 peratus dari pengundi telah tidak mengundi samada menghilangkan diri  untuk tidak mengundi atau dihalang oleh pembangkang supaya jangan mengundi. Hampir 4000 orang pula telah berpaling tadah untuk tidak mengundi BN yang kerap dituduhnya sebagai penjajah. Mungkin mereka termakan hasutan  pihak pembangkang  yang ingin membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia dan mencapai 'kemerdekaan'.

Bayangkan, jika pemboikotan terhadap BN oleh orang bukan Melayu ini terus diamalkan di dalam di PRU Ke 13! Senario ini sebenarnya telah berlaku pada 2008 dan katakan mereka bersedia memperhebatkan agenda perluasan kuasa mereka, apakah akan terjadi? Kita boleh meramalkan apa yang bakal terjadi.Sudah tentu pembangkang pasti menang di kawasan pengundian bukan Melayu.  Ada berapa banyak kawasan bukan Melayu? Mereka akan menguasai seluruh kawasan perniagaan, perbandaran  dan perindustrian. Orang Melayu akan menjadi masyarakat terpinggir ditanahairnya sendiri!

Bagaimana mengatasinya?  Tiada formula lain yang amat mujarab selain dari kesatuan ummah di bawah panji Islam jika mahukan orang Melayu masih mempunyai integriti di tanah tumpah darahnya sendiri. Jika dahulunya di zaman Rasulullah bilangan umat Islam yang kecil, dapat mengalahkan musuhnya yang 10 kali ganda bilangannya kerana kekuatan tauhidnya maka mengapa pula kita tidak menggunakan pendekatan yang sama? Kita perkukuhkan ukhuwah di bawah payung Tauhid dan bergerak ke arah pakatan strategik dengan saudara Islam yang lainnya. Jika ada sesiapa yang menghalang penyatuan ummah ini bermakna dia tidak sayang kepada Umat Islam di Malaysia ini. Mereka lebih mahu melihat kehancuran penguasaan politik Melayu di Tanah Airnya sendiri. Wahai Orang Melayu KAMU WAJIB BERSATU (haram berpecah - sebenarnya)!

Wallahualam.

sysalq

1 comment:

  1. perkara ini sepatutnya dh lama wujud...dan pemimpin2 umno sepatutnya memikirkan perkara ini 30 tahun yg lepas tapi mereka tak nampak...yg mereka nampak bagaimana nak merampas negeri kelantan yg di tadbir oleh org melayu sendiri.kawasan melayu yg kuat pembangkang juga dimasukan dng undi cina kononnya undi cina penentu bagi kemenangan bn...itu dulu.tapi bla cina belot pada undi pembangkang maka bn dah mula nmpak goyah.pada melayu pula mereka mempunyai alasan sendiri untuk menolak bn....jadinya sukar bagi bn khusus nya umno untuk memulihkan keadaan ini,kalau bolih pun ia akan mengambil masa yang agak panjang....justeru itu sy berpendapat perlunya umno kembali pada perjuangan asal nya yakni bermula dari rakyat bawahan yg menetukan.sbg contoh kalau d caw.atau kampong,yg menetukan ketua kampong mestilah di pilih oleh ahli kareah kpg itu sendiri bukan nya melaui parti.

    ReplyDelete

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages