Pesanan Penaja

Friday 7 May 2010

GAGASAN TIDAK RASMI: "MELAYU KEHILANGAN HAK UNTUK MEMERINTAH?"



Salam,

Kelmarin, penulis berinteraksi dengan seorang sahabat berketurunan Cina yang merupakan seorang kakitangan awam. Sesuatu yang amat menarik perhatian penulis ialah satu pernyataan begini:

"Kita tau lah Melayu punya hak dalam perlembagaan tapi mengapa bising-bising pasal hal ini? Mengapa cakap mahu mempertahankan hak-hak Melayu mengikut perlembagaan? Jadi semua sudah sakit hatila..."

Komen sedemikian cukup menyentap hati jika diamat-amati. Adakah pernyataan berkenaan wajar? Penulis berpendapat ianya adalah amat tidak wajar. Orang Melayu cukup berlembut sejak dahulu lagi sehingga sanggup menerima kaum lain sebagai rakyat Malaysia secara automatik. Mereka tidak pernah "bising-bising" mengenainya sehinggalah apabila wujudnya entiti yang berkaitan dengan kaum bukan Melayu yang asyik mempertikai kontrak sosial ini. Jika tidak kerana DAP, MCA, Gerakan malah PR yang sering "menyebut-nyebut" mengenai perkara ini maka orang Melayu tidak akan bertindak sehingga menubuhkan PERKASA.

Ayat-ayat provokasi seperti "Mengapa kaum lain tidak boleh menjadi Perdana Menteri", "Melayu dulu atau Malaysia dahulu?" atau ada satu lagi soalan provokatif dari Lim Kit Siang iaitu " Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat?" yang berkumandang di Parlimen dilihat terus mempertikai kewibawaan orang Melayu di Malaysia ini apatah lagi orang yang di provokasikan itu ialah Timbalan Perdana Menteri sendiri. Mujurlah Tan Sri Mahyudin Md Yasin dapat menjawab dengan begitu baik sekali. Penulis tidak pula mencatatkan tentang beberapa desakan yang pernah datang dari MCA sendiri yang mahukan timbalan jawatan tertinggi atau kedua tertinggi melibatkan dari kalangan mereka! Jika beginilah gayanya senario politik masa kini maka nampaknya UMNO memang dilihat tidak boleh dibiarkan "berseorangan" dalam membela hak-hak Melayu dan Bumiputra dalam BN yang cukup sensitif ini.

Posting yang lepas ialah mengenai kurangnya undi dari kalangan kaum bukan Melayu yang menyebabkan BN gagal menguasai 2/3 majoriti di Parlimen. Penulis telah mencatatkan beberapa faktor yang menyumbang ke arah kegagalan tersebut yang kebanyakan berpunca dari kesan kepercayaan dan semangat setiakawan bukan Melayu yang telah susut. Namun kali ini, penulis ingin menyentuh tentang beberapa fakta yang boleh membawa kita merenung, meramal dan bertindak demi menyelamatkan keadaan.

Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak kes jenayah komersial yang melibatkan perniagaan yang tidak menepati dengan undang-undang. Banyak premis perniagaan yang digunakan untuk memperniagakan produk-produk yang bertentangan dengan undang-undang sedangkan pada mata kasar dan perspektif luaran perniagaan berkenaan kelihatan mengikut peraturan. Apabila serbuan dibuat maka hampir kebanyakan dari masyarakat peniaga ini sebenarnya mempunyai 'perniagaan lain yang lebih menguntungkan' tetapi melanggar undang-undang negara dan moraliti. Perniagaan tiga serangkai ini iaitu yang melibatkan arak/dadah, pelacuran dan perjudian sudah menjadi lumrah dan kebanyakannya melibatkan kaum Cina.

Amat jarang kaum lain terlibat di dalam perniagaan sebegini dalam jajaran yang begitu luas, jika ada pun peratusannya amat rendah. Adakah sikap sebegini menjadi sampel kepada yang lainnya? Industri hiburan melanggar batasan ini sebenarnya menggugat keselamatan negara jika tidak ditangani dengan drastik. Jika kita mengkaji tentang sikap masyarakat peniaga opurtunis sebegini, kita mungkin khuatir dan merasa amat bimbang tentang adakah mereka peduli mengenai soal moral, soal setiakawan, soal perjuangan, kepimpinan dan kesatuan? 1Malaysia?

Berkaitan dengan perspektif tentang aktiviti ekonomi umpamanya seorang sahabat penulis pernah di katakan 'bodoh' oleh rakaniaga Cinanya kerana bersikap terlalu transparen dalam transaksi. Tapi jika seseorang itu "membelit" dan berjaya mendapat keuntungan dari "penipuan" itu maka mereka berkata "Lu banyak pandai!"

Apa yang lebih kita bimbangkan ialah mekanisma perlindungan yang diberikan oleh masyarakat yang melihat bahawa walau pun perniagaan berkenaan agak mencurigakan tetapi ianya merupakan enjin perekonomian yang penting bagi survival kaum mereka. Jadi terdapat suatu 'sistem' yang yang dibentuk oleh kalangan mereka yang dapat melindung perjalanan perniagaan dan aktiviti kewangan yang berkaitan. Pengelompokan golongan ini disesetengah kawasan perbandaran bukan sahaja di Malaysia malah di kebanyakan negara amat ketara sehingga istilah "China Town" sudah menjadi lumrah dimerata dunia dan merupakan ikon yang mempunyai nilai nostalgik kepada mereka. Jika kelompok ini membesar dan mendapat sokongan yang menggalakkan maka mereka akan berkembang sedikit demi sedikit sehingga menjadi "Chinese State" atau "Chinese Majority Country" yang dahulunya milik Malaysia namun oleh desakan-desakan dan provokasi  pihak berkenaan  maka kepimpinanMalaysia pada masa itu terpaksa membuat keputusan drastik berdasarkan kepentingan geopolitik Kita tidak perlu menyebut negeri manakah itu dan negara manakah itu. Sesungguhnya ini bukan cerita khayalan, ini adalah realiti yang berlaku di hadapan mata kita!

Melihatkan desakan-desakan dari Lim Kit Siang umpamanya yang sering mencabar dan memprovokasi persoalan "Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat" dan menimbulkan persoalan "Perdana Menteri boleh dari kalangan bukan Melayu" maka kita wajar merasa amat curiga kepada gagasan tidak rasmi kalangan kaum Cina ini. Mereka seolah-olah mempunyai suatu perancangan masa depan yang memungkinkan orang Melayu terus kehilangan hak untuk memerintah.

Dan jika beginilah gayanya adakah kita masih terus memerlukan 'kehebatan' atau 'keajaiban' mereka bagi membantu untuk mendapatkan kemenangan di dalam PRU Ke 13? BN dengan imej baru perlu menonjolkan kelebihan dari kalangan UMNO dan komponen lain yang lebih setia atau mengajak semua pihak membetulkan trek masing-masing dengan menghayati sepenuhnya Gagasan 1Malaysia dengan lebih serius!

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages