Pesanan Penaja

Wednesday 24 March 2010

BAITUL MUQADDIS IBU NEGARA ISRAEL - KITA TELAH LAMA TEWAS DALAM PERANG SALIB

  Apa kaitannya dengan persoalan Ketuanan Melayu?

Peperangan Salib terakhir telah memungkinkan Umat Islam mengawal Baitul Muqaddis. Kota suci yang terletaknya Masjidil Aqsa telah menjadi masjid ketiga mulia dalam dunia Islam. Walau bagaimana pun dalam Peperangan Dunia Pertama seorang pemimpin tentera barat menendang perkuburan Salehudin Al-Ayubi sambil menyatakan dengan sombong "saksikanlah kami kembali. Salib telah mengalahkan Bulan Sabit!" Salehudin Al Ayubi digelar Saladin oleh orang barat ialah merupakan seorang pemimpin dan pahlawan berketurunan Kurdis dari Turki yang sangat dihormati (cuba fikir mengapa orang Kurdish sekarang ini di mana-mana diperangi - mengapa?).

Peperangan dunia berkenaan telah menyebabkan dunia Islam tewas . Israel telah diwujudkan oleh negara barat di atas tanah Palestin yang dijajah. Segala percubaan oleh dunia Arab dan Islam untuk mengembalikan kedaulatan telah gagal yang akhirnya menjadikan rakyat Palestin menjadi buangan di tanah airnya sendiri. Masjidil Aqsa yang dulunya menjadi tempat ibadah utama dan kiblat pertama telah diceroboh dan akhir ini pada kemuncaknya (semalam) Netanyahu mengisytiharkan bahawa Baitul Muqadis adalah ibu negara israel dan israel tidak akan melepaskannya kerana itulah cita-cita mereka sejak 3000 tahun yang lalu. Jika dikaji sejarah, rundingan demi rundingan, perjanjian demi perjanjian telah dijadikan "tembok khayalan" yang membolehkan israel dan negara barat yang menyokongnya terus menjarah di negara Timur Tengah itu. Semakin hari kawasan Palestin menjadi semakin kecil! Akhirnya semasa perisytiharan semalam...dunia Islam sejuk kaku membatu...tiada respons tiada marah..tiada ancaman...masing-masing jaga perut masing-masing. Semuanya bertelagah..sesama sendiri bertikaian dalam pelbagai mod dan jenis masalah yang akhirnya..."tidak sedar kita telah kalah dalam perang salib dengan hinanya!" Kita tidak boleh mendakwa bahawa tamadun Islam kita ini begitu hebat kerana..ianya telah lama runtuh ditakluk musuh! Betapa lemahnya kita!

Mengambil iktibar dari sana, di tanah air kita sendiri ...DAP di Parlimen melalui Lim Kit Siang cuba mengetepikan kewujudan Ketuanan Melayu dan menimbulkan satu konsep ketuanan rakyat yang menyebabkan Wakil Rakyat UMNO khususnya gagal mempertikaikannya dengan cara berkesan. Sepatutnya Lim sedar bahawa Ketuanan Melayu telah beroperasi sejak Zaman Kerajaan Melayu Melaka sehingga kini. Sepatutnya Lim sedar bahawa perkataan Yang Di Per"tuan" Agung itu menunjukkan bahawa negara ini diperintah oleh Orang Melayu. Tiada bangsa atau kaum lain yang dilantik menjadi DYMM YDPertuan Agung. DYMM YDP Agung mempunyai kuasa mutlak untuk membubarkan sebarang agensi yang yang telah diwujudkan baginda. Walau pun Malaysia mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan, prosedur kerja mengikut undang-undang tertinggi berkenaan hanya beroperasi jika agensi berkaitan diwujudkan untuk mengguna pakai atau mentafsir perlembagaan itu. Jika dalam keadaan darurat maka DYMM YDP Agung mempunyai Kuasa Mutlak terhadap pentadbiran negara ini.

Semua agensi di bawahnya adalah atas perkenan Baginda. Rukun Negara ke 2 jelas menunjukkan bahawa Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sekali lagi menunjukkan kewujudan Ketuanan Melayu di situ. Di sini jika gagal atau sengaja tidak faham mengenainya maka mereka mempunyai agenda yang amat dicurigai.

Kadang-kadang kita terfikir mengapa dan mengapa DAP sentiasa mempersoalkan isu-isu sensitif begini? Mungkin kita dapat jawapanya kalau kita sentiasa mengikuti portal web DAP kita akan sedar bahawa DAP bercita-cita menjadikan negara ini sebagai negara sosialis dan mereka mempunyai rangkaian organisasi sosialis di seluruh dunia.Mereka merancang agenda mereka dengan begitu teratur sekali. Bagaimana jika mereka bergabung dan memenangi Pilihan Raya dan menguasai Kerajaan Persekutuan? Adakah Institusi DiRaja akan terus wujud dalam sebuah kerajaan sosialis? Semua usaha yang dibuat oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun yang lalu akan hancur luluh begitu sahaja.

Di Palestin dulu begitulah caranya bagaimana orang Yahudi mengambil sedikit demi sedikit hak-hak orang arab sehingga mengambil semuanya. Mereka memperkenalkan sistem riba untuk memastikan semua tanah orang arab tergadai kepada mereka. Gerakan mereka begitu halus..sedikit demi sedikit sehingga mereka mempunyai kekuatan dan terus mengisytihar bahawa baitul Muqaddis adalah ibu negara Israel. palestin ditipu begitu sahaja. Orang Arab Palestine diasak dari luar (negara rakan hipokrit dan Negara Barat pro Israel) dan dari dalam (Israel dan agen-agen palestin pro Israel ) yang akhirnya menjadikan hidup setiap orang di Palestin seperti di neraka. Di Malaysia tanpa disedari, kita juga diasak dari dalam dan dari luar dengan begitu hebat sekali.

Kita wajib sedar dan jangan berlengah untuk berikhtiar untuk menyelamatkan keadaan. Elakkan bermain politik sesama kita semata-mata untuk menaikkan imej peribadi. Kita semua akan di soal diakhirat kelak akan tanggunjawab kita semua!

sysalq

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages