Pesanan Penaja

Sunday 14 February 2010

WAJARKAH NIZAR DIAMBIL TINDAKAN?

                                                                                                                                                                                                       


Salam,
Beginilah anehnya ragam manusia. Pilihanraya ke 12 menentukan Pakatan Pembangkang menguasai Perak. Sebagai sebuah parti politik DAP telah menjadi kumpulan majoriti yang menguasai DUN Perak namun oleh kerana Perlembagaan Perak mahukan seorang Melayu Islam memegang tampuk Menteri Besar maka Nizar bernasib baik menjadi individu terpilih. Di atas sifat memahami undang-undang maka Sultan Perak memasyhurkan Nizar sebagai MB baru dan telah sudi menganugerahkan gelaran Datuk kepada beliau. Setelah berlaku perselisihan faham di kalangan mereka maka 3 orang ahli Pakatan Rakyat mengisytihar keluar pakatan dan berbaiah kepada Barisan Nasional yang kemudianya menyebabkan PR menjadi minoriti. Apabila didapati oleh Sultan Perak bahawa Nizar kehilangan sokongan majoriti maka Baginda Sultan Perak mengisytiharkan Dr Zambry sebagai Menteri Besar sesuai mengikut peruntukan perlembagaan. Apa yang malangnya ialah reaksi negatif Nizar  dan kalangan mereka apabila keputusan untuk tidak meneruskan pemberian jawatan Menteri Besar tersebut kepadanya. Berbagai onar yang tidak pernah dilakukan oleh anak Melayu terhadap Sultannya telah dicetuskan. Apa yang lebih mencabar ialah pelbagai kata-kata sinis yang memperlekeh Institusi DiRaja dilaungkan sehingga ke peringkat menyebut-nyebut untuk mewujudkan negara republik yang sudah tentu akan mengketepikan institusi yang paling penting bagi umat Melayu di Malaysia ini! 
Tontoni keratan video di atas bagi membuat pertimbangan tentang kata-kata Nizar berkaitan dengan keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada beliau dan konco-konconya. Wajarkah beliau diambil tindakan oleh Kerajaan?

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages