Pesanan Penaja

Wednesday 10 February 2010

"GONG XI FA CHAI" KALI INI PENUH MAKNA!

Salam,

Samada diaturkan atau kebetulan, "Gong  Xi Fa Chai" kali ini akan menjadi penuh bermakna. Semua orang akan gembira bila YAB Perdana Menteri dan Menteri-Menteri BN mengirai Yee Sang di hadapan ribuan hadirin dalam Sambutan Tahun Baru Cina kali ini. Kenapa ya?

Jawabnya ialah: Banyak resolusi yang terjadi secara hampir serentak yang menandakan ke "reda" an 'krisis' yang menghantui BN khususnya MCA dan UMNO. Walau pun Orang Melayu khasnya agak terguris disebabkan impak dari beberapa kekusutan di negeri pembangkang malah mungkin juga dari parti komponen BN sendiri, namun keadaan nampaknya semakin pulih. Orang Melayu mudah memaafkan.

Ekonomi menunjukkan tanda pemulihan. Keadaan ini penting untuk menimbulkan rasa "memandang positif - memandang baik" terhadap segala yang mendatang. Jika tidak, pemikiran dirasakan berserabut disebabkan kekangan kuasa beli dan kuasa memilih. Mood sekarang ialah mood pemulihan. Setelah ekonomi pulih maka yang lainnya eloklah pulih bersama. Penulis percaya Sambutan Tahun Baru Cina kali ini akan menunjukkan bahawa terdapat penyatuan di dalam BN dengan mood Satu Malaysia. Di dalam majlis mengirai Yisam, semua bangsa akan diwakili dan semuanya menunjukkan harapan yang baik (Kita telah melihat konsep Satu Malaysia diamalkan secara "hidup-hidup" di Keck Seng Berhad, di Masai, Johor.Amalan ini telah diberi pujian oleh YB Timbalan Menteri Pertanian ketika mengadakan lawatan dan menyampaikan bantuan kepada masyarakat setempat pada 9 Februari 2010 baru-baru ini)

Pas pula menunjukkan perubahan sikap, yang mungkin agak positif. Suara Haji Hadi melangtangi suara Nik Aziz. Semoga fobia untuk berunding dengan PAS akan hilang kerana mungkin mereka mula belajar tentang peri pentingnya persoalan kesatuan Ummah. Jika mereka boleh berbaik-baik dengan DAP yang telah menunjukkan "persoalan demi persoalan" terhadap PAS kenapa tidak mereka mencuba untuk berbaik-baik dengan MCA dan MIC. MCA dan MIC telah lama berunding secara istiqamah dengan UMNO dan menjadi tunggak penting di dalam BN.

PKR menunjukkan kehancuran kerana "masalah kepimpinan" yang dipertikaikan oleh ramai orang. Mungkin orang-orang PKR akan berpindah ke parti kerajaan untuk meninggalkan PR dan menjauhi DAP! Dari segi kepimpinan PKR, apa yang penulis tidak faham ialah gelagat orang yang menyatakan "Enough is Enough" dan "AI harus bertaubat" jugalah yang membelanya.Apa agendanya ya?

Kemuncak kedua ialah perisytiharan bahawa Dr Zambry tetap kekal sebagai MB Perak sebab DYMM Sultan Perak telah membuat keputusan tepat mengikut Perlembagaan Malaysia (perlu diingat bahawa DYMM Sultan Perak ialah bekas Ketua Hakim Negara yang hebat - Baginda bukan orang marhain yang boleh diperlekeh) Kalaulah DYMM Sultan ingin mengambil tindakan terhadap bekas MB Perak yang telah mengkelamkabutkan suasana di Perak serta mencetuskan pelbagai isu termasuk Institusi DiRaja itu maka Baginda sudah ada Prima Facie nya. Ada baiknya sekali sekala rakyat yang mempertikai perintah Raja (Kuasa Pememerintah Negeri yang sah dan berdaulat) diberi pengajaran dan peringatan agar menjadi serik untuk bertindak menurut sesuka hati.

Semoga Malaysia Kembali Tenang.
sysalq

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages