Pesanan Penaja

Tuesday 16 February 2010

TEKNIKALITI DALAM PERBICARAAN

Salam,
 Mari Bergurau dengan Kesilapan Teknikal

 "Mana satu pistolnya ya pak?"

Kes pertama:
Seorang rakan dengan wajah pucat lesi mengadu mengatakan bahawa dia telah disaman oleh pihak bank kerana telah tidak membayar baki hutangnya sejak sekian lama. Jumlah hutangnya berganda kerana riba' berbanding dengan hutang asalnya sekitar RM5000. Dia mengaku memang telah menggunakan kredit tersebut dan tidak berkemampuan untuk membayarnya. Dia meminta seorang rakan yang arif dalam hal hutang piutang seperti ini meneliti penyata akaun dan surat saman yang sampai kepadanya.

"Ha...kau bernasib baik!" Kata sahabat bijak.
"Kenapa bernasib baik pula?" tanyanya balik.
"No Kad Pengenalan kau tak sama dengan no Kad Pengenalan sebenar...missed satu nombor" Jawab rakan bijak.
"Eh tapi... nama aku ada pada penyata berkenaan? Mana boleh lari beb!"
"Eh tak caya..esok masa perbicaraan kau katakan nama memang nama kau...tapi kad pengenalan bukan..."

Keesokan harinya rakan yang berhutang itu tersenyum lebar kerana bebas dari tindakan bank akibat keputusan hakim "buang kes" - kerana perbezaan kesilapan teknikal pada no Kad Pengenalan yang ada pada bank! Walau bagaimana pun sahabat bijak berkenaan menasihatinya bahawa hutang wajib dibayar. Walau pun siberhutang tidak mampu membayar kerana riba' yang menggunung maka merayu untuk membayar pokok sahaja. Kemungkinan besar pihak yang memberi pinjaman akan bertolak ansur.

Kes kedua:
Seorang pembunuh baru sahaja tertangkap dengan pistol di tangan. Dia mengadu kepada seorang peguambela yang handal agar berbuat sesuatu bagi melepasi diri dari digantung oleh kerajaan! Pistol dalam genggamannya telah dijadikan bukti sebagai alat yang digunakan untuk membunuh. Dalam perbicaraan kes tersebut peguam handal berkenaan telah meletakkan tiga lagi pistol yang hampir serupa bersebelahan dengan pistol sebenar dan beliau meminta pendakwa mengesahkan pistol mana yang telah digunakan oleh sipembunuh itu. Oleh kerana pistol yang ditunjukkan itu hampir serupa maka dipendakwaraya telah tersilap tunjuk. Oleh kerana kesilapan berkenaan maka sipembunuh tadi terlepas dari tali gantung akibat kesilapan teknikal!   

Kesimpulan:
Hati-hati dalam perbicaraan sebab ada banyak perkara yang menjadi teknikaliti. Pendakwa mesti cukup cekap untuk mengatasi "permainan" sesiapa yang tertuduh. Orang yang tertuduh akan mencari muslihat yang paling munasabah untuk mengelak dari hukuman. Jika pendakwa tidak bijak maka akan dipermainkan saja oleh sesiapa yang berkenaan. Dari butiran tarikhnya, butiran lokasinya, konsistensi pengakuannya, kewibawaan saksinya...dan berbagai lagi yang boleh ditimbulkan keraguannya. Asalkan keraguan timbul maka lepaslah sesiapa yang berkenaan!

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages