Pesanan Penaja

Tuesday 2 March 2010

TEORI SYSALQ : LETUSAN KEBANGKITAN BN

Salam,

Skop perbincangan artikel ini adalah sebuah artikel yang cuba menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan mencetuskan kejayaan baru dan seterusnya memenangi Pilihanraya ke 13 dengan kemenangan melebihi majoriti 2/3. Penerbitan artikal ini telah dinyatakan di dalam Group Blog Sayang Malaysia di Facebook
( http://www.facebook.com/home.php?#!/group.php?gid=310877332247).

United Malay National Organisation (UMNO)
Satu perhimpunan besar-besaran yang diaturkan oleh Persatuan Melayu Selangor pada Mac 1946 telah membentuk suatu entiti yang bergelar Kongres Melayu Se-Malaya (KGSM) dengan gabungan 41 pertubuhan Melayu.  Pengerusi Persatuan Melayu Johor iaitu Allahyarham Dato Onn Jaafar telah dipilih menjadi Pengerusi KGSM. Objektif penubuhan KGSM ialah berfokus kepada menentang pembentukan "Malayan Union tajaan Brittish", memelihara kesinambungan integriti Melayu dengan menubuhkan UMNO (PEKEMBAR) dan mencadangkan kutipan derma pelajaran bagi Anak-Anak Melayu. Inilah satu entiti yang menggabungkan pertubuhan Melayu untuk bersatu sejak 400 tahun setelah dijajah dan dihina. Jadi UMNO adalah organisasi terpenting bagi orang Melayu yang sejak dahulu lagi mempraktikkan apa yang diobjektifkan hingga sekarang!

UMNO sebagai Tulangbelakang Kemerdekaan
Semangat 1Malaysia telah dicetuskan sejak awal-awal lagi apabila UMNO bersama Malaysian Chinese Association (MCA) dan  Malaysian Indian Association (MIC) bergabung untuk membentuk sebuah entiti lebih berpengaruh. Idea penggabungan ini datangnya dari UMNO sebagai tulangbelakang. Pada 30 Oktober 1957 kumpulan  pertubuhan utama ini bersatu secara rasmi dan didaftarkan sebagai sebuah parti politik kebangsaan dengan nama Parti Perikatan  bagi menghadapi pilihanraya pertama Malaya, selepas mendapat restu kemerdekaan.
  
Penggabungan Menghasilkan Kemerdekaan
Perikatan telah "menang besar" kerana berjaya dapat membebaskan (memerdekakan) Tanah Melayu dari terus dijajah oleh Brittish pada 31 Ogos 1957 yang kemudiannya pula memulakan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Parti Perikatan dengan lambang Kapal Layar, diketuai oleh UMNO melalui Tunku Abdul Rahman Putra yang semangatnya terus hidup ke hari ini. Lihatlah bagaimana "konsep penggabungan" amat membantu dalam meraih kejayaan besar dalam banyak perkara terutama ketika isu-isu kritikal muncul untuk ditangani. Adakah UMNO akan terkubur kerana "pengalamannya" seperti apa yang telah berlaku kepada parti politik veteran kebangsaan lain seluruh dunia (Cth: Golkar, LDP dan Kongres)? Jawabnya mustahil! Apakah rahsianya?

Krisis 13 Mei 1969 dan Kegemilangan BN
Kesan dari krisis perkauman yang berlaku pada tarikh di atas maka transformasi telah berlaku kepada Perikatan. Cabaran yang mendatang dari parti lawan dalam pilihanraya 1969 amat getir yang menyebabkan Parti Perikatan berubah dan membuat penggabungan kedua dengan parti komponen bagi membentuk sebuah barisan politik kebangsaan yang dinamakan Barisan Nasional (BN) pada 1973 dan sehingga pada 2009 BN telah bergabung dengan 17 buah parti komponen. Krisis 1969 itu membabitkan penggabungan di pihak pembangkang dimana Parti Gerakan dan DAP dan dikatakan berkaitan juga dengan pengaruh Parti Komunis Malaya) PKM yang telah diharamkan.

Pembubaran PKM memberi impak positif kepada BN
Pengampunan dan pembubaran PKM yang telah dapat dijayakan oleh pihak Kerajaan Malaysia sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada pihak pembangkang dan kesan sebaliknya kepada BN. Perdamaian di antara Kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989 telah menamatkan pengaruh dan perjuangan PKM menentang negara ini.

Krisis yang Memerlukan BN melakukan Transformasi
Sejak penggabungan di atas BN terus meraih kemenangan besar dan mengekalkan penguasaan lebih dari 2/3 kerusi Parlimen dan Negeri pada kebanyakan dekad kecuali pada 1999 dan 2008. Pada 1999 BN menerima cabaran kekurangan undian akibat apa yang menurut Wikipedia sebagai "Skandal mengenai Anwar Ibrahim" walau pun tidak serendah undian pada 1969. Namun pada pilihanraya ke12 pada 2008, sekali lagi ancaman pengurangan undian yang datangnya dari Pakatan Rakyat dan berkaitan dengan Anwar Ibrahim sebagai penasihatnya. Ancaman berkenaan sungguh hebat sehinggal BN gagal memperoleh undi Majoriti Mutlak (melebihi 2/3). Senario kekalahan berkenaan menyebabkan BN hanya dapat mengekalkan pemerintahan bagi 8 negeri sahaja selain dari menerima percubaan dan cabaran penggulingan dengan pelbagai cara. Perkara yang disentuh ini merupakan satu krisis persis seperti krisis yang 13 Mei 1969 yang memerlukan satu analisa kreatif bagi memastikan BN terus berjaya.

Perbalahan dan Krisis dalam Parti Pembangkang 
Jika faktor PKM dan penggabungan BN  mungkin telah melenturkan kebangkitan pembangkang maka kecelaruan politik pembangkang dewasa kini bakal memberi kelebihan kepada BN sekali lagi. Pakatan Rakyat (PR) menuju kehancuran akibat krisis kepimpinan yang dikaitkan dengan masalah moral dan sedang dalam perbicaraan mahkamah. Hampir setiap ketika ada saja kalangan ahli dan pemimpin PKR yang keluar parti.  PAS meluluh akibat dua pola kepimpinan dan juga melibatkan kes di SPRM tidak lama lagi, juga taksub seorang 'ulamanya' yang menyokong pemimpin PR yang sedang dibicarakan berkaitan dengan krisis moral. Pemimpin berkenaan juga diminta oleh Pas Pusat untuk memperbaiki keadaan yang "dilihat seperti amalan atau ala kronisme". Apa yang menyedihkan ialah (Parti Islam Se Malaysia) PAS tidak lagi mengutamakan dasarnya kerana ingin merapati rakan kontroversinya iaitu DAP dan lain-lain.  DAP pula dilihat sebagai anti Melayu dan Anti Islam dengan beberapa pernyataan dan tindaktanduk kontroversial yang membangkitkan kemarahan orang Melayu dan Orang Islam khususnya. Eksperimen pemerintahan Ketua Menteri Pulau Pinang telah dibaca sebagai tidak mementingkan urusan Orang Melayu khasnya. Semua faktor di atas dan beberapa faktor lain yang tidak ditulis di sini memberi impak negatif kepada pembangkang.

Penggabungan BN dengan 78 NGO Melayu:    
Tidak dapat disangkal lagi penggabungan 78 NGO Melayu yang membentuk suatu entiti berkesan yang akan memastikan Orang Melayu dan Orang Islam mendapat haq yang sah di negaranya sendiri. Apabila NGO ini bergabung dan membentu sebuah BN+NGO maka sejarah berulang sebanyak 4 kali. Pertama gabungan dalam Kongres Melayu Se Malaysa, keduanya gabungan dalam Parti Perikatan dengan 3 komponen, Ketiga gabungan dalam BN dengan 17 komponennya dan keempat dan mutakhir ini ialah gabungan BN dengan 78 NGO. Fenomena yang hebat ini me"wajib"kan sejarah berulang kembali dengan menaikkan imej BN pada perspektif masyarakat.

Pilihanraya ke 13 adalah Letusan Kebangkitan BN: 
Sejarah tidak boleh lari dari berulang dengan memberikan kejayaan mutlak kepada BN dalam pilihanraya Ke 13 ini. Tugas kita semua ialah terus menjaga integriti parti komponen dan BN. Tugas kakitangan awam ialah memperaga kehebatan kerajaan pimpinan BN. Jangan ada pemimpin kerajaan yang menjadi "duri dalam daging" atau "api dalam sekam" dengan cara meruntuhkan institusi yang "memberi gaji" kepada mereka.  Jangan ada pihak yang menyekat aliran informasi yang ingin menaikkan imej Kerajaan pada mata rakyat.

Sysalq mendoakan penjelmaan fenomena ini. Lihatlah tanda-tandanya!

sysalq - wallahualam





1 comment:

  1. Tugas manusia di Dunia ini adalah untuk menjadi Khalifah.Manusia yg taat kpd Allah dan Rasulnya.Bahawasanya Allah yg memberi rezeki dan kekuasaan kepada hambanya.
    Jika diambilnya nyawa kita , adakah kita masih boleh menerima gaji? adakah kita boleh memberi arahan atau berkata-kata ? Jadi dimanakah kehebatan manusia ?
    Oleh itu fikir-fikirkan ke manakah manusia pergi selepas Dunia ini.....tentulah ke alam akhirat yg kekal buat selamanya.Yg penting bukan siapa yg memerintah tetapi kena ikut perintah apa yg disuruh oleh Allah subhanawataala.....semoga kita semua diberi pertunjuk olehnya....amin.

    ReplyDelete

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages