Pesanan Penaja

Friday 25 December 2009

TUDUHAN RASUAH KEPADA MENTERI BESAR PAHANG: PENULIS HARAKAH KENA BELAJAR LEBIH MENDALAM SEBELUM MENULIS!





Salam,

Harakahdaily boleh disaman oleh Menteri Besar Pahang sebab dikatakan merasuah pelajar cemerlang sedangkan ianya tidak begitu. Mudahnya menuduh orang 'makan suap'! Inilah contoh kebebasan bersuara yang disalah guna oleh oportunis tetapi membahayakan diri sendiri. Menuduh memang senang hukum karmanya yang berpotensi menyusahkan diri sendiri tidak pula hendak dikaji.

Semua orang harus tahu bahawa rasuah merujuk kepada kepentingan peribadi bukan kepentingan awam. Contohnya, jika umpamanya penulis harakah tadi menyeru orang ramai agar mengundi dirinya untuk memenangi kerusi ADUN dengan ganjaran  masuk syurga  kepada pengundinya, maka perbuatan itu namanya "merasuah" yang sepatutnya boleh dihukum. Jika sesebuah organisasi itu menjanjikan kurniaan kepada pengundinya demi kepentingan awam (negara) umpamanya maka itu bukannya rasuah! YB Md Said bukannya menyeru untuk peribadinya! Jadi kesimpulannya penulis berkenaan kena belajar lebih mendalam lagi sebelum menulis.

Seperkara yang berkaitan dengan rasuah yang perlu diketahui ialah habuan yang bakal diterima jika dijanjikan oleh pemberinya  akan menyebabkan kepentingan awam tergadai kerana kepentingan peribadinya. Apa yang menjijikkan ialah sipenerima itu, pada ketika menerima habuan itu, ialah seorang pembuat keputusan yang melibatkan kepentingan awam. Adakah pelajar-pelajar yang diberi pengiktirafan itu adalah pembuat keputusan yang melibatkan kepentingan awam?

Tapi, kalau menerima tawaran haji dari orang yang berkepentingan dan "bertepuk bertampar" dengan pembekal yang berkaitan...itu "sudah terang lagi bersuluh - memang rasuah"

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages