Pesanan Penaja

Wednesday 23 December 2009

DEMOKRASI, KERAJAAN DAN PEMBANGKANG

Salam,

Salah satu ciri demokrasi dalam teorinya ialah kesamaan hak pada setiap individu. Walau pun sistem demokrasi mula diamalkan di Amerika dan Eropah namun tidak ada satu negara pun yang berjaya melaksanakan tanggung-jawab kesamaan hak kerana ianya adalah "absurd"!

Jika ingin mencari siapakah juara yang memperjuangkan hal kesamaan hak ini maka mereka  boleh cuba menganalisa teori pemerintahan komunis. Mereka memang cuba memperkenalkan konsep "sama rata dan sama rasa". Dalam percubaan mereka untuk mengaplikasikan gagasan ini maka mereka memerintah rakyat agar berpakaian serupa (satu unifrom) - suatu masa di negeri China rakyatnya memakai pakaian komrad berwarna biru.Di sini seseorang tidak boleh berlainan atau mendapat sesuatu lebih dari yang lain dan jika ianya berlaku maka individu itu telah melakukan kesalahan. Begitu ketat sekali amalan mereka dan seperti yang telah diramalkan sistem ini runtuh tumbang ke bumi. Ianya gagal kerana adalah mustahil untuk mempraktikkan suatu sistem yang bertentangan dengan fitrah manusia yang bersifat lebih fleksibel.

Apabila sistem demokrasi dieksploitasi  oleh pihak pembangkang maka lagu 'kebebasan dan kesaman hak individu' dikumandangkan. Apa yang tidak  disedari oleh mereka ialah percubaan untuk mempraktikkannya kelihatan mustahil kerana ianya bertentangan dengan fitrah manusia. Jika komunis gagal bila dikaitkan dengan premis ini maka apatah lagi sistem demokrasi. Tidak pernah ada kesamaan hak pada setiap individu demokratik. Para pembangkang cuba "memantak" idea absurd ini bagi tujuan memancing undi dan menguji populariti. Mereka menjual hujah mereka dengan mengulang-ulang konsep Malaysian Malaysia Lim Kit Siang (umpamanya)  yang kerap menyentuh persoalan persamaan hak perkauman. Bagi memperkukuh hujah persoalan kemelayuan dan ketuanannya dipertikai sepanjang masa.  Pada mereka, keadilan bermakna pembahagian hak secara sama rata semua kaum dapat sesuatu dalam kuantiti dan kualiti yang sama - itulah keadilan kepada mereka. Sebab itulah Lim selalu mengulang-ulang frasa pasca bajet sejak dahulu lagi bahawa kakitangan awam wajib mengikut nisbah kaum. Apa yang menyedihkan ialah dia tidak pula "bising" tentang kumpulan kaum cina yang menguasai Pulau Pinang dan Selangor dari segi jumlah Adun masing-masing yang tidak langsung menggambarkan nisbah rakyat Malaysia.

Gagasan atau Konsep 1 Malaysia lebih realistik kerana tidak menuntut untuk menjayakan idea absurd di atas. Apa yang dikatakan 1 Malaysia itu ialah kesatuan di dalam perjuangan dan pendirian. Tidak pula gagasan ini menuntut agar pembahagian sama rata dalam kebanyakan hal. Namun demikian oleh kerana agenda mereka ialah untuk menumbangkan kerajaan Malaysia ini, maka Gagasan 1 Malaysia adalah merupakan sesuatu yang amat sinis dan diperlekehkan.

Sistem demokrasi barat mempelopori amalan kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara membuta tuli dicampur pula dengan angin kesamaan hak individu maka para pembangkang pada setiap ketika mereka cuba  memancarkan imej sebagai  "kesongsangan kerajaan" persis seperti kita melihat huruf terbalik pada tag nama kita jika dibaca melalui cermin solek dihadapan kita.

Jika kita kaji semula tentang apa yang telah berlaku di Malaysia ini maka kita wajar merasa amat sedih. Pertamanya kerajaan kita yang dahulunya tidak tercabar tetapi sekarang ini dalam kedudukan "simple majority" yang amat menyukarkan. Keduanya ialah setiap perkara positif yang dibawa oleh kerajaan maka songsangan  kerajaan ini akan membawa perkara yang bertentangan agar premis yang dibawa oleh kerajaan akan menjadi neutral begitu sahaja tanpa meninggalkan impak yang mendalam. Jika skandal pemimpin pembangkang diutarakan oleh media maka mereka pula mengeluarkan perkara negatif yang mengenakan pemimpin kerajaan. Di sini para pemimipin kerajaan harus menjaga akhlak agar tidak dikambing hitamkan oleh pembangkang. Begitulah sebaliknya.

Jelasnya di sini masa berkualiti bersama rakyat menjadi kurang. Setiap individu mula mempersediakan diri untuk menjawab tohmahan dan masing-masing akan memperkukuhkan pegangan melalui media taklukan masing-masing. Persoalannya ialah rakyat  dapat apa? Mungkin akan mendapat "kekeliruan dan dilema!"

Jika  masing-masing ahli politik boleh mengetepikan keegoan diri, emosi dan mengutamakan idea bernas demi rakyat maka rakyat akan menikmati hidup lebih tenang dan bermakna di bawah payung pemerintah yang kuat. Pembangkang yang dipilih oleh rakyat sepatutunya memainkan peranan sebagai "check and balance" yang akan membantu kerajaan menjayakan projek yang dirancang berjalan dengan betul. Namun fenomena buruk yang ada sekarang ini ialah pembangkang tidak memainkan peranan sebagai "checker" yang sebenarnya tetapi mempunyai agenda jahat iaitu untuk menumbangkan kerajaan. Segala resos yang ada digunakan untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat. Tiada kerajaan di dunia ini akan membiarkan dirinya ditumbangkan dengan cara yang tidak sah. Mereka cuba menjadi popular dengan cara melakukan 'pelbagai pendedahan' di dada akhbar dan media elektronik.

Semua natijah hasil dari memegang demokrasi terpaksa kita terima. Kebebasan bersuara bermakna bertambahnya media perdana dan alternatif serta elektronik.  Pertambahan tersebut menggambarkan taikun disebalik organisasi ini. Jika pengusaha ini bersekongkol dengan orang luar maka jarum indotrinasi luar meresap terus kebenak masyarakat kita tanpa dapat disekat oleh sesiapa. Jangan nyatakan kebimbangan kita terhadap generasi muda kita yang telah menyeleweng dan menghayati budaya barat persis seperti yang dipaparkan di dalam media berkenaan. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana masyarakat kita jugalah yang merengek mahukan kebebasan. Jika Korea Utara boleh mengawalan media dengan jayanya mengapa kita tidak.  Mengapa kita mesti mengikut kebebasan bersuara ala demokrasi barat sehingga menumbangkan kerajaan kita sendiri? Baik, kita telah terlanjur memiliki gajet-gajet moden dan telah lama berada dalam suasana hiruk pikuk kemodenan  - maka kita juga harus malah wajib mempunyai pelbagai pendinding dan perisai yang kukuh untuk memelihara diri kita dari diluputkan oleh karma cita-cita dan amal perbuatan kita sendiri. Tiada premis dalam Perkhidmatan Awam dan Kerajaan Malaysia yang memaksa semua orang mesti berdemokrasi - cuba semak, akta, artikel dan para berapakah itu!

sysalq     

     

No comments:

Post a Comment

Anda digalakkan bertukar-tukar pandangan mengenai subjek dalam perbincangan. Sila kemukakan pandangan anda dengan bahasa yang santun.

Important Messages